Respons Sifu (II)

Surat En. Amir Azmi (II)

Salam Puan,

Sebenarnya, dalam kita sedar atau tidak. Perlumbaan untuk menguasai pengetahuan tentang angkasa telah menyebabkan Amerika dan Rusia maju berpuluh tahun kehadapan berbanding negara-nagar maju yang lain. Ini kerana kemajuan sains dan teknologi angkasalepas memerlukan kefahaman ILMU yang tinggi.

Kemajuan US dan Rusia dalam ILMU berkaitan angkasalepas hari ini adalah kesan dari usaha bijak pandai mereka yang lalu untuk memajukan teknologi angkasalepas. Kesan sampingan dari itu adalah, lahirnya angkasawan yang berani, tabah dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang berkaitan angkasalepas.

Angkasawan mereka hari ini, suatu ketika dulu cumalah anak-anak yang berusia 10-15 tahun. Pada ketika itu, mereka sangat kagum bila melihat dikaca TV, Yuri Gagarin berjaya mengelilingi orbit dan menitis air mata kegembiraan melihat Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan.

Lebih dari itu, karyawan mereka juga mengambil manfaat dengan menghasilkan buku-buku yang dapat memenuhi imiginasi anak-anak ketika itu. Tidak hairanlah, pada tahun 1977 George Lucas menghasilkan filem Star Wars yang pecah panggung ketika itu. Itu semua hasil dari kesan imiginasi dari ‘the first man on the moon’.

Saya melihat, tiba masanya anak-anak Malaysia hari ini berhenti mennyebut nama-nama angakasawan luar dan mula mengambil endah tentang ‘apakah teknologi angkasalepas sebenarnya?’, ‘adakah saya boleh mempelajarinya?’ , ‘apakah yang saya perlu untuk menguasinya?’ , ‘Adakah saya perlu mnguasai bahasa Inggeris, atau bahasa Rusia untuk menguasai ilmu angkasalepas?’

Pada pendapat saya. sebagai generasi yang lebih ‘lama’, kita harus memotivasi generasi akan datang dengan ILMU. Walaupun saya tidak begitu pandai dalam bidang sains dan matematik, tapi saya tidak akan memandang ILMU ciptaan ALLAH itu sebagai suatu perkara yang susah atau negatif. Jika kita terpaksa mempelajarinya dalam Bahasa Rusia sekalipun, kita tetap beri motivasi yang baik-baik kepada generasi akan datang. Paling penting, motivasi kita itu memberi momentum yang besar kepada anak-anak kita untuk berusaha menguasai ILMU.

Bagi saya, Malaysia telah manghantar seorang muslim yang bijaksana ke angkasalepas. Beliau menjadi model yang baik untuk anak-anak Malaysia amnya dan anak-anak muslim khususnya.

Sedikit dialog dari lokman kepada anaknya (7 tahun);
Lokman: Hakim dah besar nak jadi apa?
anak: Hakim nak jadi Angkasawan!
Lokman: Hakim tahu tak macam mana nak jadi Angkasawan?

anak: tak tahu ayah!
Lokman: Hakim kena belajar Matematik dan Sains. Lebih baik lagi, jika Hakim mahir berbahasa Inggeris atau Rusia.
anak: susah tu ayah!
Lokman: kita kena berusaha, kena buktikan orang Islam itu orang yang berilmu, macam Dr. Muszaphar Shukor, angkaswan Malaysia yang pertama. InsyaAllah.


Respons Sifu (II)

Isu bahasa pengantar ilmu.

(a) Dalam surah Ibrahim ayat 4, "Allah tidak menghantar Rasul kepada sesuatu kaum, melainkan dalam 'lidahnya'".

Itulah sebabnya kepada orang Arab, dihantarkan seorang Rasul yang bahasa ibundanya adalah bahasa Arab. Ibrah daripada ayat ini adalah: Gunakan bahasa ibunda kaum itu bagi membangunkan kaum itu.

Nota 1: Seluruh Nusantara diislamkan dalam masa kurang 100 tahun, dengan menggunakan Bahasa Melayu. Makhdum-makhdum Arab belajar Bahasa Melayu supaya mereka dapat mengajarkan Islam dalam Bahasa Melayu kepada orang Melayu.

Bandingkan dengan sejarah orang-orang Arab menjajah Sepanyol selama 800 tahun tetapi Sepanyol kekal Kristian, sebab Arab-Arab itu tidak mahu belajar bahasa Sepanyol dan mengajarkan Islam menggunakan bahasa ibunda orang Sepanyol. Mereka tidak mengarang buku-buku Islam dalam bahasa Sepanyol.

Nota 2: Nota 2: Lihat pola taburan agama Kristian di seluruh dunia. Agama Kristian kuat di kalangan mereka yang meng-adopt bahasa-bahasa Eropah sebagai bahasa pertama mereka dalam rumah. Lihat bagaimana di negara kita sendiri, kaum India dan Cina yang masuk Kristian adalah mereka yang fasih Bahasa Inggeris.

(b) Empat kitab-kitab suci Islam diturunkan dalam bahasa ibunda nabi-nabi yang menerimanya. Hanya al-Quran dalam bahasa Arab, kerana Nabi Muhammad berbahasa Arab. Ibrah daripada prinsip ini adalah: Kitab-kitab dan buku-buku teks ilmu hendaklah dituliskan dalam bahasa ibunda kaum yang hendak dibangunkan itu.

(c) Allah menggunakan bahasa Arab bagi menyampaikan ilmu kepada Nabi Muhammad, kerana itulah bahasa ibunda Nabi Muhammad.

(d) Apabila Nabi Muhammad menyampaikan ilmu kepada orang-orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya.

(e) Jibrail mengajar Nabi Muhammad menggunakan bahasa ibunda Nabi Muhammad, yakni Jibrail menggunakan bahasa Arab.

(f) Dalam al-Quran, semua bahasa-bahasa malaikat, jin, syaitan, bahasa-bahasa nabi Adam, firaun dan kaum-kaum dahulu kala, semuanya diterjemahkan oleh Allah sendiri ke dalam bahasa Arab, barulah diturunkan kepada Nabi Muhammad. Ibrah daripada prinsip ini adalah: Ilmu yang terkandung dalam bahasa-bahasa lain hendak diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kaum yang hendak dibangunkan.

(g) Tidak ada nas yang menyuruh kita mengajarkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa kaum-kaum lain.

(h) Nabi Muhammad menyuruh Zaid bin Tsabit belajar bahasa Yahudi supaya Nabi Muhammad dapat menulis surat kepada ketua-ketua kaum Yahudi dalam bahasa Ibrani (Hebrew) bagi mengajak mereka masuk Islam.

(i) Nabi Muhammad menghantar sahabat-sahabat bagi mengajarkan ilmu-ilmu Islam kepada penduduk kawasan-kawasan bukan-Arab yang baru diIslamkan. Sahabat-sahabat yang dipilih itu adalah mereka yang pandai mengajar dalam bahasa-bahasa ibunda penduduk di sana.

Nota: Berpuluh-puluh negara sudah beratus tahun lamanya meminjam bahasa-bahasa bekas penjajah - Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perachis, German, Rusia dan Belanda - sebagai bahasa pengantar. Sampai hari ini negara-negara di benua Afrika, benua India, Amerika Latin, Asia tengah, Afrika Utara itu, dan Filipina masih belum berjaya memandaikan rakyatnya yang terdiri daripada golongan miskin?
Baca peta dunia. Kaji taburan kawasan negara-negara kaya dan negara-negara miskin. Di mana ada negara miskin, di situlah bahasa bekas penjajah digunakan sebagai bahasa pengantar!

Tidak ada data empirikal yang membuktikan bahasa penjajah dapat memandaikan rakyat miskin dan rakyat luar bandar. Tidak ada.

Nota: Sifu menulis begini meskipun saya aliran Inggeris dan lulusan UK. Menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik menguntungkan golongan kaya dan kelas menengah di bandar. Disebabkan majoriti orang Melayu, Iban, Kadazan, Murut, Bajau, Temiar, Semelai dan Temuan tidak tinggal di bandar-bandar, dan tidak kaya, mereka akan secara sistematik dikeluarkan daripada aliran sains.

0 comments: