Roslan SMS : Contoh toleransi beragama di Kelantan

Contoh toleransi beragama di Kelantan

Jarang kita mendengar berita dari media arus perdana berkenaan Kelantan selain yang yang mengkritik kerajaan PAS serta membesar-besarkan aktiviti dan cita-cita pemimpin Umno di sana.

Hari ini tajuk mukasurat 4 akhbar THE SUN jelas memilih untuk melawan arus. Dimuka itu terpampang tajuk:

No inter-religious woes in Kelantan
(Tidak ada permasalahan antara agama di Kelantan)

Indonesian scholar: Key issue in state is Umno PAS political contestation
(Pakar Indonesia: Isu utama dalam negeri adalah pertembungan Umno dan PAS)
Laporan tersebut memetik kenyataan Fellow Institute Pengajuian Malaysia dan Antarabangsa UKM, Dr Budiawan Purwadi yang telah menyatakan bahawa masalah utama masyarakat di Kelantan adalah perbalahan politik antara PAS dan Umno dan bukannya konflik antara agama yang melibatkan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Dr Budiawan dilaporkan telah membuat kajian berkenaan toleransi beragama selama 6 bulan di Negeri Serambi Mekah itu. Semasa di sana beliau mendapati bahawa masyarakat minoriti bukan Islam Kelantan memahami dan menerima pegangan dan sikap masyarakat majoriti Islam tanpa karenah. Menurut beliau lagi suasana perbezaan agama di Kelantan berlainan sama-sekali berbanding dengan konflik Islam/Kristian khususnya di Indonesia terutama di Ambon dan Poso.

Beliau dapati di Kelantan contohnya hari Jumaat bukan hanya hari ibadat untuk masyarakat Islam malah masyarakat Kristian turut mengadakan Christian Sunday School mereka pada hari Jumaat tanpa banyak karenah..

Memang sesungguhnya masyarakat bukan Islam di Kelantan telah lama selesa dengan sahabat-sahabat mereka masyarakat Melayu/Islam di sana. Tambah-tambah pula kini di bawah pentadbiran PAS di Kelantan secara beransur-ansur mereka mula memahami dan menghargai realiti yang ada. Tidak ada contoh terbaik toleransi beragama dan sikap hormat-menghormati antara kerajaan dan rakyat khasnya dalam bidang agama dan kepercayaan kecuali dari apa yang dapat kita lihat dan perhatikan di Kelantan.

Mudah-mudahan toleransi ini nanti akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Negara kita ini.

0 comments: