Untie Auntie



Februari, minggu lepas
Selasa (Bilik Cuci)

Auntie: Kenapa sini berenti?
Vasu: D nak tengok auntie basuh conical flask la, auntie!
Auntie: Penatlah auntie, berenti sikijap la.
Aku: Auntie picit belakang, boleh? (tanpa niat, tidak bersungguh)
Auntie: - buat muka macam tak dengar apa-apa -
Vasu dan Aku: - gelak sama-sama -

-Dapat SMS dan reply SMS-

Vasu: Ini mesti awek ni?
Aku: Yup, 'aweks'. Malam ni kami 'meeting'.
Auntie: Be carefull ha D, itu kalau XxX nampak, nanti dia marah. Belakang sini ok, itu CCTV tarak nampak. Depan sana jangan main sms.
Aku: Ok..

Rabu (Pantry, Break-fast)

Auntie: Demam ka D? Pergi amik ubat la, isi form then bagi bos sign. Minta form dengan Mages.
D: Boleh ka? Dengan Mages, auntie?
Auntie: Ya la. Mages, downstair sana.

Lepas lunch
Auntie: Tadi ada amik ubat ka?
Aku: Ada.
Auntie: Saya mau sikit, boleh?
Aku: Amik je auntie. Untuk auntie, amik semua pun boleh.
Auntie: Banyak pandai cakap la you.

Khamis (Break-fast)
Auntie: Hari ni tadak puasa kah D?
D: Tadak la auntie, nak makan ubat.
Auntie: Semalam lepas sampai rumah, saya mandi,makan malam,amik ubat yang D bagi, kemudian terus tidur. Ini hari bangun sudah baik. You tadak baik lagi ka?
Aku: Lupa makan ubat la auntie.
Vasu: Lupa makan ubat sebab 'meeting' ke?
Aku: Ye la, 'meeting' sampai lewat-lewat.

Auntie dan Vasu: -cakap dalam bahasa Hindu-
Aku: Ha...politik ni? Sammy Vellu et?
Auntie: Ya la. Hari tu kami manyak sakit hati tau D. dalam SundayTime dia tulis...itu Adil boleh bagi 1 lembu, 1 kambing, 1 ayam ka? Tarak boleh la itu macam, perli-perli. Adil bukan government.
Aku: Hayyo. Tapi worang kata semua orang tarak suka sama Sammy Vellu sekarang? Itu hari masa Thaipusam.
Auntie: You tahu ka, 90% indians sekarang tarak suka sama dia. Dia sudah lama jadi ketua. Bagi orang lain la.


Jumaat (lunch)
Vasu: Balik mengundi tak D?
Aku: Mestilah!
Vasu: Sokong PAS et!
Aku: Kami Kelantan lain dari yang lain. Kami berani buat perubahan. Kami tengok siapa yang perform. Nama pun demokrasi, kan?
Vasu: Ya la.
-Mahu je aku panjangkan, memang antara PAS dan BN, PAS je yang perform-
Tapi sebagai orang baru, cakap sikit dah la.

Sabtu
Aku: Saya pecah-pecah la auntie dalam mulut.
Auntie: Panas badan ka?
Aku: Entahla, selalu tidur lewat kut.
Auntie: Minum banyak air la. Jangan buat Milo. Minum air masak saja. Milo pun boleh buat badan panas.
Aku: Saya buat Milo sejuk la auntie.
Vasu: Bukan la D, Milo tu boleh buat badan panas.
Aku: Saja je Vasu. Tapi saya nak buat Milo juga. Penat, nak energy sikit.

0 comments: