Perhebatkan Kempen Bloggers United: No Fear

Kepada pengunjung semua, ana akan melewatkan posting kempen
Bloggers United: No Fear
sehingga hujung bulan Januari ini. Sehingga itu tiada entri baru yang akan diuploadkan.
Bersama-samalah kita menjayakan kempen ini dan semoga dengan itu diterima Allah menjadi sebahagian daripada amalan kebajikan yang diterima di sisiNya.

Takbir 3X !!!

Bloggers United: No Fear

Bloggers United: No Fear

Kempen yang dilancarkan oleh Sdra. Ahirudin Atan setelah pendedahan yang dilakukannya mengenai pemberian bot mewah oleh Ananda Krishnan kepada Pak Lah sepertimana yang telah heboh diperkatakan. Berita mengenai 'lawatan sementara' Pak Lah ke Turki itu telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar di negara Dua Benua itu. Berita itu kemudiannya di hebahkan kepada masyarakat Malaysia oleh Sdra. Ahirudin Atan yang juga pernah berkhidmat di Malay Mail sebelum ini. Beliau 'meletakkan jawatan' akibat tekanan yang diberikan. Tidak mencukupi dengan tekana yang diberikan, akhirnya surat saman yang setinggi 2 kaki telah diserahkan kepada Sdra. Ahirudin Atan semasa majlis makan malam yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang diketuainya sendiri di salah sebuah hotel di ibu negara.

Sdra. Ahiruddin Atan (dan terbaru Jeff Ooi), di dalam kempen (Bloggers United: No Fear)
yang dilancarkan setelah peristiwa tersebut menyeru kepada semua bloggers untuk bersatu dan menyebar-luaskan kebobrokan dan kerakusan puak pemerintah yang menguasai politik tanahair pada hari ini. Sebagai tanda anda menyokong kempen ini, pastikan anda mempamerkan simbol di atas di dalam blog anda.
Juga, ajak rakan-rakan anda untuk sertai kempen ini.

Takbir 3X !!!


Bloggers United: No Fear

'Selamat Tahun Baru' Motor-Kriss-100-ku

Pagi tadi aku ke bengkel motor untuk membaiki motor-ku. Motor yang akan aku bayar ansuran kepada kakak aku itu nanti (ler...cakap la motor hutang) sudah setahun 6 bulan umurnya. Bayaran terakhir (bulan ke-12) yang di buat adalah pada hujung bulan 7 yang lepas.

Sebenarnya aku akan lunaskan hutang motor-ku dengan menolong kakak aku untuk membuka dan mengusahakan sebuah kedai untuknya. Untungnya kami bahagikan peratusnya. Untuk bahagian aku, aku kembalikan kepadanya sehinggalah hutang motor-ku habis dibayar.

Secocok dengan umurnya, motor-ku sudah mula perlu ditukarkan spoket depan-belakang, plug, minyak hitam untuk ke sekian kalinya, kabel brek dan valve yang telah haus. Motor-ku kebelakangan ini sering saja mati-mati dan susah untuk dihidupkan. Setelah aku buat survey ke kebanyakan kedai, aku hanya berminat untuk menghantar motor-ku ke kedai milik seorang Melayu di Sri Serdang.Hari ini saja aku dah membelanjakan RM 77.00 tunai dan seminggu yang lepas pula aku dah membelanjakan RM 70.00.

(Minggu lepas)

  1. RM 32.00 untuk spoket | sat
  2. Rm 16.00 untuk lining break
  3. RM 12.00 untuk cable break
  4. RM 10.00 untuk 4T oil
(Hari ini)
  1. RM 13.00 untuk valve exzos
  2. RM 12.00 untuk valve sel | 2 biji
  3. RM 15.00 untuk gasket
  4. RM 4.00 untuk plug
  5. RM 8.00 untuk roller besar
  6. RM 25 untuk full service
p/s:

Road tax? Sehingga ke hari ini aku masih belum memperbaharui road-tax dan insurans motor-ku yang dah tamat tempoh bulan 8 tahun lepas. Lesen motor kereta aku pun tak siap lagi. Esok pagi aku akn ke SKEM di Batu 10 Gombak untuk ambil lesem L yang baru siap.

Tahun baru? Tiada apa yang seronok di Malaysia di dalam bab menyambut Tahun Baru Hijrah. Dari hari ke sehari ada saja perkara yang berlaku untuk Allah tunjukkan kepada rakyat akibat kerja buat pemerintah elit yang sombong dan bongkak. Terbaru ialah banjir besar di Johor. Baru saja tadi aku melihat buletin utama yang memaparkan lawatan Tengku Mahkota Johor yang murka kepada pihak pemerintah akibat kegagalan mengurus parit dan sungai setelah membuat lawatan ke empangan Sembrong.

Siri terdahulu:
'Selamat Hari Raya' Motor-Kriss-100-ku

Detik 12 Malam di KLCC


Aku : Jom kita ke KLCC ini malam, mau? Safri : Ada apa KLCC?
Aku : Ini malam tahun baru la! Kita countdown kemudian kita baca doa selamat. Lagi kita pusing-pusing Kampung Baru dan kita minum-minum. Kemudian kita balik la. Tahu ka? Malam ni Tahun Baru Hijrah.
Safri : Tahun baru apa ini malam?
Aku : Tahun Baru Hijrah la, Awal Muharam gitu. Tahu?
Safri : ...
Aku : Mau enggak?
Safri : tak mau la.
Aku : Ko tahu tak siapa yang buat tahun Hijrah?
Safri : ...
Aku : Saidina Umar la. Mau tidak kita ke KLCC ?
Safri : Tak mau la. Malam ini aku mau duduk rumah saja.

Kami kemudian beredar, masing -masing ada kerja yang perlu dibuat. Dan di dalam kepala aku ketika itu, merasa kasihan akan realiti ummah hari ini. Apa yang aku mampu buat?

Esok tahun baru, esok mesti ada perancangan dan tindakan baru.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
SELAMAT TAHUN BARU 1428 HIJRAH

IKLAN INI DITAJA OLEH:
KOPI RADIX HPA,
MAI SECAWAN !!!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Ruang Sosial Siri I


Soalan: Apakah yang dimaksudkan ruang sosial?
Jawapan: Ruang sosial ialah kawasan atau sempadan fizikal seseorang yang mana kalau didekati/dimasuki/dicerobohi akan mendatangakn ketidakselesaan kepadanya dan orang yang berbuat demikian sebenarnya tidak menghormati atau tidak beradab dari segi tata pergaulan dan perhubungan.Ruang sosial seseorang umumnya adalah berjarak 2 kaki melingkari fizikal setiap individu. Sekiranya diceroboh, kita akan berasa tidak selesa terutamanya kaum hawa.

Soalan: Bagaimankah ruang sosial di dalam Islam pula?
Jawapan: Ruang sosial di dalam adalah sama seperti di atas dengan bebrapa tambahan. Di dalam Islam selain menyakiti atau berlaku kasar seperti di atas, kita dilarang untuk menyakiti sebarang bentuk perasaan dan keperibadian seseorang.

Soalan: Adakah kita bebas melakukan sebarang tindakan yang kita lakukan di dalam ruang sosial kita biarpun ianya mengasari atau menyakiti fizikal dan perasaan orang lain?
Jawapan: Ini sebenarya adalah asas kepada 5 maqosid sayr`iyyah iaitu bagimana kita wajib menjaga akal, harta, agama, maruah, dan keturunan. Maksudnya Islam mewajibkan ummatnya untuk menjaga 5 perkara ini kepada semua orang. Kenapa? Misal contoh, sekiranya kita tidak menjaga maruah kita maka kita kan melakukan perkara yang tidak senonoh kepada diri kita dan orang lain tidk kira apa cara sekalipun. Asal saja ia menjurus ke arah yang bertentangan dengan yang 5 itu maka ia bersalahan.

Kadang-kadang kita kononnya menulis di dalam ruangan peribadi. Beralasan dengan hal itu maka kita membenarka diri sendiri untuk mengta orang lain.

Ataupun kadang-kadang kita tidak sengaja menceritakan kegembiraan atau kejayaan yang kita dapat sedang dalam masa yang sama tulisan kita itu membuatkan orang rendah diri dan terpulau. Apatah lagi tulisan yang mengutuk peribadi selain dari tulisan yang mengangkat diri tanpa pendekatan berhikmah.

Kerana itulah sekiranya kita menyingkap saranan nabi untuk kita ceritakan mimpi atau khabar gembira kepada teman-teman yang soleh dan baik. Ini kerana pencapaian yang baik selalunya akan dicemburui. Perasaan cemburu itu datangnya dari hati yang tidak baik lantaran masuknya berita yang dirasakan hati itu sebagai sesuatu yang tidak baik untuk dirinya. (Harus diingat juga, bukan bermaksud kita tidak mempercayai sahabat lain yang kita tidak ceritaka kepada mereka dan jangan sampai mereka ini ketahuan pula).

(Cukup dulu Siri I..rasa macam dah nak lari topik pula)

Aku dihari semalam.

Tak mengelabah engkau !!!

Semua Tentang Kita v4...bukan Peterpan







Semua Tentang Kita v1... bukan Peterpan
Semua Tentang Kita v2... bukan Peterpan
Semua Tentang Kita v3... bukan Peterpan

Minat yang sama ?




Aku nak buka kedai. dia nak buka kedai juga.
Aku nak beli kereta, dia nak beli kereta juga.
Aku nak melabur, dia nak melabur juga.
Aku nak sambung mengaji, dia nak sambung mengaji juga.
Aku beli buku secara on-line, dia beli buku di kedai buku MPH saja.

Memang kami dari kecil selalu saja nak benda atau perkara yang sama.
Aku dapat keputusan cemerlang, dia tak kurang malah lebih pun ada.
Aku anak lelaki sulung, dia anak sulung keluarga.
Setakat ni aku tak nak mengaku, tapi dia yang lebih juga.
Tapi tidak mengapa dia kak long aku, beza umur setahun saja.

Ingatan: gambar di atas adalh buku yang diberinya kepada aku untuk dibaca.

MAHASISWA BERSETUJU DAN TERDAHULU BOIKOT PILIHANRAYA YANG TIDAK TELUS. BIAR SI BESAR TERPALIT MALU BILA SI KECIL BERTINDAK MEMULAU

RAUB, 11 Jan (Hrkh) - PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang dijadualkan berlangsung 28 Jan ini.

Pengumuman pemboikotan itu dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu majlis ceramah di Markas PAS Sega di sini malam tadi.

Menurut Nasharudin kepincangan yang berlaku termasuk daftar pemilih yang tidak tepat dan diragui, penyalahgunaan undi pos yang menjadikan pilihan raya tidak telus dan prejudis membuatkan Barisan Alternatif mengambil keputusan untuk memulaukan pilihan raya kecil tersebut.

Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang penyokong PAS dan KeADILan itu turut disertai Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian Adun Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu.

Berikut adalah teks perisytiharan tersebut:

PEMBOIKOTAN PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA KECIL DUN O6 BATU TALAM

Pilihan raya bersih dan bebas merupakan satu asas utama dalam sebuah demokrasi yang sihat dan wibawa. Sistem pilihan raya adalah mekanisme penting untuk memberikan keabsahan dan mandat kepada kerajaan yang memerintah.

Kebebasan ini memberi ruang kepada pengundi untuk menunaikan hak asasi mereka dalam proses politik bagi menentukan calon-calon mereka dalam memilih kerajaan yang mereka kehendakki.

Berpandukan kepada pengalaman pahit dalam beberapa pilihan raya yang lalu dan khasnya Pilihan raya Umum ke-11, sesungguhnya kami meyakini bahawa pilihan raya yang telah dijalankan adalah sarat dengan penipuan, penyelewengan dan pembohongan yang sekali gus menjejaskan kredibiliti dan maruah kerajaan yang memerintah.

Serentak dengan itu, rakyat semakin resah dan bosan dengan ketempangan dan kecurangan proses demokrasi ini, yang kini dilihat adalah jauh dari memberikan keadilan dan persaingan serta pertandingan di padang yang sama-rata.

Kami senaraikan antara kepincangan dan ketempangan yang berlaku:

  1. Daftar Pemilih yang tidak tepat dan diragui.
  2. Pengundi Pos yang sering disalahgunakan bagi kepentingan kerajaan BN.
  3. Proses penjalanan pilihanraya yang tidak telus, prejudis dan bersifat berat-sebelah.
  4. Sikap dan pendirian Pengerusi SPR yang tidak konsisten dan memihak kepada kerajaan BN.
  5. Tindakan SPR dalam pengendalian persempadanan yang tidak mengikut semangat dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bersifat tidak adil.
  6. Sikap SPR yang rela diperkudakan oleh parti pemerintah sehingga menjejaskan maruah dan wibawa SPR sebagai Suruhanjaya bebas yang seharusnya memelihara proses pilihanraya.

Berlatarbelakangkan kesemua faktor yang digariskan di atas, maka kami meyakini pilihan raya kecil DUN 06 Batu Talam akan menyaksikan berulangnya penyelewengan yang merosakkan kesucian (sanctity) proses demokrasi. Kenyataan Pengerusi SPR yang menyebut bahawa daftar pemilih yang telah diwartakan pada 30 November 2006, berjumlah 10,748 telah dibersihkan menjadi 10,524 selepas daripada perwartaan itu kini menimbulkan kecurigaan.

Proses pembersihan tersebut tidak boleh dikatakan telah dijalankan secara telus kerana ianya dilakukan secara unilateral oleh SPR tanpa penyertaan parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Segala kecurigaan kami telah disahkan melalui kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang mengatakan baru-baru ini bahawa ”undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah berusia 50 tahun itu tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini dan tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan terus wujud bagi semua pihak memandangkan sosial yang telah berubah”.

Dengan ini, kami pimpinan BA, menegaskan pendirian untuk menolak dan memboikot penyertaan dalam pilihanraya kecil bagi DUN 06 Batu Talam.

Presiden Parti Islam SeMalaysia,
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang,

Presiden Parti Keadilan Rakyat
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

(Dapatkan berita selanjutnya dan gambar pengisytiharaan tersebut pada keluaran Harakah terbitan akan datang : 12 Januari 2006)

Doakan aku berjaya

Assalamu 'elaykum WBT semua.

Seminggu dua ini aku begitu kepenatan.
Berpenat untuk merealisasikan beberapa perkara.
Ya ! Beberapa perkara yang penting untuk dilakukan.

Doakan aku berjaya !

Semalam aku dan seorang teman membuat perancangan.
Perancangan untuk memulakan sebuah perniagaan.
Sebelumnya kami meninjau-ninjau keadaan kedai yang ingin kami sewakan.
Insya4JJI kami akan mula berniaga bulan depan.

Perniagaan kecil yang ingin kami usahakan hanya sebagai pemula.
Kami punya impian yang lebih besar pada masa depan.
Misalnya, malam ini Insya4JJI aku akan ke stokis HPA.
Ada apa dengan HPA di sana? Ada kelas perubatan JAWI dan pengajian.

Seperti yang aku katakan sebelumnya.
Aku mula kembali hendak menjadi pelajar.
Sememangnya aku sangat teruja.
Selain menampung kekurangan bagi diri yang sedar.

Aku juga telah mengisi borang permohonan kelas Sijil Pengajian Awam Syariah JAIS.
Bahkan aku telah menghantar borangnya.
Insya4JJI bulan 3 nanti dimulakan kelas.
Aku harap permohonan aku itu berjaya.

Bulan 3 aku mula masuk kelas.
Bulan 2 aku mula berniaga.
Bulan 1 aku kena buang sikap bermalas.
Mula sekarang, mulakan hidup yang lebih bermakna.
Doakan aku berjaya !

Asalnya entri kali ini aku tulis untuk memotivasikan diri sendiri. Tanpa aku sedar, entri ini dah jadi macam catatan berformat nukilan ataupun puisi. Sesambil hendak mengisi masa menukar tiub tayar belakang yang bocor. Aku lewat masuk kerja hari ini. Nasib kedai motor dekat dengan Magna Square. Boleh aku lepak menunggu kedai buka.

Ok! aku nak buat checklist sikit untuk hari ini. (lepas balik kerja pukul 6-7 petang nanti)
  1. Bagi sijil zaujah kawan aku dekat kak long untuk disahkan. (Zaujah kawan aku tengah cari kerja)
  2. Attend kelas perubatan JAWI HPA.
  3. Siapkan soalan untuk portal Utusan.

Gambar yang ada kaitan dengan entri hari ini.

Checlist hari ini:

  1. Hari ini aku kena siapkan soalan sejarah PMR tingkatan 1 sebanyak 170 soalan
  2. check gaji
  3. ambil kalendar PMI
  4. basuh motor
  5. telefon SKEM esok masuk bengkel kereta
Setakat ni yang sudah buat:
  1. check gaji
  2. buat 30 soalan sejarah
  3. telefon SKEM
  4. basuh baju (petang baru basuh motor)
  5. fotostat IC dan sijil SPM untuk isi borang sijil pengajian awam syariah

SEBAGAI INGATAN BERSAMAMU-PENUHI IMPIAN


AYUH BERSAMA WARGA KL & SELANGOR BERHIMPUN MEMBANTAH KENAIKAN TOL DI DEPAN KOMPLEKS SUNWAY PYRAMID SUBANG JAYA PADA HARI AHAD 7 JAN 2007 JAM 4.00 PETANG.
SEBARKAN.

(sms ini dihantar kepada ana oleh Akhi Tg. Azri K12)

Baru azam tahun baru

Hari ini aku memulakan kembali kerja aku di Puchong.
Di tempat kerja aku mulai melazimi kerja-kerja seharian yang selama ini aku buat.
Tidak lupa juga aku kena isi borang 'unpaid leave' untuk 'cuti' aku semalam.

Nah! Malas sangat nak pergi kerja.

Tapi yang bestnya, chief department aku baik hati pula henadak bagi over-time.
Soory la miss, saya ada hal lain hendak dibuat.

Sebenarnya aku dah plan hendak ke Masjid Jamek Komplek MARDI,Serdang.
Kami pelajar UPM biasa panggil Masjid MARDI sahaja.
Aku ke sana maghrib sebentar tadi untuk mendapatkan borang untuk pengambilan baru pengajian awam syariah peringkat sijil yang dikendalikan oleh UMCCed dan JAIS.

Nampak gaya bermual bulan 3 tahun ini hujung minggu Sabtu dan Ahad aku disebelah pagi penuh dengan jadual belajar.

Seronok sebenarnya dapat jadi pelajar balik.
Insya-4JJI ikutkan hati ini aku hendak sambung pengajian aku ke peringkat Master.
Itupun untuk bidang pengajian kimia yang aku ambil sebelum ini. (Seboleh-bolehnya)
Aku juga sekarang sedang mengintai peluang untuk mendapatkan kerja sebagai Research Assistant sebelum menyambung pengajian ke peringkat Master.
Aku berminat untuk menyambung pengajian di UKM.
Saja hendak ubah selera.

Kalau tidak pun mungkin mana-mana tempat lain yang turut menawarkan peluang yang sama.
Andaikata aku dapat peluang kerja di MARDI, mungkin aku diberi peluang di tempat lain.

Rasanya setakat itu untuk malam ini.
Aku hendak surf laman web MARDI untuk penuhkan resume. Tarikh akhir permohonan adalah esok.
Doakan aku berjaya. (Dunia dan akhirat)

Bukan azam tahun baru

Assalamualaikum WBT buat sahabat semua.

Hari ini ana upload-kan antara risalah yang kami dapat semasa Himpunan 15,000 Pemuda PAS di Padang Perdana, Kota Bharu 2 minggu yang lepas. (H15K)

Pergerakan Pemuda PAS telah melancarkan SMS Unit Kerja Jemaah semasa perasmian program pada pagi Sabtu, 23 Disember yang lepas.

Cara-nya mudah saja:
Taip 'ON SMSUKJ' diikuti dengan no kad pengenalan baru anda dan hantarkan ke 32244.
Kemudian anda akan menerima SMS alu-aluan dari moderator sistem SMSUKJ.
Setiap SMS yang diterima akan dicaj sebanyak RM 0.50.
Anda akan menerima purata SMS setiap bulan sebanyak 4 SMS.

SMS yang diterima adalah berkitar kepada maklumat semasa pergerakan dan progaram yang diadakan.

Kami sudah melanggani SMSUKJ, harap kawan-kawan yang lain pun turut sama.

psst...

Pagi tadi lebih kurang pukul 5.30 pagi aku baru sampai dari Kelantan. Perjalanan selama 8 jam menaiki bas Transnasional, turun di Putrajaya kemudiaanya aku bermotosikal pulang ke rumah agak memenatkan.

Makanya aku, SMS (bukan SMSUKJ) ke bos department aku mengatakan aku sampai lambat dan tidak sempat ke temapt kerja.

Pukul 8 aku bangun, bersarapan bersama house-mate, dan kemudiannya ke Magna dan pejabat pos.
Aku mengambil kesempatan untuk menghantar surat permohonan kerja dan resume ke beberapa tempat kerja baru yang aku rasakan sesuai.

Aku sebenarnya dah malas dengan tempat kerja sekarang ini. Biarpun baru sebulan bekerja, tapi aku dah rasa bosan amat.

Sah! Tidur dekat rumah lagi best. Betul tak Safwan ?