Bajet 2008

Petikan Malaysiakini
Berikut adalah intipati Bajet 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini.

Peruntukan RM30 bilion untuk pendidikan.

Yuran sekolah dimansuhkan.

Skim pinjaman buku teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak.

Elaun guru pendidikan khas ditingkatkan dari RM100 kepada RM250 sebulan.

Elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari.

Menyediakan elaun RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Mengecuali cukai pendapatan bagi sekolah rendah dan menengah yang dibiayai oleh badan amanah dan pertubuhan amal. Ia akan memberi manfaat kepada sekolah Cina, Tamil dan sekolah agama.

Menaikkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa, antara 23 peratus sehingga 84 peratus, berkuatkuasa mulai semester sesi 2007.

Elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, berkuatkuasa september 2007.

RM2 bilion bon diterbit oleh Bank Negara untuk dilanggani warga emas 55 tahun ke atas - maksimum RM50 seorang.

Kadar bantuan untuk warga emas dinaikan dari RM200 kepada RM300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2008.

RM105 juta untuk membina 280 Tabika baru menjadi jumlahnya lebih 7,600.

Elaun bulanan orang kurang upaya (OKU) naik dari RM200 kepada RM300.

Bantuan khas RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantas dan pesakit penyakit kronik.

Potongan cukai kepada majikan bagi kos ubahsuai tempat kerja bagi pekerja OKU.

RM381 juta untuk Program perumahan untuk rakyat - RM191 juta untuk program perumahan rakyat (PPR) disewa dan RM190 juta bagi PPR bersepadu.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempergiatkan pembinaan 6,000 unit (program pemulihan rumah terbengkalai) , 36,000 unit (program perumahan mampu milik) dan 4,000 (program rumah mesra rakyat).

RM8 bilion untuk tingkat kualiti hidup di Sabah dan Sarawak - antaranya, membina jalan dan menaikan taraf jalan, perkhidmatna kesihatan luar bandar, kemudahan hospital, perumahan kos rendah, bekalan elektrik dan air.

RM200 juta pergiat aktiviti pelancongan di Sabah dan Sarawak.

RM800 juta untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran bulanan untuk membiayai pinjaman perumahan.

RM214 juta untuk tujuan pembasmian kemiskinan, antaranya langkah meningkatkan isu rumah, memperkukuh pembangunan modak insan serta memberi bantuan perumahan kepada golongan miskin tegar.

RM117 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program pengurangan kemiskinan dan program lonjakan mega untuk menjana pendapatan penduduk di kawasan kurang maju dan terpencil.

RM680 juta untuk membina jalan luar bandar dan jalan kampung.

RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik luar bandar.

RM70 juta kemudahan sosial dan RM15 juta pendidikan ICT di luar bandar.

RM170 juta untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli.

RM782 juta diperuntukan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk program pembangunan kapasiti dan kemahiran wanita, khususnya ibu tunggal.

RM10 juta bagi NGO memberi latihan kepada surirumah mengenai kaedah penjagaan bayi dan kanak-kanak.

RM6 bilion untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk banteras jenayah, tambah anggota.

RM1 bilion untuk projek tebatan banjir termasuk di Sungai Muda, Sungai Kelantan, Sungai Damansara, Sungai Prai dan projek mengatasi banjir Kuala Lumpur.

Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi semua bidang pengajian peringkat lepasan ijazah, serta di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Pengecualian stem duti sebanyak 50 peratus bagi surat cara pindah milik bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM250,000.

Pengecualian cukai sehingga RM6,000 bagi setiap tahun perkhidmatan bagi pekerja swasta yang bersara wajib pada umur 50 hingga kurang daripada 55 tahun.

Pelepasan cukai individu sehingga maksimum RM300 setahun bagi pembelian peralatan sukan dan senaman.

Surat cara pindah milik hartanah atara suami isteri atas dasar kasih sayang dikecuali daripada stem duti.

Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus dan pengurangan lanjut sebanyak 25 peratus pada 2009.

Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31 Disember, 2010.

Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.

KWSP akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.

Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara

Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiayai syarikat pengurusan dana atas semua yuran yang diterima berhubung aktiiti pengurusan dana Islam.

Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.

Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.

Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasusk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.

Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.

Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI.

PKS akan diberikan kelonggaran dua tahun untuk membayar cukai pada akhir tahun kewangan berbanding ansuran bulanan.

Penyedia kemudahan rangkaian akhir akan diberikan elaun pelaburan 100 peratus atas perbelanjaan modal yang digunakan untuk jalur lebar sehingga 31 Disember, 2010.

Pengecualian cukai jualan dan duti import akan diberikan ke atas peralatan jalur lebar dan peranti akses pengguna.

RM12 bilion akan dibelanjakan dalam empat tahun akan datang, bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang akan dilaksanakan menerusi tender tidak lama lagi.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Sabah dan Koridor Sarawak akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bagi membasmi kemiskinan tegar, RM214 juta diperutukan untuk Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat; dan RM117 juta untuk Program Pengurangan Kemiskinan dan Program Lonjakan Mega.

RM680 juta untuk pembinaan jalan-jalan kampung dan luar bandar, RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik, RM70 juta untuk kemudahan sosial, dan RM15 juta untuk pendidikan ICT di luar bandar.

Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk pelakanaan projek SchoolNet bagi menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.

RM13 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, pembelian bekalan ubat dan perkakasan kesihatan.

Pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Hospital Tampin, Hospital Rehabilitasi Cheras serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur pada 2008.

Dalam usaha menyemai tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan genda serta program pembangunan vendor tempatan dan Bumiputera, dalam penyata CSR.

Penubuhan dana permulaan RM50 juta untuk membiayai bersama projek CSR terpilih.

RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis keerja penyelenggaraan.

Galakan taraf perintis 100 peratus atau elaun cukai perlaburan sebanyak 60 peratus selama lima tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam pembinaan makmal bertaraf antarabangsa bagi pengujian peranti perubatan.

Dalam menyemai tanggungjawab sosial (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan gender serta program yang dijalankan bagi membangunkan vendor tempatan dan Bumiputera dalam penyata CRS mulai tahun kewangan 2008.

Kerajaan akan menyokong usaha untuk menubuhkan Dana CSR dengan peruntukan awal RM50 juta, untuk digunakan bagi membiayai projek-projek CSR terpilih.

RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis kerja penyelenggaraan.

RM176.9 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2008 - RM128.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM48.1 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

RM64 bilion atau 49.6 peratus perbelanjaan mengurus ialah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM36.2 bilion untuk emolumen, RM25.5 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan, RM2.1 bilion untuk pembelian aset dan RM1.13 juta untuk perbelanjaan lain.

Peruntukan terbesar ialah untuk perbelanjaan pembangunan yang melibatkan RM20.6 bilion untuk sektor pertanian, industri dan infrastruktur; RM15.6 bilion untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan; RM7.0 bilion untuk sektor keselamatan; RM2.9 bilion untuk pentadbiran; dan RM2.0 bilion untuk simpanan luar jangka.

Kerajaan menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2007 berbanding 3.3 peratus pada 2006.

Defisit Fiskal dikurangkan lagi kepada 3.1 peratus pada 2008.

Pertumbuhan ekonomi pada 2008 disasarkan antara 6.0-6.5 peratus pada 2008.

0 comments: