Basri, saudara seaqidah kita yang baru

Sedang aku menghadap internet di bilik technician Magna Square, seorang kawan
menelefon aku. Razali yang baru datang dari rumahnya di Kg Baru, datang bertandang ke rumah sewa aku selama beberapa hari.

Razali : Asalamu;alikum Di, ko kat mane skang?

Aku : Wa a;alikummussalam. Aku kat Magna ni. Awatnya?

Razali : Ni ada 2 orang datang nak masuk Islam. Dia dah janji dah dengan Arif sebelum ni. tapi Arif kat Damansara sekarang. Dia kata on the way. Ko boleh balik tak sekejap sementara tunggu Arif sampai?

Aku : Ok2. Aku balik sekarang.

Seperjalanan pulang, aku kembali mengingatkan temujanji yang dibuat oleh mereka. Arif yang sedikit sibuk menunda perjumpaan dan berjanji dengan mereka untuk melapangkan masa hari ini. Akhirnya mereka balik tanpa diselesaikan urusan mereka.

Kemudian...

Aku : Sape tu?

Arif : Ada orang nak masuk ISlam, nak shahadah.

Aku : Bakpo tak buat selalu?

Tanya aku berdialek Qlate. Walaupun Arif orang Pahang, tapi kaum keluarganya datang dari Kelantan.

Arif : Ana tak dan.

Aku ternyata tidak beruas hati dengan jawapannya. Jikalau aku tag\hu begitu, mahu saja aku menyampuk percakapan mereka. Akan aku pastikan Majlis Bershahadah itu berlangsung ketika itu juga.

Sesampai dirumah, aku terus melangkah masuk sebaik sahaja memeberikan salam.

Di dalam rumah itu, kelihatan Iznan, Razali dan dua orang pemuda yang aku tidak kenali.

Aku mengambil duduk dan memperkenalkan diri.

Aku : Assalamualaikum WBT. Saya Ilriady. Lama dah tunggu.

Basri : Saya Basri.

Jamal : Saya Jamal, baru je lagi.

Aku : Siapa yang nak memeluk Islam ?

Tanya aku. Sedikit kaku. Ternyata aku tidak biasa mengendalikan hal-hal seperti ini.

Basri : Saya.

Aku : Tapi namanya Basri. Orang Sabah ya? Jamal ni keluarga ke?

Basri : Ye, nama ni dari dulu lagi.

Jamal : Keluarga kami memang begini. Keluarga saya semua Islam. tapi keluarga dia masih baru.

Aku : Jamal ni sepupu Basri ke?

Jamal : Ye saya.

Aku : Jadi bagaimana kita?

Jamal : Kami nak dengar la apa-apa saja dari ustaz. Memandangkan ustaz dah ada.

Aku : Beginilah, ada janji dengan Arif kan? Saya rasa biar kami menjelaskan
beberapa perkara berkaitan Islam dahulu jika awak berdua masih berniat menunggu Arif. Kemudian kita teruskan niat kita.

Kami meneruskan agenda, diselang seli dengan sesi pertanyaan dan sedikit cerita berbasa-basi antara kami. Razali dan Iznan juga begitu terujadan mengambil bahagian dalam perbincangan kami. Razali kemudiannya meminta diri untuk ke rumah sahabat kami.

Aku kemudian mencadangkan

Aku : Saya ingat kita teruskan niat kita pada malam ini. Tak perlu kita tunggu Arif, Damansara ke Serdang ambil masa perjalanan 40 minit. Hari pun dah lewat malam. Bagaimana?

Basri dan Jamal : Angguk dan menyatakan persetujuan mereka.

Aku : Nanti kita buat sekali lagi Majlis Bershahadah di Perkim.

Aku dan Iznan kemudian meminta diri mengambil wuduk. Walaupun tidaklah menjadi keperluan, namun diri ini begitu teruja untuk memastika segalanya berlaku dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan diberkati.

Aku memulakan dengan sedikit keterangan dan meminta pengakuan jujur dari Basri untuk jaminan kesediaannya memeluk Islam.

Setelah aku mengulang beberapa kali bacaan shahadah dan maknanya, akhirnya Basri memeluk Islam pada pukul 10.07 malam, malam Isnin 8 Jamadil Akhir 1428H.

Basri : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH, dan NAbi Muhammad sebagai pesuruh Allah.

Sebagai saksi keIslaman Basri, kami mendengar dengan gembira dan penuh syukur. Seorang saudara baru telah memeluk Islam di kediaman kami.

Kami kemudiannya berjanji untuk membawa mereka ke Perkim hujung minggu nanti dan menguruskan beberapa perkara berkaitan dengan penukaran agama\ Basri.

Selepas bertukar-tukar nombor handphone, aku dan Izaan berjanji untuk mendapatkan direct dari Perkim dan akan memberitahu mereka hari dan masa untuk kami ke sana.

Doakanlah perjuangan saudara baru kita Basri dan kami mendapat keberkatanNya.

0 comments: