Balik Qlate - ChaYok!!!


(dalam gambar: Ujang, Cikgu YuKa,Cikgu Anita dan YaDi-tak nampak Cikgu Asniza)

Assalamu 'alaikum WBT sahabat-sahabat!

Ana nak berundur diri seketika, balik kampung selama lebih 6 minggu. Ana akan kurang menulis buat seketika. Ana akan kembali semula (ke Serdang) kemudiannya untuk mengejar sebahagian cita-cita yang masih belum tercapai. Ana minta maaf dengan sahabat-sahabat semua atas segala kesalahan dan juga mohon halal makan-minum selama kita sama-sama berkenalan. Nanti jangan lupa datang konvokesyen ana ramai-ramai.

Wassalam.

Perbetulkan fakta sejarah anda.

Sabtu minggu lepas sempat aku ke Kongres Anank Terengganu, bertempat di Taman Melewar.

Kongres yang diadakan antara lainnya ialah pembentangan kertas analisa dan di antara panel yang diberikan ruang untuk mengupas analisis oleh Dr. Abu Bakar Shafie tersebut ialah Prof. Emiritus Dr. Khoo Khay Kim.

Katanya :

1. Tanah Melayu yang kita faham pada hari ini sebenarnya tidak menggambarkan secara tepat apa itu Tanah Melayu. Tanah Melayu ialah kesembilan-sembilan negeri/negara di semenanjung. Tanah Melayu atau Melaya bukanlah sebuah negara. Tetapi merupakan panggilan kepada 9 buah negera yang berada di semenanjung itu. Setiap "negera" ini adalah berdaulat. Setiap negera ini ada raja sebagai ketua pemerintah. Mereka masing merupakan ketua keRAJAan.

2. Istilah kerajaan yang digunakan pada hari ini juga tidak tepat. KeRAJAan adalah merujuk sistem pemerintahan beRAJA pada zaman sebelum wujudnya Malaysia. Raja sebagai Ketua Kerajaan dan bukan setakat Ketua Agama semata-mata. Istilah kerajaan yang digunakan pada hari ini tidak tepat. Kononnya ia adalah sebagai terjemahan kepada perkataan government di Britain. Government apabila diterjemahkan sepatutnya diterjemahkan sebagai parlimen/rumah keadilan dan bukan kerajaan.

3. Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah dijajah sehinggalah pendudukan Jepun. Sebelumnya British hanya datang dan mencampuri urusan pentadbiran Raja-Raja Melayu. Hal ini berkecuali bagi neger-negeri Selat. Negeri-negeri Selat adalah merupakan Tanah Jajahan British yang ditadbir terus oleh British (oleh Ratu British di England).

Kesemua ini dijelaskan adalah sebagai memenuhi kehendak perlembagaan dan undang-undang. Jelas apa yang diguna-pakai sekarang sebenarnya tidak menepati maksud mahupun teknikal undang-undang itu sendiri.

Aku : "Tidak pelik bahkan sejarah yang ada pada hari ini perlu ditulis semula. Ini kerana, Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Siapa yang menang? "

Lega = Logo

Keputusan Ujian MTest KPLI dalam minggu ni manakala temuduga KPLI bulan September. Jadi, memang tak perlu lah aku datang kembali dalam selang masa 2 bulan aku kat Kelantan.

Itupun selepas aku terpaksa menunda tarikh pulang, hanya kerana sangkut ujian jalanraya tengahari tadi.

Hua, hua, hua...

Kua, kua, kua...

Penat?

Aku : Kak! Bila et interview KPLI?

Kak Yana : Esok boleh tahu result, interview kalu tok bule ni, bule depe. Tok tahulah. nanti tengok - hari tu ada saing print jadual dio (KPLI).

AKu : Hah! Bule ni. Ahad depe nak kelik qlate. Tokke nok mari pulok. Ah paghok lagu ni.

Kak Yana : Tok tahulah, bule depe kot. Register pusat interview sini ko ?

Aku Ye la, haghi tu buat ssini. Keno mari pulok la jawab dionyo. Penat...