Roslan SMS : Contoh toleransi beragama di Kelantan

Contoh toleransi beragama di Kelantan

Jarang kita mendengar berita dari media arus perdana berkenaan Kelantan selain yang yang mengkritik kerajaan PAS serta membesar-besarkan aktiviti dan cita-cita pemimpin Umno di sana.

Hari ini tajuk mukasurat 4 akhbar THE SUN jelas memilih untuk melawan arus. Dimuka itu terpampang tajuk:

No inter-religious woes in Kelantan
(Tidak ada permasalahan antara agama di Kelantan)

Indonesian scholar: Key issue in state is Umno PAS political contestation
(Pakar Indonesia: Isu utama dalam negeri adalah pertembungan Umno dan PAS)
Laporan tersebut memetik kenyataan Fellow Institute Pengajuian Malaysia dan Antarabangsa UKM, Dr Budiawan Purwadi yang telah menyatakan bahawa masalah utama masyarakat di Kelantan adalah perbalahan politik antara PAS dan Umno dan bukannya konflik antara agama yang melibatkan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Dr Budiawan dilaporkan telah membuat kajian berkenaan toleransi beragama selama 6 bulan di Negeri Serambi Mekah itu. Semasa di sana beliau mendapati bahawa masyarakat minoriti bukan Islam Kelantan memahami dan menerima pegangan dan sikap masyarakat majoriti Islam tanpa karenah. Menurut beliau lagi suasana perbezaan agama di Kelantan berlainan sama-sekali berbanding dengan konflik Islam/Kristian khususnya di Indonesia terutama di Ambon dan Poso.

Beliau dapati di Kelantan contohnya hari Jumaat bukan hanya hari ibadat untuk masyarakat Islam malah masyarakat Kristian turut mengadakan Christian Sunday School mereka pada hari Jumaat tanpa banyak karenah..

Memang sesungguhnya masyarakat bukan Islam di Kelantan telah lama selesa dengan sahabat-sahabat mereka masyarakat Melayu/Islam di sana. Tambah-tambah pula kini di bawah pentadbiran PAS di Kelantan secara beransur-ansur mereka mula memahami dan menghargai realiti yang ada. Tidak ada contoh terbaik toleransi beragama dan sikap hormat-menghormati antara kerajaan dan rakyat khasnya dalam bidang agama dan kepercayaan kecuali dari apa yang dapat kita lihat dan perhatikan di Kelantan.

Mudah-mudahan toleransi ini nanti akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Negara kita ini.

Basri, saudara seaqidah kita yang baru

Sedang aku menghadap internet di bilik technician Magna Square, seorang kawan
menelefon aku. Razali yang baru datang dari rumahnya di Kg Baru, datang bertandang ke rumah sewa aku selama beberapa hari.

Razali : Asalamu;alikum Di, ko kat mane skang?

Aku : Wa a;alikummussalam. Aku kat Magna ni. Awatnya?

Razali : Ni ada 2 orang datang nak masuk Islam. Dia dah janji dah dengan Arif sebelum ni. tapi Arif kat Damansara sekarang. Dia kata on the way. Ko boleh balik tak sekejap sementara tunggu Arif sampai?

Aku : Ok2. Aku balik sekarang.

Seperjalanan pulang, aku kembali mengingatkan temujanji yang dibuat oleh mereka. Arif yang sedikit sibuk menunda perjumpaan dan berjanji dengan mereka untuk melapangkan masa hari ini. Akhirnya mereka balik tanpa diselesaikan urusan mereka.

Kemudian...

Aku : Sape tu?

Arif : Ada orang nak masuk ISlam, nak shahadah.

Aku : Bakpo tak buat selalu?

Tanya aku berdialek Qlate. Walaupun Arif orang Pahang, tapi kaum keluarganya datang dari Kelantan.

Arif : Ana tak dan.

Aku ternyata tidak beruas hati dengan jawapannya. Jikalau aku tag\hu begitu, mahu saja aku menyampuk percakapan mereka. Akan aku pastikan Majlis Bershahadah itu berlangsung ketika itu juga.

Sesampai dirumah, aku terus melangkah masuk sebaik sahaja memeberikan salam.

Di dalam rumah itu, kelihatan Iznan, Razali dan dua orang pemuda yang aku tidak kenali.

Aku mengambil duduk dan memperkenalkan diri.

Aku : Assalamualaikum WBT. Saya Ilriady. Lama dah tunggu.

Basri : Saya Basri.

Jamal : Saya Jamal, baru je lagi.

Aku : Siapa yang nak memeluk Islam ?

Tanya aku. Sedikit kaku. Ternyata aku tidak biasa mengendalikan hal-hal seperti ini.

Basri : Saya.

Aku : Tapi namanya Basri. Orang Sabah ya? Jamal ni keluarga ke?

Basri : Ye, nama ni dari dulu lagi.

Jamal : Keluarga kami memang begini. Keluarga saya semua Islam. tapi keluarga dia masih baru.

Aku : Jamal ni sepupu Basri ke?

Jamal : Ye saya.

Aku : Jadi bagaimana kita?

Jamal : Kami nak dengar la apa-apa saja dari ustaz. Memandangkan ustaz dah ada.

Aku : Beginilah, ada janji dengan Arif kan? Saya rasa biar kami menjelaskan
beberapa perkara berkaitan Islam dahulu jika awak berdua masih berniat menunggu Arif. Kemudian kita teruskan niat kita.

Kami meneruskan agenda, diselang seli dengan sesi pertanyaan dan sedikit cerita berbasa-basi antara kami. Razali dan Iznan juga begitu terujadan mengambil bahagian dalam perbincangan kami. Razali kemudiannya meminta diri untuk ke rumah sahabat kami.

Aku kemudian mencadangkan

Aku : Saya ingat kita teruskan niat kita pada malam ini. Tak perlu kita tunggu Arif, Damansara ke Serdang ambil masa perjalanan 40 minit. Hari pun dah lewat malam. Bagaimana?

Basri dan Jamal : Angguk dan menyatakan persetujuan mereka.

Aku : Nanti kita buat sekali lagi Majlis Bershahadah di Perkim.

Aku dan Iznan kemudian meminta diri mengambil wuduk. Walaupun tidaklah menjadi keperluan, namun diri ini begitu teruja untuk memastika segalanya berlaku dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan diberkati.

Aku memulakan dengan sedikit keterangan dan meminta pengakuan jujur dari Basri untuk jaminan kesediaannya memeluk Islam.

Setelah aku mengulang beberapa kali bacaan shahadah dan maknanya, akhirnya Basri memeluk Islam pada pukul 10.07 malam, malam Isnin 8 Jamadil Akhir 1428H.

Basri : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH, dan NAbi Muhammad sebagai pesuruh Allah.

Sebagai saksi keIslaman Basri, kami mendengar dengan gembira dan penuh syukur. Seorang saudara baru telah memeluk Islam di kediaman kami.

Kami kemudiannya berjanji untuk membawa mereka ke Perkim hujung minggu nanti dan menguruskan beberapa perkara berkaitan dengan penukaran agama\ Basri.

Selepas bertukar-tukar nombor handphone, aku dan Izaan berjanji untuk mendapatkan direct dari Perkim dan akan memberitahu mereka hari dan masa untuk kami ke sana.

Doakanlah perjuangan saudara baru kita Basri dan kami mendapat keberkatanNya.

Anak 5 tahun Iran dapat PhD Hafaz Quran dan Understanding



Anak 5 tahun Iran dapat PhD Hafaz Quran dan Understanding

Doktor Sayid Muhammad Husein Thabathaba’i

Anak termuda yang hafal seluruh Al Quran, penerjemah Al Quran termuda dan pelajar Hauzah Ilmiah Qom yang paling belia. Anak pertama yang mampu menyampaikan semua keinginan dan percakapannya sehari-hari dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran. Anak pertama yang berhasil menghafal seluruh Al Quran dengan metode isyarat.

Anak pertama yang bisa dengan mudah menghubungkan satu ayat dengan lainnya dan menafsirkan ayat Al Quran dengan cara itu. Anak pertama yang dapat menjawab semua pertanyaan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran.

Anak pertama dari negeri Iran yang berhasil memperoleh titel Doktor kehormatan dari salah satu universitas Inggris di usianya yang ketujuh
VCD ini menjadi bukti bagi mereka yang ragu akan keagungan para penghafal Al Qur’an .
Suasana dalam ruangan itu mendadak hening …para syaikh, hafidz, mufassir & jamaah lainnya menahan pembicaraan. Perhatian mereka tertuju pada sosok bocah yang sedang duduk bersila dengan tenang …dihadapan mereka .

Tatapan matanya yang bulat & jernih menyapu ratusan hadirin yg berjubel ….wajahnya yg polos tampak berseri…memancarkan kharisma yg kuat ….senyumnya tipis membuat gemas siapapun yg memandang .
Ya bocah itu bukan bocah biasa…sejak beberapa bulan terakhir …ia menjadi buah bibir kaum muslimin Iran .
Dalam usianya yg masih balita ( 5 thn ) ia sudah hafal Al Quran beserta maknanya . Bahkan dalam kesehariannya ia berbicara dengan bahasa Al Quran.

Namanya Muhammad Husein bin Thoba Thoba’i .
Di depan namanya ada kata Sayyid….itu artinya ia termasuk salah satu Zurriyat Rasululloh ….orang2 menjuluki The Amazing Child …Si Bocah Ajaib .

Duduk di sampingnya adalah sang Ayah …Sayyid Thoba Thoba’i …sedang berbicara … Seperti saudara2 ketahui…anak saya telah hafal Al Quran di usia balita lengkap dgn terjemahannya.

Kami mengajarkan Al Quran sejak ia berumur 2 tahun 4 bulan …sebagian kami sendiri yang mengajarkannya …dan sebagian yang lain …..dia menguasai sendiri …..misalnya berbicara dgn bahasa Al Quran ….Alhamdulillah dia bisa dgn sendirinya .

Ia selalu berbicara dgn bahasa Al Quran baik di dalam rumah maupun di luar rumah . Jika dibacakan sebuah kalimat dari Al Quran …ia mampu menjelaskan bahwa kalimat itu ada dalam surah ini …ayat sekian …juz sekian & berada di halaman sekian .

Ia juga hafal tulisan yang berada diawal halaman & 5 halaman berikutnya . Bahkan ia hafal kalimat atau ayat2 yg serupa secara lafadz & maknanya Sekarang ….saudara dapat bertanya langsung kepadanya tentang suatu ayat …dan tanyakan itu surah apa ….ayat berapa & di juz berapa ……. Atau bacakan kepadanya suatu terjemahan ayat ….lalu minta kepadanya untuk menyebutkan ayatnya atau menanyakan suatu tema dalam Al Quran …..Insya Alloh …ia dapat menjelaskannya .

Seorang jama’ah langsung mengangkat tangannya …tanpa dipersilahkan lebih lanjut ia bertanya dengan membaca sebuah ayat ….lantas sang ayah membacakan kembali ayat tsb kepada Husein …..

“Wa atainahul hukma shabiyya …ayat ini di surat apa ? “ tanya sang ayah …dengan spontan Husein menjawab :
“ Surah Maryam “
“ Juz berapa ? “
“ Juz ke 16 “
“ Terletak dihalaman berapa dalam surah Maryam ? “
“ Dihalaman pertama “
“ Apa arti ayat tsb ? “
“ Dan kami telah anugerahkan hukum kepadanya ketika masih dalam gendongan “
“ Ahsantum ! ….Bagus ! “ kata sang ayah …..” Sekarang bacalah beberapa ayat setelahnya “ perintah sang ayah .

Maka si bocah meneruskannya hingga 3 surah selanjutnya ……..untaian firman Alloh itu mengalir lancar dari bibirnya.suaranya jernih …lafadznya fasih …hadirin menahan nafasnya . Sang ayah kembali bertanya : “ Dalam Al Quran terdapat ayat yg menyebutkan bahwa Nabi Isa yg masih bayi berdialog dengan umat seperti orang dewasa …Nah ayat ini ada di surah apa ? “

“ Di surah Ali Imron Juz ke 3 “
“ Sebutkan ayatnya “ kata sang ayah
Sayyid Husein membacanya dgn lancar …dilanjutkan dgn artinya .
Lalu Sayyid Thoba Thoba’I kembali memuji putranya :
“ Bagus , semoga Alloh memberkatimu “
Sementara itu seorang guru membacakan surah Al Qur’an yang kemudian dibacakan kembali oleh sang ayah .
“ Wakhfidh lahuma janahadz dzulli ….ayat itu ada di surah apa ? “ tanya sang ayah .

Tanpa berfikir panjang Sayyid Husein menjawab : “ Al Isro “
“ Juz berapa ? “
“ Ke 15 “
“ Dihalaman berapa ? “
“ Ke 3 “
“ Sekarang ucapkan artinya “
“ Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dgn penuh kesayangan dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil “ ( Al Isro : 24 )

“ Lanjutkan ayat2 berikutnya “ pinta sang ayah lagi .
Lagi2 dgn suaranya yang jernih , ia membacakan surah Al Isro hingga 2 ayat berikutnya .
Hadirin mulai tidak tenang …mereka terus menerus mengucapkan lafadz takjub
“ Masya Allooooh “ .

Pertanyaan tak berhenti sampai disitu …hadirin semakin penasaran …seseorang yg tampaknya sengaja datang dari jauh …sengaja datang hanya untuk melihat keajaiban itu . Ia bertanya berdasarkan ayat Al Qur’an yg ia buka secara acak .

“ Wahai sayyid , surah apakah yg saya bacakan ini ….
Tsumma qila lahum aina ma kuntum tusyrikun ? “
“ Az Zumar “ kata sayyid Husein sambil tersenyum
“ Juz berapa ? “
“ Ke 24 “
“ Di halaman berapa dalam Az Zumar ? “
“ 8 “
“ Apa arti kata Zumaro ? “
“ Berbondong – Bondong “
“ Bacalah kembali ayat tadi & lanjutkan dgn ayat berikutnya “

Dengan lancar Sayyid Husein membaca ayat tsb ….dan semua orang terpana. Sosok bocah ini seakan bersinar …menerangi hati kaum muslimin yg hadir ….ia memancarkan kharisma & kewibawaan …yang membuat orang lain mencintai dia .

Diantara hadirin …ada yg menitikkan air mata krana terharu ….ada pula yg sibuk membolak balik Al Quran untuk mencocokkan apa yg diucapkan si bocah . Kembali seorang jama’ah yg ahli computer bertanya :
“ Di dalam Al Qur’an terdapat angka 3, 4, 5 & 6 …nah surat apa & ayat berapa itu ? “

Seperti komputer canggih …tanpa berfikir lagi Sayyid Husein menjawab yg artinya :
“ Nanti ( ada orang yg akan ) mengatakan ( jumlah mereka ) adalah 3 orang , yang ke 4 adalah anjingnya & mengatakan ( jumlah mereka ) adalah 5 orang , yang ke 6 adalah anjingnya . ( Al Kahfi : 22 ) .
Mendengar jawaban Sayyid Husein ....hadirin serentak melafadzkan :
Masya Alloh …Lahawla wala kuwata illa billah ..
Betapa tidak , seorang pakar komputer sekalipun perlu beberapa waktu untuk menemukan ayat tsb ..paling tidak beberapa menit …tapi Sayyid Husein dapat langsung menjawabnya .

Jama’ah yg tadi seakan tidak puas …Ia kembali bertanya :
“ Apakah ada ayat lain yg menyebutkan angka selain 3, 4, 5, 6 ? “
Setelah beberapa detik …Sayyid Husein menjawab :
“ Dengan 5000 malaikat yg memakai tanda , itu surah Ali Imron ayat 125 “
“ Adakah angka yg lebih dari itu ? seperti 100.000 bahkan diatasnya ? “
“ Dan kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih , itu surah As Shoffat : 147 “

Masya Alloh …..teriak jamaah berbarengan .
Di sela-sela dialog tsb …Sayyid Thoba Thoba’I bercerita bagaimana Al Qur’an sangat mewarnai tingkah polah putranya tsb .
Seseorang pernah bercerita kepada kami bahwa dirinya memohon doa darinya & dijawabnya dgn membaca ayat :

Saufa Astagfiru Lakum Robbi …
kemudian orang itu menyinggung masalah taufiq dan dijawabnya :
Wa ma taufiqi illa billah …alaihi tawakaltu wa ilaihi unibu …
Kemudian beberapa minggu lalu ..Al Haj Ali …seorang hafidz …datang bertamu ke rumah kami untuk bertemu & menguji kemampuannya . Diakhir pertemuan itu ..beliau mengajaknya untuk menghadiri sebuah acara , beliau bertanya :

“ Apakah kamu mau menghadirinya ? “ ia menjawab :
“ Kalau ayahku mengizinkan …aku akan datang ….”
Ulama itu kembali berkata : “ Aku akan membelikan kamu baju bagus supaya kamu kenakan, apakah kamu senang dengannya ? “

Anak saya menjawab :
“ Walibasut Taqwa Dzalika Khair ( Pakaian Taqwa adalah yg Terbaik ) …
mendengar ayahnya menceritakan hal ini …Sayyid Husein tersipu malu .
Sayyid Thoba Thoba’i kemudian menceritakan pula bagaimana ia mendidik Sayyid Husein .Dengan merendah ia berkata : “ Sebenarnya saya sebagai seorang ayah tidak pantas berpesan sebagaimana yg anda inginkan . Tetapi disini saya atas nama seorang pengajar Al Quran akan berpesan kepada para bapak & ibu …bagaimana saya mengajarkan Al Quran kepadanya .Yaitu pada awalnya para bapak ibu sendiri ….harus memiliki perhatian khusus terhadap Al Quran .

Di rumah harus sering membaca Al Quran …kalau tidak …jangan harap anak2 menjadi seorang penghafal Al Qur’an ..menjadi Qori yang mampu memahami makna Al Qur’an .Saya di rumah membiasakan berbicara menggunakan bahasa Al Qur’an dgn Husein , demikian juga ibunya ( yg setiap hari harus membaca Al Qur’an ) ….apalagi sbg hafidz …setiap hari kami harus membaca 2 Juz kurang lebih .

Selaras dgn keahliannya di dunia, dia berada dalam lingkungan rumah yg Qur’ani... berdialogpun dgn Al Qur’an & pada akhirnya dia akan mengikuti lingkungannya …..maka pelajarilah Al Qur’an .Di bagian akhir dialog , jama’ah meminta Sayyid Husein untuk memberikan sedikit nasihat .
Sambil tersenyum dia berkata : “ Dan perintahkanlah kepada keluargamu ( untuk ) mendirikan Sholat “ Surah Thoha : 132 …Subhanalloh ….!
Demikian tayangan sekitar 20 mnt VCD berjudul “ The Amazing Child “ produksi thn 2007 .

Siapapun yg menyaksikan ini, tentu hatinya akan tergugah & menjadikannya sebagai tauladan dalam kehidupan sehari2 .

Wassalam

Makan tengahari dengan Nenek !!!

Setiap kali makan dengan nenek aku,
setiap kali itulah dia mengingatkan aku
untuk baca doa dan membacakan doa-doa
berkaitan makan. Antaranya :

Nenek : Bila kita tengok makanan, kita
kena baca doa tengok makanan. Bunyinya
"Allahumma baariklana, fiima rozaqtana,
wa qiina 'azaab-an-naar"

Aku : Ok.

Nenek : Kemudian baca doa makan.
Bunyinya "Bismillah wa barokatillah"

Aku : Ok. Suapan nasi kedua aku kunyah.

Nenek : Bila lupa baca doa makan dari
awal. Baca. "Bismillah fi awwaluhu wa
akhiruhu" kemudian baca kembali doa
makan tadi "Bismillah wa barokatillah".
Boleh dibaca mana satu terlebih dahulu.

Aku : Ok. Air sejuk aku capai dan
dihirup segar.

Nenek : Bila minum air. Ada doanya juga.

Aku : Aku nak tulis tapi tak ingat
secara tepat. Aku cuma biasakan baca
"Bismillah" dalam hati.

kebetulan juga nak ditulis disini, aku
Iftar (buka puasa) dengan nenek aku.

Nenek : Baca doa bukak puasa Ngah!!!
Doa dia, "Allahuma laka sumtu, wa bika
aamantu, wa 'ala rizqika aftortu.
Walhamdulillahi robbil 'alamiin."

Aku : "Bismillahir rohmaanirroheem.
Allhumma laka sumna, wa bika aamanna, wa
'ala rizqina aftorna. Walhamdulillahi
robbil 'alamiin."

Nenek : Senyap. Menjamah makanan
sehingga habis makanan dan tidak
tersisa. Sesambil tu, ada saja hafalan
yang keluar dari mulutnya.

Aku : Senyap dan melantak dengan puas.
Aku kemudian sengaja bersendawa. "Urpp"

Nenek : Nampak tidak senang dengan
perangai aku. Langsung menegur
perlakuanku. Kemudian dia sendiri
membacakan doa selepas makan.
"Alhamdulillahil lazi ata'mana, wa
saqoona, wa ja'alan minal muslimiin."

Aku : Bila lagi nak makan nasi nenek aku
masak. Makan tengahari di pondok
kediaman warga emas Pondok Sungai Durian.

Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .

Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .

1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :

نهى النبي أن تحلق المرأة رأسها .

Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .

Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya

2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :

برئ رسول الله من الصالقة و الحالقة

Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .

Dikeluarkan oleh Imam Bukhari

Ulasan :

Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.

3. Dari Ibnu Abbas Rhma :

قال رسول الله ليس على النساء حلق و إنما على النساء التقصير

Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .

Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj

Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .

أما قصر الشعر و تقصيره من أجل الزينة و التجمل فهو جائز إذا كان بإذن زوج بشرط ألاّ يصل إلى حد تشبه بالرجال

Maksudnya :

Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .

Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :

و ألاّ يكون ذلك بأيدي رجال الأجانب

Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )

Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .

Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?

Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .

Membantah Tindakan Menjadikan Kolej Kedua UPM Sebagai Kolej Antarabangsa

Membantah Tindakan Menjadikan Kolej Kedua UPM Sebagai Kolej
Antarabangsa

Kepada sahabat-sahabat sekalian, ana memohon jasa baik kalian untuk menghantar petisyen melalui laman web di bawah. Sokongan antum semua amat bermakna kepada kami.

http://www.petitiononline.com/Alumnik2/petition.html

Sekian, bukan sekain.

Terima kasih.
YaDi

Cikgu Aku dan Aku Cikgu


->Cikgu Aku<--

Dr. Zaizi : Kalau kita belajar Math, 1+1
= 2, kan?

Kami dan Aku : Ye!

Dr. Zaizi : Tapi dalam kimia, kita akan
jumpa 1+1 = 1. Percaya tak?

Aku : Blur...

Dr. Zaizi : Kita ambil contoh 1C + O2 =
CO2. 1 molekul karbon campur 1 molekul
oksigen akan menghasilkan 1 molekul
karbon dioksida. Betul kan?

Aku : Ye... (sambil melopong dan sedikit
kagum)

Dr. Zaizi : Senang tak kimia? Kimia
senang bagi yang belajar.

-->Aku Cikgu<--

Aku : Malam ni kita nak review balik
tentang scale, skala. Skala bukan saja
boleh digunakan untuk lukisan berskala
yang kita dah belajar. Juga kita boleh
apply di dalam beberapa perkara. Skala
boleh digunakan untuk pengiraan masa,
jarak dan juga kelajuan. Faham?

Murid aku 1 : Boleh
Murid aku 2 : Faham
Murid au 3 dan 4 : Senyap...

Aku : Baik, cuba kita ambil contoh
setiap satu. Skala bagi masa misalnya,
ada disebutkan di dalam Qur'an bahawa
orang yang bersalah akan diazab dan
kadar hukuman bagi di akhirat ialah 1
hari akhirat = 1000 tahun dunia. Ok,
jika kita diazab selamat 100 tahun,
berapakah tahun lamanya ukuran didunia?

Aku tuliskan skala di papan putih dan
kami mula mengira bersama-sama. Demikian,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia

100 tahun akhirat =>
1 hari akhirat X 365 hari akhirat X 100
X 1000 = 36500000 tahun dunia

Aku : Lama ke tak tu?

Semua murid aku : Lama! ...

Aku : Okay, untuk contoh kedua, cikgu
dah jelas dalam pelajaran kita dan kita
dah pun tahu nak aplikasi untuk buat
lukisan berskala. Betul ?

Semua murid aku : Yup!...

Aku : Bagi contoh untuk skala jarak pula,
katakan jarak dari Serdang ke KL ialah
20km. Si A naik kereta dengan kelajuan
20km/j dan si B naik komuter dengan
kelajuan 40km/j. Siapa yang akan sampai
dulu?

Murid aku 1 : Si B, cikgu!

Berapakah masa yang diambil si B
berbanding si A ?

Murid aku 2 : Si B sampai setengah jam
lebih awal dari si A, cikgu!

Aku : Ok. Next!...

Pakaian seksi selebriti datangkan kesan negatif


Pakaian seksi selebriti datangkan kesan negatif
Oleh Halina Mohd Noor

Artis wanita tempatan gemar pakai gaun berkemban cara Barat semakin menjadi ikutan remaja

SEKITAR 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini.

Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata.

Hasilnya terjadilah kes artis kena gam dan lebih teruk digunting rambut oleh Menteri Penerangan ketika itu. Ramai juga artis yang semakin berhati-hati dengan penampilan mereka kerana tidak mahu ‘periuk nasi’ mereka ditutup.

Bagaimanapun, usaha ini sudah boleh dikatakan tinggal hangat-hangat tahi ayam. ‘Baunya’ saja pun sudah tidak sekeras dulu, malah terus tenggelam. Selepas 15 tahun, boleh dikatakan garis panduan ini sudah terus lenyap begitu saja.

Jika dulu artis berpakaian nampak ketiak dan lurah dada menjadi topik hangat diperkatakan, tetapi hari ini seakan tiada sesiapa yang peduli lagi apabila kebanyakan artis wanita dilihat lebih gemar tampil mengenakan gaun berkemban atau baju bertali halus seperti yang lazim digayakan artis Barat.

Ada kalanya, lebih seksi gaya ditampilkan lebih mendapat pujian terutama perekanya. Apabila ada artis yang berpakaian sopan menutup tubuh, dia dikatakan artis kampung yang tidak pandai bergaya.

Apa yang membimbangkan, mahu atau tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa gaya artis ini turut menjadi ikutan remaja masa kini. Jika diteliti, 90 peratus penggemar dan pengikut dunia hiburan adalah remaja yang baru hendak mengenal adat dan budaya bangsa.

Persoalannya, bagaimana remaja boleh diharapkan untuk meneruskan adat dan budaya bangsa pada masa depan sedangkan mereka terus ‘disogok’ dengan gaya hidup Barat yang berlawanan dengan agama, malah budaya Timur?

Banyak kajian yang dijalankan ke atas remaja terbabit dengan masalah sosial juga jenayah juvana memberikan alasan terpengaruh dengan apa yang mereka tonton dan bahan yang dibaca berkaitan program dan acara hiburan.

Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan wanita yang sempat ditemui turut menyuarakan kegusaran mereka terhadap budaya negatif ini dan menggesa agar pihak berwajib segera memastikan agar garis panduan etika artis yang ada dilaksanakan dengan tegas.

Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini.

“Kita sangat bimbang apabila artis bebas berpakaian sehingga tidak mengambil kira lagi adab budaya di negara ini. Tidak kira dia itu artis beragama Islam atau tidak, adab Timur mesti dipatuhi kerana tidak mahu kehilangan identiti kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan apatah lagi artis yang di bawah persatuan sedia ada seperti tidak melakukan sebarang usaha membendung gejala yang sudah pun menular ini.

“Kita jangan marah remaja apabila mereka berpakaian tidak senonoh kerana hari ini golongan artis sudah seperti diberikan lesen untuk tampil dengan pakaian meruntun jiwa penonton. Kalau ada pakaian berciri Melayu pula sudah diubah suai seperti korset yang dipakai di luar dengan dada serta bahu terdedah,” katanya.

Beliau berkata, artis yang mendedahkan tubuh hakikatnya belum mempunyai kekuatan untuk bergelar artis dan berdepan dengan masyarakat. Mereka seharusnya sedar, sebagai artis, mereka mendapat perhatian berbilang masyarakat tidak kira tua, muda mahupun remaja.

“Apa yang perlu dibangunkan adalah dunia seni yang membantu memajukan masyarakat dan bukannya seni tubuh dengan perjuangan kebebasan berpakaian. Tidak salah berfesyen asal ia tidak merosakkan budaya apatah lagi bertentangan agama.

“Jika mahukan nama dan hasil karya terus meniti di bibir peminat, mereka harus menitik beratkan perjuangan seni dengan identiti serta mesej jelas bukannya hanya glamor semata-mata dengan budaya cedokan Barat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Dr Harlina Haliza Siraj, berkata melihat kepada keruncingan cara berpakaian artis hari ini, sudah sampai masanya garis panduan etika berpakaian di kalangan mereka dikuatkuasakan segera.

“Ini selaras dengan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan yang memerlukan masyarakat memiliki identiti tersendiri. Apa yang penting, peraturan dalam perkara ini perlu jelas. Mungkin sudah ada, tetapi tidak dikuatkuasakan. Dulu sudah ada peraturan yang ditetapkan Kementerian Penerangan, artis yang tampil di kaca televisyen atau khalayak perlu tampil tanpa menjolok mata,” katanya.

Beliau berkata, artis dan selebriti di negara ini tidak kira apa bangsa perlu menghormati budaya Timur yang mementingkan adab dalam berpakaian.

“Walau bagaimana glamor sekalipun, golongan ini perlu berpegang kepada falsafah, di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Kalau tidak hormat atau segan pada agama, hormatilah budaya. Jangan kerana mengejar glamor dan ingin mendapatkan perhatian, semua perkara ini dipandang remeh.

“Mahu atau tidak, mereka harus sedar bahawa mereka juga menjadi contoh remaja hari ini. Mereka yang tampil berpakaian seksi hakikatnya memiliki keyakinan diri yang rendah dan cuba menutupi kelemahan itu dengan menarik perhatian dengan cara lain,” katanya.

Lihat saja penampilan artis wanita Malaysia pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang diadakan di Singapura, baru-baru ini. Boleh dikatakan 90 peratus mengenakan baju ala kemban yang mendedahkan bahagian dada dan bahu.

Malah, dalam kebanyakan majlis membabitkan artis, boleh dikatakan kebanyakannya memilih baju moden yang seksi. Berbanding artis negara jiran, khususnya Indonesia yang dilihat lebih bijak bergaya apabila sering mengutamakan baju tradisional mereka seperti kebaya sekali gus mencerminkan identiti bangsa.

Dalam hubungan ini, kita bangga dengan penampilan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang mengenakan baju Melayu, batik dan juga etnik Sarawak pada APM itu. Bukan saja beliau bijak bergaya, bahkan dapat memperkenalkan budaya Malaysia di luar negara.

INFO
Etika artis

# 1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat.

# 1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting:

1. Menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen.

2. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya.

3. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama.

4. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.

# 1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara.

Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!!


PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.


HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................

Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Tentera Thailand Terhadap Umat Islam Selatan Thailand


Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Tentera Thailand Terhadap Umat Islam Selatan Thailand


Imam-Imam mereka ditangkap!
Keluarga mereka dibunuh!
Pelajar mereka dari Timur Tengah diperlakukan sesuka hati mereka.
Kasihan umat Islam selatan Thai.

Anda muslim/muslimah?

Marilah sertai satu perhimpunan aman membantah kekejaman kerajaan Thai dan tentera Thai ke atas umat Islam saudara-saudara kita di selatan Thai sana.

Tarikh : 8/6/2007 (Jumaat)
Masa : Selepas solat Jumaat
Tempat : Mula di perkarangan Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan berarak ke kedutaan Thailand.

Sampaikan kepada sahabat-sahabat yabg berkelapangan untuk menyertainya sekali.

JOM SAMA-SAMA KITA BERHIMPUN UNTUK MEMBANTAH KEKEJAMAN KERAJAAN THAI TERHADAP UMAT ISLAM SELATAN THAI!

Anjuran DPP WP & DPP S'gor

Makna batin penyempurna solat

Makna batin penyempurna solat
Dr Musa Fathullah Harun
Wed | Jun 06, 07 | 02:54:32 PM

MAKNA-MAKNA batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, mengikut pandangan Imam Ghazali, terhimpun di dalam enam perkara, iaitu hudur al-qalb (kehadiran hati), tafahhum (usaha memahami bacaan dan perbuatan), ta'zim (mengagungkan), haibah (takut yang timbul daripada perasaan hormat atau mengagungkan), raja'(harap), dan haya'(malu).

[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]

Hudur al-qalb

Yang dimaksud dengan hudur al-qalb ialah mengosongkan hati daripada selain yang kita sedang lakukan dan ucapkan, sehingga kita mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang kita ucapkan dan fikiran, kita tidak berkeliaran kepada selain keduanya. Selama fikiran kita berpaling daripada selain keduanya dan dalam hati kita tidak ada selain ingatan terhadap apa yang sedang kita hadapi dan tidak ada sebarang kelalaian terhadap setiap sesuatu, maka tercapailah dengannya kehadiran hati. Faktor utama bagi kehadiran hati adalah himmah, iaitu minat, keinginan atau perhatian, kerana hati seseorang akan menjadi perhatiannya. Jika seseorang berminat pada sesuatu atau mengingini sesuatu atau menaroh perhatian pada sesuatu, maka hatinya akan hadir padanya, sama ada ia kehendaki atau tidak, sebab hati dijadikan bertabiat demikian.

Apabila hati kita tidak hadir dalam solat, maka ia tidak menganggur, tetapi berkeliaran ke berbagai macam urusan dunia yang diminati atau menjadi perhatian utamanya. Maka tidak ada cara untuk menghadirkan hati kita kepada solat, melainkan dengan memalingkan minat dan perhatian kita kepada solat. Minat atau perhatian kita tidak akan terpaling kepada solat selama belum jelas bahawa tujuan yang dicari bergantung kepadanya. Yang demikian adalah keimanan dan kepercayaan bahawa akhirat itu lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia, dan bahawa solat merupakan sarana untuk mencapainya. Jika perkara ini didukung oleh hakikat pengetahuan tentang betapa tidak berharganya dunia dan betapa sedikit kepentingannya jika dibanding dengan akhirat, maka akan tercapailah daripada keseluruhannya kehadiran hati dalam solat.

Jika dengan sebab seperti ini, hati anda boleh hadir bila anda berada di hadapan orang besar atau raja yang tidak berkuasa menimpakan bahaya atau memberi manfaat kepada anda, dan tidak boleh hadir pada waktu anda bermunajat di hadapan Maha Diraja, Yang ditanganNya segala kerajaan, kekuasaan, manfaat dan bahaya, maka janganlah anda menyangka bahawa hal tersebut memiliki sebab lain selain daripada kelemahan iman.

Oleh sebab itu, berjuanglah anda untuk memperkuat keimanan anda yang lemah tersebut.

Tafahhum

Tafahhum atau memahami makna ucapan merupakan perkara di luar kehadiran hati. Boleh jadi hati hadir bersama lafaz yang diucapkan, tetapi tidak bersama makna lafaz tersebut. Kehadiran hati bersama pengertian tentang makna lafaz yang diucapkan inilah yang dimaksud dengan tafahhum.

Dalam kefahaman ini manusia berbeza-beza, kerana mereka tidak sama dalam memahami makna-makna yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan berbagai tasbih. Bahkan kefahaman seseorang itu sendiri berbeza dari semasa ke semasa. Berapa banyak makna-makna yang halus yang difahami oleh seseorang yang sedang menunaikan solat, padahal sebelumnya tidak pernah terlintas di dalam hatinya. Melalui kefahaman terhadap makna-makna yang terkandung di dalam bacaan inilah solat mencegah orang-orang yang menunaikannya daripada segala perkara yang keji dan mungkar. Faktor penyebab timbulnya tafahhum, setelah kehadiran hati, ialah sentiasa berfikir dan mengarahkan fikiran ke arah usaha untuk mengetahui dan memahami makna. Usaha menimbulkan tafahhum ialah dengan menghadirkan hati beserta menghalakan pemikiran ke arah memahami makna lafaz yang dibaca dan usaha menolak berbagai lintasan fikiran yang liar.

Cara menolak lintasan fikiran yang menyibukkan ialah dengan memutuskan atau memotong berbagai perkara yang boleh menjadi bahan pemikiran, yakni menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang membuat fikiran tertarik kepadanya. Jika perkara-perkara yang menjadi bahan fikiran itu tidak dilenyapkan, maka fikiran tidak akan dapat dipalingkan daripadanya. Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka ia pasti banyak mengingatinya, dan ingatan itu pula pasti akan melanda hatinya. Oleh sebab itu, maka kita melihat bahawa orang yang mencintai selain Allah, solatnya tidak akan terhidar daripada berbagai lintasan fikiran yang liar.

Ta'zim

Ta'zim juga merupakan perkara di luar kehadiran hati dan kefahaman, kerana seseorang mungkin mengatakan kepada hamba sahayanya perkataan-perkataan yang ia fahami maknanya dengan kehadiran hati, tetapi ia tidak mengagungkannya, ertinya tanpa ta'zim. Jadi ta'zim adalah tambahan ke atas keduanya. Ta'zim ini merupakan keadaan hati yang lahir daripada dua makrifat:

Pertama: Makrifat akan kemuliaan dan keagungan Allah, yang merupakan salah satu asas keimanan. Sesiapa yang tidak diyakini keagungannya, maka jiwa tidak mahu mengagungkannya.

Kedua: Makrifat akan kehinaan diri dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Daripada kedua makrifat tersebut lahirlah perasaan istikanah (yakni pasrah dan merendah diri), inkisar (lemah, tidak terdaya) dan khusyu' kepada Allah, yang diungkapkan dengan perkataan ta'zim. Selama kedua makrifat tersebut belum wujud, maka tidak akan timbul keadaan ta'zim dan khusyu'.

Seseorang yang merasakan kecukupan, tidak memerlukan pihak lain dan merasa aman atas dirinya mungkin mengetahui sifat-sifat keagungan pihak lain, tetapi pada dirinya tidak ada perasaan khusyu' dan ta'zim, kerana makrifatnya akan keagungan pihak lain tersebut tidak disertai oleh makrifat lain, iaitu makrifat kehinaan dirinya dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Haibah

Haibah adalah tambahan ke atas ta'zim, bahkan ia merupakan perasaan takut yang berpunca daripada ta'zim, kerana orang yang tidak takut tidak dapat dikatakan ha'ib. Perasaan takut kepada kala atau ular atau kejahatan seseorang atau yang seumpamanya daripada sebab-sebab yang hina tidak dinamakan haibah, kerana haibah adalah perasaan takut yang berpunca daripada sikap atau perasaan mengagungkan.

Haibah dan khawf adalah keadaan jiwa yang timbul daripada makrifat akan kekuasaan Allah, akan pengaruh dan berlakunya segala kehendaknya ke atas dirinya, dan pengetahuannya bahawa sekiranya Allah membinasakan seluruh manusia, yang dahulu maupun yang kemudian, maka yang demikian itu tidak akan mengurangi kerajaanNya sedikitpun juga. Yang demikian, di samping mengetahui akan segala yang berlaku ke atas para nabi dan para Wali, daripada berbagai musibah dan bermacam-macam ujian, meskipun Allah SWT Maha Kuasa untuk menolaknya. Berbeza dengan keadaan yang disaksikan daripada raja-raja dunia.

Kesimpulannya, semakin bertambah ilmunya tentang Allah, maka semakin bertambahlah rasa takut dan haibahnya kepadaNya.

Raja'

Raja' atau harap pula merupakan tambahan. Beberapa banyak orang yang mengagungkan seseorang raja yang ditakuti, kebaikannya. Seorang hamba adalah sudah selayaknya mengharapkan dengan solatnya ganjaran daripada Allah swt, sebagaimana ia takut bila mencuaikannya akan seksaanNya.

Faktor penyebab timbulnya raja' adalah makrifat akan kelembutan, kedermawanan, keluasan ni'mat, keindahan ciptaan, dan pengetahuan akan kebenaran segala janji Allah swt., khususnya janji Syurga bagi orang-orang yang menunaikan solat. Jika telah wujud keyakinan akan kebenaran janjiNya dan pengetahuan akan kelembutanNya, maka timbullah raja.

Haya'

Haya' merupakan tambahan bagi semua perkara di atas, kerana ia timbul daripada perasaan melakukan kecuaian dan perasaan berdosa. Mungkin sahaja pada seseorang terdapat kesemua yang lain, yakni ta'zim, haibah, raja dan lain-lainnya, tetapi tidak ada padanya haya', kerana tidak ada padanya perasaan melakukan sebarang kecuaian ataupun melakukan sebarang perbuatan dosa.

Maka perasaan haya' ini hanya akan muncul dengan adanya perasaan kekurangan, atau kecuaian dalam ibadat, dan mengetahui akan ketidak mampuan diri untuk mengagungkan Allah sepenuh hakNya. Dan perasaan tersebut menjadi lebih kuat lagi dengan mengetahui akan kecacatan diri, kekurangan ikhlasnya, keburukan batin dan kecenderungannya kepada memperoleh keuntungan yang segera dalam segala amal perbuatannya, di samping mengetahui akan besarnya konsekuensi yang dituntut kebesaran Allah, dan bahawa Dia Maha Mengetahui akan segala rahasia dan lintasan hati sehingga kepada yang sekecil-kecilnya. Semua pengetahuan ini jika telah diperoleh secara yakin, pasti akan menimbulkan suatu keadaan yang dinamakan haya'(malu).

Inilah sifat-sifat atau makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, dan faktor-faktor penyebabnya. Setiap perkara yang dituntut memperolehnya, maka caranya adalah dengan menghadirkan faktor penyebabnya. Dengan mengetahui faktor penyebabnya, maka kita akan mengetahui cara mewujudkannya. Penghubung kesemua sebab-sebab tersebut adalah keimanan dan keyakinan. Kekhusyu'an hati adalah mengikut kadar keyakinan, dalam erti semakin tinggi kadar keyakinan seseorang, maka semakin tinggi pula kadar kekhusyu'annya.

Dengan melihat kepada perbezaan makna-makna yang telah disebutkan di dalam hati, maka manusia terbahagi kepada orang yang lalai yang menyempurnakan solatnya tanpa kehadiran hatinya, walau sesaatpun; dan orang yang menyempurnakan solatnya dan hatinya tidak lalai walaupun sesaat, seluruh perhatiannya tertumpu pada solatnya, sehingga ia tidak menyedari apa yang berlaku di hadapannya, bahkan ada sekumpulan manusia yang wajah mereka menjadi pucat dan sendi-sendinya menggeletar.

Bahagian tiap orang daripada solatnya adalah mengikut kadar kekhusyu'an, pengagungan, perasaan takut dan lain-lainnya daripada makna-makna tersebut, kerana yang menjadi tempat perhatian Allah swt adalah hati, bukan gerakan anggota badan yang nampak. Pada hari kiamat nanti, tidak ada yang selamat melainkan orang yang datang menemui Allah swt dengan hati yang selamat.

Usaha Menghadirkan Hati Dalam Solat

Seorang mukmin, di samping beriman, ia juga tidak terlepas daripada keadaan mengagungkan Allah swt, takut, menaruh harapan, dan merasa malu kepadaNya atas kecuaian dan kekurangannya. Meskipun kekuatan keadaan tersebut bergantung kepada kadar kekuatan keyakinannya, tetapi terlepasnya dirinya daripada keadaan tersebut dalam solat tidak mempunyai sebab lain selain daripada berpencarnya fikiran, bercawangnya lintasan, ketidak hadiran hati pada munajat dan kelalaian daripada solat.

Tidak ada yang melalaikan seseorang daripada solat selain lintasan-lintasan yang mendatang yang menyibukkan atau mengganggunya. Tidak ada cara untuk menghadirkan hati melainkan dengan jalan menolak atau mengusir lintasan-lintasan tersebut. Sesuatu tidak dapat ditolak atau diusir melainkan dengan menolak atau mengusir sebab-sebabnya. Oleh sebab itu, hendaklah ia mengetahui sebab-sebabnya. Sebab datangnya lintasan-lintasan tersebut sama ada merupakan perkara yang datang dari luar, atau pun perkara yang datang dari dalam dirinya sendiri.

Yang datang dari luar, sama ada yang mengetuk telinga atau nampak bagi penglihatan, yang meragut perhatian, sehingga mengikutnya dan hanyut terbawa olehnya, kemudian fikirannya pun terseret kepada perkara-perkara lainnya secara berantai. Penglihatan menjadi sebab pemikiran, kemudian sebahagian daripada pemikiran-pemikiran tersebut menjadi sebab bagi sebahagian yang lainnya. Orang yang kuat niatnya dan tinggi minat atau perhatiannya, segala yang berlaku pada pancainderanya tidak akan membuatnya lalai. Tetapi orang yang lemah, fikirannya pasti akan berpencar kerananya.

Mengatasinya adalah dengan memutuskan atau menghalang sebab-sebab tersebut dengan memejamkan penglihatan, solat di tempat yang gelap, tidak membiarkan sesuatu yang boleh menyibukkan perasaannya berada di hadapannya, solat dekat dinding agar tidak luas jarak penglihatan, dan menghindari solat di tepi atau menghadap ke jalan, atau solat di tempat-tempat yang penuh dengan perhiasan, atau diatas permaidani yang berwarna-warni, apalagi yang dilukis dengan bermacam-macam lukisan.

Oleh kerana itulah, maka para ahli ibadat beribadat di dalam ruangan yang kecil atau sempit, supaya lebih dapat menumpukan perhatian. Orang-orang yang kuat daripada kalangan mereka meghadiri masjid-masjid dan menundukkan pandangan dan tidak melampaui pandangan mereka dari tempat sujud. Mereka berpendapat bahawa daripada kesempurnaan solat adalah bahawa kita tidak mengetahui siapa di sebelah kanan dan kiri kita. Ibnu Umar r.a. tidak membiarkan di tempat solatnya ada sebarang mushaf atau pedang melainkan beliau menyingkirkannya, dan tidak ada sebarang tulisan melainkan beliau menghapusnya.

Adapun sebab-sebab batin yang datang dari dalam diri kita sendiri, maka ia lebih susah mengatasinya. Sesungguhnya orang yang memiliki obsesi yang bercawang-cawang di lembah-lembah dunia, fikirannya tidak tertumpu pada satu aspek sahaja, tetapi sentiasa berkeliaran dari satu aspek ke aspek lain, sehingga menundukkan atau memejamkan pandangan tidak lagi berguna baginya. Apa yang telah bersemayam di dalam hati sebelumnya telah cukup menyibukkannya.

Cara mengatasinya adalah dengan menarik jiwa secara paksa untuk memahami apa yang dibaca di dalam solat dan menyibukkannya dengannya sehingga melupakan yang lainnya. Perkara lain yang boleh membantunya ialah mempersiapkan diri sebelum takbirat al-ihram dengan memperbaharui ingatan akan akhirat, kedudukan munajat dan pentingnya berdiri di hadapan Allah swt Yang Maha Melihat, di samping mengosongkan hatinya daripada perkara yang boleh menarik perhatiannya sebelum takbiraat al-ihram.

Rasulullah saw bersabda kepada Usman Bin Talhah:

Maksudnya: "Aku lupa mengatakan kepadamu supaya engkau menutup periuk yang ada di rumah. Sesungguhnya tidak semestinya di dalam rumah ada sesuatu yang boleh melalaikan manusia daripada solatnya".

Ini merupakan salah satu cara menenangkan fikiran. Apabila gelora fikirannya tidak dapat ditenangkan dengan cara ini, maka tidak ada yang dapat menyelamatkannya melainkan dengan menumpas atau mencabut materi penyakit dari akar umbinya, iaitu dengan melihat kepada perkara-perkara yang menghalang usaha menghadirkan hati. Tidak syak lagi bahawa yang demikian kembali kepada berbagai perkara yang diminati, yang telah menjadi perhatian utama bagi syahwatnya, maka ia menghukum jiwanya dengan melepaskan diri daripada syahwat-syahwat tersebut dan memutuskan berbagai ikatannya.

Setiap perkara yang melalaikan seseorang daripada solatnya membahayakan agamanya dan merupakan tentera Iblis, musuhnya; maka memegangnya lebih berbahaya daripada membuangnya. Oleh sebab itu, ia hanya dapat melepaskan dirinya daripadanya dengan membuangnya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah r.a. bahawa beliau berkata:

"Nabi SAW mempunyai khamisah (pakaian daripada wool yang padanya terdapat lukisan), maka baginda memberikannya kepada Abu Jahmah dan mengambil sebagai gantinya anbijaniyahnya (pakaian daripada wool yang paling kasar dan paling rendah mutunya). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, khamisah lebih baik daripada anbijaniyah.

Baginda saw bersabda: Aku melihat lukisannya dalam solat".

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, tidak melalui Aisyah r.a.

Nasai dan Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau berkata:

"Bahawa Rasulullah saw mengambil sebentuk cincin dan memakainya. Kemudian baginda bersabda: Cincin ini, sejak hari ini, telah melalaikan aku daripada kamu, sekejap aku melihat kepadanya dan sekejap aku melihat kepadamu. Kemudian baginda membuangnya".

Diriwayatkan bahawa baginda saw telah memerintah menggantikan tali terompahnya dengan yang baru. Kemudian baginda saw tergerak hatinya untuk melihatnya dalam solatnya, kerana barunya. Maka baginda pun memerintahkan supaya menggantikannya dengan tali yang lama kembali.

Diriwayatkan bahawa Abu Talhah menunaikan solat di dalam kebunnya, maka tiba-tiba beliau tertarik dengan seekor binatang yang terbang di atas pokok mencari jalan keluar. Beliau mengikutinya dengan pandangannya, kemudiannya beliau terlupa berapa rakaat beliau telah solat? Beliau pun menceritakan fitnah yang terjadi pada dirinya kepada Rasulullah saw, dan beliau berkata: "Kebun itu aku sedekahkan, aturlah mengikut kehendak tuan hamba".

Demikianlah mereka bertindak untuk memutuskan perkara yang menjadi bahan pemikiran, selain juga sebagai kesempurnaan solat. Itulah ubat yang mujarab bagi penyakit tersebut dan tidak ada ubat lainnya yang bermanfaat.

Adapun ubat penenang dan ajakan memahami zikir yang dibaca, maka ia hanya bermanfaat untuk mengatasi syahwat yang lemah dan keinginan atau minat yang tidak menyibukkan kecuali pinggiran hati. Adapun syahwat yang kuat yang bergelora, ubat penenang tidak berguna dan ia akan terus menariknya dan terus menarik anda, kemudian mengalahkan anda sehingga musnah seluruh solat anda dalam usaha tarik menarik. Walaupun demikian, anda tidak boleh meninggalkan mujahadah atau berhenti berusaha untuk mengembalikan hati kepada solat dan mengurangi sebab-sebab yang melalaikan.

Itulah ubat yang pahit, dan kerana pahitnya dianggap buruk oleh tabiat, sehingga penyakit yang ada menjadi kronik dan sukar disembuhkan.

Dipetik daripada buku Pejalanan Rabbani, Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat karangan Prof Madya Dr Musa bin Fathullah Harun.

Barisan Kepimpinan PAS Pusat 2007-2009




KEPIMPINAN PAS PUSAT

Pengerusi Tetap
Hj. Abu Kassim Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap
Hj. Hussin Ismail

Presiden

YB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden
Ustaz Nasaruddin Mat Isa

Naib Presiden
YB. Dato’ Paduka Husam Musa
Hj. Muhammad Sabu
Ustaz Ahmad Awang

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ust Idris Ahmad
Ust Abd Ghani Shamsuddin
Dato’ Ust Abu Bakar Chik
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr. Lolo Mohd Ghazali
Ust Abd Ghani Abd Rahman
Sdr Hanipa Maiden
Ust Mujahid Yusof Rawa
Ir Amiruddin Hamzah
Ust Azizan Abd Razak
Ust Taib Azamuddin
YB. Dato’ Anuar Tan Abdullah
Dr Zulkiflee Ahmad
Sdr Mazlan Aliman
YB Ust Nik Amar Nik Abdullah
YB Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
YB Datuk Takiyyuddin Hassan

Pemeriksa Kira-kira
Sdr Rashidi Hasaan
Sdr Abdul Malek Yusof
************************************************
KEPIMPINAN DEWAN ULAMA’ PAS PUSAT

Ketua

Ustaz Mohd Daud Iraqi

Timbalan Ketua
Ustaz Hashim Jasin

Naib Ketua
Ustaz Salleh Sani Harun al Hafiz.

************************************************
KEPIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pengerusi Tetap
Ustaz Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap
Sdr Aris bin Awang

Ketua

YB. Salahudin Ayub

Timbalan Ketua
Ustaz Nasarudin Tantawi

Naib Ketua
Ustaz Azman Safawi Abdul Rani

Ahli Jawatankuasa
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Ustaz Riduan Mohamaad Nor
YB Mohd Zaki Ibraim
Ustaz Mohd Nazri Chik
Sdr Ahmad Sabki Yusof
Ustaz Musoddak Ahmad
Ustaz Ahmad Bahaiki Atiqullah
Ustaz Kamal Ashari
Sdr Arifin Deraman
Ustaz Norazli Musa
Ustaz Sallehen Mukhyi
Sdr Zolkharnain Abidin Al-Hafiz

Pemeriksa Kira-kira
Sdr. Muzamil Hafiz
sdr. Jamel Saring

************************************************
KEPIMPINAN DEWAN MUSIMAT PAS PUSAT

Pengerusi Tetap
Norhashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Wan Hamidani Wan Ahmad

Ketua

Ustazah Nuridah Mohamed Salleh

Timbalan Ketua
Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua
Ustazah Siti Zailah Md Yusof

Ahli Jawatankuasa
Senator Wan Ubaidah
Mastura Ahmad
Dr Siti Mariah Mahmud
Senator Mumtaz Mat Nawi
Aiman Athirah al-Jundi
Nurul Huda Yusof Rawa
Dr Halimah Ali
Rosiah Salleh
Fatimah Ibrahim
Dr Rosni Adam
Munirah Athirah Hasan Adli

Pemeriksa Kira-kira
Farah Ahmad
Asmah Daroni

Apa beza disko sampai pagi dengan karaoke 50 jam tanpa henti


Hari ini aku rasa semua dah baca berita yang termuat di dalam Berita Harian mengenai cadangan kerajaan kita yang ingin mengadakan Pesta Karaoke 50 Jam Tanpa Henti. Kalau tak baca lagi, sila klik di sini.

Program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia yang akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada 10 Jun itu membuatkan aku teringat cadangan Pak Menterinya yang pernah mencadangkan agar disko dan pusat-pusat hiburan di negara ini dibenarkan beroperasi sampai ke pagi dengan tujuan menarik ramai pelancong ke Malaysia.

Kali ini, dengan menggunakan lesen untuk mengisi program kemerdekaan, kerajaan seolah-olah lupa akan cadangan yang pernah menimbulkan kemarahan kebanyakn rakyat yang jelek dengan cadangan tersebut yang jelas tidak sesuai dengan agama dan resam budaya tempatan.

Cadangan (yang sehingga kini sudah di atur dan akan diadakan itu nanti) itu juga sekali lagi mencabar kewibawaan institusi agama di negara ini yang pernah memfatwakan SureHeboh (kini JomHeboh)diharamkan suatu masa dahulu dan kemudiannya dilecehkan sebegitu sahaja tanpa ada teguran apatah lagi halangan dari pihak yang berkaitan.

Hari ini hal seperti itu akan terjadi lagi. Dan sekali lagi rakyat Malaysia umumnya akan hanya melihat dan tidak mempedulikan apa yang terjadi. Mereka sebenarnya memang mempunyai sikap tidak pedul dan sensitiviti kepada perkembangan keruntuhan akhlak yang selama ini dilambakkan kepada mereka. Mereka sendiri sudah hanyut dengan pelbagai program hiburan.

Kalau dahulu program-program maksiat mahupun konsert-konsert haram ini dianjurkan oleh pihak-pihak yang membuat bisnes hiburan ataupun oleh syarikat-syarikat besar yang ingin melariskan produk mereka, kini hiburan terlarang ini dianjurkan sendiri oleh kerajaan mereka sendiri.

Kita mungkin (kerana teruknya kita dan mudah lupanya kita) masih ingat bagaimana dahulu konsert Inul dari seberang yang dibantah kuat oleh masayarakat sehingga pihak penganjur terpaksa membatalkan kedatangan artis tersebut. tetapi hari ini, Inul sudahpun datang paling kurang 2 kali ke negara kita untuk melalaikan rakyat. Dan seingat aku, salah satu dari persembahan Inul adalah dijemput oleh pihak kementerian yang sama. Dan seperti biasa, paling mengecewakan aku ialah sikap rakyat yang sama- yang dahulunya menentang kedatangan artis tersebut, sekarang sudah pun merelakan malah memuji-muji pula dengan hamburan kata-kata yang enak.

Maka hari ini aku tidak akan pelik kalau-kalau ada rakyat yang dahulunya menentang cadangan Pak Menterinya untuk membenarkan disko beroperasi sampai ke pagi menyetujui program Karaoke 50 jam tanpa henti tidak kira siang-malam, pagi-petang hanya kerana untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sudahpun merdeka selama 50 tahun.

Kali ini ianya lebih hebat. Bukan lagi di disko-disko, tetapi di tempat terbuka. Bukan setakat untuk pelancong, malah rakyat juga berkunjung. Amanah mufti ditolak tepi, artis penyanyi disanjung tinggi. Dari dulu rakyat ditipu, Hidup BN dari dulu.

PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA 2007 (PBIA-'07 )

PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA 2007
(PBIA-'07 )
Anjuran
SEKRETARIAT PENERBIT DAN PENGEDAR BUKU-BUKU ISLAM MALAYSIA (SPEEDI)

Dengan Kerjasama
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU (MPKB),
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KELANTAN (PPAK),
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN (JHEAIK),
YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)

Pada
2hb Jun 2007 – 12hb. Jun 2007

Bermula
10 pagi – 10 malam

Tempat:
Dewan Jubli Perak,
Majlis Perbandaran Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Sepanjang PBIA-'07 ini berlangsung, antara fokus produk dan pameran yang akan diberi tumpuan ialah:
1. Pameran dan jualan buku-buku Islam.
2. Produk-produk multimedia Islam.
3. Bahan-bahan bantu pengajaran dan pendidikan.
4. Produk kesenian dan kebudayaan Islam (yang berkaitan).
5. Buku-buku sains, ilmu pengetahuan umum dan teknologi.
Selain daripada program induk/utama seperti yang dirancang oleh pihak penganjur, peserta-peserta juga bebas untuk menganjurkan program-program sokongan atas inisiatif dan biaya masing-masing, dengan penyelarasan penganjur. Antara program-program yang dicadangkan termasuklah:
1. Majlis Pelancaran Pesta Buku dan Majlis Penutup.
2. Program ramah mesra bersama penulis/pengarang.
3. Progran silaturrahim bersama tokoh-tokoh terkenal dari dalam dan luar negeri.
4. Mini seminar dan talk show.
5. Pelancaran buku-buku baru.
6. Diskusi ilmiah dan wacana ilmu.
7. Pertandingan nasyid terbuka (sekolah-sekolah YIK).
8. Pertandingan membaca dan bercerita kanak-kanak.
9. Pameran dan demonstrasi menulis al-Qur'an Mushaf Malaysia.
10. Demonstrasi tulisan khat dari China.
11. Pameran al-Qur'an dan Sains serta pertunjukkan VCD/Multimedia Islam.
12. Forum Perdana Islam dan Bicara al-Din bersama tokoh-tokoh agama.
13. Majlis Makan Malam meraikan peserta-peserta pameran dan jemputan khas.
Pelbagai peraduan dan cabutan pengunjung bertuah.

Marilah kita beramai-ramai berkunjung ke Pesta Buku Islam Antarabangsa yang julung kali diadakan ini. Jumpa disana….