PERLIS DARUL SUNNAH?

PERLIS DARUL SUNNAH?
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.


"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah ayat 21)


S
emalam ketika membaca akhbar, dan ana terpaku seketika apabila membaca artikel yang berbunyi Perlis Darul Sunnah. Khabarnya tidak lama lagi, kerajaan negeri akan menukar gelaran Indera Kayangan yang selama ini digunapakai di belakang nama negeri, kepada nama baru yang berbunyi Perlis Darul Sunnah.

Menurut sumber kerajaan negeri, tindakan ini adalah kerana menyedari betapa gelaran Indera Kayangan membawa maksud khurafat, dan sebagai sebuah negeri yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (negeri Perlis tidak berpegang kepada mana-mana mazhab), maka adalah wajar gelaran Darul Sunnah digunapakai.

Bagi ana, ini adalah satu reaksi positif yang jelas dinanti-nantikan oleh majoriti umat Islam di negeri Perlis. Sekurang-kurangnya, penggunaan gelaran baru ini akan membawa makna yang positif dan mudah-mudahan, ianya juga akan membawa suatu perubahan yang positif kepada negeri di utara tanah air ini. Namun diharapkan gelaran baru ini bukan sekadar slogan atau kata-kata semata-mata tetapi pengisiannya juga mestilah relevan dengan gelaran negeri Sunnah.

Pendapat ana? Positif :) Anda?...

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

ni ana petik dari blog Akh Saiful Roni a.k.a www.anak2ikan.blogspot.com

Rumah kawe naik air...huaa!!!


Serdang, 20 Jun - Hujan lebat yang turun sekitar Serdang petang semalam telah menyebabkan rumah sewa Yadi dan housemate-housematenya dinaiki air kira-kira separas lutut. Hujan lebat yang turun itu menepati ramalan cuaca oleh kebanyakan orang tua yang tinggal di kawasan sekitar. Walaubagaimanapun kejadian banjir yang agal besar ini ternyata jauh dari telaghan mereka.

3 buah taman yang dikenal pasti banjir ialah Taman Kembangsari fasa1, Taman Sri Andalas dan Taman Serdang Jaya. Penduduk pada hari ini rata-rata tidak pergi bekerja pada hari ini kerana terpaksa membersihkan kediaman dan kawasan kediaman mereka.

Namun, 4 orang teruna yang mendiami rumah bernombor 37 sehingga kini masih belum kelihatan membersihkan rumah mereka. Kami cuba mendapatkan respon daripada mereka. Namun gagal dan sebaliknya kami diberitahu bahawa mereka akan berpindak ke rumah baru pada 26 Jun ini. -Al-Jihad-


lAYAR kEINSAFAN : mestica

sEPI BENAR SENJA INI

bAYUNYA SEMILIR MENGANAK OMBAK KECIL

jALUR UFUK PULA MENGEMAS TERANG

kAPAL DAN LAYAR TERKAPAR

mENGAPA NANTIKAN SENJA

bARUKAN TERDETIK PULANG KE PENGKALAN

gUSAR MALAM MENGHAMPIRI

kU TEWAS DI LAUTAN

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

tUHAN…

lAYARKAN KU KE ARAH CINTAmu

tUNTUNI KU MENGGAPAI REDHAmu

rIMBUNAN KASIH mU KE BERTEDUH

kEPADAmU yA tUHAN

bERIKAN SECEBIS KEINSAFAN

bEKALAN SEPANJANG PERJALANAN MENCARI KETENANGAN

bIAR kAU MENJADI SAKSI

tULUS TANGISKU KALA DINIHARI

kESEMPATAN YANG HANYA SEBENTAR

mOGA KEIKHLASAN KU TERLAKAR


bERIKANLAH KU HIDAYAH

aGAR DIKUATKAN IMAN YANG LEMAH

mOGA DIBERKATI HIDUP INI

mENUJU BAHAGIA YANG KEKAL ABADI

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* (2 KALI)

hARAPAN KU MOGA DIKURNIAKAN

mANISNYA IMAN BERPANJANGAN

mOGA LAUTAN HILANG GELORA

uNTUK KU BERLAYAR

LAPEN ; LAporan PENdek...bukan CERPEN vol 1.0

Yadi (bukan nama samaran) terjaga dari tidurnya. Alarm handsetnya telah berbunyi seawal subuh.

"Hhhuaahh..." Yadi mengumpul kekuatan untuk bangkit. Bangkit dan hanya mematikan alarm yang berbunyi. "Tidur sket lagi ek...sekejap je..." getus hatinya.

Begitulah rutin sehariannya sejak bekerja di Magna Square awal Jun yang lalu. Setiap malam dia akan closing cyber cafe milik Abang Din; bosnya.

Tiba-tiba Yadi bangkit lagi dan kali ini dia cepat-cepat mencapai handuk di pintu biliknya. Jam menunjukkan pukul 6.17 pagi. Dia hanya membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Selesai berwudhuk Yadi mengejutkan Safwan yang masih belum terjaga.

" Safwan! bangun subuh sheikh."

"Pelik", Yadi mengeluh melihat Safwan tidak memberi apa-apa respon. "Selalunya dia yang kejutkan aku Subuh. Semalam tidur awal." Yadi keluar meninggalkan Safwan yang tidur dan membuka lampu untuk menerangkan bilik dengan harapan Safwan akan terjaga.

Yadi mengenakan kopiah dan turun ke tingkat bawah untuk bersolat.

(Seorang!)

Selesai solat dan berdoa Yadi langsung ke atas untuk mengejutkan 2 orang tetamunya yang datang dari Kelantan. Mereka merupakan petugas Jamaah yang melanjutkan pelajaran melalui Program Jarak Jauh (PJJ) di kampus hijau UPM.

"Pergi BA jap! Kalau diaorang tak de, mesti pegi kuliah Subuh kat Surau Hidayah", Yadi berkira-kira dalam hatinya sambil melangkah kaki menapak anak tangga ke tingkat atas ke biliknya

Sesampai di tingkat atas, Safwan dan 2 orang tetamu tersebut telah bangun dari tidur masing-masing.

"Hmm... dah bangun pun semua" Yadi berbisik.

Yadi pun menyarung jaket untuk meneruskan perancangannya ke BA. Hajatnya hendak berteman sahabat-sahabat ke kuliah Subuh. Kunci motor KRISS 100 yang masih berbaki 2 bulan bayaran terus diambilnya dari celahan buku-buku di atas almari plastik bajunya.

"Vroom....vromm" Yadi memanaskan enjin motornya seketika. Akhir-akhir ini, enjin motornya sering saja mudah mati. Pernah sekali enjin motornya mati ketika berada betul-betul di tengah simpang tiga jalan berhampiran Sungai Kuyoh. Nasib tiada orang lain di situ. Kalau tidak tentu tidak semena-mena kena marah.

"Padahal motor ni bukannya aku tak jaga. Agaknya memang jenis ko la, enjin mudah mati. Aku tengok motor RO dan Amin pun macam tu gak. Diaorang kata Motor Dayah ngan motor Nasrah pun macam tu gak." gumang Yadi sendirian sambil menatap motor kesayangnnya.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

"Assalamualaikum" Yadi memberi salam. Syariat memperlakukannya sedemikian; cara hidup dan bersaudara di dalam Islam.

Sepi...tiada orang menjawab. Pintu terbuka dan ternampak kelibat Ubai keluar membawa bantal.

Yadi masuk dan terus melorong masuk. Seperti hari-hari biasa sebelumnya.

"Yunuh ado" Yadi bertanyakan Zul yang berada di bilik depan. "Tok tahhu" balas Zul dalam loghat Kelantan yang sama.

"Kat depan kot" sapa Iqbal setelah menghabiskan bacaan al-Qurannya, berbaur pelat utara.

Di ruangtamu Yunus terbaring berselimut separuh. "Iskandar tanya nta nak pi jadi enumerator tak esok. Kat KL, ada kuata baru kena buat " tanya Yadi sambil duduk berdepan dengan Yunus.

"Ana bukan apa, ana demam ni. Tak tau lah jadi ke tak. Kira tak jadi pun tak pe" Yunus bernada lemah. "Ginilah, nta bagitau ana paling lewat malam ni. Ana nak bagitau Iskandar pulak. Ek?"

"Tengoklah macam mana? nanti ana mesej nta" balas Yunus tanpa menunjukkan minat untuk melanjutkan bicara.

Yadi kembali ke bilik depan untuk menanyakan Amin. "Min! takde kuliah ke pagi ni?"

"Takde la bang, Surau Hidayah kalau ada pun pagi Ahad"
"Ingat nak dengar kuliah hari ni, tak dok pulok"
"Ala nta duk je depan ana ni. Ana bagi kuliah kat nta" usik Iqbal yang kecewa dengan kekalahan lawan ping-pong tempoh hari.
"Tak po la, lain kali ek. Kalu tak dok sangat baru ana cari nta" gurau Yadi yang ceria dengan usiakn Iqbal itu. Ceria mengalahkan PLSR min lawan pin-pong tempoh hari

Yadi terus keluar sambil melihat jam di tangannya. "Pukul 7.00 pagi, balik rumah pulok gamoknya" bermonolong seorang diri.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

"Cikgu nok gi mmano?" tanya Yadi kepada tetamunya yang sudahpun berhelmet di porch rumah sewanya. "Nok gi kelas ni" jawab mereka ringkas.
"Pukul berapo kelas?"
"Pukul lape."
"Ho nyo de dulu make nasi lemak ni" pinta Yadi sambil menunjukkan nasi bungkus yang dibelinya.
"Ho ingat nok gi beli ko D la ni, pah tu baghu nok gi kelas"
"Maghi la dulu make, lambat lagi pukul lape" tinggi sikit suara Yadi bernada bersungguh.

Mereka bertiga masuk kembali ke rumah. Yadi terus ke dapur, manakala kedua-dua tetamunya memerhati ruangtamu yang mereka tidak sempat tinjau ketika baru sampai dari Hentian Kajang. Terus sahaja di bawa ke bilik atas.

Yadi keluar membawa pinggan, sudu dan air nescafe yang baru dibancuhnya. Mujur dia sempat memanaskan air semasa hendak ke BA tadi. "Makela karipap tu" ajak Yadi sambil mengatur pinggan dan menuangkan air yang masih panas.

>>> Mereka bertiga bersarapan sambil berbual-bual memenuhkan masa<<<

"Buleh gi doh tuh koho-koho. Haghi ni kelas pertama untuk sem ni" kata salah seorang dari tetamu Yadi.

Mereka sebenarnya baru mendaftar semester kedua Jumaat semalam. Seperti biasa hari yang 2 pertama mereka diwajibkan hadir bersua-muka dengan pensyarah mereka. Ketika inilah mereka menerima penerangan mengenai subjek yang diambil sebagai panduan mereka belajar sekembalinya mereka ke Kelantan nanti.

"Pah D kijo ke pagi ni?" tanya salah seorang dari mereka.
"Kalu ikut meme kijo, tapi ada muktamar haghi ni. Caghi doh oghe gati kijo. Pukul 3 masuk sambung balik" jawab Yadi memenuhi soalan. Merekaa sebenarnya baru berkesempatan berbual kerana Yadi pulang lewat semalam.

Mana tidaknya, lepas je closing terus ke Restoran Anjung milik Jaafar tauke Kelantan untuk tengok match. Musim world cup punya pasal la katakan!!!

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

Untuk kali kedua Yadi mencapai handuk di pintunya. Kali ini untuk mandi dan bersiap ke Muktmar PERSIPS.

Sambil mengenakan handuknya Yadi teringat mesej jemputan yang diterimanya.

::MUKTAMAR PERSIP 17HB JUN 2006 (SABTU) 8.30PG D TM. Pastikn kehadiran TERAMAI. Hadir/tidak? TLG REPLY SMS INI.ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.-aida rost.s/u persip::

"Hai ana bukan alumni lagi..tak pe la nak tau juga perkembangan lagumana. lagipun hari tu panas Laman TUN_PM dengan email kawe. Gapo dio abe-abe nak kato haghi ni"

"Dan lagi se, jadi ke Indra nak ikut aku nih?"ujar fikiran Yadi.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

Ternyata Yadi pagi itu bersendirian dan hanya setia ditemani motor KRISSnya. Itupun tidak semena-mena enjin motornya mati dekat traffic light South City Plaza. Kereta-motor banyak ketika itu. Kelam kabut Yadi jadinya.

"Nasib aku tak bawa Indra, kalu tak berat gak nak tarik motor ni. Bakpola nyo mati masa ni?"

(kalau nak cerita dan taip balik apa yang berlaku sepanjang highway ke TM banyak juga. Jadi diringkaskan sahaja). Yadi memerhatikan keadaan dan kelibat peserta muktamar sebaik sahaja dia melangkah kaki ke dalam dewan. Dari jauh kedapatan tiada siapa yang dikenalinya. Kalau ada pun abe Din, bos kedai Magna Square tempat Yadi bekerja yang kelihatan menghabiskan meehunnya.

Yadi keluar ke surau di sebelah. Pintu berkunci. "Hai manalah nak lepak ni? saing-saing tak dok." Yadi masuk ke dewan kembali selepas menghantar SMS kepada KA. "Tak main ker?" Kelihatan Abe Din berada di meja hindangan pula sambil memenuhkan pinggannya dengan meehun.

Yadi menghampiri Abe Din dan ditegur oleh Kak Didi yang bertugas menjaga meja hidangan. "Makan meehun Yadi?"

"Takpe la kak, baru lepas makan sebelum mari tadi" (Makan nasi lemak bersama tetamu)

"Sorang ker?" Kak Didi melanjutkan perbualan

"Ye, sorang" (belum berdua). Yadi menuangkan nescafe buat menemankan Abe Din yang makan meehun.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

Jarum jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Peserta muktamar masih jauh dari bilangan sasaran.

Tiba-tiba datang segerombolan lelaki berkopiah putih. Mereka kemudiannya bersalam-salaman dan berdakapan dengan peserta yang sedia berborak sesama mereka berhampiran meja AJK. Kedengaran mereka bertutur dalam logha Terengganu.

"Ssorang pung kawan dok kena" bisik Yadi yang ketika itu telah berada di sebelah Najib Budiman artis the BROIS Production. Juga anak Penasihatnya, biarpun lebih senior dari Yadi. Kemudian mereka mengambil tempat duduk secara bulatan menyertai kami.

Yadi dan Najib bersalam-salaman dengan mereka. Setelah itu, mereka rancak berborak dengan yang lain kerana sudah lama tidak berjumpa. Hanya melalui program seperti inilah baru mereka dapat berkumpul. Itupun tidak semua yang dapat datang lantaran kekangan amanah dan aulawiyat kepada tugas yang lain.

Salah seorang cuba berbbual dengan kami. "Bila grad?"

"Tahun 2004" jawab Najib spontan
"Ana pemerhati, wakil G" jawab Yadi

"Ooo! Wakil G..., wakil BAKSIS la ye?" Yadi hanya mengiyakan.
"Entah ada ke tak BAKSIS sem depan, ahli tak ramai" teringat Yadi akan jawapan SMS KA sebentar tadi.

"Abang dari mana?" tanya Yadi.
"Dari Dungun, Teganu" ringkas
"Dari teganu ni? Mari sini duk mane?" Yadi melanjutkan pertanyaan, mesra.
"Mari semalam sebuah keta dengan diaorang. Bertolak pukul 12 malam. Singgah di rumah dia" sambil menunjukkan telunjuknya ke sahabat yang seorang lagi. "Pukul 5 pagi bertolak datang ke sini."

"Nama nta?" tanya abang.
"Ilriady" ringkas
"Ooo.. ilriady abdul hadi ye? Selalu baca email, tapi tak kenal sapa? Saya memang keje saya depan komputer je. Hok pakai nick lagi tak kenal".
"Ana rasa ana tahu nama abang. Dari Teganu. Hari tu ada sorang yang reply email. Nama..."
"Mohd Hanafi" celahnya terlebih dahulu
"Ha.. Abang Hanafi. Ye,ye betul tu" yadi pantas mengiyakan.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==









Lekakah kita...tinggal tanda tanya


Seringkali akhir-akhir ini saya menerima SMS dari kawan yang ditulis di dalam bahasa Inggeris. Begitu juga saya mula gemar berSMS menggunakan bahasa Inggeris. Niat hati hendak menggunakan kesempatan belajar bahasa asing secara tak langsung dengan kawan-kawan. Semakin lama semakin terbiasa dengan hal seperti itu.

Suatu hari saya menerima SMS dari teman atas urusan kerja sambilan saya. Seperti biasa SMS tersebut juga menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi yang membuatkan saya termenung seketika ialah apabila menyelami laras dan budaya bahasanya.

Saya mendapati, kebiasaannya apabila kita menggunakan bahasa kebangsaan kita ucapan salam tidak akan kita lupakan. Walaupun sering ditaip ringkas dan tidak kurang juga ramai yang masih mengekalkan ejaan yang panjang bagi ucapan salam tersebut. Walaupun isinya yang kemudian sukar dimengertikan kerana bahasa yang diringkaskan bagi memanfaatkan SMS yang ada.

Semudah itu kita terleka dan terlupa budaya (yang sebenarnya adalah syariat dan Izzah agama kita) apabila berSMS menggunakan bahasa Inggeris. Apa salahnya jika ucapan salam dikekalkan dan untuk ayat yang seterusnya kita gunakan bahasa Inggeris. Apakah semudah itu kita terlarut hanya kerana ingin memperkemaskan kemahiran bahasa Inggeris kita?

Tinggal tanda tanya ???...

Persahabatan ping-pong; K2 menang berganda


Serdang, 15 Jun- Berita kemenangan skuad ping-pong K2 semalam telah melonjakkan kegembiraan kepada ahli-ahlinya. Permainan yang berlanjutan selama 30 minit itu akhirnya berpihak kepada K2 selaku pasukan yang bersederhana dalam penampilan sulung mereka pada kejohanan yang berlangsung di PASTI Ainul Mardhiah. Mereka memenangi kedua-dua set berturut-turut meskipun setiap kali pada penghujung set keputusan ditentukan dengan kiraan baru selepas kedua-dua beregu mengheret permainan melalui penentuan dius.

Kemenangan mengalahkan pasukan ping-pong K12 itu ternyata memberikan tamparan hebat berikutan komentar-komentar pemerhati yang meletakkan harapan menggunung kepada mereka untuk mengekalkan kejuaraan. Namun disebalik skill-skil menarik yang mereka pamerkan ternyata tidak mampu menggugah K2 yang tenang menangkis serangan.

Wartawan buletin Al-Jihad mendapatkan komen mereka selepas perlawanan.

" Kami sama sekali tidak menyangka, gandingan mereka cukup bersahaja, dan yang paling memedihkan perasaan kami mereka tidak banyak mencipta peluang bahkan kamilah yang sering melakukan kesilapan. Mereka ternyata masih kekurangan skill yang baik namun nasib menyebelahi mereka", ujar Amin selaku ketua pasukan.

Kami juga cuba mendapatkan komen dari Iqbal, namun hampa dia terlalu sedih untuk berkongsi perasaannya ketika itu. Manakala Yunus selaku pemain utama K2 tampak ceria di atas kemenagan itu. " Ini adalah sesuatu yang tidak kami sangkakan. K12 terkenal dengan perlawanan ala rancak mereka dan sehingga kini tiada regu yang berjaya menewaskan mereka. tetapai kami mendapat kredit setiap kali mereka melakukan kesilapan. Namun apa yang pasti kami juga tidak mudah mengalah. Mungkin inilah rahsia kejayaan kami."

Kami cuba menjejak seorang lagi pemain K2 , namun hampa kerana kami diberitahu dia telah masuk bekerja di salah sebuah cyber cafe yang berdekatan. Gerangannya masih menjadi misteri sehingga kini. -Al-Jihad-

Ulamak??? atau Al-lamak!!!

..." dale Jemaah kito ni ada ramai ulama' dan ustak...walaupun mereka ini takdoklah belaja agamo banyok sangak, ttapi penghayate mereko tentang agamo lebih hebak dari setengoh-setengoh hok belaja agamo tinggi-tinggi"... antara kata-kata tok guru yang ana ingat ketika ditemuramah oleh wartawan.

Kenyataan beliau ini jugalah yang akhirnya diputarbelitkan oleh sesetengah pemimpin Jemaah Tahi Ayam yang buta mata-hati.

Kenyataan Tuk Guru yang singkat tapi padat ini terus memberi faham dan memberiMAHU kepada ana kepada maksud firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang takutkan Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama".

Ulama mengikut pengertian ayat ini mempunyai 2 kriteria; pertama ialah mereka yang alim tentang sesuatu perkara (AGAMA), dan keduanya mereka ini takutkan Allah (dan azabNya) lantaran dari ilmu pengetahuan mereka mengenai Kebesaran Allah dan (kepedihan azab-Nya.

Menurut ilmu Tasawwuf pula, mereka ini adalah hamba Allah yang telah mencapai tahap mengenal Allah.

Hari ini ramai manusia yang tidak mengenali Allah, sedangkan "Awal agama adalah mengenal Allah". tetapi persoalannya ialah mengapa terdapat segolongan manusia yang belajar agama tetapi tidak memiliki ciri-ciri yang demikian apatah lagi hendak menggelarkan mereka sebagai ulama dan mendampingi mereka?

Golongan ini apabila mendapat kerusi empuk langsung senyap dari melaksanakan amanah mereka. Benarlah sabda Nabi kita yang lebih kurang maknanya: " Janganlah kamu mendekati golongan penguasa, kerana takut kejahatan yang ada pada mereka ini akan berlegar disekelilingmu. Jika bukan kamu turut melakukan kejahatan tersebut, kamu akan mendapati dirimu bersubahat/berahsia mengenai kejahatan mereka."

Dari apa yang ana cuba sampaikan di sini, dapat disimpulkan beberapa perkara, iaitu:
1. Ulama itu mempunyai 2 ciri seperti yang ana nyatakan diatas.
2. Jangan kita mudah terpesona dengan orang yang kononnya berpendidikan tinggi di dalam agama. INGAT!!! Agama ini adalah milik kita semua...tiada ukuran pencapaian akademik yang tepat mengenainya. Amalan seseoranglah yang menentukannya. Iman itu pada pengakuan dan pengucapan, perkataan dan perbuatan. (Allahyarham HAMKA)
3. Senantiasa tingkatkan keimanan kita kepada darjat TAQWA.
4. Miliki-lah jiwa yang merdeka dengan menjauhi ikatan-ikatan yang boleh mengunci kita dari melaksanakan amanah Allah.

"Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang-orang yang berTAQWA"

...:: Wau Sin Sabdu di atas WAS. Sin di atas SA, Lam Alif di atas LA, Mim di depan MU::...

Nasyid: Semangat atau lembik?

Hasrat saya untuk menguraikan persoalan ini sebenarnya telah lama terpendam. Lagipun tidak ada keutamaan bagi saya untuk cuba meleraikan keadaan ini kerana kita masih banyak kerja-buat yang perlu dilunaskan.

Terlebih dahulu saya hendak kemukakan di sini terdapat 2 pihak yang dominan dalam persoalan ini. Pihak yang pertama ialah mereka yang menyatakan trend nasyid masakini yang tidak sesuai dengan pembinaan jiwa seorang pendokong agama. Mereka mendakwa bahawa lentok irama nasyid yang 'lembik' dan lirik yang jiwang tidak secocok dengan susuk peribadi seorang amilin.

Bahkan ada juga yang boleh dikategorikan di dalam kumpulan ini yang menolak terus sebarang jenis hiburan/nasyid. Mereka mengatakan bahawa hiburan hakiki bagi seorang amilin adalah bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir. Kalaupun mereke menerima nasyid-nasyid pembakar semangat perjuangan seperti itu , ia adalah kerana mereka hanya tidak melarang dan hanya meraikan sahabat-sahabat mereka yang lain menghayati semangat perjuangan yang dibawa; sekadar itu.

Manakala pihak yang kedua ialah mereka yang lebih cenderung dan tidak salah untuk saya katakan mereka memang amat meminati aliran nasyid yang dikatakan beraliran kontemporari. Mereka inilah yang seringkali tampil dengan lagu-lagu nasyid yang bermesejkan kasih-sayang dan cinta; samada sesama insan ataupun cinta yang disandarkan kepada Ilahi.

Persoalan ini sering saya lihat diheret kedalam perbincangan yang tidak rasmi. Namun apa yang dapat saya lihat ialah mereka ini seringkali seolah-olah mengambil peluang menghentam pihak yang bertentangan. Dan seringkali ketika itulah saya menjadi pemerhati yang tidak sudi melihat karenah mereka.

Saya juga dapat mengesan istilah yang mereka gunakan. Pihak yang pertama menggunakan istilah nasyid dan lagu nasyid. Mereka juga memberikan perbezaan pada kedua-duanya. Manakala pihak yang kedua tidak menyedarinya dan sering saja menggunakan istilah-istilah seperti nasyid irama padang pasir dan nasyid kontemporari. Sedari itu saya mendapati mereka ini tidak akan menemui penyatuan lantaran istilah yang mereka gunakan.

Terdetik di benak pemikiran dan membandingkan situasi saya dan mereka. Kenapa terdapat orang seperti saya yang boleh meraikan kesemua bentuk hiburan alternatif ini. Lagipun saya tidak nampak persoalan ini ada samanya dengan isu Ummah Centric yang kita yakin bahawa di Malaysia ini kita wajib mendokong Jamaah yang satu itu.

Maksudnya? Soal hiburan ini kita boleh memilih genre yang kita suka tanpa kita mengabaikan ibadah dan amanah kita. Kerna ianya tidak melibatkan persoalan akidah pegangan dan fikrah perjuangan.

Ringkasnya dapat saya nyatakan disini:
1. Rujuklah sesuatu perkara itu kepada hukumnya. Sekiranya tidak menyalahi syariat apatah lagi ianya halal. Maka kita tidak perlu membanding-bandingkan persoalan ini lagi. Kalau ada perbezaan (dalam hal ini memang ada), biarlah ianya menjadi pilihan kepada mereka yang lebih menyukai sesuatu perkara itu. Kita tidak boleh memaksa orang menyukai apa yang kit suka. Sekalipun apa yang kita suka itu lebih baik dari apa yang orang suka. Tinggal lagi kita hanya boleh menerangkan dan mendoakan. Selebihnya kita haruslah berlapang dada.

2. Apabila terdapat perbezaan ini, sebenarnya bagi saya kita tidak kurang dari segi pilihan hiburan yang ada. Bahkan apabila kita bersikap membenarkan pihak kita sahaja; seolah-olah kita hanya mengiktiraf satu bentuk hiburan itu sajalah yang benar.

3. Kalaupun kita merasakan (memangpun) nasyid yang memugar semangat itu yang sewajarnya kita hayati, tetapi janganlah sampai kita lupa kepada mereka yang masih baru mengenali perjuangan ini. Golongan ini biasanya anak-anak usrah kita yang masih tidak banyak dari segi anjakan perubahan kehidupan seharian mereka. Janganlah pula ada unsur paksaan di dalam kita membentuk mereka.

...:: >>World Cup<<::...

Teringat ana dulu-dulu...masa budak-budak lagi kat kampung...main bola petang-petang ramai-ramai ngan kawan-kawan
(banyak ayat berganda)
...pesan ma ana...bola-bola gak...studi jangan lupa
itu masa budak-budak, emak kita selalu ingatkan tentang studi kita...bila besar soal studi kena ingat sendiri...
tapi pasal solat ni...semua orang kena ambil peduli diri sendiri dan orang lain...
Ana ingat kali ni..Brazil menang final lawan Jerman...at least 2-1... Ronaldinho score dua-dua gol, siap dapat man of the match lagi....
korang?

Seminar Ketamadunan dan Pengembaraan

Seminar Ketamadunan dan Pengembaraan

Anjuran:

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Dengan kerjasama:
Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Pada: 11 Jun 2006 bersamaan 14 Jamadil Awal 1427 (Ahad)
bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Akan membincangkan berkenaan tokoh-tokoh pengembara Islam yang telah merintis jalan ke arah ketamadunan.seperti Ibnu Battuta, Cheng Ho dan Leo Africanus. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengenali tokoh-tokoh tersebut.dengan lebih mendalam. Ucaptama akan disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di Negara kita, Y.Bhg. Prof. Dr. Sideq Baba.
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!! Yuran pendaftaran: Pelajar Sekolah= RM 5 Pelajar IPT = RM 10

Sila serahkan nama beserta no. kad pengenalan dan no tel. untuk penyertaan ke
seminar_gptd@yahoo.com Weblog Seminar Pengembaran dan Ketamadunan Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Sekretariat Seminar Pengembaraan dan Ketamadunan Tel: 03 - 6188 9821 Sdri Nur Nadzifa Ahmad Azam (Timbalan Pengarah Seminar) Tel: 012-2774859

Tentatif Seminar
AHAD (11 JUN 2006)
0730 : Pendaftaran & minum pagi

0900 : Majlis Perasmian
Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis
Doa pembuka majlis dan bacaan ayat suci al-Quran

Ucapan :
Y.Bhg Saudara Yusri Mohamad
(Presiden ABIM)
Ucapan Perasmian dan Pelancaran Buku Travelog Relawan GPTD :
Y.B. Dato' Azalina Othman
(Menteri Belia dan Sukan)

1000 : Rehat & Kudapan

1015 : Ucaptama :
Y.Bhg Prof. Dr. Sidek Baba
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

1100 : Slot 1 – Pengembara Islam Sebagai Duta Ketamadunan dan
Keamanan : Laksamana Cheng Ho dan Leo Africanus

Moderator : Y.M. Sayed Munawwar Jamalullail
(Pengacara Selamat Pagi Malaysia)
Panelis : Y.Bhg. Drs. Hj. Yusuf Liu Baojun
(Penulis Buku Admiral Zheng He [1371-1433]: The Great Muslim Envoy Of China)
: Y.Bhg. Mohd Fikri Che Hussain
(Penterjemah buku Leo Africanus)


1245 : Slot 2 – Pengembara Islam Sebagai Duta Ketamadunan dan
Keamanan : Ibn Batuttah dan Ibn Jubayr

Moderator : Y.Bhg. Najmuddin Mohd Nawi
(Ketua Grup GPTD Turki – Asia Tengah)
Panelis : Y.Bhg. Syed Nurul Akla Syed Abdullah
(Universiti Putra Malaysia)
: Y.Bhg. Wan Roslili Abd. Majid
(Institut Kefahaman Islam Malaysia )

1400 : Makan tengah hari
Solat Zuhur

1500 : Slot 2 – GPTD : Satu Perkongsian Pengalaman
Moderator : Saudara Khairudin Mohd Nor
(Penyelaras GPTD)
Panelis : Saudara Jufitri Joha
(Pengerusi GPTD)
: Saudara Noryzal Zainal Abidin
(Bekas Aktivis GPTD di Tasmania)
: Saudara Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa
(Ketua Grup GPTD Fiji & Pulau Kokos)
: Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman
(Bekas Peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara)

1700 : Ucapan Penutup :
Muhammad Suhail Ahmad
(Presiden PKPIM)

1730 : Kudapan
: Solat Asar



Diharapkan dapat disebarkan kepada rakan-rakan yang lain
Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian Terima Kasih
ABDUL HAKIM B SHAHBUDDIN
PENYELARAS PROGRAM
SEMINAR KETAMADUNAN DAN PENGEMBARAAN

Kami bantah IFC


Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.

Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajiban semua orang Muslim di Malaysia untuk:

1. Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya

2. Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya

3. Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan

4. Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen

5. Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya

6. Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang


Tuntutan Orang-orang Bukan Islam Yang Dibuat Melalui IFC?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam. 5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. 8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Wasiat Syed Qutb


may allah bless us.

aPABILA KITA HIDUP HANYA UTK KITA, HIDUPNYA AMATLAH SINGKAT. bERMULA DR BERMULANYA KITA DAN BERAKHIR DENGAN BERAKHIRNYA UMUR KITA YANG TERBATAS. tETAPI JIKA KITA HIDUP KERANA SELAIN DARIPADA KITA, HIDUP KERANA FIKRAH, SESUNGGUHNYA HIDUPNYA PANJANG DAN MENDALAM. bERMULA DRPD BERMULANYA KITA DAN BERAKHIR DENGAN LUPUTNYA MANUSIA DI BUMI INI. jIKA KITA MERASA KITA YANG MEMULAKAN PERJUANGAN INI, KITA AKAN SEMPIT DADA MENGHADAPI KEMATIAN ( KERANA PERJUANGAN BELUM MENCAPAI MATLAMAT). iNGATLAH..BUKAN KITA YANG MEMULAKAN DAN BUKAN KITA YANG MENGAKHIRINYA. iA DIMULAKAN OLEH PARA NABI SEHINGGALAH KE AKHIR ZAMAN. kITA ADALAH MATA RANTAI DARI SATU PERJUANGAN YANG PANJANG.

-as syahid s. qutb-