Dah lama aku tak masak.

Asalnya aku dah plan nak ke mana-mana kedai elektrik atau pasaraya berdekatan, nak survey dan beli terus kalau dah berkenan. Nak belikan mak aku microwave. Aku dah bagitau dari raya Haji hari tu. Insya4JJI nanti 25 Januari nanti aku bawa balik masa aku balik kampung.

Lepas solat Zuhur di surau yang tak sampai 15 meter dari rumah aku, aku kembali dan terus menukar pakaian. Terlintas pula nak tanak nasi itupun sebab ada sambal daging yang diberikan oleh Suhaizi. Tengah 'basuh' beras, teringat pula ada ikan kering, cendawan dan telur. Lalu aku pun menyiang ikan kering dan basuh bersama cendawan yang dah siap aku ceraikan menjadi kecil sedikit dari saiz asalnya. Nasib ada periuk nasi bertingkat Elba. Aku pun letak la ikan kering tadi dan cendawan tadi di 'tingkat' atas periuk nasi yang baru sebulan aku dan Yunus beli kat Carefoure Sri Petaling.

Ingat nak masak stim je cendawan ni, tapi sedap ke? Spontan je aku memandai, cendawan tu aku letak dalam tupper-ware tahan panas, aku letak air dan sedikit garam, dan aku pecahkan telur ayam sebiji tujuannya untuk memekatkan sup aku dan tidak terlalu 'kosong' cadang nak buat macam sup. Dari ikan kering stim dan 'sup' cendawan tu semuanya rasa masin. Ye la, ikan kering memang dah masin, 'sup cendawan' pun aku letak garam guna untuk menawarkan rasa dan bau asal pada cendawan tu. Apa yang aku ada untuk menambahkan rasa yang lain? Paling kurang kena ada rasa manis. Aku teringat sambal daging yang ada danjadinya aku tak perlu buat apa-apa kerana nanti aku boleh makan nasi berlaukkan ikan kering, 'sup' cendawan dan sambal daging tadi.

Agak-agaknya bagaimanalah rasanya ya? Aku dah lama tak masak sejak berpindah dan berpecah haluan dengan teman-teman rumah lama. Semua dah balik kampung. Dapur yang kami warisi turun-temurun pun aku tinggalkan kat 'rumah lama' kami. Dapur tu lah yang mengeratkan kamu selama kami bersama. setiap hari kami masak. Ada saja kawan-kawan yang ringan tulang dan ingin memasak.

Sementara tu aku daj bersiap nak keluar. Aku terus ke tempat dituju. Tapi hujan mula nak turun dan aku berpatah balik. Kain baju yang aku basuh masih belum kering dan masih tersidai di pagar surau. Aku balik semula, angkat kain baju dan terus post-kan entri ini.

Aku rasa nasi dan 'lauk-pauk' aku dah siap masak. Aku nak makan sekarang. Kebetulan pula hujan dah berhenti. Maka, perancangan yang tertangguh tadi nyata masih boleh diteruskan kembali.

Mesej :
1. Perjuangan belum selesai.
2. Jangan lupa rumah dan 'kerja-kerja rumah' kita.
3. Perancangan dan back-up plan kena ada, atau paling kurang kita kena sentiasa boleh sesuaikan diri dengan perubahan dan kesuntukan. "Surprise Management" mungkin boleh membantu anda.
4. Tugas kita lebih banyak dari masa yang kita ada.
5. Gunakan kesempatan dalam kesempitan.
6. Permudahkanlah! Dan jangan dipersulitkan!
7. Apa-apa saja moral yang antum orang boleh dari cerita spontan ini. Kerana kita semahunya seperti mereka yang digambarkan hadis nabi SAW "Al-Hikmatu Dholatul Mukmin"

Lagipun, kan? “Allah menganugerahkan hikmat kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah itu, ia telah benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran”. (al-Baqarah:269)

0 comments: