DPP Putrajaya doakan kesembuhan buat DYM Tengku Puan Pahang dan 5 anakanda

Seperti biasa setiap pagi saya meluangkan masa melayari internet membaca berita dan isu-isu semasa. Jujur saya terkejut apabila membaca satu berita bertajuk “Tengku Puan Pahang dan 5 anakanda hidap H1N1″. Terus saya memberitahu kawan disebelah meja kerja dan kami sama-sama serentak menyatakan rasa dukacita mendengar khabar ini.



Lantas saya terdetik untuk mengirim artikel ini untuk dikongsi bersama teman-teman alam maya yang lain. Saya juga ingin rakamkan bait doa yang boleh sama-sama kita amalkan. Doa ini seorang teman telah kongsikan ilmunya ketika negara kita sedang diserang wabak H1N1 ini. Doanya:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Selawat dan Salam buat junjungan Nabi SAW, keluarganya dan para sahabat,


Semoga DYM Tengku Puan Pahang dan anakanda-anakanda DYM Tengku Puan cepat sembuh.

Ikhlas dari kami:

YD PAS Putrajaya,

Dewan Pemuda PAS Putrajaya.

"Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti"

1 Ogos tahun ini telah merakamkan satu lagi kemuncak luahan rasa rakyat berkenaan akta zalim ISA yang sehingga kini masih menjadi alat penguasa zalim Umno-BN untuk terus berkuasa. Hak rakyat berhimpun dihalang jelas sama sekali tidak menunjukkan keikhlasan rejim PM Najib yang mendabik cita ingin menjadi PM Rakyat.

Retorik 1Malysia PM Najib sehingga ke hari ini bukan sahaja menjadi sindiran rakyat malah bertukar menjadi kemarahan rakyat. Semuanya bermula dengan beberapa isu yang menghimpit segenap lapisan rakyat, baik sesiapa pun. Seawal kempen pilihanraya Manek Urai. berikut tindakan bijak kepimpinan PAS yang telah membangkitkan isu royalti kelantan. Kemudiannya kenaikan harga tambang kenderaan awam, tarif elektrik (yang dijamin tidak dinaikkan tahun ini; yang bermakna tahun depan akan dinaikkan), kegagalan mengawal kemerosotan ekonomi negara, isu amah Indonesia, kecelaruan politik dalaman Umno-BN, isu korupsi dan keselamatan, dan terbaru tindakan ganas KDN berhadapan dengan rakyat dalam isu ISA,

Semua yang dinyatakan ini jelas menunjukkan kegagalan pendekatan 1Malaysia PM Najib dan sekiranya semua isu ini diambil kira maka kita yakin petunjuk aras prestasi PM Najib pastinya berada pada tahap gagal dan tidak dapat dipulihkan lagi. Tema 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan hanyalah ungkapan kata yang sedap didengar sahaja.



Hari ini, PM Najib menyatakan bahawa Himpunan Mansuhkan ISA mempunyai motif politik yang (diusahakan oleh PAS). Satu kenyataan politik seorang PM yang tidak bijak, yang mendatangkan kemarahan kebanyakan rakyat yang ketika ini majoriti rakyat mahukan akta ISA itu dimansuhkan oleh kerajaan.

Ini jelas apabila Menteri Nazri Aziz menyatakan pihak kerajaan (ditelunjuk kerajaan Umno-BN) tidak sesekali mahu menghapuskan akta zalim ISA sepertimana katanya bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar.


PM Najib jelas tidak memahami kehendak rakyat, barangkali berkhayal rakyat mungkin sudah termakan atau mungkin yakin 'kemenangan moral Umno di Manek Urai' sudah cukup menjadi KPInya untuk mengatur langkah lebih bergaya memasuki pusingan 100 hari keduanya. Tidak cukup dengan itu PM Najib juga kebelakangan ini makin lunak mendendangkan ikrarnya untuk menjadi PM Rakyat sehingga tahun 2012. Apakah PM Najib berkira-kira untuk menjadi PM penggal kedua dengan kemenangannya sendiri sebagai pengerusi BN didalam PRU13 nanti?

Sebelum hal ini terjadi, adalah moleknya kita memahamkan PM Najib dengan bahasa demokrasi rakyat seperti yang ditunjukkan pada hari ini. Apa kata kalau PAS mengusahakan pula satu lagi himpunan rakyat; yang saya kira sebagai Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti.

Kita positif Kelantan akan diberikan hak royaltinya lambat atau cepat. Cuma yang kita gusar ialah bagaimana nanti royalti itu akan digunakan. Kita sudah melihat hal yang berlaku di Terengganu. Bagaimana rakyat Terengganu dipergula-gulakan dengan hak mereka sendiri.



Cukuplah selama ini rakyat Kelantan dinafikan segala keistimewaan yang sepatutnya dikecapi seperti rakyat negeri-negeri lain. Mujur rakyat Kelantan memiliki jatidiri kewilayahan yang kuat yang menjadikan mereka matang, celik dan kuat membela negeri mereka. Maka atas sejarah sifat Kelantan ini kita merasakan sudah sampai masanya PAS mengusahakan suatu himpunan, "Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti".

Biar ribut, biar kalut,
asal saja mereka tahu,
bahawa kita ingin tuntut,
hak kita yang mereka pun tahu