PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA 2007 (PBIA-'07 )

PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA 2007
(PBIA-'07 )
Anjuran
SEKRETARIAT PENERBIT DAN PENGEDAR BUKU-BUKU ISLAM MALAYSIA (SPEEDI)

Dengan Kerjasama
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU (MPKB),
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KELANTAN (PPAK),
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN (JHEAIK),
YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)

Pada
2hb Jun 2007 – 12hb. Jun 2007

Bermula
10 pagi – 10 malam

Tempat:
Dewan Jubli Perak,
Majlis Perbandaran Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Sepanjang PBIA-'07 ini berlangsung, antara fokus produk dan pameran yang akan diberi tumpuan ialah:
1. Pameran dan jualan buku-buku Islam.
2. Produk-produk multimedia Islam.
3. Bahan-bahan bantu pengajaran dan pendidikan.
4. Produk kesenian dan kebudayaan Islam (yang berkaitan).
5. Buku-buku sains, ilmu pengetahuan umum dan teknologi.
Selain daripada program induk/utama seperti yang dirancang oleh pihak penganjur, peserta-peserta juga bebas untuk menganjurkan program-program sokongan atas inisiatif dan biaya masing-masing, dengan penyelarasan penganjur. Antara program-program yang dicadangkan termasuklah:
1. Majlis Pelancaran Pesta Buku dan Majlis Penutup.
2. Program ramah mesra bersama penulis/pengarang.
3. Progran silaturrahim bersama tokoh-tokoh terkenal dari dalam dan luar negeri.
4. Mini seminar dan talk show.
5. Pelancaran buku-buku baru.
6. Diskusi ilmiah dan wacana ilmu.
7. Pertandingan nasyid terbuka (sekolah-sekolah YIK).
8. Pertandingan membaca dan bercerita kanak-kanak.
9. Pameran dan demonstrasi menulis al-Qur'an Mushaf Malaysia.
10. Demonstrasi tulisan khat dari China.
11. Pameran al-Qur'an dan Sains serta pertunjukkan VCD/Multimedia Islam.
12. Forum Perdana Islam dan Bicara al-Din bersama tokoh-tokoh agama.
13. Majlis Makan Malam meraikan peserta-peserta pameran dan jemputan khas.
Pelbagai peraduan dan cabutan pengunjung bertuah.

Marilah kita beramai-ramai berkunjung ke Pesta Buku Islam Antarabangsa yang julung kali diadakan ini. Jumpa disana….

0 comments: