Mesyuarat Agung Pertama Dewan Pemuda PAS Putrajaya



AHAD, 27 APRIL 2008 / 20 RABI’UL AKHIR 1429H
9.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI

DIRASMIKAN OLEH
SDR. AHMAD SABKI YUSUF
SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Walimah Murnira dan Zul





Kembar kawe?


sebut pasal roti canai ni ada satu stall di k14, hak jual tu muko sama mace ana. masa ana duk ngaji lagi dia duk jual situ samapi ke lening. ana dan 2/3 kali gi dan tengok sendiri. meme sama dan perangai pun lebih kure. YA Allah, senyap ana seketika.

patutla ramai adik2 hak duk selisih, jupo rasa pelik je ke ana. depa ingat ana ni hak jual tu. ada budak2 surau k2 pun ada tanya ana dia kata dia tak caya tengok ana duk dating.

Ceramah Pakatan Rakyat

Hajat semalam hendak ke Stadium Ipoh tidak kesampaian. Nasib masih menyebelahi aku dan dapatlah aku tonton secara online dari awal sampai akhir ceramah kelima-kelima pimpinan negeri Pakatan Rakyat. Aku paling teruja untuk melihat dan mendengar sendiri kali pertama ucapan dari YAB Menteri Besar Perak yang baru.

Di bawah aku 'upload'kan untuk tontonan kalian.

video video

HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT MALAM INI


IPOH : Satu himpunan dan ceramah Perdana lima Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan pada malam ini di Stadium Ipoh,Perak bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.Ia akan membariskan Menteri Besar Perak, Ir Nizar Mohamad Jamaluddin, Menteri Besar Kedah, ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Majlis akan dimulai dengan solat isya' secara berjamaah diikuti dengan solat sunat hajat seterusnya pidato oleh kelima-lima orang Menteri Besar.Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang julung-julung kali menghimpunkan kesemua pemimpin utama kerajaan pakatan rakyat selepas kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu.

Ia juga akan disiarkan secara langsung di laman web www.webtv.pas.org.my, www.harakahdaily.net dan www.kelantan.tv.

Igama?


...MULA

Abang Jaga : Ko tahu tak D, apa beza pada Ugama, Agama dan Igama?

Aku : Ugama dan agama tu tahulah, sama saja kan? Igama tak tahu lah pulak.

Abang Jaga : Ugama dan Agama itu ada beza D. Beza pada Ugama, Agama dan Igama ialah pada baris yang membezakan bunyinya. Ugama dengan tanda 'depan', Agama dengan tanda 'atas' dan Igama dengan tanda 'bawah'. Ugama dan Agama mungkin kau dah biasa dengar dan sesuai dengan duduk barisnya. Ugama itu pada orang yang meletakkan agama di depannya dan Agama itu pada orang yang meletakkan agama di atasnya. Sebagai rujukan dan junjungan. Tetapi Igama itu pada orang yang meletakkan agama di bawahnya.

Aku : Termenung dalam...

Abang Jaga : Itu kata orang-orang tua la...disampai-sampaikan.

Aku: Abang nak dengar kata orang-orang muda pulak tak?

Abang Jaga : Apa dia?

Aku : Seseorang yang tidak menjaga AGAMA, tidak sesekali akan mengamalkan AGAMA apatah lagi untuk memperjuangkan AGAMA.

TITIK...

Budok Ppughah nih!!!

Hampir

15 minit yang lepas, aku dari BA hendal ke mana-mana surau yang beredekatan untuk solat Zohor. Cadangnya nak ke Surau Hidayah dan kemudiannya ke Sri Serdang untuk makan tengahari.

Sedang aku di simpang 3. Aku yang dari jalan kecil hendak ke jalan utama. Jalan kecil yang aku lalui ditutup sebelah menyebabkan kenderaan yang ingin keluar dan masuk beratur mendapatkan giliran laluan. Aku melepasi laluan dan ingin masuk ke jalan utama dari simpang 3 tersebut.

Kelihatan 2 buah kereta dari kedua-dua arah kiri dan kanan jalan utama dengan jarak yang selamat, dengan kereta kancil merah 'Sekolah Memandu' dari arah kanan dan kereta ATOS/Kelisa putih/silver dari arah kiri. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke jalan utama.

Tiba-tiba datang sebuah motor EX5 yang dipecut oleh seorang lelaki india dari arah belakang kereta kancil merah yang mula membelok perlahan untuk masuk ke simpang kecil yang sedang aku mengolah langkah untuk ke jalan utama. Tayar motor aku sudah berada di tengah-tengah lorong kiri jalan utama. Si India tadi yang dengan laju, 'keluar' dari arah belakang kancil merah dan mula menggelabah ke kiri dan ke kanan. Kalau dia ke kanan, dia akan bertembung dengan ATOS/Kelisa putih/silver. Kalau dia ke kiri, dia akan melanggari kancil yang bergerak perlahan dan di tengah-tengah lorong pula dia akan melanggari aku.

Aku cuba untuk memecut ketika itu, tetapi dengan gelagat si India yang gelabah itu tadi menyebabkan aku hanya seolah-olah terhenti dan hanya menyaksikan gelagatnya. HAsilnya ketika aku cuba menambah kelajuan untuk terus membelok ke kanan, kereta ATOS/ Kelis putih/silver sudah sangat hampir dengan aku. Si India tadi sudah hampir melapasi aku kerana si kancil merah tadi sudah separuh badannya melorong ke jalan kecil.

Dengan kelajuan yang kecil, aku terus juga memecut sedaya mungkin dan Alhamdulillah untuk kali keduanya aku terlepas dari kejadian yang hampir sama 3 hari yang lepas. Ketika itu sebuah kereta wira dengan laju secara tiba-tiba memotong dari arah belakang sebuah kereta yang ingin membelok masuk ke jalan kecil di mana aku pula ingin mengolah langkah ke jalan utama.

Senarai Produk dari Belanda (sumber dari PPIM

Assalamualaikum
Berikut adalah senarai produk dari Belanda yang ada di Malaysia.
Maklumat diperolehi dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia. (PPIM) - http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/

Tolong sebarkan...

1. Duyvis -Makanan Ringan
2. Lego -Kismis
3. Dutch Lady - Susu
4. Ferrero Roche - Coklat
5. Kieldsens -Coklat
6. Venz -Mentega Coklat
7. Kinder Bueno -Coklat
8. Wall's - Ais Krim

1. Pickwick -Teh
2. Lipton -Teh
3. Knorr -Perisa Makanan
4. Bertolli -Minyak Masak
5. Gouda -Keju
6. Doriana - Keju Krim
7. Planta -Magerin
8. Lady's Choice -Magerin
9. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
10. Clear -Shampoo
11. Sunsilk -Shampoo
12. Cif -Pencuci Lantai
13. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
14. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
15. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
16. Breeze -Pencuci Kain
17. Sun -Pencuci Kain
18. Surf -Pencuci Kain
19. Wishbone -Pencuci Kain
20. Dove -Mandian
21. Lux -Mandian
22. Radiant -Deodoran
23. Rexona -Deodoran
24. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
25. Ponds -Produk Kecantikan
26. Labello -Lip Balm
27. Vaseline -Lip Balm
28. Slimfast -Produk Pelangsing
29. Ing -Insurans
30. Philips -Barangan Elektrik
31. Shell -Minyak
32. Unilever -Syarikat

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi
pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama
Danone Dumex yang berasal dari Perancis.
Tambahan:

1. Restoran Windmill
2. Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama 'N.V.' dan ;B.V.'
3. Barangan penajaan Christian Albers
4. Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 2

Wassalam
Abu Musa

Jemputan Walimah Akhi Ashabulyamin K7





Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar dan jelas. Terima Kasih.