ARAHAN MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL.


Assalamualaikum wbt...

Makluman kepada semua pemuda;

ARAHAN MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL.

1. Dimaklumkan bahawa Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes)
akan menganjurkan Himpunan besar-besaran (sejuta rakyat) pada 6 Julai 2008
(AHAD), jam 9.00 pagi bertempat di Padang Timur hadapan Amcorp Mall,
Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan.

2. DPPN / DPPK diminta mengarahkan pemuda-pemuda untuk turun bersama-sama
ke program Himpunan tersebut. Sila daftarkan nama dan uruskan pengangkutan
ke program tersebut. DPPK diminta mensasarkan seramai 1000 orang dari
setiap kawasan (mengikut kemampuan).

3. Untuk makluman, Protes menetapkan baju berwarna merah T-Shirt beserta
logo Protes sebagai baju rasmi perhimpunan. DPPN/DPPK dinasihatkan untuk
mendapatkan baju tersebut dari wakil setiap negeri atau kawasan.

4. Bagi memudahkan urusan pengangkutan, peserta himpunan dinasihatkan
menggunakan kenderaan awam (LRT, bas dan lain-lain) bagi mengelakkan
kesesakan.

5. Sila tepati masa dan arahan dari semasa ke semasa yang akan diberikan.
Adalah diharapkan, sejuta rakyat atau seramai mungkin pemuda dapathadir ke
perhimpunan tersebut bagi menunjukkan solidariti rakyat menentang kenaikan
harga bahan bakar.

Sekian terima kasih.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
SEKRETARIAT DPPP

0 comments: