Jika anda makan satay...



1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang- kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia &
Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694
September 27, 2006

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Islam Se-Malaysia, PAS 07



Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjemput dan mempersilakan Dato'/ Tuan/ Puan dan seluruh rakyat Malaysia ke Majlis Hari Terbuka PAS Pusat pada 28 Oktober 2007 jam 2.00 hingga 5.00 petang di Taman Melewar, Gombak. tun Dr. Mahathir Mohamed dijangka hadir. Takbeer!!!


Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Islam Se-Malaysia, PAS 06

Virus-virus ukhuwah - minta jauh pada diri aku



Nota buat diri:
1. check sejujurnya apa yang ada pada dari senarai
2. buat senarai pendek
3. sesal + azam berubah + minta maaf + istighfar + tambah ilmu dan latihan + melazimi perbuatan baik = TAUBAT

VIRUS-VIRUS UKHUWAH
1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA
2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA
3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA — 31 Contoh Gaya Bicara yang tidak Etis
a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar
b. Tidak Mendengar Sarannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak
Menghargai Keberadaannya
c. Bergurau Secara Berlebihan
d. Sering Mendebat dan Membantah
e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan
4. SIKAP ACUH
5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA
6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARAN
7. SERING MEMBANTAH, BERBEDA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR
8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN
9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGAN MEMAAFKAN
10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBA DAN MEMENDAM DENGKI
11. MEMBUKA RAHASIA
12. MENGIKUTI PRASANGKA
13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI
14. EGOIS, AROGAN. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA
15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU
16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HALHAL YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA
17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG SETIA
18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT
19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT
20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH
21. TERLALU CINTA

Propaganda musuh tak jejas kegiatan dakwah



hanya di http://pmi-upm.blogspot.com/
dan http://groups.yahoo.com/group/pmi-upm/

Propaganda musuh tak jejas kegiatan dakwah
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi


SALAH satu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam bulan Syawal dan seterusnya tercatat dalam lipatan sejarah Islam ialah peristiwa al-Ahzab. Dalam suasana kegembiraan menyambut Aidilfitri, umat Islam perlu menginsafi dan mengambil iktibar daripada peristiwa al-Ahzab seperti yang diungkapkan dalam takbir raya wahazamal ahzaba wahdah yang bermaksud Allah sudah mengalahkan dan membinasakan bala tentera Ahzab dalam keadaan keesaan-Nya.

Dalam peristiwa al-Ahzab, umat Islam pada zaman Rasulullah SAW dikepung oleh dua golongan yang sangat memusuhi Rasulullah SAW dan Islam iaitu golongan al-Maghdubi alaihim dan juga al-Dhalin.

Golongan al-Maghdubi alaihim adalah golongan dimurkai Allah yang terdiri daripada ahli kitab yang arif berkenaan kitab, Islam dan Nabi Muhammad SAW. Pemimpin ahli kitab menemui pemimpin golongan al-Dhalin iaitu golongan yang sesat di kalangan Musyrikin di Makkah.

Pemimpin ahli kitab sudah memberi semangat kepada pemimpin musyrikin supaya menubuhkan bala tentera al-Ahzab dan mengajak kabilah Musyrikin yang lain dengan bantuan golongan ahli kitab. Lalu mereka menamakan pakatan bala tentera mereka yang besar dengan al-Ahzab.

Berserta kelengkapan senjata yang secukupnya, tentera al-Ahzab ingin menyerang Madinah bagi menghapuskan Islam, Rasulullah SAW dan umat Islam.

Apabila tentera al-Ahzab yang mempunyai bilangan mengatasi jumlah umat Islam pada zaman itu, maka Allah menurunkan ayat dalam surah yang dinamakan al-Ahzab sebagai mengambil sempena peristiwa berkenaan.
Peristiwa al-Ahzab itu hampir menggoncang iman yang bertapak dalam jiwa umat Islam dengan ujian begitu hebat daripada Allah. Walaupun bilangan tentera yang sedikit, umat Islam tetap mara ke hadapan, berdiri tegak dengan teguh dan berani serta tidak berganjak walau sedikit pun.

Mereka menentang tentera al-Ahzab dengan berbekalkan keimanan jitu ke hadrat Allah. Berkat keimanan dan kesabaran umat Islam, akhirnya Allah mengurniakan pertolongan-Nya dan menganugerahkan kemenangan cukup bermakna dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Semua propaganda dan perancangan musuh Islam itu ternyata tidak mampu membendung perkembangan Islam yang semakin pesat. Biar pun begitu, banyaknya rentetan propaganda keji yang mereka canangkan itu sebenarnya sebahagian asam garam perjuangan dakwah Islam yang memberikan kelebihan kepada Islam untuk terus berkembang ke seluruh dunia.
Semakin ramai orang bukan Islam berminat dan terus menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Sinaran cahaya Islam yang tinggi itu selama-lamanya tak akan dapat mereka padamkan.

Allah sendiri menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." – (Surah al-Saff, ayat 8)

Sejarah Islam menyaksikan bahawa kalimah Allah itu selama-lamanya tetap tinggi dan kalimah kufur jahiliah pula akan tersungkur jatuh dan rendah terhina. Itulah jaminan Allah yang menyaksikan Islam sebagai ajaran bersifat rahmah kepada sekalian alam.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." – (Surah al-Taubah, ayat 40)

Meninjau senario umat Islam kini, ternyata ada musuh Islam yang kurang senang dengan kebangkitan Islam yang bergema ke seluruh ceruk rantau. Justeru, ada segelintir pemimpin dunia melakukan propaganda jahat sebagaimana pernah dilakukan kafir Quraisy.

Maka mereka pun mencanangkan propaganda jahat mereka untuk memadamkan cahaya Islam dengan berbagai isu sejagat seperti isu keganasan, ekstremisme, fundamentalisme dan sebagainya.

Perlu diingat bahawa musuh Islam pada era globalisasi turut menghimpunkan pelbagai golongan dengan jumlah yang lebih besar berbanding bala tentera al-Ahzab pada zaman Rasulullah SAW.

Kini terdapat pelbagai ajaran sesat dikesan pihak berkuasa agama semakin berleluasa, begitu juga gerakan yang mengancam kesucian akidah umat Islam dan lain-lain ancaman yang menggugat kepercayaan umat Islam mutakhir ini.

Begitu juga serangan serangan pemikiran dan kebudayaan yang menyerang secara halus ke dalam setiap sendi kehidupan umat Islam. Natijahnya, berlakulah krisis sosial dan masalah akhlak di kalangan muda mudi yang begitu meruncing.

Tidak cukup dengan itu, peristiwa demi peristiwa menyedihkan dan menyayat hati silih berganti menghiasi dada akhbar arus perdana seperti kes penderhakaan anak terhadap ibu bapa, kes pembunuhan kanak-kanak yang tidak berdosa, kes pembuangan bayi, kes penderaan terhadap kanak-kanak dan kes kehilangan anak.

Oleh itu, setiap Muslim daripada segenap lapisan masyarakat perlu menyedari dan menginsafi peranan serta tanggungjawab masing-masing. Paling penting, setiap Muslim wajib memperlengkapkan diri dengan benteng akidah Islam, istiqamah amalan salih dan keluhuran akhlak Islam untuk mendepani cabaran hebat yang datang dari pelbagai arah.

Tidak ada pun satu masalah dan musibah yang melanda dalam kehidupan Muslim melainkan Islam ada menyediakan penawar dan jalan penyelesaian yang terbaik. Setiap Muslim wajib berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi sumber utama panduan hidup dunia akhirat.

Umat Islam dewasa ini perlu menyedari situasi yang menimpa mereka dan seterusnya meyakini bahawa jaminan pertolongan Allah akan tetap datang untuk menyempurnakan agama-Nya jika umat Islam terus menerus berjihad menyambung perjuangan para nabi dan rasul menegakkan Islam.

Usaha itu perlu dilakukan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan walau sekeji dan sejahat mana propaganda yang dilancarkan musuh Islam. Cahaya Islam tetap bersinar di bumi Allah ini bersama keadilan dan keamanan sejagat.

Penulis ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia .

Respons Sifu (II)

Surat En. Amir Azmi (II)

Salam Puan,

Sebenarnya, dalam kita sedar atau tidak. Perlumbaan untuk menguasai pengetahuan tentang angkasa telah menyebabkan Amerika dan Rusia maju berpuluh tahun kehadapan berbanding negara-nagar maju yang lain. Ini kerana kemajuan sains dan teknologi angkasalepas memerlukan kefahaman ILMU yang tinggi.

Kemajuan US dan Rusia dalam ILMU berkaitan angkasalepas hari ini adalah kesan dari usaha bijak pandai mereka yang lalu untuk memajukan teknologi angkasalepas. Kesan sampingan dari itu adalah, lahirnya angkasawan yang berani, tabah dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang berkaitan angkasalepas.

Angkasawan mereka hari ini, suatu ketika dulu cumalah anak-anak yang berusia 10-15 tahun. Pada ketika itu, mereka sangat kagum bila melihat dikaca TV, Yuri Gagarin berjaya mengelilingi orbit dan menitis air mata kegembiraan melihat Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan.

Lebih dari itu, karyawan mereka juga mengambil manfaat dengan menghasilkan buku-buku yang dapat memenuhi imiginasi anak-anak ketika itu. Tidak hairanlah, pada tahun 1977 George Lucas menghasilkan filem Star Wars yang pecah panggung ketika itu. Itu semua hasil dari kesan imiginasi dari ‘the first man on the moon’.

Saya melihat, tiba masanya anak-anak Malaysia hari ini berhenti mennyebut nama-nama angakasawan luar dan mula mengambil endah tentang ‘apakah teknologi angkasalepas sebenarnya?’, ‘adakah saya boleh mempelajarinya?’ , ‘apakah yang saya perlu untuk menguasinya?’ , ‘Adakah saya perlu mnguasai bahasa Inggeris, atau bahasa Rusia untuk menguasai ilmu angkasalepas?’

Pada pendapat saya. sebagai generasi yang lebih ‘lama’, kita harus memotivasi generasi akan datang dengan ILMU. Walaupun saya tidak begitu pandai dalam bidang sains dan matematik, tapi saya tidak akan memandang ILMU ciptaan ALLAH itu sebagai suatu perkara yang susah atau negatif. Jika kita terpaksa mempelajarinya dalam Bahasa Rusia sekalipun, kita tetap beri motivasi yang baik-baik kepada generasi akan datang. Paling penting, motivasi kita itu memberi momentum yang besar kepada anak-anak kita untuk berusaha menguasai ILMU.

Bagi saya, Malaysia telah manghantar seorang muslim yang bijaksana ke angkasalepas. Beliau menjadi model yang baik untuk anak-anak Malaysia amnya dan anak-anak muslim khususnya.

Sedikit dialog dari lokman kepada anaknya (7 tahun);
Lokman: Hakim dah besar nak jadi apa?
anak: Hakim nak jadi Angkasawan!
Lokman: Hakim tahu tak macam mana nak jadi Angkasawan?

anak: tak tahu ayah!
Lokman: Hakim kena belajar Matematik dan Sains. Lebih baik lagi, jika Hakim mahir berbahasa Inggeris atau Rusia.
anak: susah tu ayah!
Lokman: kita kena berusaha, kena buktikan orang Islam itu orang yang berilmu, macam Dr. Muszaphar Shukor, angkaswan Malaysia yang pertama. InsyaAllah.


Respons Sifu (II)

Isu bahasa pengantar ilmu.

(a) Dalam surah Ibrahim ayat 4, "Allah tidak menghantar Rasul kepada sesuatu kaum, melainkan dalam 'lidahnya'".

Itulah sebabnya kepada orang Arab, dihantarkan seorang Rasul yang bahasa ibundanya adalah bahasa Arab. Ibrah daripada ayat ini adalah: Gunakan bahasa ibunda kaum itu bagi membangunkan kaum itu.

Nota 1: Seluruh Nusantara diislamkan dalam masa kurang 100 tahun, dengan menggunakan Bahasa Melayu. Makhdum-makhdum Arab belajar Bahasa Melayu supaya mereka dapat mengajarkan Islam dalam Bahasa Melayu kepada orang Melayu.

Bandingkan dengan sejarah orang-orang Arab menjajah Sepanyol selama 800 tahun tetapi Sepanyol kekal Kristian, sebab Arab-Arab itu tidak mahu belajar bahasa Sepanyol dan mengajarkan Islam menggunakan bahasa ibunda orang Sepanyol. Mereka tidak mengarang buku-buku Islam dalam bahasa Sepanyol.

Nota 2: Nota 2: Lihat pola taburan agama Kristian di seluruh dunia. Agama Kristian kuat di kalangan mereka yang meng-adopt bahasa-bahasa Eropah sebagai bahasa pertama mereka dalam rumah. Lihat bagaimana di negara kita sendiri, kaum India dan Cina yang masuk Kristian adalah mereka yang fasih Bahasa Inggeris.

(b) Empat kitab-kitab suci Islam diturunkan dalam bahasa ibunda nabi-nabi yang menerimanya. Hanya al-Quran dalam bahasa Arab, kerana Nabi Muhammad berbahasa Arab. Ibrah daripada prinsip ini adalah: Kitab-kitab dan buku-buku teks ilmu hendaklah dituliskan dalam bahasa ibunda kaum yang hendak dibangunkan itu.

(c) Allah menggunakan bahasa Arab bagi menyampaikan ilmu kepada Nabi Muhammad, kerana itulah bahasa ibunda Nabi Muhammad.

(d) Apabila Nabi Muhammad menyampaikan ilmu kepada orang-orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya.

(e) Jibrail mengajar Nabi Muhammad menggunakan bahasa ibunda Nabi Muhammad, yakni Jibrail menggunakan bahasa Arab.

(f) Dalam al-Quran, semua bahasa-bahasa malaikat, jin, syaitan, bahasa-bahasa nabi Adam, firaun dan kaum-kaum dahulu kala, semuanya diterjemahkan oleh Allah sendiri ke dalam bahasa Arab, barulah diturunkan kepada Nabi Muhammad. Ibrah daripada prinsip ini adalah: Ilmu yang terkandung dalam bahasa-bahasa lain hendak diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kaum yang hendak dibangunkan.

(g) Tidak ada nas yang menyuruh kita mengajarkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa kaum-kaum lain.

(h) Nabi Muhammad menyuruh Zaid bin Tsabit belajar bahasa Yahudi supaya Nabi Muhammad dapat menulis surat kepada ketua-ketua kaum Yahudi dalam bahasa Ibrani (Hebrew) bagi mengajak mereka masuk Islam.

(i) Nabi Muhammad menghantar sahabat-sahabat bagi mengajarkan ilmu-ilmu Islam kepada penduduk kawasan-kawasan bukan-Arab yang baru diIslamkan. Sahabat-sahabat yang dipilih itu adalah mereka yang pandai mengajar dalam bahasa-bahasa ibunda penduduk di sana.

Nota: Berpuluh-puluh negara sudah beratus tahun lamanya meminjam bahasa-bahasa bekas penjajah - Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perachis, German, Rusia dan Belanda - sebagai bahasa pengantar. Sampai hari ini negara-negara di benua Afrika, benua India, Amerika Latin, Asia tengah, Afrika Utara itu, dan Filipina masih belum berjaya memandaikan rakyatnya yang terdiri daripada golongan miskin?
Baca peta dunia. Kaji taburan kawasan negara-negara kaya dan negara-negara miskin. Di mana ada negara miskin, di situlah bahasa bekas penjajah digunakan sebagai bahasa pengantar!

Tidak ada data empirikal yang membuktikan bahasa penjajah dapat memandaikan rakyat miskin dan rakyat luar bandar. Tidak ada.

Nota: Sifu menulis begini meskipun saya aliran Inggeris dan lulusan UK. Menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik menguntungkan golongan kaya dan kelas menengah di bandar. Disebabkan majoriti orang Melayu, Iban, Kadazan, Murut, Bajau, Temiar, Semelai dan Temuan tidak tinggal di bandar-bandar, dan tidak kaya, mereka akan secara sistematik dikeluarkan daripada aliran sains.

Sisi yang neutral dan waras



hanya di http://pmi-upm.blogspot.com/
dan http://groups.yahoo.com/group/pmi-upm/

Pengajian angkasa jadi disiplin ilmu

Oleh: ZULKEFLEE YAACOB

SYABAS dan tahniah daripada semua lapisan rakyat Malaysia. Kita semua berasa bangga kerana Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 36, selamat kembali ke bumi petang kelmarin selepas berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 11 hari dan menjadi angkasawan pertama negara.

Beliau berlepas ke angkasa raya bersama angkasawan Amerika, Peggy Whitson dan angkasawan Russia, Yuri Mallenchenko. Kemudian pulang ke bumi bersama angkasawan Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov juga dari Russia menggunakan kapsul Soyuz TMA-10 atau dikenali dalam Program ISS sebagai Soyuz-14S yang digunakan oleh mereka ketika misi ke-15 ke stesen ISS sejak April lalu.

Mereka mendarat dalam lingkungan 10km dari Arkylk, Kazakhstan pada jam 2.37 petang (6.37 petang waktu Malaysia) iaitu tiga jam 23 minit selepas berlepas dari ISS berbanding masa dua hari untuk tiba di ISS ketika dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan pada 10 Oktober lalu dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 yang dipacu roket Soyuz FG kerana perjalanan turun lebih cepat disebabkan tarikan graviti bumi apabila memasuki atmosfera.

Ketibaan angkasawan Dr Sheikh Muszaphar disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis di lapangan terbang tentera berhampiran Star City Moscow.

Kejayaan gemilang membawa pulang kajian saintifik berhubung kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas terhadap sel dan mikrob, iaitu sel HUVEC (Human Umbilical Vein Endothilian Cell) dan Osteoblast (untuk kajian oestoporosis) serta uji kaji penghabluran protein untuk kegunaan industri dan farmasi memang wajar dipuji.

Di samping persembahan simbolik untuk tatapan rakyat negara ini seperti putaran gasing iaitu permainan tradisional rakyat Kelantan turut dipertontonkan, putaran yoyo, catuan strawberry, campuran minyak dan air dan kelajuan bola pelbagai saiz menjadi realiti bukan impian semata-mata.

Pentauliahan Dr Sheikh Muszaphar sebagai Cosmonaut bersama-sama Dr Faiz Khaleed akan diadakan di Russia sebelum kembali ke tanah air. Kepulangan yang dinanti dan diraikan seluruh rakyat yang bangga di atas kejayaan beliau.

Kejayaannya memberi impak besar kepada rakyat dan negara sebaris dengan angkasawan luar dan kerjasama dengan pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat dapat dipupuk.

Malah, Dr Sheikh Muszaphar membuktikan kejayaan individu menguasai mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda yakni bahasa Melayu menjadi pembentuk disiplin ilmu dan alat pemikiran untuk menghasilkan sejarah terhadap diri dan tamadun bangsanya. Beliau sekali gus menanam kesedaran bahawa bahasa ibunda dan memanipulasikan bahasa sebagai alat pemikiran, alat ilmu dan kemajuan bangsa.

Sehubungan itu, program angkasa mampu membuka minda pihak berkenaan bahawa bidang angkasa perlu menjadi disiplin ilmu baik di universiti mahupun institusi pendidikan menengah dan rendah.

Langkah mewujudkan Hari Angkasawan Negara perlu difikirkan dengan serius agar program angkasa lepas ada kesinambungan serta memupuk generasi muda baik di bandar atau di desa meminati pelajaran sains dan matematik dalam bahasa difahami.

Justeru, Dr Sheikh Muszaphar telah melalui jalan ke angkasa yang menjadi seorang umat berbangsa Melayu Islam terpilih. Beliau disyorkan supaya menziarahi Makkah untuk menunaikan haji atau umrah sebagai tanda kesyukuran dan membuktikan kebesaran Ilahi. Sesungguhnya kemajuan bangsa kerana insan yang maju akal dan fikirannya.

ZULKEFLEE YAACOB,
Kota Bharu, Kelantan.

Sape paling canggih...




Tahun lepas sainitis Russia korek
tanah sedalam 100 meter, diorg
terjumpa la kesan wayar copper yg
berusia 1000 tahun... and membuat
kesimpula n bahawa nenek moyang mereka
ade telephone network... .woo bes..

Pas tu, saintis Amerika tak puas ati,
diorg pun korek gak, sedalam 200
meter... diorg lak terjumpe talian
fiber optic lama yg dipercayai berusia
2000 tahun... lalu membuat kesimpulan,
org US 1000 tahun lagi advance dari
org Russia dalam komunikasi telefon yg
lagi canggih dari diorg... ..pergh
canggih.. .

Saintis Malaysia plak try try gak,
diorg korek sedalam 500 meter... pastu
diorg report la, diorg tak jumpe
ape2... ..so diorg wat kesimpulan;
5000t ahun dahulu nenek moyang org
melayu sudah tahu menggunakan
tekno logi wireless! hehehe...
bangga. .bangga MalaysiaBOLEH!! hahaha

Testi Friendster Raya '07

Picture Captions






Glitter Photos














Team Nisa di rumah Amy Search


"Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya" (Al-Qasas :56).

Da'wah hendaklah sentiasa diutamakan, kita perlu melihat orang-orang sekeliling dengan pandangan yang kasih, kita hendaklah pergi kepada mereka dan mengajak mereka kepada kehidupan Islam, bukan tunggu mereka berubah dan datang kepada kita, berda'wah mengikut kelebihan yang ada kepada kita, tidak semestinya ustaz2 sahaja :-)

ana jugak dulu seorang peminat search diwaktu gelapku hehehe...pakai seluar ketat weh..ana membesar diketika zaman rock memuncak..siap bercita2 nak jadik rocker lagi hahaha...doaku moga amy search diberikan kekuatan dan istiqomah oleh Allah dengan perubahan dalam hidupnya sekarang.


boleh rujuk di blog salah seorang pimpinan NISA
http://hanihassan.blogspot.com

Saturday, September 22, 2007

Team tadarus Nisa dengan pasangan Amy Search dan isterinya, Kak Norish di rumah mereka di Kota Damansara

Sebening Ramadan

Apa-apa yang menjadi kebiasaan di bulan lain tidaklah menjadi kebiasaan di bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan menyucikan. Bulan kerohanian. Bermakna, kebebasan untuk melakukan perkara bukan aulawiyat tidaklah dituntut dalam bulan Ramadan. Contohnya, menonton rancangan hiburan televisyen dan berchatting di internet. Bukanlah tidak boleh dilakukan pada bulan Ramadan tetapi tidak rugikah kita meninggalkan perkara yang diberi berganda-ganda pahala oleh Allah semata-mata kerana melayan syahwat? Kalau di bulan lain, membaca al-Quran mendapat banyak pahala, tetapi di bulan Ramadan, membaca al-Quran mendapat bannnnnnnnnnnnnnnnnnnyakkk pahala, begitu juga amal-amal kebaikan lain. Maka, sewajarnya kita mempergandakan amalan dan sentiasa berkhalwat dengan Allah SWT. Carilah peluang-peluang untuk bermuhasabah dan menginsafi umur yang sentiasa bergerak ke hadapan. Apakah bulan Ramadan akan datang, kita masih seorang insan yang bernyawa?

Kak Norish dan abang Amy

Memang umur ini adalah jadual yang ditetapkan Allah SWT. Dalam beberapa tahun, banyak perkara baru yang merencahi takah umur. Masa terdekat ini, perkara baru yang tidak pernah terlintas di fikiran diri ialah akan berkawan baik dengan kak Norish dan suaminya, Encik Suhaimi alias Amy Search. Memang tidak ada apapun pada orang lain. Tapi padaku, bila dikenang-kenang semula, dulu masa kecil menonton filem Isabella kemudian lagu-lagu rocknya (yang semuanya diharamkan oleh abah dalam rumah kami..hehe) tiba-tiba sekarang yang mengikat kami ialah ukhwah. Alhamdulillah.




Amy Search dan Kak Norish sedang berkongsi rasa hati dan pengalaman seorang penguzlah

Semalam, syukur Ummu telah dapat menjalinkan Kak Norish dan Abg Amy dengan pasukan NIsa yang diketuai Kak Mas dan Kak Muna Fadzil Noor dalam halaqoh ilmu. Teman-temanku seperti Kak Khadijah, Kak Wani, Kak Jibah, Syahidra, dan lain-lain memang teman-teman yang berilmu dan berakhlak mulia. Justeru, dengan itulah aku merasa betapa pentingnya ada artis yang berkawan dengan mereka. Sekurangnya, tidaklah ilmu mereka (teman-temanku) hanya berlegar dalam lingkungan remaja-remaja yang sudah memahami dan mencintai Islam. Sekarang, masanya melebarkan dakwah atau tidakpun memberi kefahaman dakwah kepada para artis khususnya mereka yang diberi hidayah oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.



Teman2 dai'e, kak Mas, Kak Wani, Kak Dijah dan Syahid

Maka, aku juga mendapat banyak ilmu hasil daripada pergaulan yang pelbagai latar hidupnya. Begitu kekuasaan Allah menunjukkan manusia sebenarnya datang dari sumber yang satu yang penciptaan mereka adalah dengan kekuasaan Allah. Sama-sama mencintai Allah, sama-sama kembali kepada fitrah. Semoga di akhirat nanti, masih juga dapat bersama-sama dengan puak-puak kanan (ashabul yamin). Amin.


Satu Permulaan Yang Baik, Insya Allah.

Selamat Hari Raya Eid Fitr



Selamat Hari Raya Idul Fitr. Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan dan minum. Ramadhan dihayati, Syawal dirai. Takbeer!!!

Sampaikan Salam Perantau


hanya di http://pmi-upm.blogspot.com/ dan http://groups.yahoo.com/group/pmi-upm/

Assalamu'alaikum wrt wbr...

Bahawasanya telah terputus satu musyawarah bahawakan akan diadakan satu Program Hari Raya Anak Kelantan Di Perantauan bersama Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu gelap malam pekat bermula lepas solat isyak pada hari raya kedua bertempat akan ia di Bawah Plaza, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Bersempena dengan program ini, dirancangkan diwujudkan akan satu slot yang akan membolehkan ANOK KELANTAN DI PERANTAUAN yang gagal utk pulang berayo..(sedihnya la eh..)..utk menyampaikan Salam Perantau (rakaman video) kepada pimpinan kerajaan negeri terutamanya, keluarga dan kekawan.

Jadi, kepada mereka2 yg berminat, boleh buat rakaman video memuatkan diri anda sebagai pelakon utama (gamaknya)..ramai2lah yea..kumpul2 kawan2 tu..sorang2 ni karang nangis pulok...video jgn la lelama sgt... jgn lebih 5 minit la deh...format video dalam format file *.mpg lah yea..

bila dah siap video..boleh la hantar kat saya kat emel rebelseventh@gmail.com atau annajmwalqamar@ yahoo.com

disamping itu juga..ada sesi LIVE Voice Chat (Yahoo Messenger) bersama pimpinan kawasan anda atau memana exco yg anda mahu bercakap ke...(yg ni akan melalui proses saringan)... kena bgtau jika berminat...

harap maklum...
selamat beraya bila hari raya nnt..

wassalam.

Strategi kawal harga minyak


Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Adelah!! orang-orang yang kerja kat PETRONAS bagitau..,

Aku pun tak tahu betul ke tidak...tapi apa salahnya mencuba...tak rugi

Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00.
Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri
berbanding penjual. Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.

Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini. Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja. Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, k ita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidakm embeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Ideanya begini :-
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petroldari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu

1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut
keuntungan untuk diri mereka sendiri. Sistem ini sejajar dengan cara business kapitalis Yahudi yang tidak langsung mempunyai perasaan bertimbang rasa sesama manusia.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-

Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang. Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja.

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.

Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini.

TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA
SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA
DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.

Mudah saja, anda cuma perlu....... ...
1. Forwardkan ema il ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS, CALTEX dan BP sahaja ......
jauhi diri anda dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Salam sejahtera

Iklan Proton



Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak yatim


Sakit kepala?



Seminggu dua ni aku sering saja rasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut. Mungkin kerana cuaca panas dan kekurangan air dalam badan. Mungkin juga suasana kerja yang aku kurang selesa. Berada dalam lab yang kuat bau chemicals saban hari. Sungguh aku tidak selesa. Tapi itulah namanya kerja. Sebaik habis kerja, jam 4.30/5.00 petang aku biasanya berjumpa Rusli dan Safwan di Magna Jas. Dari sana kami ke Surau Hidayah. Lepas iftar dan solat maghrib berjemaah, barulah aku pulang ke rumah. Jarang sekali aku pulang terus ke rumah. Biasanya apabila aku pulang ke rumah, dapat juga aku lelap sekejap dan mandi sebelum ke surau untuk berbuka. Kebelakangan ni pula, banyak undangan berbuka dengan keluarga dan kawan-kawan, takpun program-program kawasan atau pemuda PAS Putrajaya dan Wilayah yang semestinya aku hadiri. Itu pun ada yang aku terpaksa tolak dan masih lagi ada yang aku pending-kan jawapan. Malam hari aku sangat keletihan. Terawih pun buat lapan sahaja. Itupun jenuh jugalah nak buat. Kekadang aku kena sentiasa cari mood baru. Pergi ke surau yang ada air-cond dan sebagainya. Ada juga aku habiskan sendiri di rumah. Tadarus tahun ni pun tak seberapa. Nasib banyak masa senggang yang aku boleh manfaatkan di lab. Nasib? Memang selalunya ada. Itu-pun-kan rahmat,walau usahanya tak seberapa. Sekadar itu? Sakit kepala?

Komen ana kepada entri seorang sahabat.

artikel enta tu betul, tapi tak kena tempat. alau enta rasakan mende tu berlaku kat student2 di kampus2, sepatutnya enta direct dgn pimpinan agar boleh dilakukn pembaikian.

lagi satu enta mendakwa mereka sering mengaku mereka baik, dan pihak bertentang dengan mereka sebagai jahat. betulkah hal ini?

dalam hal seperti ini ana selalu berdepan dengan sahabat2 tabligh. dalam banyak2 mereka sebut akhirnya ana katakan pada mereka. mereka kata politik ini tak boleh, perjuangkan islam bukan dengan cara politik. politik selalu justify orang lain.

then ana tanya sahabat ana tadi balik, enta kata depa justify orang lain, yang enta kata depa justify orang lain tu tak justify jugak ke enta ni?

sahabat ana tadi diam-kelu dan sedikit angguk. terus dah tak sebut hal itu. ana bukan nak buktikan apa-apa kat sini. biasanya orang bila dah faham dia dah tak ulang dah perkara (silap) yang sama.

kita ni tak sedar yg kita kata orang-sedang kita pun sama atau mungkin tak ke mana pun sebenarnya. lebih-lebih lagi sampai tahap wewenang menyamakan orang yg nak bawa islam dengan komunis. takkan takdak cara lain yg lebih berhikmah?

bukankah itu yg enta hendak sampaikan?

kalau yg nak bawa islam tu disamakan dengan komunis. yang selama ni pihak yg melawan/menyekat/menekan/menindas islam dan pejuangnya tu enta nak kata apa? amerika?

apa kurang sekular amerika dengan komunis rusia?

now we see, permainan kata-kata yg tidak berdalil ini tertolak dengan permainan kata-kata juga.

minta maaf atas salah silap ana.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

komen ana tu untuk artikel seorang sahabat yang antum orang boleh baca apabila klik kat sini PRK : Siapa betul?

Birthday Oktoberians



Ada lagi ni:
1. Akhi Mat Ki K2
2. Akhi Ghafil K10 / R.K
3. ada sapo-sapo nak tambah?