Nak juga beza walau sikit

dari Berita Harian Online

Demontrasi bantah kekejaman Israel

KUALA LUMPUR: Kira-kira 400 orang terdiri penyokong Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demontrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat di sini sebagai memprotes serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang membunuh lebih 360 penduduk Palestin.

Mereka berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji, di Jalan Tun Razak sebelum berarak di depan Kedutaan Amerika Syarikat jam 11.30 pagi sambil melaung-laungkan slogan anti zionis bagi membantah sokongan terbuka Amerika terhadap tindakan Israel itu.

Enam wakil kumpulan tersebut kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan kepada seorang pegawai kedutaan di pintu masuk kedutaan itu.

dari Harakahdaily.Net

500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir/ Wan Zahari
Tue | Dec 30, 08 | 1:45:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS; Salahuddin Ayub, Bendahari PAS; Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat; Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ahli parlimen Titiwangsa; Dr Lo Lo Mohd Ghazali, wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Tindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan negara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya.




Aku bukan musuh harta - Dr. Asri...awesome Be End (BN)

YDP PAS Putrajaya serah memorandum sekolah agama Putrajaya

Putrajaya: Rombongan YDP PAS Kawasan Putrajaya semalam telah menghantar memorandum berkenaan pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah agama di Putrajaya. Memorandum itu semalam telah selamat diserahkan setelah memorandum yang pertama telahpun diserah pada 25 Zulhijjah 1427 Hijrah.

"Kami, PAS Kawasan Putrajaya pada hari ini ingin menyerahkan memorandum kedua kami berkenaan sekolah agama di Putrajaya memandangkan masih tiada lagi tindakan proaktif yang diambil oleh pihak-pihak berkenaan berhubung isu ini dalam tempoh 2 tahun ini. Semalam sudah 25 Zulhijjah 1429 Hijrah, sudah masuk tahun yang kedua", respon beliau kepada wartawan Sinar Harian.

Baru-baru ini di dalam suatu Majlis Rumah Terbuka Majlis Permuafakatan PIBG sekolah-sekolah Putrajaya yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya dan Ketua Balai Polis Putrajaya, ibubapa telah dikejutkan dengan angka indeks jenayah yang melibatkan remaja di Putrajaya meningkat lebih 100 peratus sehingga September 2008, iaitu sebanyak 46 pelbagai kes.

"Tetapi malangnya, ahli parlimen kita pula meletakkan kesalahan total kepada ibubapa dan lebih malang beliau menyamakan ibubapa seperti 'Syaitan', tidak pandai menjaga anak-anak dan hanya tahu meletakkan kesalahan kepada pihak kerajaan sahaja. Ingin saya tegaskan di sini bahawa isu ini perlu dipandang dengan skop yang lebih luas iaitu ibubapa dalam rumah tangga dan ibubapa dalam konteks bermasyarakat dan bernegara. Ibubapa di rumah memainkan peranan mereka, manakala ibubapa di dalam masyarakat dan negara adalah pemimpin yang berperanan mencorakkan persekitaran semasa. Maka dengan itu saya kira persoalan mengenai isu sekolah agama ini mesti dibangkitkan semula agar bukan sekadar pembinaan sekolah agama ini dapat dilihat dan berjalan, malah kita mahu isu-isu jenayah dan sosial ini dapat di atasi dengan secara yang lebih holistik "

Ujar Ustaz Nazir Zakaria lagi, "Kita mahu PM kita, Pak Lah dapatlah kiranya meninggalkan jasa-jasa terbaiknya sebelum melepaskan jawatan pada Mac 2009 nanti. Penduduk sebelum ini dijanjikan pembinaan sekolah agama di tapak Presint 9 pada Disember ini, tetapi hari ini sudahpun 23 haribulan dan sedikit pun tanda-tanda kerja pembinaan masih belum kelihatan. Sebelum lebih lambat maka kami rasa perkara ini perlu diperpanjangkan sekali lagi".

Memorandum yang dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Menteri Wilayah, Pejabat JAKIM dan Pejabat Presiden Perbadanan Putrajaya itu secara ringkas termuat beberapa tuntutan yang termuat di dalam memorandum kedua PAS Kawasan Putrajaya berhubung tuntutan pembinaan sekolah rendah dan menengah agama Putrajaya:

1. Segerakan pembinaan sekolah agama rendah dan menengah agama di tapak cadangan Presint 9 sepertimana yang juga dijadikan manifesto kempen pilihanraya ahli parlimen Putrajaya.

2. Utamakan pembinaan sekolah agama dan bukannya pembinaan surau di tapak cadangan kerana tuntutan sekolah agama lebih prioriti berbanding tuntutan surau sekiranya kewangan menjadi alasan utama kelewatan pembinaan sekolah agama.

3. Meminta agar diwujudkan sekolah agama sementara supaya dapat beroperasi bagi sesi tahun 2009 dengan menggunakan mana-mana bangunan atau premis kosong di dalam Putrajaya.

4. Seimbangkan pembangunan modal insan dengan hanya tidak menumpukan perbelanjaan besar kepada aktiviti-aktiviti bersifat fizikal dan pelancongan seperti penganjuran pesta-pesta bertaraf antarbangsa seperti Pesta Bunga Api dengan mengabaikan pembinaan modal insan bagi penduduk Putrajaya itu sendiri.



Raya Haji (entri yang tertangguh)

Hari Raya Keempat



Hari Raya Ketiga


Hari Raya Kedua



Hari Raya Pertama



Lagu arab lagho yang paling aku suka

Tajuk : Alby Nadaak
Penyanyi : Fares (Lubnan)

leek, ana melk leek
ta3ala arrab dommeny
me7tag eleik
leek, w ro7y feek
ya 7ob 3omry ana 3omry kollo
ha3eesho leek

hawak howa el-7ayah
wenta elly ana ba3sha2 hawah
kan alby monah
agmal malaak yekoun ma3ah

yah, alby nadaak
wetmannak teb2a enta wayaya
yah, ba3d sneen
sho2 w 7anin ala2eek hena ma3aya
yah, dommeny leek
danta 7abiby 7ayaty leek
w ha3eesh 3omry fadaak(2x)

eih, a7tag le eih?
law kont ganby ma3aya dayman
oully eih?
yah, dana men zaman
me7tag le alb ye7ess beya
w a7ess beeh

hawak howa el-7ayah
wenta elly ana ba3sha2 hawah
kan alby monah
agmal malaak yekoun ma3ah

yah, alby nadaak
wetmannak teb2a enta wayaya
yah, ba3d sneen
sho2 w 7anin ala2eek hena ma3aya
yah, dommeny leek
danta 7abiby 7ayaty leek
w ha3eesh 3omry fadaak

Sebelum Raya Qurban 1429H





Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA

Kuala Lumpur: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sedang merancang mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Mac tahun depan (Mac 2009) di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA serta bebaskan semua tahanan tanpa syarat.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ketika dalam sidang media 6 November lalu, berkata, akta drakonian itu semakin mendapat tentangan daripada semua pihak termasuklah parti komponen BN iaitu Gerakan dan MCA.




Sehubungan itu, suatu Majlis Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dataran MPAJ, Pandan Indah
Masa : 9 malam

Pemidato Utama :
1) YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
2) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
3) YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP)

Penceramah :
1) Tuan Haji Mohama Bin Sabu (Naib Presiden PAS)
2) YB Salahuddin Bin Ayob (Ketua Pemuda PAS Pusat)
3) Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Pengerusi GMI)

Pengajaran dari 'tudung'.

SMS 1
01-Nov-2008 8:54pm

YaDi,kwn su dia kene buatan org melalui mknn(mengikut kata ustz),dia jd depress,mgrib to isyk rs serabuk nk ngamok.xtenang.kwn su sorg lg.lg truk dia sapa naik kudis,rs mcm kena cekik,kena lambung2 dn jd byk lupa, slain g bomo,ada x surah2 hk blh dia amalkn nk pagar diri.kwn su ni lawa sgt YaDi, suka melawala,bdk tesl,dato kerabat diraja selangor nk ke dio, dia hmpr nk kawin doh tp gak smpat tau dato tu plyby,baran,pukul istri,jd dia xjd kawin.dato tu bomoh kwn su.smpai dia meracau2 ckp bhs indon.kesian sgt ko dio.

Reply 1
01-Nov-2008 8:59pm

Nanti ana check dlu. Saing duk mana? Kalu slgor atau dkat2 baek brubat dgn dato' haron din d darussyifa' seksyn 4 bangi.

SMS 2
01-Nov-2008 9:11pm

Saing org tganu.dia kelik doh,dok brubat dgn anak didik harun din jgak.kakak dia ckp,ustz tu kata mujo dia cpt brubat, kalu bnda tu naik ke otak jd xbtl.kalu trun ko kaki jd lumpuh.dia praktkl sama dgn su dlu kt mlaka.knl dato tu kt c2, dato hari2 g kt sekolah kami.ms dia lari dr dato, su trpksa tipu dato itu dn ini utk sorok dia.su tkt sgt kalu dato tu tau su tipu dia dn dia wat ke su jgk.su leni bc ayt kursi jah nk pgr diri.kakak kwn su ckp dia meracau dlm bhs indon dn ada sbut2 nama su.ngeri2

Reply 2
01-Nov-2008 9:21pm

Xpola gitu, anak murid haron din meme rmai. Tu yg tany, nak bui no tel sore dua. Ado doh gak xpo. Gini su, qur'an tu sndri adlh syifa' wa rhmah ie ubat n rhmat kshatan, kbaikan dsb. Baca hari2, istqmah x kiro surh mana pun akn jd dndng dri gak. Cuma meme ada ayat2 t'tntu yg guna untk dndng diri ni. Ana cdg su amal ma'thurat, biar ada 1 dlm smpanan n amal mcm dlm kaifiat dia. Ahli PMIUPM dan PAS meme tok naqib kami suruh krn daie akn sntiasa b'dpan cbrn scra zahir atau sihir. Insya4JJI.

SMS 3
01-Nov-2008 9:24pm

Mslhnya dato dh bnk in rm 100k dlm akaun dia.dh bli cincin rm6k, kasut bonia rm600 dll..tp kwn su dh pulangkn smua.lgpun buku bnk kt tgn dia bkn dia blh kuarkn pun duit tu.truk la dato keparat tu.pttla kwn su ckp dia xcinta dato tu tp jd tringat n rindu dato tu.rupa2nya ustz ckp hr first dorg kuar date tu lg dato dh bc ayat pengash kt dia...pngjarn besar buat su,hk su rasa adalah 1-kto xleh date dgn bkn muhrim, 2-kto xleh melawa shgga tarik perhatian org.pttla ada hok paka purdoh doh.sb tkt bl jd perhatian gnilah jd nya. tkt sgt YaDi...

SMS 4
01-Nov-2008 9:28pm

Trima ksh ats sgl pndangan n nsht YaDi.

Reply 3
01-Nov-2008 9:30pm

Sama2. kahwin la cpat2. Bleh elak maksiat, fitnah dan punah. Jagalah Allah (syariat), nescaya Allah menjagamu.

SMS 5
01-Nov-2008 9:24pm

Hehe.xdok duit nk kawin lg.lepas posting insyaALLAH.


Reply 4
01-Nov-2008 9:40pm

Ok la deh. Jgn lupa amalkan ma'thurat, smpai 1 masa su akn rasa xbest kalu mis bca ma'thurat walau skali. Salam.

SMS 6
01-Nov-2008 9:41pm

Thx. Hihi =)

+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=+-=
InsyaAllah hajat hati nak belajar syifa' di DarusSyifa'. Untuk permohonan bolehlah rujuk di DarusSyifa'.org (sila klik pada gambar) atau terus ke Laman DarusSyifa.org

Raya dan musim orang walimah



Nota kepada diri: dalam ramai-ramai, aku sentiasa yang paling kurus dan rendah.

هل هي ليلة عامة أو خاصة ؛

Bacaan surah Lailatul Qadar berkumandang di setengah-tengah masjid apabila masuknya malam yang ke 15 Ramadhan. Ada juga dikalangan mereka cuba mentafsirkan semula surah ini dengan mengatakan Lailatul Qadar hanya datang sekali sahaja, iaitu semasa penurunan al-Quran. Dikalangan umat Islam juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenai apa yang akan berlaku atau apa yang harus dilakukan pada malam al-Qadar ini. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menjelaskan mengenai persoalan samada Lailatul Qadar itu dikhaskan untuk orang-orang tertentu sahaja atau kepada kesemua umat Islam secara umumnya, iaitu mereka yang mendirikan malam pada hari berlakunya peristiwa tersebut.

Apakah Lailatul Qadar bersifat khusus atau umum?
(هل هي ليلة عامة أو خاصة ؛)



Diantara perkara yang dibahaskan ulama' disini adalah : apakah Lailatul Qadar dikhususkan kepada beberapa orang (tertentu sahaja), lalu menzahirkan kepadanya melihat alamat-alamat, atau melihatnya didalam mimpi, atau ada karamah luarbiasa yang terjadi, dan tidak berlaku kepada orang lain? Atau ia merupakan satu malam yang bersifat umum kepada kesemua orang Islam, sehingga hasil pahala dapat dikecapi bersama kepada sesiapa yang melakukan solat / qiam pada masa itu, walaupun tidak dizahirkan apa-apa alamat sekalipun?

Maka kebanyakkan ulama telah memilih pandangan kedua, bersandarkan hadith Abu Hurairah ra.:


من يقم ليلة القدر فيوافقها..
"Barangsiapa yang berqiam pada malam Lailatul Qadar maka dia telah menjumpainya. .." [Hadith Riwayat Muslim].

Begitu juga dengan hadith A'isyah ra. :-

رأيت يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر ما أقول؟ فقال: قولي: اللهم إنك عفوٌّ تحب العفو فاعفُ عني
"Apa pendapat kamu Ya Rasulullah jika aku berjumpa dengan Lailatul Qadar dan apa yang hendak aku ucapkan? Jawab baginda : Katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang memberi kemaafan, Engkau mencinta kemaafan, maka maafkanlah aku" [Hadith Riwayat Ibn Maajah dan Imam al-Timudzi].

Maka mereka mentafsirkan perkataan 'menjumpai' atau al-muwaafaqah (الموافقة) dengan maksud 'mengetahuinya', dan ini lah merupakan syarat untuk mendapatkan pahala, ia itu khusus dengannya (dengan 'al-Muwaafaqah').

Ulama' lain memilih makna menjumpainya : iaitu pada diri sendiri, walaupun tidak mengetahuinya, kerana sesungguhnya bukanlah menjadi syarat akibat dari melihat sesuatu atau mendengarnya, sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam al-Thabari.

Ada beberapa kalam ulama' yang meletakkan syarat perlu mengetahui Lailatul Qadar telah menjadi sebab kebanyakan orang awam beritiqad bahawa Lailatul Qadar adalah cahaya yang kuat yang dibuka kepada beberapa orang dengan mendapat kegembiraan, dan sebahagian lain tidak mendapatnya. Maka timbullah orang berkata : Si Fulan telah mendapat Lailatul Qadar. KESEMUA INI TERMASUKLAH PERKARA YANG TIDAK DIDASARKAN DENGAN DALIL YANG JELAS DARI SYARA'.

Maka Lailatul Qadar itu bersifat UMUM kepada seluruh umat Islam yang menunggunya, mencari kebaikkan dan ganjarannya, serta apa yang disisi Allah, iaitu malam ibadat dan ketaatan, dengan melakukan Solat, Tilawah al-Quran, berdo'a, melakukan sedekah, menjalinkan silatul rahim, dan segala perbuatan yang baik.

Paling sedikit seseorang Islam itu boleh lakukan pada malam itu adalah : bersolat Isya' berjemaah, dan solat Subuh berjemaah, kerana kedua-duanya menyerupai Qiamullail. Didalam sebuah hadith sahih Nabi :saw bersabda :

من صلى العشاء في جماعة، فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة، فكأنما صلى الليل كله
"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat separuh malam, dan barangsiapa bersolat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepenuh malam" [Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim dengan lafaznya, dari hadith Uthman, Sahih al-Jaami' al-Shaghir #6341].

Maksudnya 'barangsiapa yang telah bersolat Subuh', iaitu setelah menunaikan solat Isya', dan diperjelaskan didalam sebuah hadith riwayat Abu Daud dan Imam al-Tirmudzi :-

من صلى العشاء في جماعة كان كقيام نصف ليلة، ومن صلى العشاء والفجر في جماعة كان كقيام ليلة
"Barangsiapa bersolat Isya' berjemaah, seakan-akan dia bersolat separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat Isya' dan Fajar berjemaah, seakan-akan dia telah melakukan Qiamullail" [Rujukan seperti diatas, hadith #6342].


Terjemahan dari buku :

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam. Beirut : Muaasasah al-Risalah, 2001. ms 133.

NGO Islam akan demonstrasi jika Konsert Avril diadakan


Irwan Muhammad Zain

Wed | Aug 27, 08 | 5:07:42 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Harakahdaily.net) - Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Bukit Bintang membantah keras konsert Avril Lavigne yang mendapat kelulusan Kabinet baru-baru ini.

Konsert penyanyi muda kelahiran Kanada itu yang dijadualkan diadakan Jumaat ini tidak sesuai diadakan kerana ia tidak menghormati kedatangan Ramadan yang akan bermula awal bulan depan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perkid, Ustaz Masridzi Sat berkata segala usaha dakwah dan cegah maksiat yang dijalankan oleh Perkid tidak akan berjaya jika kerajaan dan pihak berkuasa terus menganjurkan konsert sebegini.

Beliau menegaskan usaha Perkid akan menjadi sia-sia seumpama satu pihak membaja manakala satu pihak lagi menyiram racun.

Sehubungan dengan itu, Perkid, Pekida Bukit Bintang dan NGO-NGO Islam yang lain akan bergabung secara besar-besaran membantah konsert tersebut.

"Jika perlu kita mengadakan demontrasi aman kita akan lakukan jika kerajaan tetap meneruskan konsert ini," kata beliau.

Beliau juga menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai membazir dan melalaikan anak muda dari menghayati erti kemerdekaan sebenar dan penghinaan kepada sambutan awal Ramadan yang merupakan bulan tarbiyah untuk umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi Pekida Bukit Bintang, Roslan Dahaman turut melahirkan kekesalan kerana sambutan awal Ramadan di buat secara bersuka ria dengan program artis barat yang tidak bersesuaian dengan budaya Islam.

"Remaja adan anak muda Islam semakin musnah moral dan akhlak mereka jadi sekiranya konsert itu diteruskan tentunya anak-anak muda kita tidak akan merdeka dan akan terus dijajah dengan pemikiran dan budaya barat," jelas Roslan.

Justeru itu, beliau memberikan komitmen bahawa ahli-ahli Pekida Bukit Bintang akan membantah konsert yang melalaikan dan menghina umat Islam negara ini dan akan turun padang berdakwah dengan anak-anak muda di malam sambutan Merdeka bersama Perkid dan NGO-NGO Islam yang lain.

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada awalnya dilaporkan menimbangkan untuk menangguhkan konsert itu ke satu tarikh lain yang bersesuaian dengan alasan tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan membenarkan semula konsert setelah menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar ia tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini. - mks. _

PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: HAK BAIK TAK TAHU KEMANA

oleh Ustaz idrisahmad

Pada 8/Ogos/2008 saya dijemput ceramah Isra' Mikraj di Surau AL-Irsyad Apt Vista Pinggiran Putra dekat pasar Borong Selangor. Program lepas maghrib sepatutnya, tangguh lepas Isyak. Jalan jam maklumlah daripada Kuala Lumpur hari jumaat pula. Lepas itu saya pula sesat jalan. Sembahyang maghrib di RR Air Hitam dekat tol LDP (Lebuh Raya Puchong).

Yang menariknya pada malam itu saya berjumpa bekas pelajar saya di UITM Melaka dahulu. Lepas ceramah dia bagi tau dekat saya, suara ustaz tak ubah macam dulu. Kebetulan ceramah Isra' Mukraj maka sudah tentu yang disentuh berkenaan dnegan kewajipan solat dan realiti yang berlaku pada hari ini, ramai yang tidak solat. Dia beritahu saya apabila ustaz cerita bab solat ini teringat sewaktu berada di ITM dulu, ustaz selalu bertanya siapa yang tidak solat subuh. Saya adalah salah seroang yang liat solat, sekarang ini tidaklah ustaz.

Memang saya terkenal di kalangan pelajar sebagai pensyarah yang tegas. Kalau ada di kalangan pelajar yang sedang berdua-duan, apabila nampak kereta saya pakat lari lintang pukang. Di dalam kelas semua pelajar perempuan wajib bertudung, kena tutup sampai dada. Saya kata saya hanya berkuasa di dalam kelas ini sahaja. Sekurang-kurangnya 2 jam kamu tidak derhaka dengan tuhan dalam seminggu. Rupa-rupanya ada kesan, selepas dipaksa akhirnya mereka pakai dengan sukarela.

Saya masih ingat dia, biasalah di sekolah pelajar yang terkenal ialah yang baik atau yang nakal. Yang sederhana guru tidak ingat. Yang menariknya belaiu sekarang orang kuat Pas dan menjadi tenaga penggerak penting di cawangan tersebut dalam kawasan Puchong. Saya bertanya beberapa orang yang semasa dengan beliau di ITM dulu, yang terkenal budak baik, maka dia sebuat mereka join Umno dan ada yang tidak peduli perjuangan.

Tetapi inilah realiti yang berlaku dalam alam pelajar. Sebenarnya saya apabila pergi tamrin pelajar di pusat pengajian tinggi, saya kata saya datang ini hanya melepas kewajipan saya sebagai pimpinan jamaah sahaja. Saya bukan percaya sangat dengan kamu. Besok apabila sudah keluar apabila kerja, kahwin, dapat anak dan aktif dengan Pas, baru jumpa saya. Ini baru boleh bagi sijil, kalau tidak saya tidak percaya.

Saya teringat sewaktu menjadi pelajar dahulu Saudara Mohd Sabu yang sering berucap dalam tamrin pelajar. Dia kata dekat kami, saya hanya percaya 20% sahaja di kalangan kamu ini. Waktu itu dalam hati saya tercabar.

Gamak pimpinan Pas kata kami hanya boleh diharap 20% sahaja. Sedangkan kami begitu bersemangat, berani bergaduh dengan puak Umno kampus. Sanggup bertumbuk, dibuang asrama, kena tindakan disiplin. Rupa-rupanya betul, bukan 20% malahan 5% pun tidak saampai yang terlibat dengan Pas.

Saya kata, harap itu tidaklah sangat. Banyak abang dan kakak kamu dulu tipu kami, kerana lepas keluar takut hendak berjumpa dengan kami. Taku saya tanya cawangan mana yang awak aktif. Banyak bekas pimpinan jamaah duduk dekat dengan rumah saya, jumpa cabut lari. Hendak kata tidak faham tarbiah tak betul kerana regunya naqib dengan naqibah, akhirnya kedua-dua rebah dalam perjuangan.

Saya juga pernah di beritahu oleh pemandu YB Doktor Hamdan Mohd Khalid Exco Kerajaan kedah, namanya Nasron.

Beliau ini bekas sekolah agama. Dia kata payahlah ustaz , hendak cari ustaz untuk bimbing kami.

Saya kata fasal apa?. Kawasan anta ini tidak ada orang mengaji agama ka.

Ada jawab dia. Tapi tidak mahu berjuang duduk peluk tubuh dan pemerhati komonwel kot jauh sahaja. Akhirnya hak yang hendak berjuang ini macam kami yang mengaji tidak tinggi, hak pandai tidak mahu berjuang.

Saya Tanya dia fasal apa jadi begitu.

Dia kata depa pandai kerana rajin mengaji tidak sempat hendak ambil tahu bab perjuangan, kami yang kurang dan nakal-nakal sikit ini rajin pergi dengar ceramah dan ikut kuliah Pas itu yang mengaji tidak berapa pandai.

Saya senyap sahaja apabila dengar penjelasan daripada beliau. Ada lojik juga. Pasal hak cerdik kalau tidak ada roh jihad dalam diri, dia takut macam tidak ada tuhan dalam hidup dia.

Dia tidak percaya rezki tangan tuhan, walaupun dia mengaji Usuluddin.

Apabila saya renung perbualan saudara Nasron tadi ada kebenaran juga. Macamlah bekas anak murid saya tadi.

Walau bagaimanapun saya bangga kerana beliau bekas anak murid saya yang aktif dalam Pas walaupun dulu nakal, tetapi sedikit kecewa anak murid dan aktivis yang hebat suatu ketika dahulu tenggealam dengan dunia yang fana' ini.

"Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan"

Fiqh Wanita

SMS 1
Salam yadi. apa hukum sbnrnya kalu kto paka lipstik. kto paka xdp niat pun nk tunjuk ko org tp gak meme su jns paka jak dlu lg.
Jumaat, 25-Julai-2008 8:01 pagi

Reply 1
Wassalam. hukum depend pd kesan dia, biasanya pd lelaki. sebab pd color/ trikan lain pd lipstk maybe bau dsb, la ni kan tknoloji cgih2. biasanya color yg strikin' bolh menarik p'hatian lelaki bukn mahrm. kalu b'laku mcm tu elok tkar color. xpun pakai plmbab bibr shj. lgpun meme asal lpstik adl untk lmbab bibr, buke untk b'hias coz kebanyakn wanita perlu. apath lg kalu mnjadi kesukaan suami dia.
Jumaat, 25-Julai-2008 9:38 pagi

SMS 2
Owh g2. trim ksh ats pnerangn hok jelas tu. su bru hbis lpstik. su suko hok merah, bnyk keda doh cari tp xjupo2 hok kene. mgkn Allah wat su xjupo nk suh su xpaka. btl doh tu. tima kasih ustaz yadi.
Jumaat, 25-Julai-2008 9:46 pagi

SMS 3
ustaz, su ado niat nk paka tdg bsar, tp bkn jilbabla. tp su rs payohnyo nk paka tdg labuh, ikhlasnya su rasa xjangok la kusamla, lg xup to date la, rs mcm (tp ustz jgn pndg serong ko su pulok mugo su ngaku hok ikhlas ni) su suko sgt tgok org paka tdg lbuh, napok juruh, napok lmbut jah. tp su nk buat sdiri rasa xleh. su bli byk doh hok tdg bsa tp dok smpan dlm mari. kdg2 paka jgk tp stakat ni byk paka hok saiz biaso lg la hok mcm su paka kt lab. ustz ado tips dok. su xdp sain hok tdg labuh nk tyo pnpdt.
Jumaat, 25-Julai-2008 9:51 pagi


Reply 2
sblm ni ada 2 ore sain ana hak mcm su, dr tdg kecik ke tdg lbuh. gini, su lbuhkn tdg sket dmi sket. kata la trget dlm masa 2 buln. 2mgu pkai tdg 3 segi stil ada corak n lbuh sket dr biasa. 2mgu pah2 lg pkai tdg lbuh sket lg tp cara pmakaian ubh sket misal silng n guna 2/3 broch. 2mgu lgi pkai tdg yg sma lbuh tp plain. 2mgu last pkai tdg bulat trus. tjuan buat mcm ni nk biasakan dri n ntk elak dr orng b'tnya dsb. i2 yg buat su kekok sebnarnya. tdg hak menepati syarak ialh tdg lbuh coz aurat secure 360radius, top 2 down. juga kna byk amln sunat misal bc 1 muka qur'an sehari. pmakaian mesti sesuai dgn khidupn, bru x mudh give up dr pkai tdg lbuh. tgok wardina, bukan stakat pkai tdg tpi life dia pun dh b'ubah. kan?
Jumaat, 25-Julai-2008 10:25 pagi.

SMS 4
Thx!
Jumaat, 25-Julai-2008 10:27 pagi

Hehe...kalu dulu2 setiap jumaat ada slot Fiqh Wanita anjuran HELWANI PMIUPM dengan kerjasama Pusat Islam UPM setiap hari jumaat. Waktu muslimin pergi solat Jumaat, muslimat semua boleh pergi kuliah Fiqh Wanita. La ni xtau ada ka xda?