Hampir

15 minit yang lepas, aku dari BA hendal ke mana-mana surau yang beredekatan untuk solat Zohor. Cadangnya nak ke Surau Hidayah dan kemudiannya ke Sri Serdang untuk makan tengahari.

Sedang aku di simpang 3. Aku yang dari jalan kecil hendak ke jalan utama. Jalan kecil yang aku lalui ditutup sebelah menyebabkan kenderaan yang ingin keluar dan masuk beratur mendapatkan giliran laluan. Aku melepasi laluan dan ingin masuk ke jalan utama dari simpang 3 tersebut.

Kelihatan 2 buah kereta dari kedua-dua arah kiri dan kanan jalan utama dengan jarak yang selamat, dengan kereta kancil merah 'Sekolah Memandu' dari arah kanan dan kereta ATOS/Kelisa putih/silver dari arah kiri. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke jalan utama.

Tiba-tiba datang sebuah motor EX5 yang dipecut oleh seorang lelaki india dari arah belakang kereta kancil merah yang mula membelok perlahan untuk masuk ke simpang kecil yang sedang aku mengolah langkah untuk ke jalan utama. Tayar motor aku sudah berada di tengah-tengah lorong kiri jalan utama. Si India tadi yang dengan laju, 'keluar' dari arah belakang kancil merah dan mula menggelabah ke kiri dan ke kanan. Kalau dia ke kanan, dia akan bertembung dengan ATOS/Kelisa putih/silver. Kalau dia ke kiri, dia akan melanggari kancil yang bergerak perlahan dan di tengah-tengah lorong pula dia akan melanggari aku.

Aku cuba untuk memecut ketika itu, tetapi dengan gelagat si India yang gelabah itu tadi menyebabkan aku hanya seolah-olah terhenti dan hanya menyaksikan gelagatnya. HAsilnya ketika aku cuba menambah kelajuan untuk terus membelok ke kanan, kereta ATOS/ Kelis putih/silver sudah sangat hampir dengan aku. Si India tadi sudah hampir melapasi aku kerana si kancil merah tadi sudah separuh badannya melorong ke jalan kecil.

Dengan kelajuan yang kecil, aku terus juga memecut sedaya mungkin dan Alhamdulillah untuk kali keduanya aku terlepas dari kejadian yang hampir sama 3 hari yang lepas. Ketika itu sebuah kereta wira dengan laju secara tiba-tiba memotong dari arah belakang sebuah kereta yang ingin membelok masuk ke jalan kecil di mana aku pula ingin mengolah langkah ke jalan utama.

2 comments:

Jundiummah said...

Kena kerap datang BA la kalu macam ni...ada kaitan ka?

Alhamdulillah, hati-hati bila bawak motor...

Ilriady Al-Kalantani said...

ye la... bila lak nak datang ziarh tok naqib enta ni?