Ayat-ayat politik UMNO #1. Pastikan anda tidak tertipu!


Posted by dppputrajaya under Kenyataan Media

1) Wan Farid enggan ulas

KUALA TERENGGANU 1 Feb. – Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri (SU Politik Pak Lah), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh enggan mengulas spekulasi mengaitkan namanya sebagai calon bertanding di negeri ini.

Beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, terpulang kepada pucuk pimpinan parti di peringkat negeri dan pusat jika mahu memilihnya sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 nanti.

Ketika ini khabar angin mengaitkan beliau jika menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membolehkannya dilantik menjadi menteri besar tersebar luas di seluruh negeri ini, terutama di peringkat akar umbi.

Khabar angin itu bertiup semakin kencang berikutan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa beliau bersedia untuk dilantik sebagai Menteri Pusat jika pucuk pimpinan tertinggi parti memutuskan demikian.

2) Azmi dakwa maruah tercemar

PADANG BESAR 1 Feb. - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mendakwa imejnya tercemar berikutan pengumuman namanya tidak tercalon untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kali ini.Beliau berkata, kenyataan terbuka melalui akhbar mengenai namanya yang tidak tersenarai sebagai tiga calon tertinggi untuk bertanding pada pilihan raya ke-12 juga menjatuhkan maruah dirinya.

Azmi memberitahu, beliau juga kesal dengan cara pemilihan calon yang dibuat pada peringkat bahagian Padang Besar baru-baru ini.

‘‘Saya tidak tahu kaedah yang digunakan kerana biasanya apabila pengundian untuk calon dilakukan, pengiraan undi akan dibuat dan dimaklumkan kepada ahli-ahli sebelum diserahkan kepada pengerusi perhubungan UMNO negeri dan seterusnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya melihat tidak ada ketelusan dalam pemilihan calon kali ini kerana semuanya dilakukan secara sulit,” katanya.

Katanya, maklumat mengenai nama-nama calon juga adalah sulit dan hanya boleh diumumkan oleh Presiden parti.

‘‘Kalau nama saya tidak ada tak apa, saya serah pada Perdana Menteri, itu hak PM. Jika mahu saya pencen pun tidak menjadi masalah sebab saya sudah lama berkhidmat. Apa juga yang saya lakukan adalah untuk parti.

Nota:
1. Pastikan anda selalu update berita mengenai pilihanraya umum kali ini dari kedua-dua pihak media, Umno-Bn dan BA pada setiap masa.

2. Senaraikan isu/berita dibawah tajuk yang sama. Misalnya percakaran politik dalaman Umno Perlis yang melibatkan 3 kem pemimpin tertinggi yang mewakili 3 parlimen di Perlis, isu spekulasi MB baru Perlis, MB Perlis hendak di’hantar’ ke peringkat pusat dan sebagainya.

3. Sepintas lalu, baca dan ringkaskan jalan cerita dibawah tajuk/isu atau topik yang sama. Sudah memadai jika anda menyenarai-pendekkan kenyataan rasmi yang dibuat dan bukti susulan/tindakan seperti; “Apakah respon atau tindakbalas (samada dalam bentuk tindakan atau kenyataan balas) dari kenyataan yang dibuat?”

Misalnya:

a. Kenyataan Radzi Sheikh Ahmad yang mengatakan bahawa kepimpinan Umno Perlis mesti ditukar dari atas ke bawah.

b. Shahidan respon menjawab kenyataan Radzi.

c. Kenyataan pemimpin tertinggi Umno seperti Najib sebagai berkata Umno Perlis sepatutnya tidak mendedahkan pergeseran Umno Perlis kepada umum demi kelangsungan pemerintahan Umno.

d. Tindakan memperkukuhkan kedudukan secara terancang oleh Shahidan menggunakan saki-baki pemerintahannya (kedudukan dan kewangan) dengan mengadakan mesyuarat pemilihan yang tidak adil, beberapa siri lawatan ke akar umbi dan kempen poster-sepanduk menyokong kepimpinannya diseluruh Perlis.

e. Desperate statement dari pesaing kekuasaan (Azmi dan Radzi) bagi mengimbangi tindakan politik Shahidan seperti (termasuklah kenyataan bodoh dan ’stupid act’) syarat nak jadi MB kena ada bini muda yang cantik supaya dapat promosikan Perlis, bahawa keputusan muktamad adalah dari PM (bukan MB) dan apa yang diilhamkan oleh PM nanti semuanya wajib kena ‘aku dengar dan aku patuh’.

4. (Shahidan) yang menyedari (bahawa pesaingnya masih belum melonggarkan tekanan untuk bersaing dan bahang pilihanraya sudah hampir) akhirnya cepat-cepat menyenarai-pendekkan calon-calon pilihannya setelah dipastikan segala seterunya dilumpuhkan dan diserahkan kepada Pak Lah yang tiada action will untuk menolak senarai calon yang dipanjangkan.

5. Resultnya masih ada 3 kebarangakalian (selagi ia bernama politik), tetapi yang penting kita akan dapat mengesahkan spekulasi politik mengikut intrument dan sumber yang tepat. Juga boleh dipanjangkan untuk dijadikan sebagai studi persepsi politik semasa untuk kes yang sama ditempat yang lain.

6. Hasil yang menarik ini juga boleh dikongsikan dengan umum, supaya nanti rakyat dapat menilai sendiri apakah sebenarnya yang berlaku di dalam Umno dan sebab kenapa Umno gagal membela kebajikan rakyat adalah kerana mereka terlalu sibuk dengan politk cari makan dan politik tambah kuasa.

0 comments: