RM 30.00 (entri tertangguh untuk 1 Nov lepas)

1 November 2006

Pukul 4 petang, very last final exam aku untuk degree aku.

Balik singgah rumah untuk ambil 2,3 barang untuk dihantar kepada adik aku. Aku dah janji untuk berjumpanya 2 hari sebelumnya.

Motor aku sebenarnya pancit dari pagi tadi. Aku ke dewan besar pun dengan tayar depan yang pancit. Aku ingat nak tukar tiub sebelum ke Selayang.

Dari rumah aku ke kedai motor cina Miaw Sheng di Serdang. Aku minta untuk tukar dengan tiub biasa. Macam biasa, aku keluarkan RM 6.00 untuk tukar tiub.

Long : Ada RM 20.00 ?
Ngah : Ni hah !

Long : Ni RM 50.00, Pak Long bagi zakat (zakat padi) RM 30.00.
..........Lambat lagi ke ek hujan ni nak berhenti ? Nak buka puasa lak ni ?

Ngah : Buka puasa sini jah, lambat lagi nampak gaya lagu ni gak.

Hari itu aku ke Hospital Selayang untuk menjenguk adik aku. Ma (emak aku) mengirimkan kuih raya untuknya. Juga asam yang dikiriminya. Aku bawakan juga radio lama miliknya.

Minah sorang ni kalau tak ada radio, macam tak boleh hidup ! (Sayang adik punya pasal)


Di Hulu Kelang

Minyak dah kat tanda merah, aku top-up Rm 4.00. Aku sengaja mengisi sebanyak RM 4.00 kerana aku ingin menganggarkan jauh perjalanan ke Selayang. Sebelumnya, dari Serdang aku ke Putrajaya untuk bertemu dengan kakak aku (Long).

Dalam perjalanan itu juga, aku baru teringat budu yang dipesankan olehnya aku lupa nak beli.
(Point untuk adik aku lupa nak ucapkan terima kasih kerana nak marah)
Long : Macama mana ek tak nak bagi orang lelaki ganggu ni ngah.
..........
Hari tu masa boringkat office ada la Ym ngan sorang mamat ni.
..........Mula-mula biasa saja. Lama-lama dia ajak keluar makan la, apa la.
Ngah : Habis tu hang lagumana ? (duk YM tu sape suruh)
Long : Kata Ma tak bagi, Ma marah. Tapi tak sedap ar,
..........macam tak ada jawapan yang
konkrit.
..........
Macam mana nok buat ni ?
Ngah : Lain kali, kalau dia YM jangan respon. Lama-lama dia akan faham
..........hang tak suka dibuat macam tu. Biasala tu.
..........Dia tak akan ajak dah lepas tu.
..........Orang laki hang kena buat macam tu.
Di Hulu Kelang juga

Aku berhenti tunggu teduh dulu, takut kebasahan. Hulu Kelang memang selalu hujan petang-petang begini. Lagipun aku perlu solat Asar. Sebenarnya di rumah tadi semasa aku balik singgah untuk ambil barang-barang adik aku, aku dah solat Asar. Tetapi semasa di kedai motor, terdengar pula suara azan. Baru aku tahu yang sebenarnya aku solat awal sangat. Masuk Asar pun belum. Mungkin teruja nak jumpa adik aku kot. Ye lah, si minah sorang ni tak balik beraya tahun ni.

Aku menunggu dari pukul 5.30 petang hingga pukul 8.30 malam. Di situ la aku solat Asar, Maghrib dan Isyak. Hujan masih turun lagi. Tapi kali ini tidak selebat mula-mula hujan turun.

Aku buat bajet perjalanan.
Dari Hulu Kelang ke Selayang ambil masa 30 minit. (Pukul 9.00 sampai)
Di Selayang nak lepak 1 jam. (Pukul 10.00 malam)
Dari Selayang ke Serdang lebih kurang sejam kalau bawa slow-slow (Pukul 11.00)

Lagipun malam ni balik nanti nak format pc.
Nak kena ambil pc kat Putrajaya dulu. Tambah lagi 20 minit. (Pukul 11.20 malam)

Dari Putrajaya ke Kedai Magna 20 minit. (11.40 malam)
Kemudian format pc dan keluar makan dengan Safwan.
Sesampai sahaja di exit ke Selayang, tayar motor belakang aku pancit. Aku terlintas kalau-kalau ianya hasil perbuatan orang tabur paku tepi jalan. Ini kerana area sini dah banyak kejadian sebegini. Lagipun malam-malam begini kedai motor di are Selayang dah tutup.

Aku perlahan-lahan ke stesen minyak Shell untuk bertanyakan sesiapa yang dapat aku minta bantuan.

Di pam nombor 8, kelihatan sepasang pemuda dan pemudi Pemuda tersebut (barangkali balak si awek ni aku rasa) sedang menuangkan minyak ke skuternya

Aku : Assalamualaikum bang ! nak tanya sikit ni.
Brother 1 : Apa dia ? (salam tak bersambut)
Aku : Kat sini, kat mana kedai motor yang masih buka ?
Brother 1 : Ooo... Kat sini kedai motor semua dah tutup. Kenapa ?
Aku : Tayar belakang saya bocor ni. Kat traffic light depan tu ha.
Brother 1 : Dah tutup semua kedai masa ni bang. sini memang kedai tutup awal. Tapi kawan saya ada kalau nak minta tukarkan tiub. Memang kat sini dia buat kerja ni.
Aku : (aku rasa curiga). AKu teringat yang aku sebenarnya dari awal ke sini ke tempat cerah supaya dapat minta bantuan sesiap dan lihat apa sebenarnya yang berlaku pada tayar belakang aku. Aku rasa seperti ada paku tajam yang telah tercucuk.
Pemuda tersebut kemudian menelefon sahabat yang dikatakannya.

Brother 1 : Tunggu jap bang, sekejap lagi kawan saya datang. Dia tinggal jauh dari sini. Elok abang ambil nombor dia.
Aku : Ok, berapa nombornya ? (aku menyalin setelah diberikan)

Aku menapak ke berhampiran kaunter bayaran. Ada 3 orang pemuda sedang bersembang. Sekali lagi aku menanyakan soalan yang sama kepada salah seorang dari mereka.

Aku : Assalamualaikum. tumpang tanya, kat sini mana kedai motor yang masih buka ? (entah kenapa aku bertanya dalam sedikit pelat Kelantan aku, memang tak sengaja)
Brother 2 : Wa 'alaikummussalam. Ssini tutup doh keda maso nih. Bakponyo ?(Brother 2 jawab dalam pelat kelantan)
Aku : Taya belake kawe boco ar. Male-male ni pulok. Mari nak hantar kue adik kawe jah. (aku ape lagi, belasah bahasa ibunda la)
Brother 2 : Mari mano lagi nyo ?
Aku : Mari Serde lagi ni. Doh la hujan tadi. Hai ! Nayo kalu tok leh kelik male ni. Tapi budok tu tadi doh telepong doh saing dio. Tok tau mari ke dok nyo budok tu.
Brother 2: Ho nyo duk dulu la semeta.
Aku : Ado duit pcoh tok ? Kawe ado RM 5o jah. Mari buodk tu tokkan nak bagi sekeping duit RM 50. Kalu tok bui baki ko kawe nyanyo kawe.
Brother 2 : Ho yo lo doh tu. Ado, masuk dale tukar nge brother tu

Sementara itu, 2 orang lagi kawannya dah pergi. Aku sendiri tidak tahu mereka ke mana. Dan brother 2 pula masuk ke kedai. Ke kaunter.

Aku parkingkan motor ke tepi. Brother 2 keluar.

Borther 2 : Tok mari lagi ko budok tu ?
Aku : Tahu, dok lagi tu.
Brother 2 : (keluarkan handset dan menelefon seseorang) Hello! Mari Shell smeta. Mari Shell semeta (Di laungnya kali kedua lebih kuat). Duk ar semeta, kawe nok masuk ddale dulu, nok make nasi.
Aku : Bereh.. slekan,slekan.
Seketika kemudian datang 2 orang budak yang aku anggarkan umurnya belasan tahun dengan motor Kriss merapati motor aku. Lagaknya seperti sudah biasa. Langsung masuk ke bilik Brother 2 tadi. Dan kemudiannya, keluar semula.

Aku melihat-lihat tayar belakang. Sah ! Memang ada paku sepanjang 4 inci kat tayar belakang ni. Pakunya msih baru dan tajam.

Sakit hati aku,,(kalau betullah ini kerja budak-budak yang cari duit car senang)

Sakit hati bukan apa. Tayar dan tiub belakang tu aku baru aje tukarkan. Sekarang dah ada lubang besar kat tayar belakang motor aku ni. Siapa tak sakit hati macam ni?

Brother 2 keluar lagi.

Aku : Namo demo gapo ek ?
Brother 2 : Ajis, Ore panggil kawe Ajis. Tak po ar, kawe mintak anok buoh kawe gi beli tiub tadi tu. Tunggu dia cari tiub nge spanar.
Aku :(aku senyap) Namo kawe Adi. (nama galamor aku dulu-dulu dan tak pernah digunakan di UPM)
Ajis : Nyo buleh balik male ni jange bimbe. Amik motor kawe dulu gi spital. Ke gelap-gelap payoh pulok nok masuk.
Aku : Tak po ko nyo?
Ajis : Bakpo nyo? Tak dok hal eh. Gi ar.
Aku : Sini mano kedai top-up eh ? Kawe nok top-up leh RM 10.00.
Ajis : Alik hujung nung ado ar. Alik nung pung ado jugok. Kedai top-up banyok ssini.
Aku : Bereh gitu gak, kawe kkiro nge demo nge anok sedaro demo ah selalu pasal tayar belake kawe ni. Mintak kuci be ?
Ajis : Hoh! Tok ingat, sori-sori.
Aku : Eh, tak po. Kawe gi dulu deh.
Aku terus ke Hospital Selayang dan berjumpa dengan adik aku. Tanpa mengambil masa yang lama untuk berborak, aku terus pulang. Adik kau pun tak dapat nak kata apa memandangkan aku datang dalam keadaaan yang demikian. Lagipun aku rasa tidak selesa kerana takut-takut Ajis nak guna motornya.

Aku pantang nak pinjam motor orang lama-lama.
Ngah : Balik dulu deh. Lewat doh ni. Nok balik Serde lagi. Hmm. saye ko adik punyo pasal la ni.
Chik : Ho lah, balik mmolek.
Ngah : Bilo nok balik Kelate nyo ?
Chik : Tengok ar aklu buleh cuti.
Ngah : Balik dulu. Assalamualaikum.
Chik : Wa 'alaikummusalam.
Aku terus ke Stesen Shell. Di dalam hati aku berdoa agar motor aku dah siap dibaiki.
Ajis : Guano, jupe doh ?
Aku : Jupe doh. Nok bui kue jah. Doh mok suruh gak kito mari. Tok ata ke guano pulok.
Ajis : Yo lo dih. tunggu ar semeta. Anok buoh kawe pah ke Selaye cari tiub. Ssini kedai hok gi skalo tu tutup doh.
Aku : Tak po ar. Slow-slow ar. Janji buleh balok jah male ni.
Ajis : Insya-Allah buleh balik male ni.
Selang tak lama datang anak buah Ajis bersama sepupunya yang lain.
Aku : Demo ado rama worih ke ssini ?
Ajis : Kawe ado kakok ssini. Pah tu adolah 2,3 orang sedaro hok laing. Saing-saing pung ramai. Setakat nok pinje spanar nok beki motor tu male-male gin tak dok masalahe nyo.
Aku : Lamo doh kijo ssini ?
Ajis : Baru jah. Baru 2 bule. Sebelum ni kijo kilang hujung nuh, kijo lama gak. Pah tu keno bue. Biasolah budok mudi supo kawe.
Aku : (aku senyap) Biaso lah tu. (ayat biasa aku untuk menyedapkan hati)
Aku sebenarnya tak pelik akan pengakuannya. Dari cara pergaulan dan pemakaian aku dah dapat teka. Tapi sayang, orang lain tak tahu yang mereka (jenis Ajis) sebenarnya budak baik-baik.

Selang tak lama, anak saudara Ajis datang balik. Kali ini berjalan kaki dan membawa beberapa peralatan dan segelas minyak masak. Aku dah dapat menduga akan gunanya nanti. Ala, kerja-kerja macam ni bukan tak biasa.

(Kira pomen jugak la kan)
Mat Rempit I : Ada beran ke? Kalo kalah, bakar je motor tu.
Mat Rempity II : Lu tak takut makan asap ke malam ni. Pacak 1-4 pun boleh malam ni. Nak open ?
(Aku ringkaskan cerita)

Kira-kira pukul 10 malam, tiub belakang aku siap ditukarkan. Shafiq (anak saudara Ajis) dan Ajis dah berminyak hitam semata-mata nak tukarkan tiub belakang. Mana tidaknya, dengan segala kekurangan, mereka berhempas-pulas menyiapkannya. Aku hanya memerhatikan. Bukan tidak mahu menolong, tapi takut nanti menggangu mereka pula. Lagipun keduanya begitu seronok melakukannya sesambil mengusik satu sama lain. Mereka senagaja berborak di dalam pelat Kelantan, hanya untuk membolehkan aku dengar. Dan sekali-sekala, aku menyampuk.

Ajis masuk ke biliknya. (Ajis ada bilik yang diberikan bosnya di Stesen Shell tersebut)
Aku : Mujur kawe male ni. Buleh balik jugok. Nok jadi cerita dok ?
Shafiq : (gelak) Ye doh tu. Nok jadi cerito.
Aku : Amik ar Rm 30.00 ni. Jange riyak ko Ajis. Nanti bagi duo nge dio deh.
Shafiq : Erh. Tok payoh la. Tak dop apo eh.
Aku : Amik la, kawe niat doh nok bui ni.
Shafiq : Gini ar, RM 10 doh ar. Duit tiub tak po doh.
Aku : Jange gitu, amik RM 20.00 la kalu lagu tu gak. Amik RM 10 sore. bagi n ge Ajis.
Ajis keluar buat kali ketiga.

Setelah berbas-basi, aku pun meminta izin untuk balik.
Aku : Mintak no demo Ajis, kawe pah ni mari ssini sokmo. Kalu kawe mari,leh kawe cari demo. Minum-minum ko, apo ko?
Ajis : Bereh. No kawe.. 017-XXXXXXX. No demo?
Aku : Nanti kawe sampai dumoh kawe sms ko demo.
Ajis : Bereh. Jange lupo tu.
Aku : Bereh, jadi cerito male ni dok?
Shafiq : Yo lo doh.
Ajis : Yo lo doh. Kalu tok, tok jupe doh kito.
Aku : Assalamualikum, balik dulu.
Shafiq dan Ajis : Wa 'alaikummusalam. Jale mmolek.
Aku sampai di Serdang (setelah ke Putrajaya) pada pukul 11.55 malam. Nasib Safwan tak tutup lagi kedai. Aku masuk bersama CPU untuk diformatkan.
Aku : We, kita gi minum lewat sket male ni. Aku nok format pc ni dulu. Hujung bulan ni nok hantar ke adik aku hok duk Kuantan tu pulok. Dia mintak pc. Mung balik brapo haribule nanti, aku nok hantar pc ni skali.
Safwan : (senyap!!!, bahasa biasa bagi dirinya. Itu tanda ok la tu) Ok.
RM 30.00, adalah entri tertangguh untek 1 Nov lepas. Aku kepenatan untuk update sekembalinya dari Putrajaya pada malam tersebut. RM 30.00 adalah nilai perbelanjaan aku, setelah baru saja aku dapat kiriman wang zakat dari Pak Long aku dikampung melalui kakak aku.

Walaupun nilainya kecil, tapi disebalik nilai RM 30.00 itu bermulanya kisah dan persahabatan antara aku dengan Ajis dan anak buahnya.

Baru tadi aku berSMS dengan Ajis untuk keluar minum-minum kalau ada masa senggang nanti.

Begitulah kisah sepanjang perjalanan yang mengambil jarak pergi-balik tidak kurang dari 100 kilometer.

Nok jadi cerito ?


1 comments:

Ummu Ilham said...

Utk Kakak nta, mujahadah banyak2.. InsyaAllah janji Allah itu pasti dalam Surah An-Nuur: 26. [[Lelaki yang Soleh. Itulah Idaman setiap muslimah. Siapa yang tidak mahu bila terpandang sahaja wajahnya cinta pada Allah bersemi. Bila mendengar tuturnya kebesaran Allah dirasai, bila bersama dengannya nikmat iman itu menyelubungi.]] <- utk kakak nta..

Utk nta.. Bahagianya kekasih ALLAH dihadiahi ujian amat berat/hebat sebagai tanda kasih-Nya. Itulah rupanya berkasih dengan ALLAH. Tak dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tapi dihidangkan keperitan dan derita yang tak berkesudahan. Panjatkan syukur pada-Nya atas segala ujian kerana itu tanda sayangnya Tuhan. <- komen on tayar motor pancit.. Sabar + redha ye..