Betulkah malaysia negara ke enam kerajaan terbaik?


Sila klik pada gambar untuk dibesarkan.

Betulkah malaysia negara ke enam kerajaan terbaik?

"Malaysia negara ke enam kerajaan terbaik dan ke 8 paling kompetetif bagi 2007? Buktinya di sini, tak sama dengan ucapan Pak Lah,

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf
http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/CHPressReleaseUK.pdf


Kita ke-6 terbaik dunia -- Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis
Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH

Abdullah Ahmad Badawi memberi amanat di hadapan 3,000 kakitangan awam dan jemputan daripada pihak swasta pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. – Gambar Zaki Amiruddin.

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

Antara 2 darjat

Antara 2 darjat

Petikan dan tanggapan kepada berita di Berita Harian: Kaedah jimatkan kos bina rumah diteliti

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan sedang mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan kos pembinaan rumah, supaya rakyat dapat memilikinya pada harga yang berpatutan.

Rakyat tidak perlu menilai apa saja kaedah apatahlagi membincangkan soal pembinaan mahligai pemimpin-pemimpin dari pihak kerjaan Barisan Nasional. Ini bagi membolehkan mereka meneruskan impian mereka untuk memilikinya pada harga yang melampau tinggi.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan oleh kabinet, dan antara kaedah yang difikirkan sesuai ialah menggunakan sistem pembinaan pasang siap.

Datuk Z berkata, perkara itu sering dibincangkan sesama mereka, dan antara kaedah yang difikirkan gempar ialah dengan menceroboh mana-mana tanah rizab kerajaan.
Beliau berkata, semua komponen binaan rumah seperti tingkap, dinding dan pintu boleh dikeluarkan secara besar-besaran menerusi “Industrialize Building System” supaya kos pembinaan rumah menjadi lebih murah.

Mereka berkata, semua komponen seperti morzaic, pintu dan sehingga perabot semuanya tidak perlu dipersolakan oleh rakyat walaupun kos sememangnya mahal dan itu adalah setimpal dengan harga bagi barangan import.

“Kalau kos rendah, harga atau sewa rumah juga boleh dikurangkan dan ini pastinya tidak membebankan rakyat,” katanya berucap pada majlis pelancaran dan serah kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Ampang Jajar dekat sini, semalam. Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Kalau kos bukan jutaan, mahligai yang kami impikan tidak akan kesampaian. Jadi tidak mengapalah kalau belanja besar sikit, lagipun ini boleh dianggap sebagai pelaburan jangka panjang. Pasti rakyat akan bangga sekiranya pemimpin mereka mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mahligai berharga jutaan ringgit. Untuk itu kita sanggup memberikan seluas mana tanah rizab milik rakyat.

Pangsapuri 760 unit bernilai RM31 juta itu, akan disewa kepada rakyat miskin pada kadar serendah RM100 sebulan termasuk kos penyelenggaran.

Mahligai itu nanti tidak perlu dibayar balik kosnya kepada rakyat dan pemimpin tesebut boleh memilikinya sampai mati.

Beliau berkata, jika rakyat hendak membina rumah sendiri, mereka boleh membeli komponen itu dan meminta tukang rumah memasangnya dengan upah yang berpatutan.

Jika pemimpin hendak membuat renovation, mereka boleh menggunakan duit hasil jualan bantuan banjir yang kerajaan salurkan dan nanti bolehlah menggunakan khidmat kontraktor yang menyokongnya. Soal bayaran, kita boleh pusing duit-duit dari sources yang ada.

“Tukang rumah pula janganlah kenakan bayaran terlalu tinggi. Melalui cara itu lebih ramai rakyat yang dapat memiliki rumah mampu milik dan sekaligus mengatasi masalah kekurangan rumah untuk rakyat,” katanya.

Kontraktor pula bolehlah kenakan bayaran terlalu tinggi. Melalui cara itu pemimpin yang memiliki kediaman seperti istana, mengkayakan kroni dan sekaligus mengindahkan lagi kawasan sekitar kita yang sekarang ini telah mencapai target setinggan sifar.

Abdullah juga menasihatkan rakyat supaya berjimat cermat dan tidak membazir, khususnya dalam penggunaan elektrik, air dan pemakanan bagi mengecilkan kos kehidupan.

Abdullah jug tidak menasihatkan menteri-menterinya supaya berjimat cermat dan tidak membazir, khususnya dalam penggunaan elektrik, air dan utility lain kerana segala kos isi rumah dan tol akan ditanggung oleh rakyat. Mereka juga boleh ‘claim’ dari duit rakyat.

"Kerajaan memang mencari kaedah untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat, selain memberikan pelbagai subsidi, tetapi rakyat jangan pula membazir," katanya.

Kerajaan tidak mencari kaedah untuk mengurangkan beban rakyat kerana sebegitu ramai kroni perlu disuap, selain member pelbagai projek, dan rakyat sama sekali selama-lamanya tidak boleh membazir.


Abdullah berkata, rakyat perlu berjimat-cermat supaya sumber sedia ada dapat bertahan lama, apatah lagi amalan membazir mengikut ajaran Islam adalah sahabat syaitan.

Najib juga pernah menasihatkan rakyat untuk ubah gaya hidup. Kalau dulu naik kereta seorang sebuah kereta, sekarang kena kongsi-kongsi. Kos minyak jimat, jalan tak jamm dan udara lebih bersih. Pemimpin tidak mengapa, boleh tambah koleksi kereta mewah dan bida no plat yang mahal-mahal. Jangan boros, siapa yang boros dia adalah sahabat Barisan!

Sambil mengakui sebahagian harga barangan naik sedikit, beliau menjelaskan ia disebabkan pasaran global dan di luar kawalan kerajaan.

Harga barangan kita memang selalu naik dari tahun ke setahun. Kadang-kadang 2,3 kali setahun. Penyelarasan gaji sahaja yanh lama tak diperbaharui. Kalau ada pun, penyelarasan yang dibuat memang sepatutnya telah dibuat sekian lama. Dan yang paling penting selalunya ialah harga barangan kita adalah yang paling rendah kalau nak dibandingan dengan negara-negara lain.

"Pembangkang senanglah cakap. Mahu turunkan harga itu, ini, dia (pembangkang) bukan ada tanggungjawab. Kerajaan lain, kita sentiasa bertanggungjawab membela rakyat," katanya.

Pembangkang memanglah kerjanya untuk menegur kerajaan. Itu adalah pelengkap kepada sistem demokrasi. Tidak dipanggil demokrasilah kalau tak ada teguran, tapi dipanggil kuku besi. Kalau UMNO/BN jadi pembangkang nanti sama juga, akan membangkang juga.
Beliau seterusnya menegur pembaziran yang kerap berlaku pada majlis keraian, terutama dari segi penyediaan makanan sehingga ada yang terbuang sedangkan ramai lagi yang memerlukan makanan.

Ikut saja cara Tuan Guru Dato’ Nik Aziz dalam hal ini, bajet majlis keraian tidak diambil semuanya. Rumah rasmi tidak digunakan dan memilih untuk menggunakan rumah sendiri. Rumah rasmi digunakan untuk kemudahan rakyat seperti dijadikan sebagai pusat penempatan banjir. Tidak macam Pak Lah ada rumah besar, Sri Perdana dan juga rumah mewah di Australia.

Pak Lah : “Dato Seri Radzi kata itu sughat palsu. Habis ceghita”.

Dato Seri Radzi kata itu sughat palsu. Habis ceghita. (entri yang tertangguh)

18 Jan, Buletin Utama, TV3: Pak Lah dipetik berkata di dalam sidang akhbar ‘”Dato Seri Radzi kata itu surat palsu, habis cerita.” Demikianlah ‘ilham keramat’ spontan yang dikemukan oleh Pak Lah bagi menjawab pertanyaan mengenai perancangan UMNO untuk memainkan api perkauman.

Respon ini aku kira adalah sebagai tindak balas politik ekoran laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ay, ekoran sepucuk surat yang diterima olehnya pada jam 4 petang 18 Januari di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.


Surat daripada Setiausaha Agung Umno, Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad kepada Setiausaha dan Ketua-ketua Bahagian Umno dan Barisan Nasional untuk mengambil tindakan bersama ekoran keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti tersebut untuk melaksanakan satu pelan tindakan bersama terhadap ‘Isu Perkauman’.

Antara isi kandungan tersebut adalah pihak pengirim surat iaitu Radzi meminta kerjasama daripada Ketua dan Setiausaha Bahagian agar memberikan kerjasama yang baik untuk melaksanakan pelan tersebut bagi memulihkan kembali sokongan rakyat kepada BN.

YB Salahuddin turut diambil keterangan dan disoalsiasat selama setengah jam oleh Pegawai Penyiasat Jenayah, ASP Saerah Dollah yang turut meminta beliau mengemukakan pandangan mengenai surat yang diterima itu.

Namun apa yang menarik dari berita tersebut ialah bagaimana dengan mudahnya Pak Lah menafikan dengan berkata “Itu surat palsu” - tanpa lena yang panjang ataupun tidur semasa mesyuarat untuk menunggu ilham. Mungkin berkat puasa sunat Isnin-Khamis telah memberikan enerji kepadanya.

Aku terfikir, kalau ada surat yang palsu, mesti ada surat yang benar. Kalau surat yang ada pada Ketua Pemuda PAS itu adalah palsu, mesti surat yang benar tersimpan baik pada Dato’ Seri Radzi. Surat sepenting sebahaya itu tidak boleh dibiarkan terlepas kepada pembankang atau musuh politik dalaman. Sekarang adalah masa yang tidak sesuai untuk membuat tindakan yang tidak bijak. Tambah-tambah pula sekarang adalah masa figur-figur besar UMNO melobi untuk dinaikkan sebagai calon dan ada yang secara agresif sudah mengambil langkah membunuh karektor politik tertentu.

Dan yang paling menyedihkan ialah, Pak Lah dengan tiada kegusaran malah dengan sinis cuba menutup laporan polis yang dibuat. Hanya dengan berkata itu surat palsu dan tidak perlu dilayan laporan yang dibuat. Isu yang sebesar ini sepatutnya laporan polis yang dibuat itu mestilah disanggah keras dan tindakan tahanan ISA saman boleh dibuat. Nampaknya Pak Lah telah mempelajari sesuatu dari kes Chua Soi Lek, iaitu bila buat salah kena buat sidang akhbar dan mengaku secara terbuka-senyum-dan berani. Dan rakyat yang melihat nanti dengan sendiri akan terpukau dan kagum lantas berkata “Pak Lah adalah orang yang jujur dan berani.” Dan dengan sendiri rakyat tidak akan endah akan kesilapan jenayah UMNO ini. Paling penting pemimpin dan politik UMNO akan terus berkuasa.

Wow! Lakonan Pak Lah memang hebat dan berkesan - setelah sekian banyak lakonan tidak menjadinya terpampar di dada massa. Syabas Pak Lah!

UNIT AMAL W.PERSEKUTUAN EDAR POSTER ADIK SYARLINIE

KUALA LUMPUR - Bagi menyahut seruan Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat diikuti seruan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi, Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini telah turun ke Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur bagi mengedarkan poster kehilangan adik Syarlinie Mohd Nashar yang hilang dan disyaki diculik.

Operasi yang bermula selepas menunaikan Solat Jumaat tengahari tadi dilihat mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang mana kebanyakannya melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.

Selain daripada edaran poster di Masjid Kg Baru, Unit Amal Wilayah Persekutuan akan menyambung operasi lagi pada keesokan hari dikawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di Jalan Masjid India, Chow Kit dan beberapa tempat lagi mengikut kemampuan yang ada.

Walaupun menyedari adik Syarlinie dilaporkan hilang di Petaling Jaya, tetapi tidak mustahil ianya akan dibawa keluar dari lokasi tempat mangsa dilaporkan hilang. Ini berdasarkan laporan akhbar tempatan yang mengatakan terdapat seorang individu yang terserempak dengan seorang lelaki yang hampir menyerupai suspek yang diburu pihak polis bersama seorang budak perempuan yang sedang menangis di Hentian Puduraya.

http://amalwilayah.wordpress.com

Ini sebagai permulaan

Dalam sibuk-sibukkan diri dengan urusan kerja dan urusan jemaah, sempat juga sebentar tadi melihat perkembangan blog ini. Sedang ‘membelek’ beberapa panel yang sebelum ini belum ‘dilihat’, tiba-tiba ada sesuatu yang agak mengujakan. Dari sekian entri-entri yang dimasukkan kedapatan satu pos yang berjaya menarik trafik yang agak banyak ke blog ini. Entri yang asal bahan mentahnya diperolehi dari yahoogroup kampus negara, iaitu keratan akhbar mengenai kutipan tol pada Tahun Baru Cina tahun lalu.


Dalam masa sehari entri tersebut menarik pembaca seramai 858 orang atau 858 kali ‘dibuka’. Suatu jumlah yang agak tinggi bagi blogger baru seperti kami. Berbanding dengan pos-pos yang lain yang hanya mencatatkan trafik secara puratanya kurang dari 5!Begitu bersemangat kami jadinya.

Blog ini sebolehnya cuba sedaya upaya untuk istiqomah mengeluarkan ‘entri sendiri’ paling minima 1 entri sehari. 1 entri sendiri sehari. Bukan entri pinjaman atau ‘entri copy-paste’ dari orang lain punya.

Namun dalam masa peroleh trafik yang tinggi itu, kami masih lagi tidak berpuas hati.


Kenapa? Kerana satu lagi indikator yang dapat membuktikan blog kami dikunjungi oleh orang ramai ialah jumlah komen atau pandangan yang diberikan atau ditingalkan opleh pelawat kami. Ataupun kami ini hanya mampu mengeluarkan entri sendiri dengan gaya kami tapi masih belum mampu untuk ‘mengajak’ pelawat untuk ‘berinteraksi’ dengan kami. Kami berhak kalau kami kata kami hanya syok sendiri.

Apa pun dengan adanya dua ‘bukti print screen’ dari pengendali wordpress.com ini telah dapat menyuntik sedikit (kalau tidak banyak) semangat untuk kami meneruskan langkah memeriahkan dunia blogger tanahair kita. Terima kasih atas sokongan semua dan diharapkan terus memberikan sokongan.

Ini baru permulaan.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429 Hijirah.

Daripada : PAS Kawasan Putrajaya dan Dewan Pemuda PAS Putrajaya.

Apa anda perlu tahu tentang TOL?


Fakta Menarik!!!

1. Kutipan TOL hingga hujung tahun 2006 adalah RM 23.656 billion, tidak termasuk subsidi atau pampasan kerajaan sebanyak RM 38.5 billion.
2. Pengendalai lebuh raya TOL di Malaysia sudah mencatat keuntugan yang jauh lebih tinggi daripada kos pembinaan iaitu RM62 billion, berbanding kos pembinaan kesemua lebuh raya bertol iaitu RM 18.930 billion. (62-19 = RM 43 billion.)
3. Satu jumlah keuntungan yang sangat banyak.
4. Setiap tahun TOL akan dinaikkan dengan kadar kenaikan baru antara sebanyak 5 hingga 12%.


Fakta menarik!!! (tapi digelapkan)
1. Tol Jambatan Sultan Mahmud di Terengganu telah dimansuhkan sebaik sahaja PAS memenangi pilihanraya pada tahun 1999. TOL ini terus dimansuhkan kemudiannya apabila UMNO memenangi kembali pilihanraya umum 2004 walaupun pada awalnya ada ura-ura kerajaan negeri ingin mengadakan kembali kutipan TOL, Kenapa? Akal waras kita mampu menjawabnya. Selamat merenung dan membuat perubahan demi kebaikan kita sendiri di saat-saat berlakunya kenaikan harga-harga barang asas yang sangat ketara dan cepat. Seolah-olah seperti tidak dapat dikekang oleh pihak kerajaan. Atau mungkinkah ianya ibarat drama swasta yang dipentaskan untuk membenarkan siri-siri kenaikan harga barang ini.

Petikan dari site: (sila klik di sini untuk berita penuh)

Sejak PAS menguasai Terengganu, hampir setiap hari ada pengisytiharan tentang program-program yang hendak dilaksanakan. Paling pertama PAS telah mengistyiharkan cuti umum pada 30 November, sehari selepas pilihanraya, sebagai hadiah kepada rakyat Terengganu. Kemudian, kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud diisytihar dimansuhkan. Ini diikuti pula dengan pengisythiran pelbagai program dan rancangan-rancangan lain yang akan dilaksanakan di negeri berkenaan.

Kesemua sekali, dalam masa seminggu sejak PAS mengambil alih kuasa di Terengganu, yakni dari 30 November hingga rencana ini ditulis pada 6 Disember 1999, sudah lebih kurang 18 program diisytiharkan.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun:

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun:
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DI PERKARANGAN KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA TERENGGANU

MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DI PERKARANGAN KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA TERENGGANU

PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU dengan ini menyokong Perhimpunan AMAN yang diadakan pada hari ini, 6 Januari 2008 sebagai perpaduan bersama-sama 20 orang rakyat Terengganu yang telah dizalimi, terutamanya kepada saudara Suwandi bin Abdul Ghani (38) dan Muhammad Azman bin Aziz (21);

1. Suwandi dan Azman telah ditembak oleh seorang anggota Polis berpakaian biasa, Wan Aziz Wan Omar (RF 143706) PADA 8 SEPTEMBER 2007 lalu. Tembakan itu menyebabkan mereka cedera parah dan hampir hilang nyawa. Bagaimanapun, Suwandi dan Azman telah dituduh cuba menyerang polis berkenaan. Sedangkan mereka berdua dalam keadaan tangan kosong semasa kejadian.

2. Walaupun Mahkamah masih belum memutuskan Saudara Suwandi dan Azman bersalah, namun Peguam Negara, Abdul Gani Patail bertegas tidak membenarkan mereka berdua diikat jamin. Kesannya, kini mereka berdua dipenjarakan sementara menunggu kes mereka dibicarakan yang tidak diketahui bila akan berakhir.

3. Asas penahanan mereka ialah Seksyen 27 (5) Akta Polis iaitu Perhimpunan Haram. Seksyen ini telah lapuk dan tidak relevan kerana menafikan hak berhimpun secara total dan bertentangan secara prinsipnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang ini bersifat menghalang perhimpunan aman rakyat. Sedangkan Pihak Polis sepatutnya cuma mengawal perhimpunan. Inilah yang ditegaskan oleh SUHAKAM di dalam Laporan Inkuiri Demonstrasi Anti Kenaikan Harga Barang di KLCC.

4. Memetik kenyataan Peguam Suwandi dan Azman, bahawa pemenjaraan ini adalah suatu pengalaman dan tekanan kepada mereka berdua kerana ditempatkan bersama penjenayah berat, pesakit AIDS dan HIV. Sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Ini akan menjadi satu precedent (kes-kes duluan yang diikuti oleh mahkamah) yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Malaysia. Sekiranya Mahkamah Tinggi tidak membebaskan mereka ketika semakan kehakiman yang akan berlangsung pada hari ini (6 Januari 2008), maka penahanan tanpa bicara (tidak dibenarkan jamin) akan menjadi suatu perkara yang lazim di Malaysia.

5. Paling mengecewakan, Polis yang melepaskan 4 das tembakan berkenaan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis dan peguam negara. Seolah-olah, tembakan dengan peluru hidup oleh polis terhadap dua orang awam berkenaan adalah betul.

6. Pada masa yang sama, 31 orang yang menganggotai perhimpunan HINDRAF telah digugurkan pertuduhan cuba membunuh polis dan dibenarkan ikat jamin walaupun pertuduhan yang dikenakan atas mereka lebih berat daripada tuduhan ke atas Azman dan Suwandi. Kenyataan peguan Negara dalam kes HINDRAF yang menyatakan beliau tidak pasti siapakah yang melemparkan batu kepada polis selepas pertuduhan dikenakan ke atas 31 orang yang terbabit adalah memalukan dan mendedahkan kepada umum bahawa pertuduhan boleh dikenakan dan digugurkan atas motif politik dan bukannya atas asas undang-undang. Kerana pertuduhan tidak boleh dikenakan melainkan pihak pendakwa pasti dan mempunyai bukti siapakah yang melakukannya.

7. Ini adalah suatu kezaliman, kerana menurut Islam bahkan menurut Undang-undang Sivil sekalipun. Iaitu prinsipnya adalah seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah dan pihak yang mendakwalah yang perlu membuktikannya. Inilah juga prinsip yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi dipersendakan oleh Kerajaan BN yang mengamalkan undang-undang rimba.

Untuk itu, PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU mempertegaskan sokongan kami terhadap Saudara Suwandi, Azman dan 18 orang yang lain yang turut didakwa dalam insiden yang sama. Kami menuntut supaya mahkamah berlaku adil tanpa sebarang campurtangan politik dan menimbang untuk membebaskan Suwandi dan Azman kerana mereka tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Penahanan mereka adalah suatu hukuman sebelum mahkamah menjatuhkan hukumannya dan juga merupakan suatu kezaliman. Tujuan perhimpunan ini juga bagi menuntut keadilan agar pihak berkuasa tidak bertindak sewenang-wenangnya ke atas orang awam.

Perhimpunan aman pada hari ini adalah hak sejagat dan dijamin di bawah:

*Perkara 10 -Perlembagaan Persekutuan Negara - Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata,
* Perkara 20 - Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan,
* Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.

Prihatin Rakyat Terengganu / 6 Januari 2008

Siti Nurhaliza Kotakan Janji....Tapi....

ermm...


Inilah imej terbaru Datuk Siti Nurhaliza. Siti memilih mengenakan tudung yang nampak ringkas, mudah dipakai, tersendiri dan menarik. Konsep tudungnya hasil ilham sendiri yang dibincang dengan pereka terkenal Datuk Bernard Chandran.

Perhatikan pada bahagian depan sekeliling tudung. Tudung Siti dihiasi labuci yang menyerlahkan lagi kejelitaan wajahnya. Sekali imbas persis tudung Benazir Bhuto, tapi milik Siti ada sentuhan glamor. Tunggu... selepas ini banyaklah timbul rekaan tudung baru yang menyerupai tudung Siti di pasaran.

Sebelum ini banyak tudung yang dinamakan Tudung Siti Nurhaliza. Dengan guna nama Siti tanpa fesyen yang tersendiri, tudung tersebut laris terjual pada musim perayaan lalu. Kali ini benar-benar ada tudung jenama Siti Nurhaliza.

"Siti tak tahulah apa nama tudung ini," kata Siti. Siti muncul di khalayak ramai pertama kali selepas mengerjakan Haji apabila memenuhi undangan Chef Wan yang mengadakan majlis ulang tahunnya di Restoran Tarbush, Starhill Gallery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Ahad (6 Januari) lalu.

Tentu peminat tertunggu-tunggu bagaimanakah imej Siti sekembali daripada mengerjakan Haji. Yalah... sebab dia pernah meluahkan hasrat mahu mengenakan tudung selepas menunaikan fardhu Haji. Kini Siti sudah mengotakan janjinya.

Rombongan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa selamat tiba di tanah air pada 27 Disember lalu. Mereka berangkat pada 13 Disember. Siti bersyukur kerana niat mengerjakan Haji terlaksana. Apatah lagi ibadatnya berjalan lancar dan dipermudahkan. Dia juga sihat sepanjang di tanah suci.

"Inilah imej Siti... Siti harap peminat menyukainya. Siti sampaikan bagaimana bentuk tudung yang Siti mahu kepada Datuk Bernard dan dia yang reka tudung ini. Siti sudah tempah beberapa pasang tudung dengannya, kebanyakannya berwarna hitam. Belum ada banyak koleksi kerana Siti belum keluar ke mana-mana majlis lagi. Kalau menyanyi nanti pun beginilah lebih kurang bentuk tudung Siti.

"Sesuailah untuk Siti yang akan bergerak apabila menyanyi di atas pentas nanti. Sebenarnya bahagian depan yang ada labuci ini berat sikit, kainnya pun keras pada bahagian depan, jadi tudung ini akan sentiasa melekat di atas kepala. Cara pakai pun mudah, serkup sahaja di kepala.

"Kalau untuk show coraknya mungkin lainlah sikit, akan disesuaikan dengan baju yang Siti pakai," kata Siti lagi.

Pilihlah calon seperti saya, Pak Lah!



Petikan dari berita "Mashitah: Kaji kenapa ramai lelaki Malaysia kahwini wanita Indonesia"
Sementara itu, menjawab satu soalan lain, Mashitah menyarankan agar akhlak dan moral menjadi ciri bagi setiap calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih bertanding dalam pilihan raya.

‘‘Kriteria itu penting kerana calon-calon yang dipilih kelak akan menjadi pemimpin dan idola rakyat,’’ katanya.

Menurut Ahli Parlimen Baling itu, dalam pilihan raya masyarakat dan pengundi akan membuat penilaian berdasarkan keperibadian seseorang calon selain parti yang diwakilinya.

‘‘Walaupun rakyat biasanya memilih parti yang mampu memerintah tetapi harus diingat bahawa faktor keperibadian seseorang seperti akhlak dan pengetahuan tentang keagamaan juga amat penting,’’ ujarnya.

– Utusan Online, 7 Januari 2008.

Sebagai ingatan untuk kita semua, ada beberapa isu yang mengaitkan beliau semasa menjadi MP Baling. Antaranya:

1. Isu ibu tunggal. Jawapan kontroversi yang mengatakan bahawa ibu tunggal yang terdesak boleh menjadi GRO untuk menyara keluarga.

2. Isu hukuman hudud. "Kalau dah habis kaki dan tangan dipotong, nak potong apa pulak? Potong (kerat) mulut!"

3. Beliau juga sudah beberapa kali kelihatan bersalaman dengan lelaki (dengan Pak Lah) didalam majlis-majlis rasmi.

4. Penduduk Baling juga mendakwa beliau tidak turun padang dan baru-baru ini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran yang merobohkan kedai peniaga Melayu dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya baik dari MPT mahupun beliau sebagai MP Baling.

5. Sebelum menjadi YB juga beliau telah terlibat dengan kes saman oleh jirannya yang juga seorang pensyarah ekoran kes 'renovation' pagar.

6. Saya dah lupa, mungkin ada lagi. Anda tahu? Tak cukup sekadar dengan tahu sahaja. Pastikan anda menyahut seruan YB Datok Dr. Mashitah Ibrahim ini " bahawa pengundi akan membuat penilaian berdasarkan keperibadian seseorang calon selain parti yang diwakilinya."

Simbah keluar yang tak berakhlak dan korup!

Petikan dari blog Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Dah lama aku tak masak.

Asalnya aku dah plan nak ke mana-mana kedai elektrik atau pasaraya berdekatan, nak survey dan beli terus kalau dah berkenan. Nak belikan mak aku microwave. Aku dah bagitau dari raya Haji hari tu. Insya4JJI nanti 25 Januari nanti aku bawa balik masa aku balik kampung.

Lepas solat Zuhur di surau yang tak sampai 15 meter dari rumah aku, aku kembali dan terus menukar pakaian. Terlintas pula nak tanak nasi itupun sebab ada sambal daging yang diberikan oleh Suhaizi. Tengah 'basuh' beras, teringat pula ada ikan kering, cendawan dan telur. Lalu aku pun menyiang ikan kering dan basuh bersama cendawan yang dah siap aku ceraikan menjadi kecil sedikit dari saiz asalnya. Nasib ada periuk nasi bertingkat Elba. Aku pun letak la ikan kering tadi dan cendawan tadi di 'tingkat' atas periuk nasi yang baru sebulan aku dan Yunus beli kat Carefoure Sri Petaling.

Ingat nak masak stim je cendawan ni, tapi sedap ke? Spontan je aku memandai, cendawan tu aku letak dalam tupper-ware tahan panas, aku letak air dan sedikit garam, dan aku pecahkan telur ayam sebiji tujuannya untuk memekatkan sup aku dan tidak terlalu 'kosong' cadang nak buat macam sup. Dari ikan kering stim dan 'sup' cendawan tu semuanya rasa masin. Ye la, ikan kering memang dah masin, 'sup cendawan' pun aku letak garam guna untuk menawarkan rasa dan bau asal pada cendawan tu. Apa yang aku ada untuk menambahkan rasa yang lain? Paling kurang kena ada rasa manis. Aku teringat sambal daging yang ada danjadinya aku tak perlu buat apa-apa kerana nanti aku boleh makan nasi berlaukkan ikan kering, 'sup' cendawan dan sambal daging tadi.

Agak-agaknya bagaimanalah rasanya ya? Aku dah lama tak masak sejak berpindah dan berpecah haluan dengan teman-teman rumah lama. Semua dah balik kampung. Dapur yang kami warisi turun-temurun pun aku tinggalkan kat 'rumah lama' kami. Dapur tu lah yang mengeratkan kamu selama kami bersama. setiap hari kami masak. Ada saja kawan-kawan yang ringan tulang dan ingin memasak.

Sementara tu aku daj bersiap nak keluar. Aku terus ke tempat dituju. Tapi hujan mula nak turun dan aku berpatah balik. Kain baju yang aku basuh masih belum kering dan masih tersidai di pagar surau. Aku balik semula, angkat kain baju dan terus post-kan entri ini.

Aku rasa nasi dan 'lauk-pauk' aku dah siap masak. Aku nak makan sekarang. Kebetulan pula hujan dah berhenti. Maka, perancangan yang tertangguh tadi nyata masih boleh diteruskan kembali.

Mesej :
1. Perjuangan belum selesai.
2. Jangan lupa rumah dan 'kerja-kerja rumah' kita.
3. Perancangan dan back-up plan kena ada, atau paling kurang kita kena sentiasa boleh sesuaikan diri dengan perubahan dan kesuntukan. "Surprise Management" mungkin boleh membantu anda.
4. Tugas kita lebih banyak dari masa yang kita ada.
5. Gunakan kesempatan dalam kesempitan.
6. Permudahkanlah! Dan jangan dipersulitkan!
7. Apa-apa saja moral yang antum orang boleh dari cerita spontan ini. Kerana kita semahunya seperti mereka yang digambarkan hadis nabi SAW "Al-Hikmatu Dholatul Mukmin"

Lagipun, kan? “Allah menganugerahkan hikmat kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah itu, ia telah benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran”. (al-Baqarah:269)

Antara Najib dan Kayveas, siapa lebih berpijak di bumi yang nyata?

Najib kata :

Kelantan jadi ‘medan tempur’ Barisan Nasional

MACHANG 4 Jan. – Kelantan akan menjadi ‘medan tempur’ bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti dalam usaha memastikan kemenangan menyeluruh dicapai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Kita mahu menang dari Perlis sampai ke Sabah termasuk merampas kembali Kelantan,” tegasnya.

“Kalau orang tuduh kita mabuk kuasa, itu tuduhan yang melulu dan meleset, kalau orang kata kita boleh main ‘songlap’ dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), itu tuduhan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Katanya, sekiranya ia berlaku, tidak timbul kelebihan dua undi yang memberikan kemenangan kepada Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning.

“Kerajaan Pas Kelantan mempunyai majoriti paling rendah di dunia iaitu satu kerusi dan majoriti dua undi, kalau kita boleh main kayu tiga menipu rakyat dengan satu panggilan telefon pada SPR kita boleh isytihar Kemuning jadi milik kita dan boleh bolot Kelantan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah menipu rakyat kerana parti tersebut hanya mahu berkhidmat kepada mereka yang mengangkat serta mahukan parti tersebut terus memerintah.

Kayveas kata :

Pilihan raya umum akan datang lebih mencabar

PUCHONG 4 Jan. – Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas meramalkan semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bakal berdepan cabaran besar.

Beliau berkata, ini kerana pilihan raya berkenaan merupakan satu penanda aras untuk menilai corak sokongan politik rakyat selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, cabaran sedemikian adalah positif bagi penambahbaikan parti selain membendung sikap terlebih yakin.

“Ini bagus, kita hanya boleh menjadi semakin baik sekiranya ada cabaran, jika tiada cabaran kita jadi terlebih yakin.

“Cabaran ini bukan hanya untuk Barisan Nasional (BN) bahkan parti pembangkang, bukan mudah untuk pembangkang hadapi cabaran ini kerana di Malaysia, peranan mereka tidak efektif,” katanya.

Diminta mengulas mengenai bentuk cabaran itu, Kayveas berkata, terdapat pelbagai isu yang diperkatakan akar umbi ekoran perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kayveas berkata, setiap kali melawat kawasan Parlimen Taiping yang diwakilinya, beliau sering diajukan pelbagai soalan mengenai isu semasa yang tidak pernah diperkatakan pengundinya sebelum ini.

“Sejak pilihan raya umum dulu, kita dapat lihat kemajuan Internet, laman web serta blog dan jika anda periksa, kira-kira lima juta rakyat melayari internet pada awal pagi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Bentuk-bentuk orientasi hubungan sesama kita di dalam jamaah


Bentuk-bentuk orientasi hubungan sesama kita di dalam jamaah:

1. orientasi aqeedah : Muslim > Mukmin > Muttaqeen
2. orientasi darah : keluarga, saudara-mara, susuan
3. orientasi wehdatul fikrah : sefikrah
4. orientasi wehdatul amal : seorganisasi
5. orientasi tarbiyyah : sekolah, kolej, kampus, lujnah, cawangan, kawasan, dewan, negeri dan pusat.
6. orientasi bangsa dan sempadan
7. orientasi massa : SMS, emel, grup atau blogger
8. orientasi apa saja yang ada dan bisa kamu namakan?

kenali dan fahami orientasi-orientasi yang ada ini. nanti kita akan sedar dan tahu sebenarnya kita ini punyai banyak orientasi hubungan sesama kita di dalam jamaah.

dan,

bukan setakat orientasi massa (seperti SMS, emel dan grup) semata-mata. (":)

Taubat Seorang Hamba (Irsyadee feat hafiz Hamidon)

''



Hati hitam mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan diri
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini (chorus)

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha Mu ya Tuhan

Ulang chorus 1X

Dihamparan ini ku meminta
Moga taubat ku diterima

Ulang chorus 3X

Hidup itu antara 2 hari sahaja

Kita hidup antara 2 hari iaitu semalam dan esok. : Maksud dari hadis Nabi SAW

Atau,

Umur kita adalah 2 hari iaitu semalam dan hari ini. : Maksud dari lain hadis Nabi SAW.

Dari kedua-dua hadis ini dapat lah kiranya untuk aku nyatakan di sini bahawa persoalan tahun lepas dan tahun baru (khusunya Tahun Baru Masihiah) bukanlah sesuatu yang besar, yang perlu diraikan sebegitu meriah dengan mengabaikan persoalan akhlak dan budaya.

Persoalan yang lebih besar dan yang perlu dipandang ialah mengenai hayat kita, iaitu apa yang telah kita buat sebagai bekalan hidup kemudian har. Kerana secara logiknya ialah umur kita hanyalah 2 hari sahaja. Suatu tempoh yang sangat singkat dan pula kita tidak tahu bila datangny ajal kita. Sebab kita hidup hanya pada hari semalam dan hari ini. Hari esok bukan dalam jaminan kita.

Jadi untuk memecahkan kefahaman lama yang mentradisi dalam masyarakat kita hari ini, perlulah kita fahami akan kedua-dua pengajaran dari hadis di atas. Bila kita faham akan kehendak agama di dalam persoalan umur ini maka dengan sendiri kita tidak akan terpengaruh dengan dakyah-dakyah musuh-musuh agama untuk melalaikan kita.

Baru sahaja semalam, di kebanyakan kota di dunia termasuk di Kuala Lumpur telah diadakan pelbagai pesta hiburan sebagai menyambut tahun baru. Padahal tahun baru itu hanyalah perjalanan masa yang juga berlaku setiap hari seperti kebiasaannya.

Tidak ada yang istimewa sangat padanya hanya kerana ia berubah nombor pada tarikhnya. Seolah-olah bila disebut atau diumumkan tahun baru, segala perkara yang telah berlaku dilupakan sebegitu sahaja. Inilah hebatnya serangan pemikiran musuh-musuh agama dan mereka ternyata berjaya melalaikan sebilangan besar dari kita.

Inilah yang aku alami dan aku saksikan sendiri pada malam tadi. Secara relatifnya, manusia diluar Masjid Asy-Syakirin KLCC semalam lebih ramai berbanding dengan manusia yang berada di KLCC. Itu belum lagi dicampur dengan kumpulan mereka di sekitar Exxon Mobil, Dataran Merdeka, Taman Tasik Titiwangsa dan banyak lagi yang tak mahu aku sebutkan.

Ternyata pada malam tadi terdapat beberapa perkara 'baru' yang berlaku. Jika tahun sebelumnya acara menyambut tahun baru 'hanya' diramaikan oleh pakwe-makwe. Tetapi tahun ini aku dapat menyaksikan 'keluarga' juga tidak kalah dari segi sokongan dan keterlibatan. Apa yang meresahkan ialah, seolah-olah acara menyambut tahun baru dengan cara berpeleseran dan lepak-lepak sudah mula boleh diterima umum. Bahkan aksi-aksi kurang senonoh pakwe-makwe kelihatan lebih berani dan terbuka. Bayangkanlah hal ini sudah boleh dipertontokan kepada anak-anak yang datang bersama ibu-bapa mereka dan ibu bapa mereka bukan lagi tidak menegur perbuatan anak bangsa mereka bahkan 'rela' disaksikan oleh anak-anak sendiri.

Mungkin ini adalah kesan dari tindakan kerajaan menjadikan Sambutan Tahun Baru sebagai acara pelancongan yang penting dengan mempromosikannya, mengadakan konsert-konsert lewat malam dan membenarkan disko-disko menjalankan operasi mereka secara lebih masa dan lebih terbuka kepada umum.

Polis-polis yang dikerahkan untuk mengawal keselamatan hanyalah bertindak sebagai pengawal keselamatan dan penjaga lalu lintas. Tidak pula diarahkan untuk menjadi 'polis moral'. Peranan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan tidak kelihatan. Yang ada ialah usaha yang sangat minima dari pihak-pihak yang mempunyai kesedaran tapi tidak punya kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang Allah. Bahkan mereka-mereka inilah pula yang diperhatikan dan silap-silap masa boleh ditangkap dan dilokapkan.

Antara perkara lain yang dapat diperhatikan juga ialah sikap dan pendirian kerajaan di dalam hal ini adalah bermusim dan lebih kepada bersikap oportunis. Yang pernah berlaku pada sambutan Tahun 2005, telah dihentikan sambutannya ekoran kejadian Tsunami yang sangat dahsyat sehingga Malaysia yang selama ini selamat dari bencana gempa juga terkena biasnya. Sambutan Tahun 2006 pula telah dirancang awal dan kerajaan juga tidak menidakkan kemungkinan untuk membatalkan sekiranya berlaku perkara atau kejadian buruk yang lain. Ternyata tiada sebarang perkara buruk berlaku maka segala perancangan yang dibuat telah dijalankan. Bahkan Menteri Pelanconga kita telah berjaya menganjurkan konsert sampai pagi di atasa tiket kerajaan Malaysia. Bertujuan untuk menggalakkan pelancong asing datang ke Malaysia dengan memilih negara kita sebagai destinasi menyambut tahun baru. Melengkapkan kronologi hajat beliau untuk mewujudkan disko yang boleh beroperasi 24 jam.

Dan tahun ini, acara seperti itu sudah menjadi budaya kepada masyarakat Malaysia. Tinjaulah setiap trip bas dan pengangkutan asas yang lain dan anda akan dapati setiap tiket habis dijual. Mereka yang datang ke KL datangnya dari semua ceruk negara dan setiap pelosok daerah. Pendatang-pendatang juga 'boleh' menyambutnya dengan gembira dan bebas. Tidak seperti biasa yang mereka ini yang tidak gemar untuk berkumpul secara ramai dan terbuka.

Semalam adalah indikator yang jelas untuk mengukur gejala sosial, keruntuhan akhlak dan kehancuran bangsa yang selama ini berlaku secara terancang oleh mereka yang bertuhankan nafsu. Mereka bertuhankan nafsu dan mahu kita juga sama seperti mereka dengan niat untuk memanjangakn tempoh kekuasaan mereka. "Selamtakan Malaysia" , "Tahun 2008 Tahun Tukar Kerajaan."