Qiyamullail dan pengurusan risiko.




Dulu DSAI kata " Kalau takut akan risiko, usah bicara soal perjuangan."

Tapi hari ni aku lak nak kata sesuatu yang semirip dengannya, iaitu " Kalau takut akan perjuangan, usah bicara soal risiko. "

Hah! Cuba korang fikirkan apa yang hendak aku maksudkan itu.

Dari cerita yang lain pulak.

Semalam aku pergi demonstrasi di parlimen. 2,3 hari sebelumnya aku dah rasa takut semacam. Aku sedapkan hati dan kuatkan semangat. Adatlah orang berjuang. Dan adatlah rasa takut 'tu 'kan fitrah bagi setiap orang untuk ada. Tapi kali ini lain macam sangat rasanya.

Takutnya semacam sangat. Aku ingat aku je yang rasa macam tu. Rupanya Yunus pun macam tu juga. Dan ada benar bila Yunus kata "Pergh... tinggal solat malam, nak pegi demo pun dah rasa takut sekarang."

Aku angguk mengiyakan. Teringat juga yang diri sendiri pernah berkata demikian dahulu. Harus diberi perhatian.

0 comments: