Apa beza disko sampai pagi dengan karaoke 50 jam tanpa henti


Hari ini aku rasa semua dah baca berita yang termuat di dalam Berita Harian mengenai cadangan kerajaan kita yang ingin mengadakan Pesta Karaoke 50 Jam Tanpa Henti. Kalau tak baca lagi, sila klik di sini.

Program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia yang akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada 10 Jun itu membuatkan aku teringat cadangan Pak Menterinya yang pernah mencadangkan agar disko dan pusat-pusat hiburan di negara ini dibenarkan beroperasi sampai ke pagi dengan tujuan menarik ramai pelancong ke Malaysia.

Kali ini, dengan menggunakan lesen untuk mengisi program kemerdekaan, kerajaan seolah-olah lupa akan cadangan yang pernah menimbulkan kemarahan kebanyakn rakyat yang jelek dengan cadangan tersebut yang jelas tidak sesuai dengan agama dan resam budaya tempatan.

Cadangan (yang sehingga kini sudah di atur dan akan diadakan itu nanti) itu juga sekali lagi mencabar kewibawaan institusi agama di negara ini yang pernah memfatwakan SureHeboh (kini JomHeboh)diharamkan suatu masa dahulu dan kemudiannya dilecehkan sebegitu sahaja tanpa ada teguran apatah lagi halangan dari pihak yang berkaitan.

Hari ini hal seperti itu akan terjadi lagi. Dan sekali lagi rakyat Malaysia umumnya akan hanya melihat dan tidak mempedulikan apa yang terjadi. Mereka sebenarnya memang mempunyai sikap tidak pedul dan sensitiviti kepada perkembangan keruntuhan akhlak yang selama ini dilambakkan kepada mereka. Mereka sendiri sudah hanyut dengan pelbagai program hiburan.

Kalau dahulu program-program maksiat mahupun konsert-konsert haram ini dianjurkan oleh pihak-pihak yang membuat bisnes hiburan ataupun oleh syarikat-syarikat besar yang ingin melariskan produk mereka, kini hiburan terlarang ini dianjurkan sendiri oleh kerajaan mereka sendiri.

Kita mungkin (kerana teruknya kita dan mudah lupanya kita) masih ingat bagaimana dahulu konsert Inul dari seberang yang dibantah kuat oleh masayarakat sehingga pihak penganjur terpaksa membatalkan kedatangan artis tersebut. tetapi hari ini, Inul sudahpun datang paling kurang 2 kali ke negara kita untuk melalaikan rakyat. Dan seingat aku, salah satu dari persembahan Inul adalah dijemput oleh pihak kementerian yang sama. Dan seperti biasa, paling mengecewakan aku ialah sikap rakyat yang sama- yang dahulunya menentang kedatangan artis tersebut, sekarang sudah pun merelakan malah memuji-muji pula dengan hamburan kata-kata yang enak.

Maka hari ini aku tidak akan pelik kalau-kalau ada rakyat yang dahulunya menentang cadangan Pak Menterinya untuk membenarkan disko beroperasi sampai ke pagi menyetujui program Karaoke 50 jam tanpa henti tidak kira siang-malam, pagi-petang hanya kerana untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sudahpun merdeka selama 50 tahun.

Kali ini ianya lebih hebat. Bukan lagi di disko-disko, tetapi di tempat terbuka. Bukan setakat untuk pelancong, malah rakyat juga berkunjung. Amanah mufti ditolak tepi, artis penyanyi disanjung tinggi. Dari dulu rakyat ditipu, Hidup BN dari dulu.

0 comments: