Lapor Diri

02/04/2007

Hari ini aku di UPM dan Razali di KLCC, repot duty untuk hari pertama kerja kami. Aku sebagai R.A dan Razali sebagai Petronas Engineer Production.

Banyak perkara aku kena selesaikan untuk urusan itu. Razali aku tidak tahu.

Bermula dari berjumpa dengan Prof Zobir, Bahagian Akademik, Bendahari UPM, Magna Square, Lab Nanotech, Pejabat Am ITMA, Lab Pa'an, Makmal Kimia II.

Hari ini aku serasa kembali seperti masa mula-mula aku jadi student suatu tika dulu. Berjalan-jalan inter-kampus. Ke hulu hilir menggalas beg sandang beserta fail-fail atau rujukan.

Kaki aku begitu penat berjalan dan memanjat bangunan hari ini. Aku kelenguhan.

Namun diri ini tetap melangkah penuh bersemangat. Mana tidaknya ?

Aku yang tidak secemerlang orang lain sama sekali tidak menyangka dapat bekerja sebagai Pembantu Penyelidik, walau selam 3 bulan sahaja.

Dan, kalau aku murah rezeki kemungkinan kontrak aku akan disambung lagi kemudiannya.

Juga, aku berkemungkinan berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. Suatu impian yang aku lakarkan paling kurang pun untuk 3 tahun lagi.

" Robbi yassir, wa la tu'asir"

" Wa man yattaqillaha yaj'allahu makhroja, wa yarzuqhu min haisu la yahtasib "

Razali! Ko apa citer lak?

0 comments: