Solat Hajat Untuk Adik Yin


Selepas Solat Jumaat, makmum diajak oleh Imam iaitu Ustaz Daud Che Ngah untuk sama-sama menunaikan SolaT Sunat Hajat memohon kepada Allah agar Adik Yin dipertemukan kembali dengan kedua ibubapanya. Aku dan sahabat-sahabat yang lain bangkit dan menuju ke ruang utama ,asjid sebagai akur dengan permintaan jemaah. Lagipun sudah agak lama aku tidak berJumaat di Masjid Kompleks Pertanian Serdang.

Jumaat ini adalah Jumaat minggu kedua aku bersolat Jumaat di sini. Lebih kurang hampir 6 bulan aku tidak berJumaat di sini lantaran kerana tuntutan kerja dan 'hal lain'. Tidak kurang dari 200 oranh jemaah pada hari ini menunaikan solat Hajat. Inilah solat Hajat yang ramai makmumnya. Sungguh misteri kehilangan adik Yin mendapat perhatian umum. Kadangkala ada baiknya juga apabila kes-kes sebegini mendapat perhatain pelbagai pihak terutamanya parti politik.(Tambahan) Dari aspek kebaikan yang dapat di lihat ialah orang ramai tersentuh dengan sesuatu isu yang di bawa. Secara tidak langsung dapat sedikit sebanyak mendidik masyarakat kita yang dilemaskan dengan maklumat semasa yang penting dan kritikal.

Namun masyarakat kita masih lagi bersikap sentimental terhadap isu-isu besar yang lain. Dan seringkali masyarakat kita dipergunakan oleh pihak penguasa yang semakin kehilangan taring kuasa. Misal contoh program Forum Perdana Ehwal Islam, kalau dahulu setiap keluarga pada malam Jumaat pasti akan menonton program yang di tanyangkan di TVI itu. Tetapi setelah berlaku pembersihan panel dan pengerusi majlisnya, ternyata rating peminat turun mendadak. Sehingga memaksakan RTM menggunakan pendekatan yang sama sekali berbeza. Kalau sebelumnya forum yang diadakan lebih bersifat ilmiah dan penuh dengan muhasabah yang membina tetapi kini forum itu sudah menjadi medan menitiskan airmata semata-mata. Tidak lebih hanya membincangkan isu-isu seperti anak derhaka, murid tidak menghormati guru-guru dan kes-kes yang mudah menyentuh perasaan warga-warga pertengahan umur dan warga emas.

Pengerusi majlis yang hanya pandai membaca skrip drma yag telah siap ditulis dan dijawab oleh panelis yang beremosi sedih. Diperhiaskan dengan pertanyaan dari peserta forum yang terpilih dan diatur. Peserta yang dapat mengajukan soalan sesambil dapat mengalirkan airmata.

0 comments: