Ini sebagai permulaan

Dalam sibuk-sibukkan diri dengan urusan kerja dan urusan jemaah, sempat juga sebentar tadi melihat perkembangan blog ini. Sedang ‘membelek’ beberapa panel yang sebelum ini belum ‘dilihat’, tiba-tiba ada sesuatu yang agak mengujakan. Dari sekian entri-entri yang dimasukkan kedapatan satu pos yang berjaya menarik trafik yang agak banyak ke blog ini. Entri yang asal bahan mentahnya diperolehi dari yahoogroup kampus negara, iaitu keratan akhbar mengenai kutipan tol pada Tahun Baru Cina tahun lalu.


Dalam masa sehari entri tersebut menarik pembaca seramai 858 orang atau 858 kali ‘dibuka’. Suatu jumlah yang agak tinggi bagi blogger baru seperti kami. Berbanding dengan pos-pos yang lain yang hanya mencatatkan trafik secara puratanya kurang dari 5!Begitu bersemangat kami jadinya.

Blog ini sebolehnya cuba sedaya upaya untuk istiqomah mengeluarkan ‘entri sendiri’ paling minima 1 entri sehari. 1 entri sendiri sehari. Bukan entri pinjaman atau ‘entri copy-paste’ dari orang lain punya.

Namun dalam masa peroleh trafik yang tinggi itu, kami masih lagi tidak berpuas hati.


Kenapa? Kerana satu lagi indikator yang dapat membuktikan blog kami dikunjungi oleh orang ramai ialah jumlah komen atau pandangan yang diberikan atau ditingalkan opleh pelawat kami. Ataupun kami ini hanya mampu mengeluarkan entri sendiri dengan gaya kami tapi masih belum mampu untuk ‘mengajak’ pelawat untuk ‘berinteraksi’ dengan kami. Kami berhak kalau kami kata kami hanya syok sendiri.

Apa pun dengan adanya dua ‘bukti print screen’ dari pengendali wordpress.com ini telah dapat menyuntik sedikit (kalau tidak banyak) semangat untuk kami meneruskan langkah memeriahkan dunia blogger tanahair kita. Terima kasih atas sokongan semua dan diharapkan terus memberikan sokongan.

Ini baru permulaan.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429 Hijirah.

Daripada : PAS Kawasan Putrajaya dan Dewan Pemuda PAS Putrajaya.

0 comments: