Bukti Tengku Nan pergunakan remaja yang masih bersekolah.

Proses penamaan calon telahpun melabuhkan harinya dan sekali lagi kita dapat menyaksikan tipu daya dan permainan kotor SPR dan juga jentera pilihanraya Umno-Bn diseluruh negara. Antaranya ialah bagaimana layanan berat sebelah, pilih kasih dan tutup mata SPR di dalam hal 'duti setem'.

Jika SPR dengan halnya sebagai budak-budak suruhan Umno-Bn. Kali ini kita lihat pula bagaimana Tengku Nan, calon Umno-Bn Parlimen Putrajaya yang mempergunakan remaja yang masih bersekolah untuk terlibat dan bekerja sebagai juak-juak mereka.

Berita awal yang diperolehi dari juak-juak mereka mengatakan bahawa perarakan penamaan calon Umno-Bn akan disertai oleh 3000 orang ahli. Tapi ternyata yang datang tidak ramai, malah menggunakan bas untuk mengangkut remaja-remaja ini.

The camera never lies:
Umno-Bn mengajar mereka berkelakuan seperti samseng?

Harap-harapnya mereka hanya inginkan duit poket dari Umno-Bn saja.

Tapi perlukah digadaikan masa depan remaja ini hanya untuk kepentingan politik Tengku Adnan, cuma dibayar beberapa ringgit sahaja?

Sampah-sampah nanti ada pihak perbadanan yang tolong kutipkan, bolehkan Tengku Nan?

Lagi melanggar peraturan hari penamaan calon, membawa dan membunyikan alat muzik.

Inilah 600 orang ahli PAS Putrajaya! Takbeer!

0 comments: