22 FeBRuaRi-TaRiKH MeNGuNiNGKaN KuaLa TeReNGGaNU

Posted by dppputrajaya under Kenyataan Media


Artikel Oleh iBNuZaCK2
“Assalamu’alaykum..

Janji BERSIH untuk mengadakan Karnival Rakyat pada bulan ini akhirnya terlaksana sudah.Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan BERSIH melalui berita ini (sila klik) ,menetapkan Kuala Terengganu sebagai venue untuk perhimpunan gergasi secara aman dan tersusun sepertimana perhimpunan 10 November yang lalu.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr Syed Azman sendiri,perhimpunan ini akan dilangsungkan di Batu Buruk di kawasan persendirian.Yang mana penulis jangkakan di kawasan perhimpunan sama yang menyaksikan tindakan biadab Polis menembak warga awam.

Tarikh perhimpunan yang dijadualkan 23hb diawalkan kepada 22hb iaitu pada hari Jumaat memandangkan ini adalah hari cuti buat warga Terengganu. Antara punca venuenya terpaksa diubah adalah kerana kegagalan mendapatkan stadium di kawasan Lembah Klang apabila pengurusan stadium Bukit Jalil,Stadium Merdeka dilapor menolak permohonan BERSIH;sesuatu yang cukup bertentangan dengan janji Najib lebih sebulan yang lalu.

Jika mungkin pengunjung terlupa,saya bawakan kembali ucapan Najib di TV3 pada akhir Disember 2007:
http://www.youtube.com/watch?v=HpXFxcIGF3A

Inilah akhir permainan Najib.Kami akan bagi permit untuk perhimpunan di stadium,tapi stadiumnya tak nak bagi.Maka bukankah dipanggil belit?Sebelit ketuanya tatkala mengisytiharkan negara ini sebagai yang ke 6 tercekap di dunia..

Apa sekalipun kita tetap mendoakan moga perhimpuan kali ini akan berjalan lancar.Tiada provokasi polis yang menyusahkan peserta serta kemunculan gelombang kuning yang lebih besar daripada lautan manusia pada 10 November lalu.

Bandaraya Kuala Lumpur sudah merasa,’bandaraya’ Kuala Terengganu lokasi seterusnya!
Ayuh kuningkan Kuala Terengganu 3 minggu dari sekarang!

iBNuZaCK: Nak ajak Abang Idris Jusoh join..
Sumber asal: http://ibnuzack.blogspot.com/

0 comments: