Cikgu Aku dan Aku Cikgu


->Cikgu Aku<--

Dr. Zaizi : Kalau kita belajar Math, 1+1
= 2, kan?

Kami dan Aku : Ye!

Dr. Zaizi : Tapi dalam kimia, kita akan
jumpa 1+1 = 1. Percaya tak?

Aku : Blur...

Dr. Zaizi : Kita ambil contoh 1C + O2 =
CO2. 1 molekul karbon campur 1 molekul
oksigen akan menghasilkan 1 molekul
karbon dioksida. Betul kan?

Aku : Ye... (sambil melopong dan sedikit
kagum)

Dr. Zaizi : Senang tak kimia? Kimia
senang bagi yang belajar.

-->Aku Cikgu<--

Aku : Malam ni kita nak review balik
tentang scale, skala. Skala bukan saja
boleh digunakan untuk lukisan berskala
yang kita dah belajar. Juga kita boleh
apply di dalam beberapa perkara. Skala
boleh digunakan untuk pengiraan masa,
jarak dan juga kelajuan. Faham?

Murid aku 1 : Boleh
Murid aku 2 : Faham
Murid au 3 dan 4 : Senyap...

Aku : Baik, cuba kita ambil contoh
setiap satu. Skala bagi masa misalnya,
ada disebutkan di dalam Qur'an bahawa
orang yang bersalah akan diazab dan
kadar hukuman bagi di akhirat ialah 1
hari akhirat = 1000 tahun dunia. Ok,
jika kita diazab selamat 100 tahun,
berapakah tahun lamanya ukuran didunia?

Aku tuliskan skala di papan putih dan
kami mula mengira bersama-sama. Demikian,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia

100 tahun akhirat =>
1 hari akhirat X 365 hari akhirat X 100
X 1000 = 36500000 tahun dunia

Aku : Lama ke tak tu?

Semua murid aku : Lama! ...

Aku : Okay, untuk contoh kedua, cikgu
dah jelas dalam pelajaran kita dan kita
dah pun tahu nak aplikasi untuk buat
lukisan berskala. Betul ?

Semua murid aku : Yup!...

Aku : Bagi contoh untuk skala jarak pula,
katakan jarak dari Serdang ke KL ialah
20km. Si A naik kereta dengan kelajuan
20km/j dan si B naik komuter dengan
kelajuan 40km/j. Siapa yang akan sampai
dulu?

Murid aku 1 : Si B, cikgu!

Berapakah masa yang diambil si B
berbanding si A ?

Murid aku 2 : Si B sampai setengah jam
lebih awal dari si A, cikgu!

Aku : Ok. Next!...

0 comments: