TV3 sorok fakta sebenar Pelajar Terbaik Negara!


Artikel Oleh tsaqif

" Buletin utama tv3 jam 8.00 malam ini sekali lagi telah membohongi rakyat malaysia dan kelantan khasnya apabila menyatakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat negeri Kelantan adalah pelajar dari SMKA Naim Lilbanat

sedangkan beliau adalah dari Maahad Muhammadi Lilbanat (perempuan).
Sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Rakaman temuramah sebenarnya dibuat di dewan sekolah tersebut di Jalan Merbau, Kota Bharu bukannya di Pasir Mas yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat pengerusi jawatankuasa pendidikan, pembangunan islam dan dakwah negeri kelantan. Cukuplah pembohongan tv3.

send to feedback@tv3.com.my

jahat tv3!

http://missnureen.blogspot.com/2009/03/nidoking.html

Allah MAHA tahu apa yg kita tak tahu...

Kerana Allah MAHA tahu-lah maka Allah telah merakamkan sebegitu banyak di dalam al-quran dan juga diperjalankan melalui sunnah baginda Nabi SAW sebegitu banyak persitiwa untuk kita ambil pengajarannya.

Al-Hasyr 21:
Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada (amanah) Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Dari itu, kita manusia yang tak tahu ni seharusnya mencari dan menggali pedoman-pedoman ini untuk kita jadikan sandaran dan pedoman hidup.

Al-Mukmin 51-58
Dan sesungguhnya telah Kami berikan petunjuk kepada Musa; dan Kami wariskan Taurat kepada Bani Israil, untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir. Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi. Sesungguhhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka[1325] tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.

Demonstrasi PPSMI, entri tertangguh

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR