SMS dari KA.

Aku baru sampai di rumah. Kebasahan akibat hujan di perjalanan pulang ke Serdang. Sebaik sampai aku terperasan ada SMS. SMS dari KA mengajak aku ke HUKM untuk melawat seorang junior yang kemalangan.

Apa yang membuntukan aku ialah, aku telah sampai di rumah. Di luar hujan sedang turun. Aku baru balik dari Cheras dan HUKM itu juga di Cheras. Aku cuma tak terperasankan SMS itu dari awal sahaja.

Hari ini (19/02/2007) aku berniat untuk ke HUKM melawat Ghafil. Cadangnya hendak ziarah pada sebelah petang. Tahu-tahu pula, si Ghafil telah dibawa pulang emaknya tengahri tadi ke Terengganu.

Makanya, untuk kali kedua aku SMSkan Ghafil akan niat aku untuk menziarahinya tidak kesampaian.

Mengapa ya? Kebelakangan ini ramai kawan aku (dan aku sendiri) kemalangan. Dan kesemuanya adalah kes dilanggar oleh kereta yang dipandu lelaki Cina.

0 comments: