It Happen in Seremban - emel seorang sahabiah

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang

menjalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah

dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan

dimanjakan mengikut lunas-lunas dan batas-batas kehidupan seorang Muslim.


Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala

nikmat yang diperolehinya.
TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang

mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena

telah memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati

yang agak terkejut tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai,

mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin

dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya

ingin berkahwin dalam agama HINDU.


Apalah hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang

satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU. Duniawi dan Ukrawi

serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau,

tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.


NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa

anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali


Ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila

tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz


Tersebut mula membacanya Ayat-ayat Allah, maka terkejut mereka kerana

mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.


Kesimpulannya :
Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting

sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu

tersebut. Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.


TINDAKAN :
Disini ingin saya nasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN

senangtiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk

mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari

semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka

membaca ayat-ayat Allah.


NAMUN bagi perempuan-perempuan muslim, mereka ada pintu atau ruang yang

membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran

serta hati jika tidak dibendung. Apatah lagi yang tidak solat.


Disini saya dengan bersungguh-sungguh mengajak semua muslimin dan muslimat

semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang

diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Miskipun waktu yang tidak

dizinkan bagi muslimat, tapi boleh dibaca didalam hati. Jadikan ia amalan

yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi

kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.


Saranan saya juga ialah, apabila masuk sahaja waktu solat.Muslimin akan

segera bersolat..bagi Muslimat bagi yang boleh akan juga terus bersolat


Namun bagi yang tidak akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir

dan bermunajat. ( Mengingati Allah sentiasa adalah tuntutan ) Jangan

biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengigati Allah.


Akhir kata :
Sebarkanlah kepada semua Muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat

kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD.Dan berdoalah

buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA :
Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar

agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir Berjaya dihindukan.

Saya percaya unsur cinta & SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya.Yakinlah

bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan

sentiasa memujiNya maka Allah akan memelihara kita.


Insya-Allah.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.
Wassalam.

Kisah burung merpati menangis - emel seorang sahabiah

Perhimpunan aman bantah Israel esok

Satu perhimpunan aman menentang kekejaman rejim Israel dan Amerika akan diadakan di hadapan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat esok.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Mahasiswa Islam seMalaysia yang akan berkumpul di Masjid Tabung Haji dan akan bergerak secara aman ke Kedutaan Amerika.

Jurucakap Gamis dalam maklumannya kepada Harakahdaily sebentar tadi, mengalu-alukan sokongan daripada orang ramai untuk sama-sama semua pihak untuk turut hadir dalam perhimpunan berkenaan.