3 cerita menarik hari ini di Utusan Online (Menjelang 12 malam)

DVD ‘aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat
MUAR 30 Dis. – Cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi ade gan hubungan seks antara seorang pemim pin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.

Sila ke Blog antikhairy.blogspot.com kerana di sana mungkin ada cerita yang sebangsa

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Isu UMNO Perlis tidak seharusnya dibincang secara terbuka, kata Najib
KOTA KINABALU 30 Dis — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu berhubung kepimpinan UMNO Perlis tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh membawa kepada implikasi yang serius.

sila klik Tranungkite.net untuk anda dapatkan ulasan dari blog Barisan Alternatif

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Negara boleh bankrap -- Jika ikut janji pembangkang turunkan harga minyak – Najib
TUARAN 30 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia.

yang ini kita semua boleh buat penilaian sendiri berdasarkan perkembangan politik dan ucapan-ucapan politik beliau. Mungkin TPM kita ini akan dinobatkan sebagai Newsmaker Of The Year for 2007. Anugerah yang sedang dinilai kepada politikus2 tempatan oleh Malaysiakini.com.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Pada pandangan aku, masing-masing semua nak buat cerita tergempar untuk tahun ini sebelum berlabuhnya tirai tahun 2007 menjelang detik kiraan 12 malam ini.

Tahun 2008 tahun tukar kerajaan

Copy poster-poster ini dan emelkan seberapa banyak kepada mailing list yang kita ada. Boleh juga dicetak dan diletakkan di tempat-tempat awam. Guna sebagai bahan kempen dan memberikan kesedaran kepada rakyat kita. Alternatif lain untuk sebaran poster ini amat dialu-alukan. Terima kasih.

(klik pada gambar untuk dibesarkan)














Berubah angin gelombang kedua lebih hebat.



Dalam seminggu dua ni banyak perkara yang berlaku di sekitar aku. Bukan perubahan yang kecil. Mungkin saja nanti aku terpaksa berpindah tempat, sesuai dengan perubahan yang aku perlu lakukan lantaran berubahnya beberapa perkara tersebut. Yang pasti aku tidak berniat pun untuk keluar jauh dari nic yang aku diami sekarang. Bukan kerana aku malas untuk berasimilasi dengan suasana baru. tapi aku takut kalau-kalau aku pergi nanti ada susahnya kepada orang lain. Misalnya kerja buat yang bersangkut dengan PRU yang tak lama lagi akan berlangsung. Lagipun segala-galanya masih baru bagi aku di sini, walaupun aku sudah menetap sekian lama di Serdang. Adalah dalam 5 tahun. Dan aku begitu gembira di sini sebenarnya. Tapi, mungkin ada lagi gembira yang lain untuk aku di tempat lain nanti. Siapa tahu? Allah Maha Tahu.

Tak Ku Maaf Ini Dosa

Lagu ini aku dedikasikan kepada para pejuang sebagai ingatan bahawa pihak pemerintah kita yang tidak punya keprihatinan dan kemahuan untuk membebaskan tahanan ISA walaupun untuk sehari sahaja, sedang Hari Raya Qurban tinggal hanya sehari. Ingatlah kamu wahai pemerintah! Kejatuhan kamu adalah bilamana kejahatan yang dilakukan kamu adalah jalan kehancuran buat orang-orang seperti kamu. Ingatlah, doa mereka yang dizalimi adalah begitu dekat dengan Alah. Ayuh wahai pejuang, kita tunaikan puasa sunat Wukuf dan berdoa disaat peluang doa kita dimaqbulkan sedang terhampar luas.

" Pulihkan Demokrasi, Selamatkan Islam dan Malaysia"


''

Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kota Bharu




Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kota Bharu >> English
Selasa 18/12/2007

Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Hujan
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Sepanjang Hari
Rabu 19/12/2007


Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Khamis 20/12/2007


Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Jumaat 21/12/2007


Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Sabtu 22/12/2007


Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Ahad 23/12/2007


Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Isnin 24/12/2007


Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Hujan
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Sepanjang Hari

Tak dapat balik kampung.



Baru tadi kak long telefon kata tanah runtuh di Gua Musang. Kerosakan yang berlaku sangat teruk dan menyebabkan jalan ditutup kepada laluan orang ramai.

Asalnya kami tiga beradik plan nak balik esok pagi. Tapi nampak gaya tak dapat lah nak diteruskan niat. Kalau nak balik melalui Terengganu pun sama. LPT juga ditutup laluannya. Kalau nak balik ikut Grik-Jeli, jauh sangat pula rasanya. Jalan alternatif yang lain pula aku tak tahu.

Maknanya aku kena beraya di Serdang lah tahun ni. Huahuahua....

Ada sesiapa boleh bantu? Cadangan atau apa-apa yang boleh.

Walimah Obi+Aishah

KAK NURI : PENYEMARAK KEBANGKITAN MUSLIMAT

via EPISODE SEBUAH
PERJUANGAN
by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi on 12/13/07

KAK NURI :
PENYEMARAK KEBANGKITAN MUSLIMAT

Seingat saya , sejak saya menyertai PAS pada tahun 1985 inilah kali pertama Ketua Dewan Muslimat PAS ditangkap atas "kesalahan" berniat untuk memasuki parlimen ( Dewan Rakyat ) .

Apakah ini petanda bahawa Muslimat telah mula meletakkan diri mereka di rel utama yang melandasi perjuangan suci ini ? Ya ! saya merasakan demikian . Tambahan pula , peristiwa tangkapan Ustazah Nuridah itu berlaku dihadapan mata saya . Saya dapat melihat bagaimana ketabahan dan ketenangan beliau menghadapi situasi ini .

Lebih menarik , turut tertangkap bersama Ustazah Nuridah ialah Dr. Lo' Lo' yang pastinya figure ini dikenali umum sebagai seorang tokoh Muslimat yang gigih dan cekal .

Semasa kami "terkurung" di IPK KL , saya terus mengikuti perkembangan yang berlaku di luar dan seorang sahabat , akhi Fadhil Shafie tak jemu - jemu melaporkan apa yang sedang berlaku di pintu masuk IPK KL .

Antara laporan yang saya terima , ialah bagaimana perkarangan IPK telah dikuasai oleh "tentera" Muslimat yang di ketuai oleh Dr. Mariah ( AJK PAS Pusat ) , Ustazah Wan Hasrina ( Timbalan Ketua Dewan Muslimat ) dan Aiman Athirah al Jundi ( Setiausaha Dewan Muslimat ) .

Suara pemuda atau muslimin yang biasanya lantang dipentas demontrasi jelas tenggelam di bawah laungan semangat para Muslimat yang berkumpul di depan IPK pada waktu itu .

Sehingga ada seorang pemuda yang turut serta dalam himpunan di perkarangan IPK tersebut memberitahu saya , bagaimana situasi itu benar - benar dikuasai Muslimat . Muslimat berbalas hujjah dengan pihak PDRM sehingga menimbulkan suasana panas dan tegang ekoran pihak PDRM enggan menunaikan tuntutan mereka agar membebaskan kami yang sedang ditahan pada waktu itu .

Amaran demi amaran dikeluarkan oleh PDRM supaya mereka bersurai , langsung tidak menggentarkan semangat para mujahidah yang terus lantang melaungkan slogan bebaskan tahanan !

Sehinggalah seorang pejuang tua yang istiqamah , malah tidak pernah mengenal erti kalah hadhir bagi menampakkan kembali penguasaan sang muslimin dalam satu - satu perhimpunan . Orang tua berjiwa kental yang saya maksudkan ialah Pak Cik Amjal .

Semarak perjuangan amal Islami berbekal semangat dan kesedaran menuntut hak terus marak sehingga saya sendiri mendengar suara amaran PDRM melalui corong speaker meminta mereka bersurai dalam masa 5 minit sebelum mereka diambil tindakan dan ditangkap .

Ternyata amaran itu sekali lagi tidak memberi kesan kepada mereka selagi ketua mereka Ustazah Nuridah , Dr. Lo' Lo' dan semua tahanan belum dibebaskan . Keadaan kian tegang sehinggalah kehadhiran Yb Salahudin Ayub ( Ketua DPP Pusat ) menenangkan keadaan dan bersedia utk mengambil tangungjawab bagi melanjutkan usaha membebaskan tahanan .

Apa yang ingin saya nukilkan di sini ialah kebangkitan Muslimat yang sebelum ini dilihat secara umumnya tidak bernada dan berwajah sebagaimana yang disaksikan hari ini , adalah satu kebangkitan yang sangat membanggakan .

Nyata kini mereka juga sememangnya berani berhadapan dengan kuasa yang angkuh dan zalim demi memperjuangkan Islam . Apa yang cukup membuatkan hati saya tersentuh , mereka juga sanggup mengambil risiko demi perjuangan ini dan ianya mengatasi kepentingan peribadi dan kepentingan duniawi .

Kalau yang ditangkap hanya seorang lelaki atau pemuda , itu tidaklah menghairankan saya dalam perjuangan kita di Malaysia ini. Tetapi apabila seorang Muslimat yang juga ibu kepada anak yang ramai dan masih memerlukan belaiannya , ini sangat menyentuh hati saya .

Ustazah Nuridah atau lebih senang saya panggil Kak Nuri , kini sering menasihati para muslimat anak buahnya agar tidak gentar dengan ugutan polis atau pihak musuh untuk memastikan agenda perjuangan Islam yang kita dokong ini terus dilangsungkan dengan jayanya.

Malah , sewaktu Kak Nuri memberi statement kepada pihak polis , dengan tegas Kak Nuri menyatakan bahawa saya tidak bersetuju saya ditangkap kerana saya adalah seorang rakyat yang baik dan berjuang demi kepentingan agama , bangsa dan tanahair .

Akhirnya , apa yang ingin saya kongsi dengan semua pencinta agama , khasnya Muslimat terhadap apa yang berlaku sewaktu kami dalam tahanan di IPK baru - baru ini , cukup menjanjikan sinar buat perjuangan khasnya melalui sayap kirinya .

Sebagaimana umum mengatahui , muslimat yang tertangkap hari itu ialah Kak Nuri dan Dr. Lo' Lo' . Sedari awal mereka turun ke parlimen hinggalah detik kami dibebaskan , kak Nuri dan Dr' Lo' Lo' kelihatan sangat ceria , tenang dan mesra .

Saya melihat mereka bagai satu regu yang cukup mantap dengan gabungan segala kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka untuk terus memimpin Muslimat meredah belantara perjuangan ini .

Sementara diluar bangunan IPK pula , Ustaz Wan Hasrina atau lebih mesra saya panggil Kak Wan bergandingan pula dengan Dr. Mariah .

Saya antara yang sangat memahami bagaimana Dewan Muslimat terpaksa melalui hari - hari yang sukar mengorak rentak dan mencari sentuhan dalam mendepani pelbagai halangan dan rintangan ( tahaddiyat ) sebelum ini , kini bagaikan telah menemui ramuan membentuk regu kepimpinan yang mantap dan digeruni musuh .

Ya ! Gandingan Kak Nuri , Kak Wan ( Ketua dan Timbalan Ketua DMP Pusat ) dan Dr. Lo' Lo' , Dr Mariah ( AJK PAS Pusat ) akan menjadi 2 regu dalam satu pasukan menyemarakkan kebangkitan muslimat .

HiTunGLah diRi seBeLum ALLaH MenGhiTunGnya

Banjir besar di Pekan.



PEKAN 13 Dis — Bagi mengatasi masalah banjir yang semakin buruk di Pekan, Pahang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, muara Sungai Pahang di Kampung Tanjung Agas perlu diletupkan untuk membolehkan air mengalir keluar ke laut.

Katanya, muara Sungai Pahang di kampung terbabit telah menghalang pengaliran air dan ia kini hampir bercantum dengan kampung berdekatan iaitu Kampung Pulau Syed Hassan.

Najib, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, langkah sedemikian pernah dilakukan pada 1971 ketika banjir besar melanda Pekan.

Sila klik untuk berita lanjut

Bagi aku lah kan:
1. Mengapa dalam banyak-banyak tempat, nak juga Allah datangkan banjir ke kawasan Pekan. Soal faktor alam semulajadi dan cuaca tu cuma asbab kejadian sahaja. Apa pun Allah jugalah yang berkuasa dan menentukannya.



2. Kebetulan ke kalau TPM kita ni merupakan Menteri Pertahanan dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara? Kalau di lihat seolah-olah kejadian banjir ini seumpama menguji atau mungkin juga untuk memberikan ujian kepadanya yang juga secara kebetulannya sebagai wakil rakyat di Parlimen Pekan.

3. Kita nak tengok juga apakah dalam hal seperti ini TPM Kita tidak akan pilih kasih. Maksud saya tidak menggunakan kelebihan yang beliau ada sewenangnya misalnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan untuk mendapatkan bantuan atau kemudahan yang lebih dari sepatutnya. Maksudnya di sini kita nak lihat ada tak kecenderungan untuk beliau menyelamatkan penduduk di kawasan sendiri lebih dari kawasan yang lain?

4. Juga, perlukah sehingga hendak diletupkan muara sungai supaya air dapat di alirkan ke laut? Apakah sekadar untuk menunjukkan keprihatinan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan sendri? Atau hendak menunjukkan apa yang beliau boleh lakukan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dan juga sebagai Menteri Pertahanan? Adakah tindakan ini akan di lihat sebagai kelebihan kepada TPM kita dengan bidang kuasa yang dimilikinya?

5. Yang kelima dan seterusnya, kita sama-sama fikir-fikirkan.