Hikmah Angka Dalam Islam...coretan memanaskan badan sekembali dari cuti yang lama

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.
ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di
hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis
{bertaubat kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad
fisabilillah.
ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.
ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali
karamullahuwajhah: Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara
sesungguhnya dia telah d beri kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya
daripada apa yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan
akhlak yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan
org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang
membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana
sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada
Allah.
3)Selalu berzikir dan
berwirid.4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan
istighfar
6)Selalu meningkatkan dan
memperkemaskan ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.
ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum
ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh
mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja
-manja
3)Berhias diri dan
bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan
lari.
ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin d hormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya
tidak busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang
mahsyar dgan tubuh yang asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang
adi
l7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana
kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau
dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d
malam jumaat
"MUSLIM yang BAIK {SEJATI} ITU IALAH MUSLIM yang DAPAT MENYUSUN JIWA{rasa HATI} ,MENYUSUN FIKIRAN DAN MENYUSUN FIZIKALNYA"

Semua Tentang Kita v3... bukan Peterpan






Burung merpati menangis - emel seorang sahabiah

Malam mulai larut
Membawa penghuninya ke alam mimpi
Penuh kekenyangan dan kenikmatan
Oleh habuan di petang hari

Namun tidak begitu buatmu burung merpati
Engkau menangis di malam hari
Hanya Tuhan yang mengetahui
Serta hukamak yang memerhati

Aku terbaca kata-kata Abu Sahlun As-Syakluki
Membuat air mataku mengalir sayu
Mengenang diriku yang asyik alpa
Oleh keseronokan habuan dunia

“ Ana ala sahwin wa tabkil hama’im
Walaisalaha jurmun waminnil jara’im
Kazzabta la’amrullah lau kunta aaqilan
Lamaa sabaqani bil buka’il
hama’im”

“ Aku dalam kelalaian sedangkan burung merpati menangis
Sedangkan dia tidak berdosa, sebaliknya Aku lah yang penuh dosa
Berdustalah engkau, demi Allah jika aku seorang yang berakal
Aku lah terlebih dahulu menangis sebelum burung merpati menangis”

Syurga para duniawi hanyalah wanita cantik, harta dan istana
Tetapi tidak pada Abid yang ada mata hati
Syurganya pada mihrab yang hening di malam hari
Pada matanya mengalir air mata taubat
Yang dapat menebus dosa-dosamu
Serta menghubung mu ke alam yang tinggi kekal abadi.

Pemergianmu - In-Team

Kau masih tersenyum mengubat lara,
selindung derita yang kau rasa,
senyuman yang mententeramkan
setiap insan yang kebimbangan

Hakikat tak tertanggung lagi derita
di pangkuan isterimu Humaira
menunggu saat ketikanya
diangkat rohmu bertemu yang ESA

Tangan dicelup di bejana air
kau sapu di muka mengurangkan pedih
beralun zikir menutur kasih
pada ummah dan akhirah

Dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwa mu
berlalu linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk ummat menerima
bahkan payah untuk umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua
bahwa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada
bersemarak cinta mu selamanya

pst:
lirik ni ana dengar mp3 the terus type ke post ni, tak tau
le kalau2 ada part yang salah tu.

Nak yang betul?
Dapatkan cover kaset atau CD dengan membeli yang original.

Man zaro'a, hasoda.

Man zaro'a, hasoda !
Siapa yang menanam (pokok), dia yang menuai hasilnya.
Hari ini aku mendapat panggilan telefon, seorang wanita Cina bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Dengan pelatnya itu, aku terpaksa mendengar teliti dan memintanya mengulang beberapa kali bagi sesetengah ayat yang diungkapkannnya.

Sikit-sikit aku dapat memahami bahawa esok aku dikehendaki datang ke sebuah kilang cat di Puchong pada pukul 2.30 petang untuk sesi temuduga.

Petangnya aku ke Puchong (kilang tersebut) mengikut alamat yang diberikan. Aku sendiri tidak menyimpan alamat. Terpaksa aku meminta alamat dari wanita Cina tadi. Seingat aku, resume yang aku hantarkan ke syarikat tersebut ialah 2 bulan yang lepas. Aku jangkakan sudah tidak ada jawapan dari pihak syarikat. Aku dimaklumkan, tawarn jawatan yang di buka untuk temuduga esok ialah jawatan Assistant Chemist.

Semasa aku menulis ini, aku baru sahaja selesai mencari maklumat mengenai syarikat yang akan menemuduga aku esok. Walhal sekarang ini pun aku sebenarnya da jamuan yang dianjurkan oleh 'budak-budak K7'.

Aku tidak sempat untuk memotong pendek rambutku petang tadi kerana aku ke Putrajaya. Terpaksalah aku pergi ke kedai rambut esoknya. Terpaksalah aku memotong pendek rambut panjang aku ini.
Aku perlu ingat, ini adalah temuduga aku yang pertama untuk kerja tetap.
Hujung bulan ini juga aku ada sesi temuduga di Kulim, Kedah. Apa pun, ianya bergantung kepada keputusan temuduga aku esok ataupun permohonan aku di kilang TK-Yokohma Battery di Semenyih.

Hajat hati hendak duduk lama di Serdang atau kawasan yang berdekatan. Dekat-dekat sini aku boleh cari pendapatan samping yang lain. Kerja-kerja yang biasa aku buat sebelum ini.

Lagipun setakat ini aku dah di serap ke Pemuda kawasan

Baik ! Harap semua kawan-kawan doakan aku agar hadir dan lulus sesi temuduga tersebut dan dapat jawatan tersebut.

Mou Ikkai. One More Time.


Sousa kanashimi wo yasashi sa ni

Turn your sadness into kindness


Jibun rashisa wo chikara mi

and your uniqueness into strength


Mayoi nagara demo ii aruki dashite

It's okay to get lost in the process, begin to walk


Mou ikkai
One more time


Dareka no kitai ni zutto kotae
Do you like to answer to somenone's expectation


Homerareruno ga sukinano desuka

...and be parised for it?

Naritai jiban wo surikaetemo
Even if you must sacrifice what you really want to do...


Egao wa itsudemo suteki desuka
...will your smile be true?

Hajimari dake yume mite okiru

I wake up after seeing only the beginning of my fream...

Sou saki nara itsuka jibun no ude de
...but i will grasp what happens after that with my arms


Souda daiji na mono wa itsumo

Yes, the important things are always...


Katachi no nai mono dake

The ones with no form...


Teki iretemo nakushitemo kizuka nu mama

Even if you obtain it or lose it, you do not notice

Ana soleh, anak soleh v1... baru nak mula

Ana soleh
Anak soleh
Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.
Ingat hendak dipanjangkan lagi entri kali ini, tapi ana dah nak tutup kedai. Lain kali sahajalah.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Islam Se-Malaysia, PAS



Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjemput dan mempersilakan Dato'/ Tuan/ Puan dan seluruh rakyat Malaysia ke Majlis Hari Terbuka PAS Pusat pada 12 November 2006 jam 2.00 hingga 4.00 petang di Taman Melewar, Gombak ......................

Semua Tentang Kita v2... bukan Peterpan





Chemistry course yang aku tak amik

di dalam lab 432, Bangunan Sains Fizik, Fakulti Sains, UPM

Dr. Karen Badri : Belajar kimia ni macam masak-masak juga. Jika kamu lihat suatu bahan itu tak larut apa yang akan kamu buat ?Jika sesuatu bahan itu sepatutnya menghablur, tapi tidak, apa yang akan kamu buat ?

di RI

Indra : Macam mana nak buat jelly jelapa D ?
D : Caranya macam ni....

Untuk 30 cup (200 ml / 200 mg)


Amali 1 :

Manual makmal Usahawan Kimia Berjaya (CHM 1234), Demo : En. Ise Smart
Alat Radas:
1. 30 cup 200 ml
2. Periuk
3. Pemanas
4. Senduk, spatula tidak digalakkan
5. Pemarut (hanya boleh didapati di Pasar Besar Siti Khadijah KB BRI sahaja)

Bahan kimia:
1. Sebiji kelapa
2. 30 mg agar-agar
3. 1/2 kg gula
4. 5.25 L air

Kaedah:
1. Parutkan kelapa muda dan agih-agihkan ke dalam semua 30 cup tersebut.
2. Air kelapa muda tadi terlebih dahulu di agih-agihkan ke dalam 30 cup tersebut (setiap cup biasanya akan terisi sebanyak 25 ml air kelapa muda).
3. Sementara itu didihkan air.
4. Apabila air telah mendidih, masukkan agar-agar dan kacau sehingga kesemua agar-agar larut.
5. Masukkan gula setelah hanya agar-agar tadi larut semuanya.
6. Setelah itu, agihkan jelly tadi ke dalam setiap cup tersebut sehinnga tanda senggat. (200 ml)
7*. Boleh tambah sedikit garam / coffe mix untuk dapatkan rasa yang lebih lemak.

Langkah-langkah penjagaan:
1. Agar-agar mestilah larut sepenuhnya. (masukkan ke dalam perbincangan)
2. Laritkan agar-agar terlebih dahulu.
3. Pastikan agar-agar yang di masak disejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam cup.

Perbincangan :
1. Huraikan pemelarutan yang berlaku.
2. Tunjukkan jalam kira untuk margin bagi 1 cup Jelly Kelapa Muda yang telah siap dimasak.
Margin keuntungan untuk jualan :
(a) Modal (1 cup)
(Sebiji kelapa + agar-agar +1/2 kg gula + 30 cup dan sudu + kos gas dan air) / 30
= (RM 1.00 + RM 2.00 + RM 1.00 + RM 4.50 + RM 3.00) / 30
= RM 0.38


(b) Kos iklan dan pemasaran diunjurkan kepada RM 0.20 iaitu 50 % dari kos penghasilan bagi 1 cup Jelly Kelapa Muda

(c) Keuntungan (1 cup dijual RM 1.00)
RM 1.00 - [Kos (a) + (b)]
= RM 1.00 - [RM 0.38 + RM 0.20]
= (+-) RM 0.42 untuk 1 cup

(d) Keuntungan bagi 30 cup = RM 0.42 X 30 = RM 12.60

+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*/+-*+-*/+-*/

Amali 2 :

Manual makmal xxxxxxxxx Kimia Berjaya, (CHM 4321) Demo : (dalam gambar di bawah)



Hari pendaftaran pelajar ...


hari ini....

di bahagian akademik, tingkat 1, bangunan pentadbiran UPM

di kaunter...

Aku : Assalamualaikum WBT bang ! Saya nak buat semakan kredit.
Brother 1 : Wa 'alaikummussalam. Fakulti mana ?
Aku : Fakulti Sains.
Brother 1 : Masuk dalan jumpa dengan Cik Firdaus.
Aku : Ok, tenkiu !
di dalamnya...
Aku : Assalamualaikum WBT kak ! Saya nak buat semakan kredit.
Kak 1 : Course apa?
Aku : BSK Komia Petroleum.
Kak 1 : Ok, awak boleh grad semester ni.
...Alhamdulillah, lega bebanyak. Hanya Tuhan yang tahu
Kak 1 : Awak isi borang bergraduat di kaunter dekat luar.
Aku : Ok, tenkiu !
di luarnya...

Aku : Abang ! Saya nak isi borang.... (dalam loghat Kelantan, ala brother tu bukan kau tak kenal. memang orang Kelantan gak)
Brother 1 : Ok, isi bore ni..

...URUSAN SELESAI....

di bahagian hal ehwal pelajar

di kaunter
Aku : Assalamualaikum kak ! Saya nak hantar borang penangguhan PTPN. Sekali dengan surat pengesahan yang saya masih belajar semester ni.
Kak 2 : Wa' alaikummusalam. Mana nak tengok. 6 bulan je nak buat penangguhan.
Aku : Ini pun dah lambat. Sepatutnya saya buat awal-awal hari tu. Kalau ikut perjanjian memang dapat tangguh 6 bulan dari tarikh akhir belajar.
Kak 2 : Ok, boleh dah ni. Nanti kami hantar ke PTPTN.
Hari ini juga aku dah hantar 2 surat minta kerja dan resume untuk minta kerja sebagi Chemist (eksekutif). Kedua-duanya di Johor. Satu di PASir Gudang dan satu lagi di Permas Jaya.

Harap-harapnya dapatlah kali ini. Sudah banyak kali aku minta kerja tapi satu interview
pun tak sangkut.

RM 30.00 (entri tertangguh untuk 1 Nov lepas)

1 November 2006

Pukul 4 petang, very last final exam aku untuk degree aku.

Balik singgah rumah untuk ambil 2,3 barang untuk dihantar kepada adik aku. Aku dah janji untuk berjumpanya 2 hari sebelumnya.

Motor aku sebenarnya pancit dari pagi tadi. Aku ke dewan besar pun dengan tayar depan yang pancit. Aku ingat nak tukar tiub sebelum ke Selayang.

Dari rumah aku ke kedai motor cina Miaw Sheng di Serdang. Aku minta untuk tukar dengan tiub biasa. Macam biasa, aku keluarkan RM 6.00 untuk tukar tiub.

Long : Ada RM 20.00 ?
Ngah : Ni hah !

Long : Ni RM 50.00, Pak Long bagi zakat (zakat padi) RM 30.00.
..........Lambat lagi ke ek hujan ni nak berhenti ? Nak buka puasa lak ni ?

Ngah : Buka puasa sini jah, lambat lagi nampak gaya lagu ni gak.

Hari itu aku ke Hospital Selayang untuk menjenguk adik aku. Ma (emak aku) mengirimkan kuih raya untuknya. Juga asam yang dikiriminya. Aku bawakan juga radio lama miliknya.

Minah sorang ni kalau tak ada radio, macam tak boleh hidup ! (Sayang adik punya pasal)


Di Hulu Kelang

Minyak dah kat tanda merah, aku top-up Rm 4.00. Aku sengaja mengisi sebanyak RM 4.00 kerana aku ingin menganggarkan jauh perjalanan ke Selayang. Sebelumnya, dari Serdang aku ke Putrajaya untuk bertemu dengan kakak aku (Long).

Dalam perjalanan itu juga, aku baru teringat budu yang dipesankan olehnya aku lupa nak beli.
(Point untuk adik aku lupa nak ucapkan terima kasih kerana nak marah)
Long : Macama mana ek tak nak bagi orang lelaki ganggu ni ngah.
..........
Hari tu masa boringkat office ada la Ym ngan sorang mamat ni.
..........Mula-mula biasa saja. Lama-lama dia ajak keluar makan la, apa la.
Ngah : Habis tu hang lagumana ? (duk YM tu sape suruh)
Long : Kata Ma tak bagi, Ma marah. Tapi tak sedap ar,
..........macam tak ada jawapan yang
konkrit.
..........
Macam mana nok buat ni ?
Ngah : Lain kali, kalau dia YM jangan respon. Lama-lama dia akan faham
..........hang tak suka dibuat macam tu. Biasala tu.
..........Dia tak akan ajak dah lepas tu.
..........Orang laki hang kena buat macam tu.
Di Hulu Kelang juga

Aku berhenti tunggu teduh dulu, takut kebasahan. Hulu Kelang memang selalu hujan petang-petang begini. Lagipun aku perlu solat Asar. Sebenarnya di rumah tadi semasa aku balik singgah untuk ambil barang-barang adik aku, aku dah solat Asar. Tetapi semasa di kedai motor, terdengar pula suara azan. Baru aku tahu yang sebenarnya aku solat awal sangat. Masuk Asar pun belum. Mungkin teruja nak jumpa adik aku kot. Ye lah, si minah sorang ni tak balik beraya tahun ni.

Aku menunggu dari pukul 5.30 petang hingga pukul 8.30 malam. Di situ la aku solat Asar, Maghrib dan Isyak. Hujan masih turun lagi. Tapi kali ini tidak selebat mula-mula hujan turun.

Aku buat bajet perjalanan.
Dari Hulu Kelang ke Selayang ambil masa 30 minit. (Pukul 9.00 sampai)
Di Selayang nak lepak 1 jam. (Pukul 10.00 malam)
Dari Selayang ke Serdang lebih kurang sejam kalau bawa slow-slow (Pukul 11.00)

Lagipun malam ni balik nanti nak format pc.
Nak kena ambil pc kat Putrajaya dulu. Tambah lagi 20 minit. (Pukul 11.20 malam)

Dari Putrajaya ke Kedai Magna 20 minit. (11.40 malam)
Kemudian format pc dan keluar makan dengan Safwan.
Sesampai sahaja di exit ke Selayang, tayar motor belakang aku pancit. Aku terlintas kalau-kalau ianya hasil perbuatan orang tabur paku tepi jalan. Ini kerana area sini dah banyak kejadian sebegini. Lagipun malam-malam begini kedai motor di are Selayang dah tutup.

Aku perlahan-lahan ke stesen minyak Shell untuk bertanyakan sesiapa yang dapat aku minta bantuan.

Di pam nombor 8, kelihatan sepasang pemuda dan pemudi Pemuda tersebut (barangkali balak si awek ni aku rasa) sedang menuangkan minyak ke skuternya

Aku : Assalamualaikum bang ! nak tanya sikit ni.
Brother 1 : Apa dia ? (salam tak bersambut)
Aku : Kat sini, kat mana kedai motor yang masih buka ?
Brother 1 : Ooo... Kat sini kedai motor semua dah tutup. Kenapa ?
Aku : Tayar belakang saya bocor ni. Kat traffic light depan tu ha.
Brother 1 : Dah tutup semua kedai masa ni bang. sini memang kedai tutup awal. Tapi kawan saya ada kalau nak minta tukarkan tiub. Memang kat sini dia buat kerja ni.
Aku : (aku rasa curiga). AKu teringat yang aku sebenarnya dari awal ke sini ke tempat cerah supaya dapat minta bantuan sesiap dan lihat apa sebenarnya yang berlaku pada tayar belakang aku. Aku rasa seperti ada paku tajam yang telah tercucuk.
Pemuda tersebut kemudian menelefon sahabat yang dikatakannya.

Brother 1 : Tunggu jap bang, sekejap lagi kawan saya datang. Dia tinggal jauh dari sini. Elok abang ambil nombor dia.
Aku : Ok, berapa nombornya ? (aku menyalin setelah diberikan)

Aku menapak ke berhampiran kaunter bayaran. Ada 3 orang pemuda sedang bersembang. Sekali lagi aku menanyakan soalan yang sama kepada salah seorang dari mereka.

Aku : Assalamualaikum. tumpang tanya, kat sini mana kedai motor yang masih buka ? (entah kenapa aku bertanya dalam sedikit pelat Kelantan aku, memang tak sengaja)
Brother 2 : Wa 'alaikummussalam. Ssini tutup doh keda maso nih. Bakponyo ?(Brother 2 jawab dalam pelat kelantan)
Aku : Taya belake kawe boco ar. Male-male ni pulok. Mari nak hantar kue adik kawe jah. (aku ape lagi, belasah bahasa ibunda la)
Brother 2 : Mari mano lagi nyo ?
Aku : Mari Serde lagi ni. Doh la hujan tadi. Hai ! Nayo kalu tok leh kelik male ni. Tapi budok tu tadi doh telepong doh saing dio. Tok tau mari ke dok nyo budok tu.
Brother 2: Ho nyo duk dulu la semeta.
Aku : Ado duit pcoh tok ? Kawe ado RM 5o jah. Mari buodk tu tokkan nak bagi sekeping duit RM 50. Kalu tok bui baki ko kawe nyanyo kawe.
Brother 2 : Ho yo lo doh tu. Ado, masuk dale tukar nge brother tu

Sementara itu, 2 orang lagi kawannya dah pergi. Aku sendiri tidak tahu mereka ke mana. Dan brother 2 pula masuk ke kedai. Ke kaunter.

Aku parkingkan motor ke tepi. Brother 2 keluar.

Borther 2 : Tok mari lagi ko budok tu ?
Aku : Tahu, dok lagi tu.
Brother 2 : (keluarkan handset dan menelefon seseorang) Hello! Mari Shell smeta. Mari Shell semeta (Di laungnya kali kedua lebih kuat). Duk ar semeta, kawe nok masuk ddale dulu, nok make nasi.
Aku : Bereh.. slekan,slekan.
Seketika kemudian datang 2 orang budak yang aku anggarkan umurnya belasan tahun dengan motor Kriss merapati motor aku. Lagaknya seperti sudah biasa. Langsung masuk ke bilik Brother 2 tadi. Dan kemudiannya, keluar semula.

Aku melihat-lihat tayar belakang. Sah ! Memang ada paku sepanjang 4 inci kat tayar belakang ni. Pakunya msih baru dan tajam.

Sakit hati aku,,(kalau betullah ini kerja budak-budak yang cari duit car senang)

Sakit hati bukan apa. Tayar dan tiub belakang tu aku baru aje tukarkan. Sekarang dah ada lubang besar kat tayar belakang motor aku ni. Siapa tak sakit hati macam ni?

Brother 2 keluar lagi.

Aku : Namo demo gapo ek ?
Brother 2 : Ajis, Ore panggil kawe Ajis. Tak po ar, kawe mintak anok buoh kawe gi beli tiub tadi tu. Tunggu dia cari tiub nge spanar.
Aku :(aku senyap) Namo kawe Adi. (nama galamor aku dulu-dulu dan tak pernah digunakan di UPM)
Ajis : Nyo buleh balik male ni jange bimbe. Amik motor kawe dulu gi spital. Ke gelap-gelap payoh pulok nok masuk.
Aku : Tak po ko nyo?
Ajis : Bakpo nyo? Tak dok hal eh. Gi ar.
Aku : Sini mano kedai top-up eh ? Kawe nok top-up leh RM 10.00.
Ajis : Alik hujung nung ado ar. Alik nung pung ado jugok. Kedai top-up banyok ssini.
Aku : Bereh gitu gak, kawe kkiro nge demo nge anok sedaro demo ah selalu pasal tayar belake kawe ni. Mintak kuci be ?
Ajis : Hoh! Tok ingat, sori-sori.
Aku : Eh, tak po. Kawe gi dulu deh.
Aku terus ke Hospital Selayang dan berjumpa dengan adik aku. Tanpa mengambil masa yang lama untuk berborak, aku terus pulang. Adik kau pun tak dapat nak kata apa memandangkan aku datang dalam keadaaan yang demikian. Lagipun aku rasa tidak selesa kerana takut-takut Ajis nak guna motornya.

Aku pantang nak pinjam motor orang lama-lama.
Ngah : Balik dulu deh. Lewat doh ni. Nok balik Serde lagi. Hmm. saye ko adik punyo pasal la ni.
Chik : Ho lah, balik mmolek.
Ngah : Bilo nok balik Kelate nyo ?
Chik : Tengok ar aklu buleh cuti.
Ngah : Balik dulu. Assalamualaikum.
Chik : Wa 'alaikummusalam.
Aku terus ke Stesen Shell. Di dalam hati aku berdoa agar motor aku dah siap dibaiki.
Ajis : Guano, jupe doh ?
Aku : Jupe doh. Nok bui kue jah. Doh mok suruh gak kito mari. Tok ata ke guano pulok.
Ajis : Yo lo dih. tunggu ar semeta. Anok buoh kawe pah ke Selaye cari tiub. Ssini kedai hok gi skalo tu tutup doh.
Aku : Tak po ar. Slow-slow ar. Janji buleh balok jah male ni.
Ajis : Insya-Allah buleh balik male ni.
Selang tak lama datang anak buah Ajis bersama sepupunya yang lain.
Aku : Demo ado rama worih ke ssini ?
Ajis : Kawe ado kakok ssini. Pah tu adolah 2,3 orang sedaro hok laing. Saing-saing pung ramai. Setakat nok pinje spanar nok beki motor tu male-male gin tak dok masalahe nyo.
Aku : Lamo doh kijo ssini ?
Ajis : Baru jah. Baru 2 bule. Sebelum ni kijo kilang hujung nuh, kijo lama gak. Pah tu keno bue. Biasolah budok mudi supo kawe.
Aku : (aku senyap) Biaso lah tu. (ayat biasa aku untuk menyedapkan hati)
Aku sebenarnya tak pelik akan pengakuannya. Dari cara pergaulan dan pemakaian aku dah dapat teka. Tapi sayang, orang lain tak tahu yang mereka (jenis Ajis) sebenarnya budak baik-baik.

Selang tak lama, anak saudara Ajis datang balik. Kali ini berjalan kaki dan membawa beberapa peralatan dan segelas minyak masak. Aku dah dapat menduga akan gunanya nanti. Ala, kerja-kerja macam ni bukan tak biasa.

(Kira pomen jugak la kan)
Mat Rempit I : Ada beran ke? Kalo kalah, bakar je motor tu.
Mat Rempity II : Lu tak takut makan asap ke malam ni. Pacak 1-4 pun boleh malam ni. Nak open ?
(Aku ringkaskan cerita)

Kira-kira pukul 10 malam, tiub belakang aku siap ditukarkan. Shafiq (anak saudara Ajis) dan Ajis dah berminyak hitam semata-mata nak tukarkan tiub belakang. Mana tidaknya, dengan segala kekurangan, mereka berhempas-pulas menyiapkannya. Aku hanya memerhatikan. Bukan tidak mahu menolong, tapi takut nanti menggangu mereka pula. Lagipun keduanya begitu seronok melakukannya sesambil mengusik satu sama lain. Mereka senagaja berborak di dalam pelat Kelantan, hanya untuk membolehkan aku dengar. Dan sekali-sekala, aku menyampuk.

Ajis masuk ke biliknya. (Ajis ada bilik yang diberikan bosnya di Stesen Shell tersebut)
Aku : Mujur kawe male ni. Buleh balik jugok. Nok jadi cerita dok ?
Shafiq : (gelak) Ye doh tu. Nok jadi cerito.
Aku : Amik ar Rm 30.00 ni. Jange riyak ko Ajis. Nanti bagi duo nge dio deh.
Shafiq : Erh. Tok payoh la. Tak dop apo eh.
Aku : Amik la, kawe niat doh nok bui ni.
Shafiq : Gini ar, RM 10 doh ar. Duit tiub tak po doh.
Aku : Jange gitu, amik RM 20.00 la kalu lagu tu gak. Amik RM 10 sore. bagi n ge Ajis.
Ajis keluar buat kali ketiga.

Setelah berbas-basi, aku pun meminta izin untuk balik.
Aku : Mintak no demo Ajis, kawe pah ni mari ssini sokmo. Kalu kawe mari,leh kawe cari demo. Minum-minum ko, apo ko?
Ajis : Bereh. No kawe.. 017-XXXXXXX. No demo?
Aku : Nanti kawe sampai dumoh kawe sms ko demo.
Ajis : Bereh. Jange lupo tu.
Aku : Bereh, jadi cerito male ni dok?
Shafiq : Yo lo doh.
Ajis : Yo lo doh. Kalu tok, tok jupe doh kito.
Aku : Assalamualikum, balik dulu.
Shafiq dan Ajis : Wa 'alaikummusalam. Jale mmolek.
Aku sampai di Serdang (setelah ke Putrajaya) pada pukul 11.55 malam. Nasib Safwan tak tutup lagi kedai. Aku masuk bersama CPU untuk diformatkan.
Aku : We, kita gi minum lewat sket male ni. Aku nok format pc ni dulu. Hujung bulan ni nok hantar ke adik aku hok duk Kuantan tu pulok. Dia mintak pc. Mung balik brapo haribule nanti, aku nok hantar pc ni skali.
Safwan : (senyap!!!, bahasa biasa bagi dirinya. Itu tanda ok la tu) Ok.
RM 30.00, adalah entri tertangguh untek 1 Nov lepas. Aku kepenatan untuk update sekembalinya dari Putrajaya pada malam tersebut. RM 30.00 adalah nilai perbelanjaan aku, setelah baru saja aku dapat kiriman wang zakat dari Pak Long aku dikampung melalui kakak aku.

Walaupun nilainya kecil, tapi disebalik nilai RM 30.00 itu bermulanya kisah dan persahabatan antara aku dengan Ajis dan anak buahnya.

Baru tadi aku berSMS dengan Ajis untuk keluar minum-minum kalau ada masa senggang nanti.

Begitulah kisah sepanjang perjalanan yang mengambil jarak pergi-balik tidak kurang dari 100 kilometer.

Nok jadi cerito ?


Li Kulli Makaanil Maqam #3...(1,2,3,4)

1
Kasih yang abadi,
Tiada tandingi, DIA yang satu,

2,
Sayang berpanjang, Membawa ke syurga, Kasihnya ibu

3
Lapar dan dahaga, Rela berpayahan, Setianya ayah

4
Mudah kau ketemu, berhati selalu, beza antara, Kasih dan kekasih

Ibu

Ku ingat dahulu, menyisir rambutku, kemas selalu


Ayah
Menghantar ke sekolah, bergunalah ilmu bila dewasa


Sayang
Dengar lagu ini, untuk kau sandarkan, buat pedoman
Jangan
Manis terus ditelan, pahit terus dibuang
Itu bidalan, harus kau renungkan


Andai
Kau beroleh bahagia, ingat itu bukan untuk selamanya
Andai
Kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara.....(hidup ini sementara)

pst: Gambar dibawah tiada kaitan dengan lirik lagu ini.


Li Kulli Makaanil Maqam #1... (Jiwa Sufi rocker Muda)
Li kUlli Makaanil MAqam #2... (Copy kopi)

Kenapa Aku ?

BUKU TATABAHASA MUDAH DIFAHAMI
UPSR
Siti Nor Azura B.A. (Hons)
IQRA' PULICATIONS (001035601-V)

Kenapa aku pilih tajuk Kenapa Aku ? Mungkin jawapannya ada pada gambar yang aku upload di atas untuk kali ini. Itulah apa yang aku bahasakan diri aku selama ini di dalam blog ini dan sesama teman-teman yang rapat. Kekadang perbualan kami diperhatikan oleh teman-teman jemaah yang lain; Kenapa dia bahasakan diri sebagai aku, kenapa tidak ana atau saya ?

Begitulah kita dan keprihatinan kita terhadap sahabat kita. Itu tidak mengapa dan aku pun tidak marah. Kita bisa berbeza. Ah! itu kan perkara remeh. Banyak lagi perkara yang lain kita perlu bincang dan perkemaskan.

Kenapa Aku ? (bukan artikel Kenapa aku diuji seperti yang sering kita baca tu...)

Aku sebenarnya masih lagi dalam pembinaan idea atau tengah cari themes yang sesuai. Macam Safwan juga. Safwan sekarang tengah 'buat themes' untuk blognya yang dia minta aku jangan publishkan kepada sesiapa. Blog untuk dia cari kepuasan sebagai blogger dan buat bisnes dengan menggunakan wordpress.

Aku juga kebuntuan setiap ketika untuk memasukkan entri baru. Ini kerana idea yang banyak dan tidak dapat disusun. Ini adalah dilema biasa bagi setiap blogger seperti kita. Konflik antara kepuasan diri dan memenuhi citarasa pengunjung yang kebanyakannya kita tidak ketahui. Kalau tahu pun kita tidak tahu pula bagaimana untuk menanganinya. Apa pun entri lama dari blog lama Safwan ini mungkin berguna.

Gaya penulisan dan pembinaan idea juga penting. Walaupun ada beberapa teknik yang aku (kita) pernah belajar, namun aku kini gagal untuk mengaplikasikannya. Antaranya guru Bahasa Inggeris aku, Puan Anita Hj Basir ketika belajar di Kolej MARA Banting
pernah mengajarkan aku (kami) teknik tulang ikan. Teknik ini adalah amat berguna untuk kita memperkembangkan idea kita tanpa berlaku penyimpangan idea. Teknik ini berguna untuk kita menulis satu-satu isu ataupun kisah cereka.

Pernah terlintas idea untuk menulis (memasukkan entri) artikel-artikel yang berbentuk ilmiah. Tetapi itu akan membuatkan aku tertekan untuk memenuhkan tanggungjawb untuk aku sentiasa istiqamah menulis. ini adalah disebabkan kekurangan diri dari segi untuk membuat langsung menyiapkan satu-satu artikel ilmiah yang memerlukan aku banyak merujuk dan membuat kajian. Aku lebih suka gaya yang santai, bebas menulis dan sekiranya terdapat satu-satu isu yang perlu kepada tanggungjawab untuk aku menyebarkannya atau memberi faham kepada umum, maka sampai tika itu aku akan melakukannya.

Sekarang ini aku mulakan kembali apa yang dulunya menjadi kebiasaan aku, iaitu membawa pen dan buku catatan. Ini adalah penting untuk aku merakamkan segala perkara penting yang aku lalui. Ianya menjadi hot-stuff yang sentiasa terisi di dalam beg kecil aku. Dulu semasa aku menjadi anggota BADRI, aku (kami) akan sentiasa memastikan setiap pelajar Putera tidak akan tidur semasa khutbah Jumaat. Aku (kami) akan pastikan setiap di antara mereka mencatat isi kandungan khutbah Jumaat. Sekiranya gagal, maka akan ada denda yang istimewa menanti. Tidak terkecuali walaupun rakan setingkatan. Aku sebagaimana perlu, merasakan saat itu aku adalah seorang yang sentiasa diingatkan. Dan nota adalah teman yang mengingatkan aku. Untuk apa saja seperti janji temu, kerja sekolah dan sebagainya.

Li Kulli Makaanil Maqam #2... (Copy kopi...)


Sekadar copy & paste kisah ini untuk renungan kita bersama.

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau takanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.
Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...

artikel ini aku copy dari blog Akhi Ahmad : Rakaman Untuk Dunia.
artikel ini Akhi Ahmad copy dari blog kawan dia lak..

Kalau nak baca...
Li Kulli Makaanil MAqam #1... (Jiwa Sufi Rocker Muda)

Li Kulli Makaanil Maqam #1... (Jiwa Sufi Rocker Muda)

Dahulu, aku membesar di depan tv.

Suatu hari aku lihat rancangan di TV3. Rancangan hiburan yang melibatkan kumpulan pioneer industri nasyid tanahair kita iaitu Raihan.

Pengacara : Bagaimana anda menyifatkan kejayaan Raihan, selaku artis Malaysia pertama yang berjaya membawa hiburan negara kita untuk dipertontonkan kepada umum di Pentas Royal Albert di kota London? Apatah lagi hiburan yang dibawakan adalah nasyid. Mungkin ada rahsia, hingga menarik minat Ratu Elizabeth menjemput Raihan ke Kota London.

Nazri : Kita manusia ini mempunyai fitrah yang sebenarnya sukakan bunyi-bunyian. Begitulah kita semua sebenarnya. Contoh, ketika kita berada di hutan rimba, tiba-tiba kita terdengar bunyi kicau burung, pasti di ketika itu jiwa sunyi kita kan tersentuh dengan kemerduan siulan burung itu tadi.

Begitulah perbandingan ringkas yang diberikan oleh solo utama kumpulan Raihan. Perbandingan ini memahamkan kita bagiamana kita sebenarnya yang tidak langsung memahami bahasa pertuturan seekor burung tetapi boleh tertarik dengan kemerduan bunyi suara burung. (Sebagai tambahan: burung adalah makhluk yang tidak punya akal, segala urusan hidupnya adalah adat yang terwariskan. Maka selain urusan itu, tiada lain hanyalah berzikir. Mungkin sebenarnya itulah yang membuatkan jiwa kita tenang mendengarkan kicauan burung itu. Iaitu kita sebenarnya sedang mendengar zikir, ubat jiwa kacau.)

Sekarang, TV membesar di depan aku.

Arus zaman mewarnai perubahan. Namun, ia sesekali tidak membuatkan seorang hamba itu kebutaan. Ini kerana hamba itu telah mengenali Penciptanya. Awal ad-din ma'rifah Allah. Hamba ini telah mencapai duduk yang tinggi dan dipanggil 'arif, iaitu orang yang mengenali Tuhannya.

Menyebut tentang industri hiburan lagi, sebenarnya kedapatan banyak lagu-lagu kita yang mempunyai ciri-ciri kesufian ini. Kebanyakannya pula dipopularkan oleh kumpulan atau artis rock. Walaupun hanya sekadar bersifat picisan, namu ia mengandungi himah yang besar. tapi sayang, disebabkan mentaliti kebayakan rakyat kita, lagu-lagu ini tidak dilihat ke arah mencari DIRI. Tetapi lebih disandarkan kepada cinta sesama makhluk berlawan jenis dan yang bersifat melembikkan dan kekadang meloyakan.

Pernah guru Bahasa Melayu aku berkata, "Band sekarang pakai seluar ketat-ketat, rambut panjang-panjang, tapi nyanyi lagu ku timang-timang kasih, ku timang-timang sayang."

Aku menyambut lontaran beliau dengan berfikir panjang dan gagal mencari sesuatu yang boleh menguraikan. Sehinggalah suatu hari, sedang aku menyelongkar file di dalam komputer seorang sahabat dan terjumpa koleksi lagu band tempatan. Aku teringin untuk mendengar lagu-lagu dari sebuah kumpulan Damasutra, terutamanya lagu yang berjudul Sufi. Ini kerana terdapat bait lagu yang berbunyi...nafi dan isbat kau sandingkan, sebagai tauhid pegangan.... .

Ungkapan kalimah teragung dan hanya difahami oleh orang yang mampu menterjemahkannya. Itulah yang membuatkan aku ingin meneliti sepenuhnya lirik yang selam ini aku tidak tahu. Hanya sekadar itu. Maka aku mendengar dan mencatat kembali satu-persatu. Hingga menarik aku untuk mencatat lirik lagu yang lain... GILA !

Kini, aku sesat dalam rindu :

Ku resah mecariMU dengan akal
dan brsama sifat-sifat pinjaman

KAU, ku rasakan semakin menjauh
tersesat aku dalam rindu

Ku satukan firasat mencariMU
dan ku terlontar di penghujung arah

KAU masih ku jejaki
betapa malangnya nasibku

kerana MU, ku tinggalkan segalanya
sendiri aku terpedaya
punya kal dan firasat yang tak ke mana
hanya jalan yang sengsara

zahir musnah bagi yang mimpi
zahir ada rahsia mencari
lalu ku selami di dalam diri
di bawah arus nafasku

asal serah janji dahulu
mula hidup pasti mula cinta
(ulang)

ENGKAU kasih ada di sini
ENGKAU kasih ada menanti
ENGKAU kasih aku juga kasih