Ohh!! Patutla UMNO nak tutup mulut Mufti.


Beberapa hari ini beberapa tukang karut UMNO memainkan lagu karut-marut mereka. Terbaru ialah mengenai institusi mufti yang kuat dikecam berikutan tindakan beberapa pihak cuba untuk melihat beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dinegara kita dilaksanakan.

Adalah senator seorang tu yang mengeluarkan kenyataan bahawa mufti tidak boleh mengeluarkan fatwa sendiri. Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja. Sekiranya terdapat mana-mana mufti yang bertindak sedemikian, maka pihak JAKIM boleh mengambil tindakan ke atas mufti tersebut.

Begitulah pandangan dangkal seorang Senator yang dilantik oleh kerajaan UMNO. Inilah masalahnya bilamana seseorang itu tidak memahami peranan institusi agama yang sebenarnya. Agama kita sebenarnya mempunyai 3 institusi. Secara ringkasnya, institusi yang pertama ialah institusi ilmu. Di peringkat institusi ini pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ulama dan guru-guru agama mengajar umat Islam memahami hukum-hakam dan ilmu-ilmu yang lainnya. Kedua ialah institusi Mufti. Sepertimana kita tahu agama kita terdapat beberapa aliran pemikiran dan pandangan. Maka dalam hal ini, mufti berperanan memberikan pandangannya (yang dikatakan fatwa) sesuai dengan faktor selingkar negara kita. Ketiga ialah institusi qadhi atau institusi yang menguatkuasakan undang-undang yang terpakai termasuklah fatwa itu tadi.

Sesuatu fatwa itu pula adalah ijtihad mufti. Sekiranya sesuatu fatwa itu disepakati samada secara korum penuh atau tinjauan dari seorang mufti ke seorang mufti. Sepertimana hal pengurusan jenazah ketika bencana tsunami yang melanda negara dulu. Sohibus Samahah Mufti Perak mencadangkan agar jenazah-jenazah tersebut dibakar sahaja. Manakala Sohibus Samahah Mufti Johor pula berpendapat patut dikebumikan secara beramai-ramai di dalam satu kubur besar sahaja.

Sengaja nak tinggal topik ini sebentar. Maghrib tadi sempat aku solat berjemaah di Masjid Putrajaya. Sebaik sahaja aku mengaminkan doa imam dan bersalaman dengan para makmum, tiba-tiba aku terpandang beberapa jemaah yang sedang solat Maghrib. Ada 3 jemaah kesemuanya yang solat jemaah secara serentak. Dari niat dan perbualan yang aku dengari kemudiannya, mereka ialah rombongan orang-orang Datuk Najib. rupa-rupanya TPM kita menjemput orang-orang Pekan datang ke kediamannya untuk majlis makan malam. (Malam memperkukuh jentera Pekan dari Putrajaya).

Pelikkan orang-orang UMNO ni? Boleh pula solat berjemaah dalam 2,3 jemaah secara serentak. Kalau nak jama' qasar pun boleh saja ikut imam yang sedang solat Maghrib dengan jemaah yang awal. Entah apa yang mereka ni fikir. Bagi aku memang tak pelik, patutlah hal-hal dunia yang manusia seperti kita mencaturkan perjalanan pun mereka boleh langgar. Inikan pula peraturan/syariat yang mudah untuk dipraktikkan.

Pening UMNO pening.

0 comments: