Tengku Adnan tidak bertanding di Putrajaya

Tengku Nan tidak bertanding di Putrajaya
Posted by dppputrajaya under Kenyataan Media (edit this)


Putrajaya, 21 Feb - Penyandang kerusi panas P-125, parlimen Putrajaya iaitu Tg. Adnan Mansor dilaporkan tidak lagi akan bertanding di mana-mana kawasan termasuklah di Putrajaya pada pilihanraya akan datang.

Keputusan-tidak- rasmi (hanya setelah diumumkan oleh Pak Lah nanti)
telah bertiup kencang dikalangan orang kuat UMNO sendiri. Jangkaan selama ini akhirnya terjawab mengenai siapakah yang akan bertanding di Putrajaya berikutan keterlibatan Tg. Adnan Mansor di dalam skandal VK Lingam yang mencemar teruk maruah kehakiman negara. Setakat ini, ada satu nama disebut-sebut untuk menggantikan Tg. Adnan. Bakal calon itu dikatakan dari UMNO Bahagian Bukit Bintang dan juga merupakan seorang usahawan yang kaya.


Mengulas kenyataan ini, Ustaz Nazir Zakaria selaku YDP PAS Putrajaya berkata: “Keputusan ini akhirnya terpaksa dibuat di peringkat UMNO/BN sendiri kerana mereka begitu sedar pengundi-pengundi di Putrajaya adalah mereka yang terpelajar dan sebenarnya berani membuat pilihan yang baik. Mereka juga majoritinya pengundi Melayu, tentu sekali persoalan dosa-pahala dalam menentukan pemimpin yang baik diambil kira.”
Berhubung soal PAS yang telah menamakan calonnya di Putrajaya pula, “Calon kita, Tn Hj. Mohamad Noor Mohamad yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan adalah calon yang paling sesuai kita letakkan di Putrajaya. Beliau berpengalaman luas di dalam pentadbiaran awam, pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan UDA, pernah beberapa kali bertanding kerusi parlimen di Wilayah Persukutuan dan sangat mesra dengan warga wilayah.”

“Sebagai orang kuat PAS Wilayah Persekutuan, beliau dikenali sebagai seorang yang beramanah dan mengutamakan kebajikan rakyat dan ahli.”

Ketika mendapatkan respon ringkas dari Tn. Hj Mohamad Noor Mohamad, beliau berkata “Saya juga ingin berpesan kepada pengundi-pengundi Putrajaya untuk menyahut seruan membuat perubahan yang lebih baik kali ini. Anda seharusnya bersikap terbuka dan berani. Undi anda tetap rahsia apabila SPR sudah mmberi jaminan bahawa tiada lagi nombor siri pada kertas undi kali ini. Jadi inilah masa dan peluangnya bagi saudara sekalian untuk menafikan keangkuhan BN.”

0 comments: