Selamat Hari Raya `Idil Adha


Selam Elaykum WBT.
Maaflah kepada semua lama sungguh tak update blog anan ni.
Setakat kerja ni 'kering idea' ana jadinya.
Padahal setiap hari lepas balik kerja ana lepak kat CC.

Raya Haji jemputlah datng rumah ana.
Alamatnya : PT 97 Kg. Paloh Rambai, 16450 Ketereh, Kota Bharu The Islamic City, Qlate.
Kalau tak jumpa sms ana di 013-253 7238.

pst...
Dulu,
meter motor Kriss 100 ana cecah jarak ke 10,000 km masa ana balik dari Muar ziarah Wan Sarip

Hari ni,
meter motor Kriss 100 ana cecah jarak ke 20,000 km masa ana balik dari kerja setelah sebualn genap kerja di Puchong.

Lagi,
meter kepala ana dah penat nak menulis lagi di dalam blog walaupun dapata juga update kali ini.

Akhirul keyboard....Selamat Hari Raya Haji, Maaf Zahir Batin.

Gambar yang tiada kaitan dengan entri ini. Program yang tidak menjadi

Kenapa ni?
Semua program hujung cuti 2 hari tak menjadi?
Kenduri Kak Ipah tak pergi.
Kenduri Nanang pun tak pegi.
Last-last aku duk sorang-sorang kat rumah.
Nasib Ise Smart mari dari Kelate ziarah kawan-kawan.
Itupun sekejap je.
katanya nak ke Perak.
Jiran lama dia yang sekarang ni tinggal kat Puchong kahwin ngan orang Perak.
Esok tak tau ler sempat ke tak nak jumpa lagi.
Tak sempat kut. Tak sempat kim salam je la ek.

Aku ke Aishah : Nanti kim salam ke Kak Ipah ek.
Aku ke Nanang : Nanti kim salam ke Kak Nor ek.
Aku ke Ise Smart : Nanti kim salam ana ke 'kak ana' ek.

Sengaja dikebawahkan.
(Ise lebih tua dari ana, pangkatnya abang. Isterinya kakak)

HPA, Herba Penawar Al-Wahida

Semalam, di tempat kerja. Aku baru mendapat penjelasan sebenar tentang apa dia MLM. Sebenarnya tidak jauh beza dari apa yang aku ketahui. Cuma aku tidak tahu mengenai manipulasi lesen MLM yang dibuat oleh kebanyakan sayrikat yang mengejar kekayaan dan kita ketahui sebagai Skim Cepat Kaya.

Pernah aku mengatakan MLM yang sebgibi adalah tidak boleh (nak kata HARAM takut salah, nanti berdosa). Ini kerana mereka bukannya jual barang, kalau ada barang pun setakat hendak kata ada jual barang. Target mereka sebenarnya adalah duit. Iaitu dengan cari 'kaki'. Itu yang kita biasa dengar orang kata;

"Alah, tak payah jual barang. MLM ni ko cari orang jer."

Mengikut hukum muamalat atau rukun niaga itu sendiri sesuatu perniagaan mesti ada barang dan jelas harganya. Ini kalau setkata spirulina 30 biji tapi harga sampai RM 200.00, memang tidak lojik. Memang bukan jual barang, tapi target duit. Spirulina itu hanya untuk mengabui mata orang. Dan yang paling penting untuk mendapatakan lesen MLM.

MLM dan SLM.

MLM adalah Multi Level Marketing, manakala SLM adalah Single Level Marketing. MLM pula adalah cara syarikat jual barang melalui ejen yang mendaftar menjadi ahli. Contoh, HPA, Sureco dsb. SLM adalah cara syarikat jual barang terus ke pengguna melalui kedai-kedai. Milo, Ubat Gigi Mukmin dan banyak lagi barang-barang lain. Tidak semestinya barang-barang untuk kegunaan harian sahaja.

Siapa bilang gadis bertudung tak boleh menang?

2 tahun lepas

Azlang (Azlam) : Hoh! Budok puang kkire !
Azlang. Ketua Kelas Akaun 1 semasa matrik di KMB. Aku aliran Sains Hayat. Dia, aliran Akaun. Hanya sempat bersama selama setahun. budak-budak Akaun kemudiannya di pindahkan ke Kolej MARA Kuala Nerang.


Kami selalu jogging. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Tapi Azlang biasanya lebih gemar ke gym.

Semasa berjogging,
Aku: Tengok tu ! Pakai sempoi, tapi semput.
Azlang: Biase tu Di. Janji ranggi.
2 minggu lepas

Sibli : Woi ! Ko jangan main, minah tu Gayong peringkat negeri tu.
Aku : Ha'ah. Wakil negeri Perak. Bukan senang nak dapat jadi wakil Gayong negeri Perak. Muslimat pulak dia tu.
Hari ini. Bukan 2 hari lepas.

Walaupun setelah sekian lama kita tidak melihat atlit wanita bertudung memenangi pingat emas. Apatah lagi bagi acara pecut. Akhirnya.
Ruqaya Al Ghasara telah membuktikan bahawa bertudung tidak menjadi halangan untuk meraih pingat emas.

Sebelumnya. Azalina, menteri KBS ketika ditemuramah oleh Zainal Abidin Rawop telah berkata masyarakat seharusnya terbuka dalam soal pakaian sukan. Kalau sesuatu jenis sukan itu perlu kepada jenis pakaian yang 'sedemikian', maka ibu bapa perlu dan masyarakat perlu mula terbuka dan menerima ianya adalah keperluan untuk bersukan. Apalah salah berkorban kalau ingin memenangi pingat. Lagipun negara juga yang akan mendapat nama.

Kata Azalina lagi, wanita yang berpurdah dan berjubah kalu nak buat jahat pun tidak kira pakai apa. Boleh juga buat salah atau maksiat?

Ketika persidangan Dewan Negara baru-baru ini pula, MP Ampang kata tindakan kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan etika berpakaian sopan terutamanya bagi wanita adalah idea dari orang yang berfikiran sempit.

Hari ini. Bukan lagi hari esok.
Yang jelas nama Bahrain sudah dijulang dek kemenangan pelari wanita Ruqaya.

Hari ini dan hari-hari esok.

Yang jelas dan pasti, Kelantan pula akan dijulang dan diberkati kerana kesopanan wanita peniaga di Pasar Siti Khadijah.

Cocok amat dengan namanya, Siti Khadijah.

Kenduri walimah Ukht Asmawiyah K2 UPM dan Akh Muhamad Amar UKM


pstt...

To Obi :
Aku dan Zali tak dapat pergi, nanti ko kirimkan hadiah kami na. Kim salam kat Kak Asma, kata semoga selamat melayari samudera Baitul Dakwah dan kekal bahagia dunia dan AKHIRAT. TAKBIR !!!

Masih kukenang...


22hb lepas, selang sehari ulangtahun kelahiran aku yang ke-24, kami telah berangkat ke Kedah untuk satu 'misi rahsia'.

Aku bersama Azran ditempatkan dengan keluarga angkat. Selama seminggu kami berada di sana. Banyak juga perkara baru yang kukutip dan kutitip kemudiannya. Walaupun dahulunya aku pernah belajar di sana. 7 tahun lamanya aku tidak menjengah negeri jelapang padi itu. 7 tahun yang lama membuatkan aku seolah-olah tidak pernah berada di sana.

Kali ini aku datang kembali dan selepas 7 tahun itulah baru aku mengambil peluang untuk mengambil sijil SPM aku. Itupun aku meminta sepupuku yang belajar di KIDU untuk ambilkan. Ingin juga rasa hati berjumpa dengan guru-guruku.

Selama di sana aku mengambil peluang bersiar-siar ke tempat-tempat kebiasaan aku outing. Sepetang bersama Azran dan kawan-kawan yang lain di Bandaraya Alor Setar. Sungguh, di saat itu aku baru ketahui bahawa Alor Setar sudah bertaraf sebuah bandaraya.

Sebelumnya juga aku berkesempatan menghadiri kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Hj. Jusoh di Tobiar, Pendang. 2 kitab yang aku tadah pengajiannya. Satu Siyarus Salikin dan satu lagi aku tidak tahu.

Sememangnya Kedah masih kedapatan ramai Tuan Guru yang rata-ratanya adalah anak murid Tuk Kenali, ulama Asia Tenggara yang tersohor. Anak muridnya ada yang datang dari Tanah Besar Cina, secocok dengan amanahnya sebagai Ketua Ulamak Asia Tenggara, antara post yang ada bagi ulamak yang pernah tinggal di Tanah Suci Mekah.

Hari terakhir, sekali lagi aku meminta bantuan sepupuku untuk menghantarkan sahabat aku ke rumahnya di Kulim. Memang aku jenis suka bertandang ke rumah sahabat, apatah lagi teman-teman seangkatan.

28 Nov, pukul 9.00 malam kami memecut dari Kulim ke Stesen Shahab Perdana di Mergong (Alor Setar). Aku perlu berada di sana sebelum pukul 12.00 malam untuk perjalanan pulang ke Serdang. Sejam kemudian kami dah sampai. Tidak seperti perjalanan pergi yang mengambil masa selama 2 jam.

Pagi tadi, semasa aku mengemas-ngemas barang setelah seminggu mendapatkan kerehatan dari permulaan kerja dan berpindah ke rumah baru, aku menjumpai tiket bas pulang yang sengaja aku simpan...untuk kukenang.

Masih kukenang...

pstt.. tajuk dan gambar bukan sekadar hiasan. (bukan macam Akh Faisal Tehrani dan Akh Safwan)

Walimah Akhi Fazil K2 dan Ukhti Atifah K2


pstt...

To all :
Sori ler ana dan Zali tak dapat join reunion kat Cameron sebelum ke majlis walimah tu. Ana dan Safwan terus je ke Tapah. Zali lak tak dapat datang, dia balik Johor. Saudara abang ipar dia kawen.

To Abe Fazil dan Kak Ipah :
Semoga selamat melayari samudera Baitul Dakwah dan kekal bahagia dunia dan AKHIRAT. TAKBIR !!!.
Jangan gaduh-gaduh...hahaha

Shahrizat or She-rejected?... mana aku dapat idea tajuk post orang ni ek ?

Kata Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil dalam THE STAR hari ini wanita di Kelantan akan menentang langkah MPKB-BI menguatkuasakan kod pakaian untuk jurujual, pelayan dan peniaga di Kelantan. Kata beliau lagi:

It is so disrespectful to the women there
(Ianya amat tidak menghormati wanita di sana)

Siapa yang tidak menghormati siapa? Siapa yang serius mahu melaksanakan Islam dan siapa yang berlakun dan mempermainkan syariat Allah?

Saya sertakan di bawah gambar Shahrizat ketika beliau mengunjungi Iran baru-baru ini. Gambar menunjukkan beliau bersama Pengarah Pusat Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Republik Islam Iran, Puan Zohreh Nouri.
Mengapa Shahrizat berpakaian demikian? Baiklah ia majlis rasmi, tetapi mengapa perlu berpakian demikian? Ini bukan pakaian biasa Shahrizat, mengapa perlu berpura-pura?

Jawabnya kerana di Iran ada dress code yang perlu dipatuhi, apakah Republik Islam Iran disrespectful towards their women? Mereka ada Vice President wanita, Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri Wanita?

Di Kelantan kedua-dua Senator atau ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajaan negeri mewakili Kelantan di Senat adalah wanita (diwaktu Umno perintah tak pernah begitu)(seorang peguam macam Shahrizat juga), Kelantan ada ADUN wanita, Kelantan buat pertama kalinya hari ini ada Penghulu-penghulu wanita, and who are you to tell the Kelantanese that they are disrespectful towards their women?!

Apa yang mahu diperkenalkan adalah peraturan yang pada perkiraan kerajaan negeri akan dapat mengawal warga negerinya, mempertahankan keselamatan dan maruah mereka, adakah itu menganggu sangat Shahrizat?

Seterusnya, sila kilik disini ...

Selamat datang saing baru kite.

Ana duk perasang lame doh dio ni duk wak blog, cuma 2 hari ni jah baru dia meng'uar-uar'kang blog die.

'Ala kulli hal; Semoga sentiasa berblog. Doh ado blog ni keno update sokmo. Itu hok keno pikir dulu sebelum berblog ni.

Ana sorotkang sekali gambar tuang punye blog http://www.anaansarullah.blogspot.com/ .

Sorot jangang sorok.


Pesanang: Tuang punye blog nie orang Ganu.


Biarlah perkahwinan itu diberkati.


02 Disember 06
Taman Maharajalela, Teluk Intan

Raja Shahrul a.k.a Bajer, Kolej Kedua dan Farhana, KMR

pst..

1. Ingat nak pi kenduri walimah Akhi Soleh kat Kuala Kangsar, tapi mau kena tambah 2 jam perjalanan lagi ke Utara, nak balik Serdang lagi mesti sampai malam. Hari ni kena keje start pukul 6pm kat Magna Centre.

2. Sorry nang tak sempat nak pi kenduri enta kat Dewan Ideal UPM hari ni. Nanti kenduri walimah enta di Kota Tinggi ana pi ngan Sibli.