Berubah angin gelombang kedua lebih hebat.



Dalam seminggu dua ni banyak perkara yang berlaku di sekitar aku. Bukan perubahan yang kecil. Mungkin saja nanti aku terpaksa berpindah tempat, sesuai dengan perubahan yang aku perlu lakukan lantaran berubahnya beberapa perkara tersebut. Yang pasti aku tidak berniat pun untuk keluar jauh dari nic yang aku diami sekarang. Bukan kerana aku malas untuk berasimilasi dengan suasana baru. tapi aku takut kalau-kalau aku pergi nanti ada susahnya kepada orang lain. Misalnya kerja buat yang bersangkut dengan PRU yang tak lama lagi akan berlangsung. Lagipun segala-galanya masih baru bagi aku di sini, walaupun aku sudah menetap sekian lama di Serdang. Adalah dalam 5 tahun. Dan aku begitu gembira di sini sebenarnya. Tapi, mungkin ada lagi gembira yang lain untuk aku di tempat lain nanti. Siapa tahu? Allah Maha Tahu.

0 comments: