SANANGKANLAH HATIMU

Assalamu 'alaikum WBT.

Sholawat ba'da Tahmid.

Mengapa menghina diri?

Sebagai muslim kita percaya setiap yang berlaku itu dalah ketentuan Allah dan setiap yang berlaku itu juga ada pengajaran, secara pakejnya baik yang tersuluh atau yang tersilau. Andai sesuatu itu merupakan musibah sekalipun, tetap ada hikmah yang Allah mahu kita suluhkan.

Bukankah? "Hikmah itu barang yang terciri kepunyaan orang yang beriman. Sesiapa yang menjumpainya, dia yang berhak ke atasnya."

Akhir2 ini, aku sering ditanyakan oleh sahabat2 berkenaan masalah2 mereka. Rata-ratanya mengenai study dan dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi sebaiak sahaja bergraduat. Aku cuma boleh memberi pesan, nasihat dan mendoakan. Dengan memanfaatkan pengalaman2 lepas dana bagaimana membuat persediaan menghadapi kenyataan dan seterusnya mengorak langkah ke tingkat seterusnya-walau jarak yang telah aku olah tidaklah jauh sangat dari mereka. Pengalaman sendiri tegak-jatuh-bangun-jatuh tersungkur-bangkit balik dan menyelesaikan masalah akademik ahli semasa ditaklif sebagai PSKB PMIUPM banyak membantu...(tanpa mahu diperpanjangkan).

Hakikat kejadian diri

Seawal-awal kejadian diri, Allah senantiasa mengingatkan bahawa kita dijadikan dari sari pati yang hina. Bagaimana kita bertumbuh ciri dan sifat di dalam rahim ibu kita, dan kemudiannya dengan rahmat Allah kita bergantung semata-mata (pada kekuasaan Allah jua) kepada bekal-makanan dan selaput-perlindungan dari rahim tali pusat dan rahim ibu kita. Begitulah tahunya kita mengenai awal perjalanan hidup di alam rahim yang ditumpangkan sementara di dalam rahim ibu, bertatih ke dunia hingga lewat ke hari ini. Perubahan dunia yang kita lalui ini merupakan aturan perjalanan yang setiap manusia tak terkecuali seorang pun dari melaluinya.

Sebagai tazkeerah, suka aku mengimbaukan kita semua kepada hakikat kejadian diri, mengutip dari firman Allah: "Dan telah berkata Allah kepada para malaikat, SesungguhNya aku ingin menjadikan manusia di muka bumi sebagai khalifah"

Sedikit mengenai khalifah

Khalifah (dan khilafah itu sendiri) menurut Ibnu Khaldun di dalama "Muqaddimah" ialah "Tegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya (agama yag telah ditegakkan itu tadi)".

Menegakkan agama ialah perjuangan meletakkan Islam sebagai "Islam (agama) sebagai yang tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya". Manakala mentadbir dunia dengan agama pula ialah usaha memakmurkan bumi sebagai tempat kehidupan manusia dan makhluk yang lainnya.

Dan bagaimana mungkin hendak memakmurkan dunia ini sekiranya perkara ilmu diabaikan?

Bagaimana mengatur langkah?

Tadi telah disebutkan sebelumnya akan tujuan hakikat kejadian diri juga aturan kehidupan kita. Bila disebut mengenai aturan (baik aturan hidup dsb), pasti akan ada keperluan untuk kita memahaminya terlebih dahulu. Sememangnya setiap aturan hidup itu ada matlamatnya, dan matlamat itu sendiri pula akan ada aturan dan tingkat-tingkatnya. Kita ingin mendaki gunung yang tinggi, sedang kita masih ada bukit2 yang perlu didaki.

Kita mestia ada matlamat akhir, matlamat jangka panjang dan matlanat jangka pendek.

"Metropolis Rome tidak terbina dalam masa selang sehari"

Matlamat akhir dan utama kita ialah mencari keredhaan-senyum simpul Allah. Matlamat jangka panjang kita ialh menegakkan dan melaksanakan Islam sepenuhnya. Matlamat jangka pendek pula ialah segala kelengakapan dan material yang perlu dipersiapkan untuk memenuhkan obejektif itu sendiri, misi jangka panjang dan misi matlamat akhir.

Umpamakan sebuah amsjid yang diniatkan (visi) untuk dijadikan tempat beriktikaf dan melangsungkan aktiviti harian ummat Islam (misi). Aktiviti2 yang hendak dilangsungkan ini pula berhajat kepda kemudahan yang sesuai dan berupaya memenuhi fungsi setiap satu obkjetif. tentu jika mahu, dilewatkan pula pada usaha2 untuk mengindahkan, memakmurkan dan meramaikan makmum sebagai agenda tambahan (yang lainnya).

Sedang beranalogi -sahabat yang dari tadi aku tinggalkan permasalahannya di mula bicara akan aku cuba penuhkan kekosongan fikiran dan cuba menjernihkan kecelaruan pikiran - dengan izin Allah jua. Setelah aku mengesani perasaan kecewa yang terbit dari hati yang dalam - sedang menanggapi diri sebagai manusia hina dan seolah berputus asa. Sehingga suatu baris kata yang lain, untuk mencari pekerjaan yang secocok dengan kursus yang diambil semasa di kampus menjadi suatu perkara yang perlu dilupakan. Apatah lagi untuk memanjangkan resume kepada pihak di lapangan yang berkenaan.

Katanya: -dengan aku beranalogi lagi; "Ana (result ana) umpama besi yang pernah bengkok, walaupun telah/boleh diluruskan kembali ia tetap tidak sama seperti sebelumnya. Malah rantau yang telah bengkok itu tidak lagi sesinar dan sekeras seperti sebelumnya ia bengkok. Tetap ada kesan -dan kesan yang itu menyuramkan."

Kataku berterus terang -dengan tanpa beranalogi; "Mengapa perlu memghinakan diri sebegitu sekali? Boleh saja kalu kita mahu (mesti sebagai tanda/ingatan kecuaian yang lalu) merendah diri, tapi bukan menghina diri. Kita sudah sedar (perlu sedar) diri dengan perbuatan kita. Perspektif yang perlu diperbetulkan."

Taubat sebaik-baik pemula langkah.

taubat adalah sebaik-baik langkah pertama untuk kita mengatur langkah. sebaik sahaja kita ingin melakukan sesuatu, Nabi pernah mengajarkan kita untuk membaca Basmallah. Lagi, seawal wahyu pertama, Allah berfirman : "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

Ini utnuk membiasakan diri kita untuk menetapkan hati kepada Allah dan ketentuan-Nya. Bahawa kita perlu sedar Allah telah mengatur dan menentukan segalanya.

Sedikti mengenai taubat.

Taubat (sepertimana takrif mengikut rukun2nya) ialah mengenangi dan menginsafi kecuaian yang lalu, memohon ampun (maaf dan istighfar), berazam tidak mengulanginya lagi, memulakan dan menjayakan tekad baru, dan beristiqomah memperbaiki dan memajukan diri

"Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang-orang yang bertauabt (dari prasangka, sifat keji dan kesalahan) dan membersihkan diri (dari hadas dan segala kekotoran zahir)".

Bagaimana taubat mengatur langkah [Ibrah dihujung nota]

1. Mengenangi dan menginsafi kecuaian - buat muhasabah, post mortem, SWOT dan bulatkan kembali tekad asal kita. Persoalan visi, misi dan objektif?
2. Memohon ampun (maaf dan istighfar) - menjernihkan kembali sehabis daya dan sebaik mungkin segala onar yang telah dibuat sebelumnya samada secara sedar atau tidak.
3. Tidak mengulangi kecuaian - mengambil pengajaran dan membuang jauh faktor2 kegagalan yang lepas. Elok ditambah hikmah, pengetahuan dan strategi yang boleh merapatkan jurang telah dibuat.
4.Bersitqomah memperbaiki dan memajukan diri - lazimkan diri di atas tekad yang telah diambil. Juga menetapkan ibadah wajib dan melazimkan ibadah sunat yang lain.
"Berimanlah kamu kepada Allah dan ketentuan-Nya, kemudian istiqomahlah."
5. Bersyukur - nilai kejayaan terletak pada harga sebuah kegagalan.

Tambahan:
* rujuk lagi sikap2 dan tindakan yang perlu diteladani sebagai amalan pengukuh jiwa dan penguat semangat.

Akhirul kalam : "Dan tiada ada Taufiq melainkan Taufiq dari Allah jua. Allah jualah yang lebih (Maha) Mengetahui."

Akh Ilriady Al-Kalantani
12:28pm.
lewat tengahari tanggal Khamis : 15 November 2007 @ 5 Dzulka'edah 1428H.

0 comments: