Esok 29 haribulan 2 ?

Aku dan Mark_Jie

Aku : Mu bilo nak nikohnyo? Duk gewe gi mari- gi mari, keno cepat-cepat nih?
Mark_Jie : Hoh buleh ar, mu maghi nnikoh aku 30 haribule 2 ni dumoh.
Aku : Bakpo mu tak royak 1 haribule 4 nyo?
Mark_Jie: (senyap)
Aku : Guano ?
Mark_Jie : Nnakat jugok mi nih.
Aku : Bukenyo aku tak kenal mu Jie.

memang sebelum ini dia jenis yang kuat mengenakan orang, tapi dengan aku dia silap orang.

Aku dan Ustaz Hasrizal

Aku : Assalamualaikum ustaz.
Ustaz : Wa'alaikummusalam WBT.
Aku : (memang ustaz)

Kami masing-masing berdiam diri mendengar kuliah Asar yang disampaikan oleh seorang pensyarah Arab di Masjid UIA selepas solat Asar berjemaah.

Sebelumnya, dari jauh aku ternampak akan Ustaz Harsizal yang sedang melangkah sayu. Kepenatan seharian berkuliah atau kepenatan dengan berfikir-zikirnya.

Semalam baru saja aku terniat untuk melihat lama webnya setelah sekian lama tidak menjenguk laman 'favourite' aku suatu ketika dulu. Segalanya bermula setelah SaifulIslam.Com telah beralih versi dan 'addres'nya. Aku yang malas menukarkan pautan pada blog aku. Tapi hari ini aku dah tukar. Setelah hanya berbalas salam dan senyum mesra di masjid UIA petang tadi.

Cukup untuk aku teringat kembali 2 slot pengisiannya yang sempat aku ikuti.

Aku dan Abe Madi

Aku : Bakpo lewatnyo ? Ore tunggu yak tadi lagi ?
Abe Madi : Mano kawe tahu, ingatke Safwan hok nok atar ?
Aku : Royak doh ke dio suh SMS ko abe mari Magna tengah.
Abe Madi : Dia takdok kredit. Dia guna mobik, tapi tok jadi dia royak.
Aku : Pah, bah pukul brapo ?
Abe Madi : Bah pukul 10 male. Kita gi minum-minum ar dulu. Demo atar kawe ke LRT Sungai Besi.
Aku : De ko?
Abe Madi : Sempat.

Untuk makluman semua, Abe Madi (juga dipanggil Abang Safwan a.k.a abang kepada Safwan) nak balik ke Terengganu malam ini. Lagi 2 minggu menjelang perkahwinannya.

Abe Madi : Demo mari dok kawe nikoh ?
Aku : Tengok ar. Insya4JJI nak gi. Kak Mas pun dekat doh nge tarikh tu nok nikoh.
Abe MAdi : Duk rumoh kawe takpo nok nuggu 12hb gi rumoh dia.
Aku : Tu ar, kenduri abe 10hb pegi pagi sampai petang. 11hb cari tempat rehat. 12hb balik gi rumoh Kak Mas.

Fatwa Kepada Hati

Innal halala bayyinun,
Wa innal harama bayyinun,
Baina huma umuurun musytabihaatun,
La ya'lamuhunna katsiirun minan nas.

Memanglah teknologi SMS memudahkan urusan.

1. Adie?upm?
Sent:
21-Feb-2007
18:23:21

Aku Jawab:
Yup. Adi upm

2.Kenal kak chik atau kak intan atau nama penuh dia xxx xxx xxx xxxxx. Lecturer dr uitm?
Sent:
21-Feb-2007
19:44:55

Aku jawab:
X ingat la. Knape ek?

3. Sy kwn dia.jgn takutk.sy kwn.awk pnah jmpe die lbh kurg sthn dulu.dia lecture fakulti xxxxxx kalo sy xsilap.
Sent:
21-Feb-2007
19:55:23

Aku jawab:
Nak tkut apanya.nma kak xxx mcm sy ingt.btulke pnh jmpa? So apa story?

4. Nanti sy tanya kak xxxx blk kt mana awk n dia jmpe.btw,kami nkbckp ttg bisnes.
Sent:
21-Feb-2007
19:58:05

Aku jawab:
Ok.

5. Sblm 2 bole sy tau awk kt mana skg.
21-Feb-2007
20:14:22

Aku jawab:
Kat serdang. Oo..kak xxx lectr yg jual quran dgtal tu ek?

6. Yup.awk sbut quran dgtl br sy ingat.tp ini bkn bisnes yg e2.awk cblk bcuti ke.
Sent:
21-Feb-2007
20:24:49

Aku jawab:
Tak.nama u sape ek? Duk shah alam ke?

7. Sy hafiz. kwn kak xxx.bole kita jmpe dlm mggu dpn untk bckp ttg bisnes?
Sent:
21-Feb-2007
20:28:15

Aku jawab:
Bisnes apa?

8. Sy nk ckp dlm sms,dlm tepun xpandai.harap leh jmpe.sekadar ingin bckp n bborak shj.
Sent:
21-Feb-2007
20:30:49

Aku jawab:
Tak nak saya.sptutnya awk kna bgtau.tak kira la sms atau call.nak buat bsnes xleh mcm ni. To be hnest buat apa sy nak lyn sms awk.maf la, sy ckap bnda yg ptut.nak bsnes bukn mcm ni.tmbh dgn org yg awk nak ajak dia join awk.

9. Ok.ia mgenai fuel saver jenama stromberg dr jermanbnda ini dh lama tp cara bisnes yg kami jlnkn br sj sthn kt msia.dlm pd stromberg satu2nya brg yg kami bw, dia ada 1 pjlnan bisnes yg bbeza dn sy n kak xxx rs ia xpenah lg ada d msia.owner kpd xxx xxxxxxx xxxxxx xxx xxx-company yg mjd pmbekal tunggal asia tggara ialah xx.xx.xxxxxxx xxxxx.kami x bisnes lain.mmg stromberg fuel saver smata2.dn ia milik bmiputra spnuhnya.
Sent:
21-Feb-2007
20:44:47

10. Mcm ni la.maybe d way i approached u was bad.i xgud n lack bout how 2 haf a gud commnictions.bt dis bisnes totaly diff n d important is 2 increase d economic of bmptra exspcialy malay.im x forcing u in any angel.if i did,im sory.if ur intrstd,let me kno.it is more than a fuel saver.

Aku jawab:
Sori 4 not answer u. I've sme work to do now. Does't mean that i'm hurted coz of your apprch. I dun thnk that i'm inestd wth ths bsnes.

'Selamat Tahun Baru Cina' Motor-KRISS-100-ku

10hb yang lepas (Ahad)sedang aku melalui jalan Serdang Raya menuju ke KL untuk berjumpa seorang teman, tiba-tiba muncul sebuah kereta Waja dari raha bertentangan dan membelok ke arah aku. Tanpa sempat membrek atau mengelak, aku dilanggar begitu saja. Maka terpelantinglah aku lagak persis seorang stuntman. (Sedikit sebanyak ilmu perguruan Silat Gayong membantu aku mengatasi situasi cemas itu)

Alhamdulillah aku tidak pengsan. Aku bangkit dan mendapati motor KRISS kesayangan aku tersadai di tengah jalan itu. Aku mendapatkan motor dan pada masa itu juga seorang uncle keluar dari kereta Waja yangbaru merempuh aku. Cuak mukanya...

Dengan pantas aku berkata: "Takpala uncle, kita tak payah report-report. Boleh tolong saya tolak motor ni ke tepi dulu ?"

Kemudian datang auntie, "You okay ke ? Nak pergi klinik ? You tahu klinik kat sini tak ?"

(dalam hati..."Okay apa? sakit ni")

"Ye, saya nak ke klinik. Saya tak tahu klinik area sini."

"You boleh jalan, saya rasa ada klinik sebelah sana", balas auntie tadi.

"Kita tolak tepi motor you dulu. Lepas tu kita pergi klinik."

Aku hanya mendapat luka-luka kecil di kaki kanan dan bahu kanan. Dan juga sakit-sakit badan akibat tercampak dari motor.

Dan yang paling menguji kesabaran aku ialah melihatkan keadaan motor aku yang agak teruk kerosakannya.

(disingkatkan cerita)

Selepas ke klinik, kami ke bengkel motor berdekatan. Nama kedai motor tu Aun Sam Motor, lokasi Serdang Raya. Di bengkel tersebut, uncle yang langgar aku tadi sanggup untuk bayar ganti rugi untuk memperbaiki kerosakan motor aku tersebut. Tetapi sikap empunya bengkel itu pula yang lebih dari uncle tadi.

"Ala...ini calar-calar saja. Tak perlu tukar ma! " ...
"Ini cover you mahu putih ke hitam. Putih sudah okay, murah apa."

Aku balas, "Colour asal hitam, tukar sama dengan hitam je la. Lagi satu, putih punya cepat season sebab dia tak ada coating." (aku mula menyebut istilah-istilah polymer chemistry).

..dan begitulah lagaknya si tauke kedai tadi, lebih sudu dari kuah. Banyak perkara yang sengaja disenyapkan, agar aku tidak dapat apa yang sepatutnya aku dapat.

Nasib la semasa aku kedai tersebut, aku terserempak dengan teman lama yang juga menolak motornya ke kedai motor tersebut. Besi rim tayar belakangnya ada belok dan patah akibat terterjun ke dalam lubang.

Teman lama aku semasa di SAINA dulu. Kali terakhir kami berjumpa semasa mengambil keputusan SPM di Pokok Sena tahun 1999. Hampir 8 tahun kami tak ketemuan.

Dia dan kawan dialah yang menjadi peguambela untuk aku di petang itu.

...sengaja ditamatkan cerita ini...


sebelumnya:

'Selamat Hari Raya' Motor-KRISS-100-ku

'Selamat Tahun Baru' Motor-Kriss-100-ku

SMS dari KA.

Aku baru sampai di rumah. Kebasahan akibat hujan di perjalanan pulang ke Serdang. Sebaik sampai aku terperasan ada SMS. SMS dari KA mengajak aku ke HUKM untuk melawat seorang junior yang kemalangan.

Apa yang membuntukan aku ialah, aku telah sampai di rumah. Di luar hujan sedang turun. Aku baru balik dari Cheras dan HUKM itu juga di Cheras. Aku cuma tak terperasankan SMS itu dari awal sahaja.

Hari ini (19/02/2007) aku berniat untuk ke HUKM melawat Ghafil. Cadangnya hendak ziarah pada sebelah petang. Tahu-tahu pula, si Ghafil telah dibawa pulang emaknya tengahri tadi ke Terengganu.

Makanya, untuk kali kedua aku SMSkan Ghafil akan niat aku untuk menziarahinya tidak kesampaian.

Mengapa ya? Kebelakangan ini ramai kawan aku (dan aku sendiri) kemalangan. Dan kesemuanya adalah kes dilanggar oleh kereta yang dipandu lelaki Cina.

Sakit yang berpanjangan.

Sebulan yang lepas 'panas badan'.
3 minggu lepas aku dapat 'mati ikan'.
2 minggu lepas aku kemalangan.
Minggu ni aku keracunan makanan.


Kita hanya merancang.

Banyak perancangan yang difikir dan hendak dibuat. Selalunya banyak yang menjadi. Sebahagian dari yang menjadi itu pula tidaklah kesemuanya menjadi 100% seperti yang dirancangkan.
Tetapi tetap menjadi.

Begitu juga sebaliknya.
Banyak juga yang tidak menjadi.
Sebahagian dari yang tidak menjadi itu pula tidaklah kesemuanya
100% tidak menjadi seperti yang dirancangkan.

Itulah perancangan.

Kita merancang, Tuhan merancang. Dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT jua.

Beginilah nasib diriku yang malang...



Beginilah nasib diriku yang malang. Oh Tuhan.

A Teacher The Teacher Of Teachers




SMS dari Razali.

Tengah aku duk 'mengadap' nasi ayam di pejabat kedai Magna, aku mendapat SMS dari Razali

Salam. Pagi ni doktor baru cnfirm dgn aku yg aku kena buatoperation esok. Tulang siku kanan aku hancur. Aku kena operate untuk buang bhgn yg hancur tu. Doakan operation aku berjaya. Amin
Selepas aku baca SMS tu, aku sambung balik 'mengadap' nasi ayam aku. Kalian juga doakan dia.

Menziarahi sahabat kemalangan

Aku, Safwan, Obi dan Hamdan telah ke Hospital Pandan Indah semalam untuk menziarahi seorang teman yang kemalangan. Sebelumnya Razali telah menghantar SMS kepada aku untuk memaklumkan bahawa dia tidak dapat 'turun function' di Serdang buat beberapa ketika kerana baru sahaja kemalangan. Kemalangan yang membabitka dia (motor) dan sebuagh kereta. Kejadian itu berlaku semasa dia dalam perjalanan pulang selepas mengambil ujian untuk lesen P.

Kami bertolak dari Serdang pukul 11.00 pagi dan sampai di Hospital lebih kurqng pukul 1.00 tengahari. Hospitalnya dekat saja, tetapi kami terpaksa menapak dari sebuah hospital ke sebuah hospital berikutan maklumat yang tidak tepat diberikan dan juga kegagalan untuk menghubungi Razali sehinggalah kami membuat keputusan untuk ke rumahnya saja di Kampung Baru. Ketika di rumahnya, kami dimaklumkan kakaknya bahawa Razali di bawa oleh abangnya ke sebuah hospital di Hulu Langat dan telefonnya telah digunakan oleh adiknya.

Akibat dari kemalangan tersebut, Razali patah di siku tangan kanannya dan mendapat sedikit luka kecil di tangan kanannya. Sehingga kini Dr. memeberitahu kemungkinan untuk membuat pembedahan untuk membuang serpihan tulang yang ada bagi membolehkan tulang siku tumbuh kembali ditempat tulang yang hancur tersebut.

February 1st, 2007

Seminggu dua ini begitu banyak perkara yang berlaku secara mendadak di lingkungan ruang kehidupan kita. Begitu jugalah dengan diri ambo yang seorang ini. Banyak yang dari kadang-kadangnya adalah ambo sendiri yang mengkehendaki ia berlaku. Dengan izin Allah jua. Suatu hakikat yang ambo perlu terima ialah ruang kehidupan kita adalah seluas jaringan perhubungan kita sehari-hari. Dan luas jaringan perhubungan kita itu pula adalah seluasa mana kita melakukan kerja dakwah. Sedari awal dengan kita meletakkan diri kita di dalam pergolakan dunia hari ini, Islam, nasib ummat, Malaysia, negara Islam, masyarakat, pekerjaan, keluarga dan kawan-kawan kita; kesemuanya ada peranan kecil yang boleh kita lakukan. Dari keseluruhan aspek yang ambo terkesan ialah bilamana kurangnya hikmah pada diri ambo untuk membolehkan ambo melakukan pernan kecil ana itu dengan lebih berkesan. Hikmah adalah aset, ia adalah buah dari baiknya pokok agama kita. Hikmah ( atau haibah; salah satu aset hikmah pada pandangan ambo untuk seseorang. Lebih tepat kita panggilkan kebaikan akhlak ) boleh 'meruwap' jika diri seseorang itu mula meninggalkan kerja-kerja tarbiyah. Inilah perkara yang ambo begitu terkesan seminggu dua ini.

Menjaga 'mulut' adalah menjaga tarbiyyah

Ambo mendapat 'mati ikan' iaitu sakit dibahagian mulut yang disebabkan pecah-pecah berikutan beberapa faktor seperti cuaca panas, kurang minum air kosong atau akibat dari stress yang tinggi. Ambo memikirkan kenapakah ambo dikenakan sakit yang kecil tetapi cukup memedihkan ?

Singkatnya, ana menerimanya sebagai kaffarah dosa dan tanda bahawa Allah masih sangat sayangkan ambo. Pertama, kerana tidak mahu ambo menanggung dosa kepada-Nya, maka dari awal lagi ambo telah dikenakan sakit untuk mengguggurkan dosa-dosa ambo akibat perbuatan mulut ambo. Kedua, ambo tahu Allah begitu sayangkan ambo dengan memberi peringatan kepada diri ini. ( Begitu juga dengan nasib saudara-saudara ambo di Johor, banjir yang datang adalah sebagai peringatan dari Allah ). Dan setiap peringatan itu tidak berguna sekiranya kita masih mengulangi kesilapan dan kesalahan kita.

bersambung....