HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT MALAM INI


IPOH : Satu himpunan dan ceramah Perdana lima Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan pada malam ini di Stadium Ipoh,Perak bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.Ia akan membariskan Menteri Besar Perak, Ir Nizar Mohamad Jamaluddin, Menteri Besar Kedah, ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Majlis akan dimulai dengan solat isya' secara berjamaah diikuti dengan solat sunat hajat seterusnya pidato oleh kelima-lima orang Menteri Besar.Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang julung-julung kali menghimpunkan kesemua pemimpin utama kerajaan pakatan rakyat selepas kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu.

Ia juga akan disiarkan secara langsung di laman web www.webtv.pas.org.my, www.harakahdaily.net dan www.kelantan.tv.

0 comments: