Iftar PERAKAN




Berlaku perubahan tempat iaitu di Dewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Precint 3, Putrajya. (depan palace Of Justice)

Jemput datang beramai-ramai.

Masa Allah - Masalah?

Translation Of The Meanings Of The Glorious Quran. Surah:107.Al-Ma'un.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
So woe to those who pray
[But] who are heedless of their prayer -

Ulama al-Mufassiriin telah menafsirkan perkataan Saahuun (heedless) kepada dua penafsiran. Apakah kita tergolong di dalam kedua-duanya atau salah satu darinya ? Mari kita perhatikan penafsiran kalimah Saahuun ini.

Ulama Mufassiriin mengatakan; 1) Saahuun bermaksud melewat-lewatkan sembahyang. Ini kerana Solat 5 Waktu itu mempunyai masa/waktu yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya solat itu ke atas orang yang beriman itu telah difardhukan ke atas mereka lengkap dengan waktu-waktunya."

Manakala soal menetukan waktu-waktu solat telah pun ditunjukkan oleh hadis Rasulullah SAW dan dipermudahkan perkirannya oleh ahli falak atau astronomer masa kini.

Mudahnya, kita tidak lagi perlu untuk sentiasa merujuk petanda-petanda alami seperti matahari dan buruj untuk menentukan waktu solat itu. Kini taqwim telah disiapkan. Bahkan dengan menggunakan perkakasan dan program komputer, manusia sudah mampu untuk mengira dengan tepat waktu solat bagi jangka masa yang panjang misalnya untuk setahu untuk setiap permukiman umat Islam.

Tinggal lagi kepada kita hanya untuk menunaikan solat- iabadah paling agung yang baginda Nabi SAW sendiri menerimanya secara langsung dari Allah SWT di malam peristiwa Israk Mikraj.

Saahuun (heedless)yang kedua pula ialah, orang yang lalai dari mengingati 4JJI ketika solatnya. Untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat sebenarnya telah banyak diperbincangkan. Perkara yang paling pokok ialah keikhlasan kita menunaikan solat. Ramai yang solat hanya kerana kawan-kawan sepejabat terdiri dari kalangan yang solat. Ada juga yang solat saat di suruh oleh orang tua sekembalinya ke kampung. Ada yang hanya solat Jumaat, takut-takut jikalau ditanyakan orang yang dia tidak sembahyang. Ada jenis yang sembahyang bila diajak kawan. Tidak kurang juga yang sembahyang saat ditimpa musibah, maka datang kesedaran untuk memohon pertolongan dari Allah- itu pun setelah berputus asa dari menagih pertolongan manusia.

Persoalannya, apakah kita jenis manusia hipokrit (maaf andai sedikit kasar) yang hanya tahu mengira untung nasib diri sendiri sahaja? Perlu kita ingat, Allah Maha Berkuasa dan Berkuasanya Allah tidak memerlukan tolong bantu sesiapa. Kita hamba yang lemah inilah sebenarnya yang memerlukan pertolongan dari KeKuasaan Allah yang Suci dari segala sifat kekurangan. Jangan hanya sedikit kepandaian dan kesenangan yang kita ada pada hari ini menjadikan kita lupa; lupa kepada Allah setelah segala apa yang diberikanNya kepada kita.

Allah Berkuasa Mutlak, maka Allah lebih dari layak untuk mengambil kembali apa yang diberikanNya kepada kita. Jika solat itu sebagai tanda kita jenis hamba yang bersyukur, solatlah!

Ringkasnya ingin saya kuatkan lagi hujah dengan menyatakan bahawa solat merupakan ibadah wajib badani (kalau tak silap). Maknanya ialah ibadah yang kita sendiri wajib buat tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Tidak seperti haji dan zakat iaitu jika kita hilang kemampuan atau sudah meninggal dunia maka ibadah itu menjadi kewajipan waris untuk menunaikannya.

Tetapi solat itu tetap akan menjadi kewajipan kita selama mana kita hidup dan waras. Lantaran itu Allah memberikan rukhsah bagi iabadat solat. Sebagai langkah untuk memastikan bahawa manusia itu tiada alasan untuk tidak solat atau mencuaikan (Saahuun/heedless)solat.

PRK : Munajat Golongan Tertindas

Munajat Golongan Tertindas.

Oleh Ust. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

hanya di www.pmi-upm.blogspot.com dan http://groups.yahoo.com/group/pmi-upm/

Malam ni malam jumaat kan? Malam ni terawih malam ke 16 kan? Sebarkan munajat ini utuk kita sama-sama baca pada solat kita (doa atau qunut). Seiringkan usaha dan munajat kita agar muslihat jahat mush semasa Pilihanraya Kampus tidak lagi akan berkesan.

Terbaru semlm di UPM, mereka menelefon dan menakut-nakutkan ejen dan pencadang kepada calon-calon pilihanraya. Kesannya, ada sebahagian dari pencalonan calon kita dibatalkan.

--> Doa ini boleh dibaca selepas solat hajat , waktu - waktu mustajab dan juga di dalam qunut ( Nazilah ).


اللهمَّ ياَ وَدُوْدُ ياَ وَدُوْدُ ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ياَ مُبْدِئُ ياَ مُعِيْدُ ياَ فَعَّالُ لِّمَا يُرِيْدُ . نَسْأُلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلأَ أَرْكَاْنَ عَرْشِكَ وَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَدَرْتَ ِبهاَ عَلى جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَ بِرَحْمَتِك َالَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ . ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا



اللهمَّ احْكُمْ وَاقْضِ على هَؤُلأِ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ اللهمَّ احْكُمْ وَ اقْضِ على مَنْ ظَلَمَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ . اللهمَّ احْصِهِمْ عَدَدًا وَ اقْضِهِمْ بَدَدًا وَ لا تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا وَ اقْذِفْ فِي قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ .


اللهمَّ ياَ مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رَبُّ الْجَباَبِرَةِ وَ خَضَعَتْ لَهُ أَعْنَاقُ الأَكَاسِرَةِ لا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلاّ اِلَيْكَ وَ إِعَانَةَ إِلاّ بِكَ وَ لا اِتْكَاْلَ إِلاّ عَلَيْكَ اِدْفَعْ عَنَّا كَيْدَ الْحَاسِدِيْنَ وَ ظُلُمَاتِ الْمُعَانِدِيْنَ وَ أَشْرَارَ الْحَاقِدِيْنَ وَ الظَّالِمِيْنَ وَ ارْحَمْناَ تَحْتَ سَرَادِقَاتِ عَرْشِكَ . يا أَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرَنَا في تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ وَ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَ سِرِّ إِخْوَانِنَا لِلإِطْلاَعِ على مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ .


اللهم باَعِدْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَ الْمَغْرِبِ وَ اخْطُفْ أَبْصَارَهُمْ عَنَّا بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَ ثُبُوْتِ عَزَائِكَ إِنَّكَ أَنْتَ الْمُعْطِى لِجَلاَئِلِ النِّعَمِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .


اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ هآمَّةِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِ لاَّمَّةِ . اللهمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اللهمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ على نُحُوْرِهِمْ . اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَ شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَ زَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ وَ لاَ تَطْمَعْ فِينْاَ عَدُوًّا وَ لاَ حَاسِدًا وَ لاَ مَنْ في قُلُوْبِهِمْ سُوْءُ الظَّنِّ ياَ قَهَّارُ يا جَبَّارُ يا مُنْتَقِمُ يا ذَا الْجَلاَلِ وَ الإِكْرَامِ .


اللهمَّ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَ ثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَ انْصُرْنَا على الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . اللهمَّ أَصْلِحْ ذَاْتَ بَيْنِنَا وَ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَ اهْدِنَا إِلى سَبِيْلِ السَّلاَم ِوَ نَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلى النُّوْرِ وَ جَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ ماَ ظَهَرَ مِنْهَا وَ ماَ بَطَنَ . اللهمَّ أَنْتَ رَبُّ السَّتَّارِ فَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا وَ آمِنْ رَوْعَاتَنَا .


اللهمَّ أَعِنَّا وَ لاَ تُعِنْ عَلَيْنَا وَ انْصُرْنَا وَ لاَ تَنْصُرْ عَلَيْنَا وَ امْكُرْ لَنَا وَ لاَ تَمْكُرْ عَلَيْنَا وَ اهْدِنَا وَ يَسِّرِ الْهُدَى لَنَا وَ انْصُرْنَا على مَنْ بَغَى عَلَيْنَا .اللهمَّ اهْدِنَا إِلى سَوَآءَ السَّبِيْلِ وَ اجْعَلْنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ وَ الدُّعَاةِ الْمُرْشِدِيْنَ . اللهمَّ وَحِّدْ صُفُوْفَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَ انْصُرْ جُيُوْشَ الْمُوَحِّدِيْنَ وَ مَنْ مَعَهُمْ .


اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَ لاَ فاَجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيْهاَ وَ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ في الأَرْضِ وَ مِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَ ِمنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِق ِاللَّيْلِ وَ النَّهَارِ إِلاّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ ياَ رَحْمنُ ياَ رَحِيْم ُياَ فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ ياَ سَتَّارَ الْعُيُوْبِ يا كَاشِفَ الْكُرُوْبِ إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْعُيُوْبِ .


اللهمَّ ياَ مَنْ نُوْرُهُ في سِرِّهِِ وَ سِرُّهُ في خَلْقِهِ أَخْفِنَا عَنْ أَعْيُنِ النَّاظِرِيْنَ وَ قُلُوْبِ الْحَاسِدِيْنَ وَ الْبَاغِيْنَ كَمَا أَخْفَيْتَ الرُّوْحَ في الْجَسَدِ إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ اللهمَّ اجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلى مَنْ ظَلَمَنَا وَ انْصُرْنَا عَلى مَنْ عَادَاناَ وَ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا في دِيْنِنَا وَ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَ لاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَ لاَ يَرْحَمُنَا .


اللهمَّ إِنَّا نَشْكُوْ اِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَ قِلَّةِ حِيْلَتِنَا وَ هَوَاناَ عَلى النَّاسِ . ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وَ أَنْتَ رَبُّنَا . اللهمَّ إِلى مَنْ تَكِلُنَا إِلى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنَا أَوْ إِلى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِنَا إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيْنَا فَلاَ نُبَالِى غَيْرَ أَنْ عَافِيَتَكَ أَوْسَعُ لَنَا مِنْ ذُنُوْبِناَ . نَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتِ وَ صَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ أَنْ يَنْزِلَ بِنَا سَخَطُكَ أَوْ يَحِلَّ عَلَيْنَا غَضَبُكَ لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ .


اللهمَّ أَمَرْتَنَا بِالدُّعَاءِ وَ وَعَدْتَنَا بِالإِسْتِجاَبَةِ فَاسْتَجِبْ دُعَائَنَا . اللهمَّ لَكَ الْحَمْد ُوَ لَكَ الْمُشْتَكَى وَ بِكَ الْمُسْتَعَانُ وَ عَلَيْكَ التُّكْلاَنُ فاَسْمَعْ أَصْوَاتَ دُعَاتِكَ هَذا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ


Kemudian saudara sambung dengan doa rabitah.

TERJEMAHAN MUNAJAT

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.

Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.


Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu. Ya… Allah

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da’ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.

Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya,sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad.sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibah terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.

Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan.KepadaMulah tempat bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Suara Ramadhan PMIUPM

di www.pmi-upm.blogspot.com



Ziarah ustaz Nasha

Makluman, Ustaz Nasaharudin, Tim Presiden PAS dimasukkan ke Hospital Serdang, Wad 8B, Bilik No 10. Infection pada paru-paru, keadaan lemah. Doakan kesejahteraan beliau.

1) Al-Fatihah Untuk Adik Nurin, 2) Dakwah Tanggungjawab Kita

PETALING JAYA, Sept 20 (Bernama) -- DNA test confirmed that body stuffed in a sports bag on Monday at a shophouse at Jalan PJS1, Petaling Jaya Utama as that of Nurin Jazlin Jazimin, 8, who had gone missing a month ago, said Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed.
-- BERNAMA


Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad. Waa'la aali saiyidina Muhammad.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (LPNDPPP) sedang menjalankan usaha untuk mengedarkan beberapa buah buku dan tafsir Al-Quran dalam bahasa mandarin kepada masyarakat cina di Malaysia.

Sebagai langkah awal, LPNDPPP bersama LPN DPPN Johor telahpun menyerahkan naskah tafsiran Al-Quran dan buku-buku panduan Islam kepada pertubuhan Cina Muslim Johor baru-baru ini.

Sasaran seterusnya adalah pada 25 September 2007 yang akan datang sempena festival Kuih Bulan. LPN PAS Pusat telahpun mengeluarkan kuih bulan (halal) untuk diedarkan ke seluruh negara. LPNDPPP telahpun mengeluarkan arahan kepada LPN di peringkat negeri supaya mengadakan kunjungan kepada pejabat media bahasa cina diseluruh negara untuk menyerahkan bahan-bahan terjemahan ini pada tarikh tersebut.

Di antara buku-buku yang telah diterjemahkan itu adalah Islam Agama Masa Depan, Kenapa Solat, Islam dan Usul-usul serta Kaedah-kaedahnya, Hak-hak Manusia Dalam Islam, Puasa dan Zakat, Tauhid dan Keluarga Bahagia.

Sebagai makluman, Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Monggol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung namun ini adalah perayaan berbeza

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
20 September 2007

Apakah imma’ah itu?

Pada masa ini, di antara sekian banyak hal yang mungkin harus diselesaikan, masalah lisan adalah paling peka dan paling rawan. Sebab, masalah memperlaukan lisan ini mempengaruhi keseluruhan masalah lain, termasuk dalam hal bersilaturahim.

Saya mohon perlindungan Allah dari kekejian lisan saya sendiri.

Ada dua hal yang perlu dijaga dalam memperlakukan lisan. Pertama, menjaga lidah dalam mengucapkian kata-kata (hifdhul-lisan). Kedua, menjaga persepsi kita terhadapa apa yang kita dengar dari lisan orang lain.

Suatu ketika Uqbah bin Amir r.a. bertanya, “YA Rasulullah, apakah keselamatan itu?”
Beliau menjawab, “Tahanlah lisanmu, kerasanlah di rumahmu, dan tangisilah dosamu.” (HR Tirmidzi).

Al-Maqdisi mengetengahkan sebuah hadis, bahawa Rasulullah Saw. Bersabda, “Berikan penafsiran yang terbaik tentang apa yang kau dengar, dan apa yang diucapkan saudaramu, sampai engkau menghabiskan semua kemungkinan dalam arah itu.”

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal ditanya mengenaio hadis, “Jika sesuatu yang mungkin diucapkan oleh saudaramu, berikan interpretasi yang terbaik sampai engkau tidak dapat menemukan alas an untuk melakukannya.”

Menanggapi pertanyya tersebut Imam berkata, “Carilah alas an untuknya dengan mengatakan mungkin dia berkata begini, atau mungkin maksudnya begini.”

Tabayyun (meminta penjelasan) adalah bentuk lain supaya untuk mendapatkan interpretasi sesuai dengan yang dimaksudkan oleh orang yang mengucapkannya. Bisa jadi kita mendengar langsung dengan orang yang berbicara, tetapi kita mengkapnya tidak sebagaimana dimaksud. Di sinilah tabayyun (mengecek kebenaran informasi) diperlukan.

Rasulullah Saw. Juga diriwayatkan pernah bersabda,

“Janganlah salah sati di antara kamu sekalian berimma’ah, yang jika orang lain baik maka engkau baik, dan jika mereka jelek maka engkau ikut jelek pula. Akan tetapi hendaklah engkau tetap konsisten terhadap (keputusan dirimu. Jika orang-orang baik, maka engkau juga baik; dan jika mereka jelek, hendaklah engkau menjauhinya keburukan mereka.” (HR Tirmidzi)

Apakah imma’ah itu? Kita minta Muhammad Hashim Kamali, seorang guru besar ilmu fiqih pada International Islamic University, Malaysia untuk menjelaskan. Menurutnya, imma’ah adalah, “Memuji atau mencela orang lain tanpa alas an, tetapi semata-mata kerana dia melihat orang lain melakukan hal itu.”

Kita imma’ah ketika kita dengan cepat menyimpulkan ucapan orang lain hanya dari mendengar selintas. Kita juga imma’ah kalau kita segera memberikan pujian kerana mendengar khabar sekadar mengenai dia.

Saya mohon ampunan kepada Allah atas berbagai perbuatan imma’ah yang saya lakukan kerana ketidaktahuan saya atau kerana kecerobohan saya. Saya meminta maaf kepada Anda jika saya pernah gegabah menyimpulkan ucapan Anda, padahal saya belum memeriksanya.

Apa pun, kita mengharap pertolongan Allah dalam proses menumbuhkan kehangatan dan keakraban. Adapun kesulitan dalam proses melahirkan kesetiaan dan kelurusan niat, bagi kita ketenteraman, mawaddah wa rahmah hingga hari kiamat kelak. Allahumma Amin.

Rahmat Allah datang dalam berbagai bentuk. (“;)

Jubli Perak Bapak Rusli

2 X 5

Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa

Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta

Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk

Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiaskan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu

Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya

Dan membisu takut takut
Nana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun
Silap tahun kau menjadi

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Jangan cakap lepas
Biar pandai beralas
Ada ubi ada batas
Ada hari kami balas

Kiramu hanya bias
Cecamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas

Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih

Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Aina Karisma-ka Ya Sheikhul Hadhari? arab rojak

Pagi 1 Ramadhan, slot petikan berita-berita dari akhbar tempatan di IKIM.fm

"YB Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan agar orang ramai berhati-hati sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman menjelang musim hari raya tidak lama lagi."


Aku berhenti menekuni buku "Laisa Minni" hasil buah tangan Ustaz Kamal Ashaari untuk seketika. Lalu terhambur dari mulutku "Apa punya PM la, 1 Ramadhan pun dah nak ucap untuk hari raya. Ucap la hal yang berkaitan dengan pengisian Ramdhan dan harapan kepada rakyat untuk Ramadhan kali ini. Baru betul ! Ini macam tak ada langsung penghayatan Ramadhan dalam diri."

Aku senyap seketika. Mengesani sikap yang agak kasar dari kata-kata yang terakhir tadi. Istighfar senyap-senyap.

Tetapi jujur untuk aku berkata, rakyat sepertiku sering sahaja mengharap untuk mendengar sesuatu yang memugar semangat di saat-saat awal Ramadhan dari seorang pemimpin. Apatah lagi ketua negara. Tentu saja ucapan akan didengari rakyat kebanyakan dan menjadi dasar dan peringatan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Itu baru bab puasa?

Benarkah Islam itu terhijab oleh orang Islam sendiri?




First Entry For This Ramadhan




Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Mohon kemaafan sebelum Ramadhan

Doa Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. So, melalui pesan ini saya memohon maaf jika slama ini saya melakukan kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan... salam.. maafkan saya sekalian.

Aktiviti Sabtu, Ahad

A) Mesyuarat Taklimat Penaja Koperasi Konsortium Pemborong Barangan China

Tarikh :Sabtu, 08/09/2007

Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Tempat: Institut Pengurusan Veterinar, Sg. Long

Agenda :
1. Penerangan umum koperasi oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Koperasi Wilayah Persekutuan.

2. Taklimat konsortium pemborong, lokaliti dan fasiliti pejabat koperasi dan penetapan tarikh AGM kali pertama.

B) Kuliah Ilmu PERANTAU


Tarikh :Ahad, 09/09/2007

Masa : 9.30 pagi

Tempat: Darul Fuqaha', Sungai Merab

Tajuk :
1. Fiqh Kehidupan oleh Ust Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (Pengerusi Darul Fuqaha & Tutor di UKM)

2. Gaji Menurut Pandangan Islam oleh Ust Zaharudin Mohamad (Pegawai Penyelidik DUPP)

Bajet 2008

Petikan Malaysiakini
Berikut adalah intipati Bajet 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini.

Peruntukan RM30 bilion untuk pendidikan.

Yuran sekolah dimansuhkan.

Skim pinjaman buku teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak.

Elaun guru pendidikan khas ditingkatkan dari RM100 kepada RM250 sebulan.

Elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari.

Menyediakan elaun RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Mengecuali cukai pendapatan bagi sekolah rendah dan menengah yang dibiayai oleh badan amanah dan pertubuhan amal. Ia akan memberi manfaat kepada sekolah Cina, Tamil dan sekolah agama.

Menaikkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa, antara 23 peratus sehingga 84 peratus, berkuatkuasa mulai semester sesi 2007.

Elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, berkuatkuasa september 2007.

RM2 bilion bon diterbit oleh Bank Negara untuk dilanggani warga emas 55 tahun ke atas - maksimum RM50 seorang.

Kadar bantuan untuk warga emas dinaikan dari RM200 kepada RM300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2008.

RM105 juta untuk membina 280 Tabika baru menjadi jumlahnya lebih 7,600.

Elaun bulanan orang kurang upaya (OKU) naik dari RM200 kepada RM300.

Bantuan khas RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantas dan pesakit penyakit kronik.

Potongan cukai kepada majikan bagi kos ubahsuai tempat kerja bagi pekerja OKU.

RM381 juta untuk Program perumahan untuk rakyat - RM191 juta untuk program perumahan rakyat (PPR) disewa dan RM190 juta bagi PPR bersepadu.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempergiatkan pembinaan 6,000 unit (program pemulihan rumah terbengkalai) , 36,000 unit (program perumahan mampu milik) dan 4,000 (program rumah mesra rakyat).

RM8 bilion untuk tingkat kualiti hidup di Sabah dan Sarawak - antaranya, membina jalan dan menaikan taraf jalan, perkhidmatna kesihatan luar bandar, kemudahan hospital, perumahan kos rendah, bekalan elektrik dan air.

RM200 juta pergiat aktiviti pelancongan di Sabah dan Sarawak.

RM800 juta untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran bulanan untuk membiayai pinjaman perumahan.

RM214 juta untuk tujuan pembasmian kemiskinan, antaranya langkah meningkatkan isu rumah, memperkukuh pembangunan modak insan serta memberi bantuan perumahan kepada golongan miskin tegar.

RM117 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program pengurangan kemiskinan dan program lonjakan mega untuk menjana pendapatan penduduk di kawasan kurang maju dan terpencil.

RM680 juta untuk membina jalan luar bandar dan jalan kampung.

RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik luar bandar.

RM70 juta kemudahan sosial dan RM15 juta pendidikan ICT di luar bandar.

RM170 juta untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli.

RM782 juta diperuntukan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk program pembangunan kapasiti dan kemahiran wanita, khususnya ibu tunggal.

RM10 juta bagi NGO memberi latihan kepada surirumah mengenai kaedah penjagaan bayi dan kanak-kanak.

RM6 bilion untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk banteras jenayah, tambah anggota.

RM1 bilion untuk projek tebatan banjir termasuk di Sungai Muda, Sungai Kelantan, Sungai Damansara, Sungai Prai dan projek mengatasi banjir Kuala Lumpur.

Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi semua bidang pengajian peringkat lepasan ijazah, serta di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Pengecualian stem duti sebanyak 50 peratus bagi surat cara pindah milik bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM250,000.

Pengecualian cukai sehingga RM6,000 bagi setiap tahun perkhidmatan bagi pekerja swasta yang bersara wajib pada umur 50 hingga kurang daripada 55 tahun.

Pelepasan cukai individu sehingga maksimum RM300 setahun bagi pembelian peralatan sukan dan senaman.

Surat cara pindah milik hartanah atara suami isteri atas dasar kasih sayang dikecuali daripada stem duti.

Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus dan pengurangan lanjut sebanyak 25 peratus pada 2009.

Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31 Disember, 2010.

Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.

KWSP akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.

Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara

Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiayai syarikat pengurusan dana atas semua yuran yang diterima berhubung aktiiti pengurusan dana Islam.

Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.

Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.

Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasusk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.

Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.

Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI.

PKS akan diberikan kelonggaran dua tahun untuk membayar cukai pada akhir tahun kewangan berbanding ansuran bulanan.

Penyedia kemudahan rangkaian akhir akan diberikan elaun pelaburan 100 peratus atas perbelanjaan modal yang digunakan untuk jalur lebar sehingga 31 Disember, 2010.

Pengecualian cukai jualan dan duti import akan diberikan ke atas peralatan jalur lebar dan peranti akses pengguna.

RM12 bilion akan dibelanjakan dalam empat tahun akan datang, bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang akan dilaksanakan menerusi tender tidak lama lagi.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Sabah dan Koridor Sarawak akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bagi membasmi kemiskinan tegar, RM214 juta diperutukan untuk Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat; dan RM117 juta untuk Program Pengurangan Kemiskinan dan Program Lonjakan Mega.

RM680 juta untuk pembinaan jalan-jalan kampung dan luar bandar, RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik, RM70 juta untuk kemudahan sosial, dan RM15 juta untuk pendidikan ICT di luar bandar.

Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk pelakanaan projek SchoolNet bagi menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.

RM13 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, pembelian bekalan ubat dan perkakasan kesihatan.

Pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Hospital Tampin, Hospital Rehabilitasi Cheras serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur pada 2008.

Dalam usaha menyemai tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan genda serta program pembangunan vendor tempatan dan Bumiputera, dalam penyata CSR.

Penubuhan dana permulaan RM50 juta untuk membiayai bersama projek CSR terpilih.

RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis keerja penyelenggaraan.

Galakan taraf perintis 100 peratus atau elaun cukai perlaburan sebanyak 60 peratus selama lima tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam pembinaan makmal bertaraf antarabangsa bagi pengujian peranti perubatan.

Dalam menyemai tanggungjawab sosial (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan gender serta program yang dijalankan bagi membangunkan vendor tempatan dan Bumiputera dalam penyata CRS mulai tahun kewangan 2008.

Kerajaan akan menyokong usaha untuk menubuhkan Dana CSR dengan peruntukan awal RM50 juta, untuk digunakan bagi membiayai projek-projek CSR terpilih.

RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis kerja penyelenggaraan.

RM176.9 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2008 - RM128.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM48.1 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

RM64 bilion atau 49.6 peratus perbelanjaan mengurus ialah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM36.2 bilion untuk emolumen, RM25.5 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan, RM2.1 bilion untuk pembelian aset dan RM1.13 juta untuk perbelanjaan lain.

Peruntukan terbesar ialah untuk perbelanjaan pembangunan yang melibatkan RM20.6 bilion untuk sektor pertanian, industri dan infrastruktur; RM15.6 bilion untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan; RM7.0 bilion untuk sektor keselamatan; RM2.9 bilion untuk pentadbiran; dan RM2.0 bilion untuk simpanan luar jangka.

Kerajaan menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2007 berbanding 3.3 peratus pada 2006.

Defisit Fiskal dikurangkan lagi kepada 3.1 peratus pada 2008.

Pertumbuhan ekonomi pada 2008 disasarkan antara 6.0-6.5 peratus pada 2008.