Masa Allah - Masalah?

Translation Of The Meanings Of The Glorious Quran. Surah:107.Al-Ma'un.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
So woe to those who pray
[But] who are heedless of their prayer -

Ulama al-Mufassiriin telah menafsirkan perkataan Saahuun (heedless) kepada dua penafsiran. Apakah kita tergolong di dalam kedua-duanya atau salah satu darinya ? Mari kita perhatikan penafsiran kalimah Saahuun ini.

Ulama Mufassiriin mengatakan; 1) Saahuun bermaksud melewat-lewatkan sembahyang. Ini kerana Solat 5 Waktu itu mempunyai masa/waktu yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya solat itu ke atas orang yang beriman itu telah difardhukan ke atas mereka lengkap dengan waktu-waktunya."

Manakala soal menetukan waktu-waktu solat telah pun ditunjukkan oleh hadis Rasulullah SAW dan dipermudahkan perkirannya oleh ahli falak atau astronomer masa kini.

Mudahnya, kita tidak lagi perlu untuk sentiasa merujuk petanda-petanda alami seperti matahari dan buruj untuk menentukan waktu solat itu. Kini taqwim telah disiapkan. Bahkan dengan menggunakan perkakasan dan program komputer, manusia sudah mampu untuk mengira dengan tepat waktu solat bagi jangka masa yang panjang misalnya untuk setahu untuk setiap permukiman umat Islam.

Tinggal lagi kepada kita hanya untuk menunaikan solat- iabadah paling agung yang baginda Nabi SAW sendiri menerimanya secara langsung dari Allah SWT di malam peristiwa Israk Mikraj.

Saahuun (heedless)yang kedua pula ialah, orang yang lalai dari mengingati 4JJI ketika solatnya. Untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat sebenarnya telah banyak diperbincangkan. Perkara yang paling pokok ialah keikhlasan kita menunaikan solat. Ramai yang solat hanya kerana kawan-kawan sepejabat terdiri dari kalangan yang solat. Ada juga yang solat saat di suruh oleh orang tua sekembalinya ke kampung. Ada yang hanya solat Jumaat, takut-takut jikalau ditanyakan orang yang dia tidak sembahyang. Ada jenis yang sembahyang bila diajak kawan. Tidak kurang juga yang sembahyang saat ditimpa musibah, maka datang kesedaran untuk memohon pertolongan dari Allah- itu pun setelah berputus asa dari menagih pertolongan manusia.

Persoalannya, apakah kita jenis manusia hipokrit (maaf andai sedikit kasar) yang hanya tahu mengira untung nasib diri sendiri sahaja? Perlu kita ingat, Allah Maha Berkuasa dan Berkuasanya Allah tidak memerlukan tolong bantu sesiapa. Kita hamba yang lemah inilah sebenarnya yang memerlukan pertolongan dari KeKuasaan Allah yang Suci dari segala sifat kekurangan. Jangan hanya sedikit kepandaian dan kesenangan yang kita ada pada hari ini menjadikan kita lupa; lupa kepada Allah setelah segala apa yang diberikanNya kepada kita.

Allah Berkuasa Mutlak, maka Allah lebih dari layak untuk mengambil kembali apa yang diberikanNya kepada kita. Jika solat itu sebagai tanda kita jenis hamba yang bersyukur, solatlah!

Ringkasnya ingin saya kuatkan lagi hujah dengan menyatakan bahawa solat merupakan ibadah wajib badani (kalau tak silap). Maknanya ialah ibadah yang kita sendiri wajib buat tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Tidak seperti haji dan zakat iaitu jika kita hilang kemampuan atau sudah meninggal dunia maka ibadah itu menjadi kewajipan waris untuk menunaikannya.

Tetapi solat itu tetap akan menjadi kewajipan kita selama mana kita hidup dan waras. Lantaran itu Allah memberikan rukhsah bagi iabadat solat. Sebagai langkah untuk memastikan bahawa manusia itu tiada alasan untuk tidak solat atau mencuaikan (Saahuun/heedless)solat.

0 comments: