Aina Karisma-ka Ya Sheikhul Hadhari? arab rojak

Pagi 1 Ramadhan, slot petikan berita-berita dari akhbar tempatan di IKIM.fm

"YB Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan agar orang ramai berhati-hati sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman menjelang musim hari raya tidak lama lagi."


Aku berhenti menekuni buku "Laisa Minni" hasil buah tangan Ustaz Kamal Ashaari untuk seketika. Lalu terhambur dari mulutku "Apa punya PM la, 1 Ramadhan pun dah nak ucap untuk hari raya. Ucap la hal yang berkaitan dengan pengisian Ramdhan dan harapan kepada rakyat untuk Ramadhan kali ini. Baru betul ! Ini macam tak ada langsung penghayatan Ramadhan dalam diri."

Aku senyap seketika. Mengesani sikap yang agak kasar dari kata-kata yang terakhir tadi. Istighfar senyap-senyap.

Tetapi jujur untuk aku berkata, rakyat sepertiku sering sahaja mengharap untuk mendengar sesuatu yang memugar semangat di saat-saat awal Ramadhan dari seorang pemimpin. Apatah lagi ketua negara. Tentu saja ucapan akan didengari rakyat kebanyakan dan menjadi dasar dan peringatan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Itu baru bab puasa?

0 comments: