Banjir besar di Pekan.



PEKAN 13 Dis — Bagi mengatasi masalah banjir yang semakin buruk di Pekan, Pahang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, muara Sungai Pahang di Kampung Tanjung Agas perlu diletupkan untuk membolehkan air mengalir keluar ke laut.

Katanya, muara Sungai Pahang di kampung terbabit telah menghalang pengaliran air dan ia kini hampir bercantum dengan kampung berdekatan iaitu Kampung Pulau Syed Hassan.

Najib, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, langkah sedemikian pernah dilakukan pada 1971 ketika banjir besar melanda Pekan.

Sila klik untuk berita lanjut

Bagi aku lah kan:
1. Mengapa dalam banyak-banyak tempat, nak juga Allah datangkan banjir ke kawasan Pekan. Soal faktor alam semulajadi dan cuaca tu cuma asbab kejadian sahaja. Apa pun Allah jugalah yang berkuasa dan menentukannya.



2. Kebetulan ke kalau TPM kita ni merupakan Menteri Pertahanan dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara? Kalau di lihat seolah-olah kejadian banjir ini seumpama menguji atau mungkin juga untuk memberikan ujian kepadanya yang juga secara kebetulannya sebagai wakil rakyat di Parlimen Pekan.

3. Kita nak tengok juga apakah dalam hal seperti ini TPM Kita tidak akan pilih kasih. Maksud saya tidak menggunakan kelebihan yang beliau ada sewenangnya misalnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan untuk mendapatkan bantuan atau kemudahan yang lebih dari sepatutnya. Maksudnya di sini kita nak lihat ada tak kecenderungan untuk beliau menyelamatkan penduduk di kawasan sendiri lebih dari kawasan yang lain?

4. Juga, perlukah sehingga hendak diletupkan muara sungai supaya air dapat di alirkan ke laut? Apakah sekadar untuk menunjukkan keprihatinan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan sendri? Atau hendak menunjukkan apa yang beliau boleh lakukan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dan juga sebagai Menteri Pertahanan? Adakah tindakan ini akan di lihat sebagai kelebihan kepada TPM kita dengan bidang kuasa yang dimilikinya?

5. Yang kelima dan seterusnya, kita sama-sama fikir-fikirkan.

2 comments:

jundullah said...

guna C4 najib toya oi..
macam UTK-UTK hang pi letup altantuya tu..

eXception said...

Bagi yang tak dok kat Pekan, jangan buat spekulasi yang bukan-bukan... Aku anak jati Pekan, memang benar beting pasir menghalang laluan air dari Sungai Pahang ke laut... Menyebabkan laluan air tersekat... Ini bukan sebab dosa sesiapa... Bencana Alam turunnya dari Allah, jika Kelantan dan Kedah dilanda banjir baru-baru ni, nak kata dosa siapa? At least Datuk Seri Najib ada inisiatif, bukan mcm pemimpin pembangkang... senyap jer...