Jadi ejen Takaful Ikhlas lah pulak...hehe



Baru-baru ni aku kembali terfikir untuk menjadi ejen Takaful Ikhlas setelah sekian lama aku mengikuti beberapa kelas sebelum ini dan pernah juga mengisi borang untuk ambil exam sebagai ejen insurans / takaful.

Cuma kebelakangan ini, perasaan itu kembali dan ingin direalisasikan. Harap-harap langkah yang aku orak kali ini membuahkan hasil seperti yang dicitakan. Alah, cuma part time agent saja.

Ada rezeki lebih, ada lah sumbangan yang lebih kepada jemaah.

Lagipun, maksud kepada hadis di bawah:

"Inn at-yaba ma akalar rojulu min kasbih(i)"

"Sesungguhnya apa yang sebaik-baik dimakan bagi seorang pemuda (maupun pemudi) adalah dari hasil tangannya "

Insya4JJI, sebagai langkah pertama aku akan ambil exam nanti pada sebelah pagi 6 Jun 08 di Maju Junction. Malamnya pulak aku nak ke Kedah untuk ziarah dan ahdir walimah sahabat, ziarah YDP kawasan dan zaujahnya serta ziarah mak dan ayah angkat.

Selain dari silent agenda untuk pusing2 satu Kedah yang dah diperintah oleh PAS/Pakatan Rakyat.

1 comments:

fizah said...

leh citer skek pasal takaful ikhlas ni tak? ok ke kalu join?