Nak juga beza walau sikit

dari Berita Harian Online

Demontrasi bantah kekejaman Israel

KUALA LUMPUR: Kira-kira 400 orang terdiri penyokong Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demontrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat di sini sebagai memprotes serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang membunuh lebih 360 penduduk Palestin.

Mereka berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji, di Jalan Tun Razak sebelum berarak di depan Kedutaan Amerika Syarikat jam 11.30 pagi sambil melaung-laungkan slogan anti zionis bagi membantah sokongan terbuka Amerika terhadap tindakan Israel itu.

Enam wakil kumpulan tersebut kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan kepada seorang pegawai kedutaan di pintu masuk kedutaan itu.

dari Harakahdaily.Net

500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir/ Wan Zahari
Tue | Dec 30, 08 | 1:45:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS; Salahuddin Ayub, Bendahari PAS; Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat; Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ahli parlimen Titiwangsa; Dr Lo Lo Mohd Ghazali, wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Tindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan negara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya.




Aku bukan musuh harta - Dr. Asri...awesome Be End (BN)

YDP PAS Putrajaya serah memorandum sekolah agama Putrajaya

Putrajaya: Rombongan YDP PAS Kawasan Putrajaya semalam telah menghantar memorandum berkenaan pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah agama di Putrajaya. Memorandum itu semalam telah selamat diserahkan setelah memorandum yang pertama telahpun diserah pada 25 Zulhijjah 1427 Hijrah.

"Kami, PAS Kawasan Putrajaya pada hari ini ingin menyerahkan memorandum kedua kami berkenaan sekolah agama di Putrajaya memandangkan masih tiada lagi tindakan proaktif yang diambil oleh pihak-pihak berkenaan berhubung isu ini dalam tempoh 2 tahun ini. Semalam sudah 25 Zulhijjah 1429 Hijrah, sudah masuk tahun yang kedua", respon beliau kepada wartawan Sinar Harian.

Baru-baru ini di dalam suatu Majlis Rumah Terbuka Majlis Permuafakatan PIBG sekolah-sekolah Putrajaya yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya dan Ketua Balai Polis Putrajaya, ibubapa telah dikejutkan dengan angka indeks jenayah yang melibatkan remaja di Putrajaya meningkat lebih 100 peratus sehingga September 2008, iaitu sebanyak 46 pelbagai kes.

"Tetapi malangnya, ahli parlimen kita pula meletakkan kesalahan total kepada ibubapa dan lebih malang beliau menyamakan ibubapa seperti 'Syaitan', tidak pandai menjaga anak-anak dan hanya tahu meletakkan kesalahan kepada pihak kerajaan sahaja. Ingin saya tegaskan di sini bahawa isu ini perlu dipandang dengan skop yang lebih luas iaitu ibubapa dalam rumah tangga dan ibubapa dalam konteks bermasyarakat dan bernegara. Ibubapa di rumah memainkan peranan mereka, manakala ibubapa di dalam masyarakat dan negara adalah pemimpin yang berperanan mencorakkan persekitaran semasa. Maka dengan itu saya kira persoalan mengenai isu sekolah agama ini mesti dibangkitkan semula agar bukan sekadar pembinaan sekolah agama ini dapat dilihat dan berjalan, malah kita mahu isu-isu jenayah dan sosial ini dapat di atasi dengan secara yang lebih holistik "

Ujar Ustaz Nazir Zakaria lagi, "Kita mahu PM kita, Pak Lah dapatlah kiranya meninggalkan jasa-jasa terbaiknya sebelum melepaskan jawatan pada Mac 2009 nanti. Penduduk sebelum ini dijanjikan pembinaan sekolah agama di tapak Presint 9 pada Disember ini, tetapi hari ini sudahpun 23 haribulan dan sedikit pun tanda-tanda kerja pembinaan masih belum kelihatan. Sebelum lebih lambat maka kami rasa perkara ini perlu diperpanjangkan sekali lagi".

Memorandum yang dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Menteri Wilayah, Pejabat JAKIM dan Pejabat Presiden Perbadanan Putrajaya itu secara ringkas termuat beberapa tuntutan yang termuat di dalam memorandum kedua PAS Kawasan Putrajaya berhubung tuntutan pembinaan sekolah rendah dan menengah agama Putrajaya:

1. Segerakan pembinaan sekolah agama rendah dan menengah agama di tapak cadangan Presint 9 sepertimana yang juga dijadikan manifesto kempen pilihanraya ahli parlimen Putrajaya.

2. Utamakan pembinaan sekolah agama dan bukannya pembinaan surau di tapak cadangan kerana tuntutan sekolah agama lebih prioriti berbanding tuntutan surau sekiranya kewangan menjadi alasan utama kelewatan pembinaan sekolah agama.

3. Meminta agar diwujudkan sekolah agama sementara supaya dapat beroperasi bagi sesi tahun 2009 dengan menggunakan mana-mana bangunan atau premis kosong di dalam Putrajaya.

4. Seimbangkan pembangunan modal insan dengan hanya tidak menumpukan perbelanjaan besar kepada aktiviti-aktiviti bersifat fizikal dan pelancongan seperti penganjuran pesta-pesta bertaraf antarbangsa seperti Pesta Bunga Api dengan mengabaikan pembinaan modal insan bagi penduduk Putrajaya itu sendiri.



Raya Haji (entri yang tertangguh)

Hari Raya Keempat



Hari Raya Ketiga


Hari Raya Kedua



Hari Raya Pertama



Lagu arab lagho yang paling aku suka

Tajuk : Alby Nadaak
Penyanyi : Fares (Lubnan)

leek, ana melk leek
ta3ala arrab dommeny
me7tag eleik
leek, w ro7y feek
ya 7ob 3omry ana 3omry kollo
ha3eesho leek

hawak howa el-7ayah
wenta elly ana ba3sha2 hawah
kan alby monah
agmal malaak yekoun ma3ah

yah, alby nadaak
wetmannak teb2a enta wayaya
yah, ba3d sneen
sho2 w 7anin ala2eek hena ma3aya
yah, dommeny leek
danta 7abiby 7ayaty leek
w ha3eesh 3omry fadaak(2x)

eih, a7tag le eih?
law kont ganby ma3aya dayman
oully eih?
yah, dana men zaman
me7tag le alb ye7ess beya
w a7ess beeh

hawak howa el-7ayah
wenta elly ana ba3sha2 hawah
kan alby monah
agmal malaak yekoun ma3ah

yah, alby nadaak
wetmannak teb2a enta wayaya
yah, ba3d sneen
sho2 w 7anin ala2eek hena ma3aya
yah, dommeny leek
danta 7abiby 7ayaty leek
w ha3eesh 3omry fadaak

Sebelum Raya Qurban 1429H





Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.