Tuk Guru Nik Abdul Aziz Tughun Putrojayo Hujung Minggu Ni!

Unit Kempen Jentera Pilihanraya PAS Putrajaya

Asssalamu'alaikum WBT dan Selamat Sejahtera kepada warga TKO sekalian.

Unit Kempen dan Penerangan Jentera Pilihanraya PAS Putrajaya kali ini ingin meminta jasa baik semua pihak untuk memanjangkan kempen program "Ceramah Penerangan Pilihanraya" Bersama Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Berikut butiran terperinci program tersebut :

Tarikh : 02 Februari 2008 bersamaan 24 Safar 1429 Hijriah
Tempat : Dewan Besar, Kompleks Serbaguna Presint 9
Masa : 05.00 petang - 07.00 petang

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI,
BAWA AHLI KELUARGA BERSAMA,
KAMI MENYAMBUT ANDA DENGAN MESRA.

KE ARAH PERUBAHAN YANG BAIK,
MENUJU PUTAJAYA BERKEBAJIKAN.

Kempen ini boleh dipanjangkan melalui segala media yang Saudara/i ada seperti laman sesawang, blog, emel, cetak dan edar risalah atau apa sahaja bentuk kempen yang termampu dibuat oleh Saudara/i.

Segala kerjasama dan jasa baik semua pihak dalam menjayakan kempen pilihanraya pada kali ini amatlah kami hargai. Semoga segala kerja buat kita ini diterima sebagai amal ibadah dan diganjari Allah SWT kelak.

Sekian, terima kasih.

Sila lawat Blog Dewan Pemuda PAS Putrajaya

(Juga boleh dilihat pada attachment di bawah)

1 comments:

Anonymous said...

http://bicaramaya.wordpress.com/