Sakit kepala?



Seminggu dua ni aku sering saja rasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut. Mungkin kerana cuaca panas dan kekurangan air dalam badan. Mungkin juga suasana kerja yang aku kurang selesa. Berada dalam lab yang kuat bau chemicals saban hari. Sungguh aku tidak selesa. Tapi itulah namanya kerja. Sebaik habis kerja, jam 4.30/5.00 petang aku biasanya berjumpa Rusli dan Safwan di Magna Jas. Dari sana kami ke Surau Hidayah. Lepas iftar dan solat maghrib berjemaah, barulah aku pulang ke rumah. Jarang sekali aku pulang terus ke rumah. Biasanya apabila aku pulang ke rumah, dapat juga aku lelap sekejap dan mandi sebelum ke surau untuk berbuka. Kebelakangan ni pula, banyak undangan berbuka dengan keluarga dan kawan-kawan, takpun program-program kawasan atau pemuda PAS Putrajaya dan Wilayah yang semestinya aku hadiri. Itu pun ada yang aku terpaksa tolak dan masih lagi ada yang aku pending-kan jawapan. Malam hari aku sangat keletihan. Terawih pun buat lapan sahaja. Itupun jenuh jugalah nak buat. Kekadang aku kena sentiasa cari mood baru. Pergi ke surau yang ada air-cond dan sebagainya. Ada juga aku habiskan sendiri di rumah. Tadarus tahun ni pun tak seberapa. Nasib banyak masa senggang yang aku boleh manfaatkan di lab. Nasib? Memang selalunya ada. Itu-pun-kan rahmat,walau usahanya tak seberapa. Sekadar itu? Sakit kepala?

0 comments: