Antara 2 darjat

Antara 2 darjat

Petikan dan tanggapan kepada berita di Berita Harian: Kaedah jimatkan kos bina rumah diteliti

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan sedang mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan kos pembinaan rumah, supaya rakyat dapat memilikinya pada harga yang berpatutan.

Rakyat tidak perlu menilai apa saja kaedah apatahlagi membincangkan soal pembinaan mahligai pemimpin-pemimpin dari pihak kerjaan Barisan Nasional. Ini bagi membolehkan mereka meneruskan impian mereka untuk memilikinya pada harga yang melampau tinggi.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan oleh kabinet, dan antara kaedah yang difikirkan sesuai ialah menggunakan sistem pembinaan pasang siap.

Datuk Z berkata, perkara itu sering dibincangkan sesama mereka, dan antara kaedah yang difikirkan gempar ialah dengan menceroboh mana-mana tanah rizab kerajaan.
Beliau berkata, semua komponen binaan rumah seperti tingkap, dinding dan pintu boleh dikeluarkan secara besar-besaran menerusi “Industrialize Building System” supaya kos pembinaan rumah menjadi lebih murah.

Mereka berkata, semua komponen seperti morzaic, pintu dan sehingga perabot semuanya tidak perlu dipersolakan oleh rakyat walaupun kos sememangnya mahal dan itu adalah setimpal dengan harga bagi barangan import.

“Kalau kos rendah, harga atau sewa rumah juga boleh dikurangkan dan ini pastinya tidak membebankan rakyat,” katanya berucap pada majlis pelancaran dan serah kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Ampang Jajar dekat sini, semalam. Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Kalau kos bukan jutaan, mahligai yang kami impikan tidak akan kesampaian. Jadi tidak mengapalah kalau belanja besar sikit, lagipun ini boleh dianggap sebagai pelaburan jangka panjang. Pasti rakyat akan bangga sekiranya pemimpin mereka mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mahligai berharga jutaan ringgit. Untuk itu kita sanggup memberikan seluas mana tanah rizab milik rakyat.

Pangsapuri 760 unit bernilai RM31 juta itu, akan disewa kepada rakyat miskin pada kadar serendah RM100 sebulan termasuk kos penyelenggaran.

Mahligai itu nanti tidak perlu dibayar balik kosnya kepada rakyat dan pemimpin tesebut boleh memilikinya sampai mati.

Beliau berkata, jika rakyat hendak membina rumah sendiri, mereka boleh membeli komponen itu dan meminta tukang rumah memasangnya dengan upah yang berpatutan.

Jika pemimpin hendak membuat renovation, mereka boleh menggunakan duit hasil jualan bantuan banjir yang kerajaan salurkan dan nanti bolehlah menggunakan khidmat kontraktor yang menyokongnya. Soal bayaran, kita boleh pusing duit-duit dari sources yang ada.

“Tukang rumah pula janganlah kenakan bayaran terlalu tinggi. Melalui cara itu lebih ramai rakyat yang dapat memiliki rumah mampu milik dan sekaligus mengatasi masalah kekurangan rumah untuk rakyat,” katanya.

Kontraktor pula bolehlah kenakan bayaran terlalu tinggi. Melalui cara itu pemimpin yang memiliki kediaman seperti istana, mengkayakan kroni dan sekaligus mengindahkan lagi kawasan sekitar kita yang sekarang ini telah mencapai target setinggan sifar.

Abdullah juga menasihatkan rakyat supaya berjimat cermat dan tidak membazir, khususnya dalam penggunaan elektrik, air dan pemakanan bagi mengecilkan kos kehidupan.

Abdullah jug tidak menasihatkan menteri-menterinya supaya berjimat cermat dan tidak membazir, khususnya dalam penggunaan elektrik, air dan utility lain kerana segala kos isi rumah dan tol akan ditanggung oleh rakyat. Mereka juga boleh ‘claim’ dari duit rakyat.

"Kerajaan memang mencari kaedah untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat, selain memberikan pelbagai subsidi, tetapi rakyat jangan pula membazir," katanya.

Kerajaan tidak mencari kaedah untuk mengurangkan beban rakyat kerana sebegitu ramai kroni perlu disuap, selain member pelbagai projek, dan rakyat sama sekali selama-lamanya tidak boleh membazir.


Abdullah berkata, rakyat perlu berjimat-cermat supaya sumber sedia ada dapat bertahan lama, apatah lagi amalan membazir mengikut ajaran Islam adalah sahabat syaitan.

Najib juga pernah menasihatkan rakyat untuk ubah gaya hidup. Kalau dulu naik kereta seorang sebuah kereta, sekarang kena kongsi-kongsi. Kos minyak jimat, jalan tak jamm dan udara lebih bersih. Pemimpin tidak mengapa, boleh tambah koleksi kereta mewah dan bida no plat yang mahal-mahal. Jangan boros, siapa yang boros dia adalah sahabat Barisan!

Sambil mengakui sebahagian harga barangan naik sedikit, beliau menjelaskan ia disebabkan pasaran global dan di luar kawalan kerajaan.

Harga barangan kita memang selalu naik dari tahun ke setahun. Kadang-kadang 2,3 kali setahun. Penyelarasan gaji sahaja yanh lama tak diperbaharui. Kalau ada pun, penyelarasan yang dibuat memang sepatutnya telah dibuat sekian lama. Dan yang paling penting selalunya ialah harga barangan kita adalah yang paling rendah kalau nak dibandingan dengan negara-negara lain.

"Pembangkang senanglah cakap. Mahu turunkan harga itu, ini, dia (pembangkang) bukan ada tanggungjawab. Kerajaan lain, kita sentiasa bertanggungjawab membela rakyat," katanya.

Pembangkang memanglah kerjanya untuk menegur kerajaan. Itu adalah pelengkap kepada sistem demokrasi. Tidak dipanggil demokrasilah kalau tak ada teguran, tapi dipanggil kuku besi. Kalau UMNO/BN jadi pembangkang nanti sama juga, akan membangkang juga.
Beliau seterusnya menegur pembaziran yang kerap berlaku pada majlis keraian, terutama dari segi penyediaan makanan sehingga ada yang terbuang sedangkan ramai lagi yang memerlukan makanan.

Ikut saja cara Tuan Guru Dato’ Nik Aziz dalam hal ini, bajet majlis keraian tidak diambil semuanya. Rumah rasmi tidak digunakan dan memilih untuk menggunakan rumah sendiri. Rumah rasmi digunakan untuk kemudahan rakyat seperti dijadikan sebagai pusat penempatan banjir. Tidak macam Pak Lah ada rumah besar, Sri Perdana dan juga rumah mewah di Australia.

0 comments: