TG Hj Hadi Awang perdana menteri yang dikehendakki

Artikel Pendek Oleh Tarabulsi_2008

"
Setelah membaca temubual Harakah dengan Tuan Guru Ustaz Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, kawan saya telah berkata - "Yes, lebih banyak I study the statements made by Hadi Awang dari dulu sampai sekarang, I have to agree with you that Hadi Awang is the right man to be our Prime Minister". Kebijaksanaan Ustaz Hadi, keikhlasan beliau, kejujuran beliau, kesederhanaan beliau, keberanian dan ketenangan beliau serta sifat benar-benar sayang kepada semua rakyat tidak kira kaum atau agama begitu menyerlah sekali dalam hujah-hujah beliau semasa temubual dengan Harakah itu dan dalam kenyataan beliau yang sudah-sudah. Negara ini yang kini berkecamuk dan bercelaru perlukan pemimpin seperti Ustaz Hadi untuk memimpinnya, bukan seorang yang tidur, bukan seorang rebel rouser, bukan seorang yang dikhianati dengan tuduhan liwat, dan bukan seorang yang disyakki terlibat dalam pembunuhan.


Bila dikaji kemyataan-kenyataan Ustaz Hadi tentang "Islam for All", tentang ketidak adilan PKR boleh tapi PAS tak boleh berjumpa dengan UMNO, tentang DAP tak boleh sentuh dalam perkara yang jadi hak orang Islam, tentang perlunya saling hormat menghormati antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, tentang perlu muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam, tentang tuduhan liwat dan tuduhan ke atas Rosmah, dan lain-lainnya, jelas bahawa Ustaz Hadi punyai 'crystal clear mind' terhadap berbagai isu-isu tersebut.
Okaylah. Cukup setakat ini. Kaji sendiri dan kalau anda mengkaji kenyataan-kenyataan Ustaz Hadi tanpa prasangka atau prejudis, maka anda akan akui bahawa Ustaz Hadi lebih layak jadi perdana menteri. Dan negara yang berkecamuk sejak sepuluh tahun ini perlukan Ustaz Hadi untuk memimpinnya kearah yang direstui Allah SWT.

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!
Tarabulsi
12 Julai 2008

0 comments: